sambungan ….saat ilmu ku turunkan


Akhi/ukhti fillah

Antara perkara pokok yang perlu diberi perhatian sebagai seorang naqib adalah perhubungan dengan a’dha a’dhanya. Kerana seorang naqib yang berkualiti adalah yang senantiasa bermu’ayasyah  dengan a’dhanya. Jangan sekat mereka untuk berbincang dan banyak protokolnya walau dari hal yang remeh temeh sehingga keperkara yang besar termasuklah soal soal peribadi kerana naqib juga adalah seorang ayah bagi anak binaanya.

Disamping itu tugas naqib terhadap dirinya juga penting dari hal menuntut ilmu kerana kalau ilmu tidak bertambah sukar untuk naqib menyalurkan ilmu  dan mendidik para a’dhanya  dalam maudhuk agama maupun fikrah dan ini boleh mengikis penghormatan a’dhanya terhadap dirinya kerana mereka sebenarnya bergantung penuh terhadap kemampuan naqibnya.

Jangan lupa pastikan program usrah dilaksankan sesuai dengan arahan dan panduan jamaah dan naqib tidak boleh keluar dari arahan arahan ini dan pastikan juga perjalanan usrah seiring dengan pembinaan jamaah dan strukturnya dan justeru itu latih diri supaya jangan syok sendiri dalam membimbing halaqah dan mengenepikan peraturan dan arahan.

Penting juga untuk kita beri perhatian agar seorang naqib harus menunjukan kesungguhan didalam setiap amal jama’i dan program lainnya supaya anak binaannya tidak hanya berfokus kepada usrah sahaja dan mengabaikan program amal jama’i yang lainnya.

Jangan lupa aspek monitoring dan pemantauan terhadap a’dha a’dha kerana disinilah untuk kita menggunakan  potensi diri mereka untuk diketengahkan dalam bekerja untuk jamaah dan memegang masuliyah jamaah.

Mungkin dalam usrah kita tiidak dapat lari dari permasaalahan dan selesaikanlah qadhaya yang berlaku itu dengan segera dan tanpa menundanya sekali pun kecil kerana masaalah kecil ini juga boleh meruntuhkan struktur usrah kranya dibiarkan tanpa penyelesaian kerana syaitan sentiasa mencari kesalahan kesalan yang begini.

Akhi fillah ..

sekali lagi dingatkan kemuntijahan usrah banyak bergantung kepada kehebatan naqib yang mengendalikan usrah dan ianya ibarah backbone kepada usrah dan kiranya perlaksanaannya tidak menepati apa yang dikehendaki oleh sistem usrah pastinya usrah tidak dapat memberi kesan apa apa kepada perjuangan islam, baik kepada peribadi naqib dan lebih lebih lagi kepada jamaah yang dithiqahi olehnya.

sekadar itu dan insyallah antum boleh rujuk dengan ramai lagi dengan nuqaba’  dan ustadz yang hebat hebat  di maya ini dan aku bukanlah orang yang tersangat arif bidang tarbiyah ini dan hanya mampu menceritakan pengalaman yang sedikit ini.

Mungkin boleh rujuk kepada ustadz di

http://halaqahmuntijah.wordpress.com

http://muntalaq.wordpress.com

Sekadar ini yang mampu untuk kita bersama dimaya ini. Semuga Allah memberkati segala usaha kita.

Wallahuaklam

Alfakir ilaLLah

muharrikdaie – menulis untuk mengerakan jiwa jiwa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: