Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Category Archives: isu

Jangan risau pasal jodoh

Banyak aku baca tentang kerisauan ikhwah dan akhawat tentang jodohnya. Apalagi bila usia dipenghujung 20an atau early 30an. Sedangkan jodoh itu perkara ghaib. Walau kita jual bumi dan langit ini untuk mendapatkan jodoh … Pasti jodoh itu tidak akan datang bertamu depan kita kerana ianya adalah takdir mubram [ takdir tetap] dari Allah.

Berdoa dan berusahalah. Kita tidak mampu selain ikhtiar kerana itu disuruh dalam agama. Namun ianya tidak menjamin kedatangannya pada kita. Mungkin hari ini, esok lusa atau tiada!

Tapi yakinlah suatu hari nanti insyaalah kita akan temui jodoh jika tidak didunia ianya pasti diakhirat seperti mana kita akan temui mati. Itu janji Allah.

Paling penting jadikan lah diri kita hamba yang bertakwa. Agar bertemu yang bertakwa juga. Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik. Sabar dan serah pada Allah.

Alakulihal dari memikirkan jodoh terlebih baiklah kita memikirkan mati. Kerana orang yang bijak akan memikirkan kehidupan selepas mati. Ia memotivasikan kita untuk menjadi manusia terbaik. Malah akan menjadikan kita dicintai Allah dan rasulnya.

Terkadang apabila kita memikirkan mati, kita akan lebih sihat untuk hidup dan positif untuk menghadapi hidup. Malah membuka ruang bagi kita untuk memenfaatkan hidup ini dengan lebih effisien lagi.

Kalau tidak temui jodoh pun, banyak ruang ruang kosong dalam amal islam ini dapat kita lakukan demi meraih syurga Allah.

Kawin bukanlah penentu kebahgiaan. Ada juga orang yang berkahwin menjadi sengsara hingga mati. Ada yang bujangan hidup bahgia sepanjang usia.

Perkahwinan itu hanya lah alat saja untuk kita berkongsi hidup dalam meraih syurga Allah. Itu pun kalau kita berkahwin dengan niat memantapkan dakwah iman dan amal. Kalau sebaliknya! Tidak bererti juga. Kalau kita tidak kawin pun alat alat untuk kita melonjakan amal dan untuk meraih syurga Allah juga terbentang luas.

Banyak perkara kebajikan dan kerja dakwah yang boleh kita lakukan dengan menyertai NGO’s dakwah dan berbagai lagi andai kita tidak temui jodoh kita.

Memang naluri kita perkahwinan itu suatu kemestian bagi kita untuk mengapai kebahgiaan tapi kehendak Allah hendaklah kita redha! Redhalah! Mungkin itu yang terbaik buat kita.

La Tahzan
Innallaha maana

Barakallahu fikum
Ramadan kareem

Valentines day dan mitosnya

Hari ni aku nak cerita sikit pasal Hari Valentine ni. Biar kita faham sejarah dan Mitosnya walaupun kita sendiri pun tidak tahu sumber mana satukah yang benar tapi sekurang kurangnya adalah rujukan kita. Dan kalau kita menentang hari Valentine ni pun biarlah dengan fakta. Jangan main semberono saja. Sebab bila orang tanya balik, adalah benda yang kita nak jawab!

Malulah kita sebagai da’i ni bercakap sesuatu berdasarkan hearsay dan taklid saja. Kita orang Islam patut ada knowledge pada setiap isu yang mendatangi kita supaya kita tidak sering dipersendakan! Ada  yang memberi ceramah, bercerita pasal Hari Valentine ni tapi bila diajukan soalan sejarahnya tidak dapat menjawab nya. Jadi kita yang bergelar da’i ni kena banyaklah membaca dan merujuk serta berkongsi dengan kawan kawan lain tentang apa juga isu yang terkini supaya dapat mengupas sesuatu itu berdasarkan fakta! Read more of this post

murabbi dan cintanya

Salam khusus buat ukhti/akhi LADA jua buat pembaca yang budiman …

Merujuk kepada komen dalam post saya yang lalu ( Bukan sekadar mencari pahala) oleh seseorang yang menamakan diri sebagai Lada, saya terpanggil untuk menjawabnya disini walau pun tidak sepedas mana soalan itu. Insyaalah.

Saya pasti jawaban ini bukanlah satu penyelesaian kerana penyelesaian ini satu yang complicated walaupun mereka terjerumus didalam masaalah yang sama.

Rasanya tidak ada satu pola penyelesaian yang sesuai untuk semua persoalan sebab seperti yang saya kata, manusia ini banyak ragamnya sepertinya ragam orang bercinta dan orang yang memutuskan cinta dengan belahan jiwanya!

Ada yang memutuskan cinta dengan kejutan dan terkejut. Ada yang memutuskan cintanya kerana terpaksa. Kerana Ibu dan ayah. Kerana nak mewah.  Kerana nak yang lebih muda.  Kerana tak sabar dan berbagai ragam lagi. Read more of this post

dilemma pemilihan

Entry ini saya tujukan khusus buat ukhti Iman yang bertanya pada saya dalam entry saya sebelumnya ‘ email seorang murabbiyah” Persoalan beliau telah saya kod kan dibawah ini semuga antum semua dapat berkongsi pandangan dalam persoalan ini.

Actually, kalau boleh, memang saya tidak mahu untuk berbincang isu yang agak panas ini, takut blog ini dilabel dengan benda benda yang negatif tapi rasanya perlu jugak untuk memberi pandangan dan panduan bagi yang benar benar serius untuk mengakhiri zaman solo masing masing.

salam..

apa pendapat akh muharrikdaei jika ada di kalangan ikhwah atau akhawat yang ingin baitul muslim dari kalangan bukan ikhwah dan akhwat?

jzkk..

Ukhti

Bagi saya soal jodoh adalah soal peribadi dan soal citarasa.

Malah didalam hukum deen ini pun persoalan ini diberi kebebasan kepada seseorang individu untuk memilih  calon mengikut citarasa dan kesukaannya.

Namun, jangan sampai melupakan tujuan yang ingin di capai. Prinsip yang harus dipertahankan dan impian yang harus diwujudkan! Read more of this post