dilemma pemilihan


Entry ini saya tujukan khusus buat ukhti Iman yang bertanya pada saya dalam entry saya sebelumnya ‘ email seorang murabbiyah” Persoalan beliau telah saya kod kan dibawah ini semuga antum semua dapat berkongsi pandangan dalam persoalan ini.

Actually, kalau boleh, memang saya tidak mahu untuk berbincang isu yang agak panas ini, takut blog ini dilabel dengan benda benda yang negatif tapi rasanya perlu jugak untuk memberi pandangan dan panduan bagi yang benar benar serius untuk mengakhiri zaman solo masing masing.

salam..

apa pendapat akh muharrikdaei jika ada di kalangan ikhwah atau akhawat yang ingin baitul muslim dari kalangan bukan ikhwah dan akhwat?

jzkk..

Ukhti

Bagi saya soal jodoh adalah soal peribadi dan soal citarasa.

Malah didalam hukum deen ini pun persoalan ini diberi kebebasan kepada seseorang individu untuk memilih  calon mengikut citarasa dan kesukaannya.

Namun, jangan sampai melupakan tujuan yang ingin di capai. Prinsip yang harus dipertahankan dan impian yang harus diwujudkan!

Risiko dalam setiap pengambilan keputusan yang kita lakukan akan mengenai diri kita sendiri. Baik risiko berbentuk dunia maupun risiko akhirat. Semuanya kita yang akan tanggung sendiri!

Sebab itu kita harus hati hati.

Kita bukanlah sekualiti Nabi atau sekualiti Khadijah.

Bersikap adillah terhadap diri kita dan kemahuan kita serta perlu lebih adil kepada deen ini, kerana islam mengharapkan kita melahirkan dari rahim kita generasi pelapis untuk islam itu bernafas!

Justeru itu didalam hadith pun, kita diberi panduan dan  nasihat secara serius oleh baginda akan karakter atau ciri ciri seseorang yang wajar untuk dijadikan teman hidup kita  kerana teman hidup ini bukanlah sekadar untuk melaksanakan sebuah fitrah sebagai seorang manusia atau sekadar untuk menguruskan urusan biology kita sahaja tapi  adalah untuk menjadi pembantu kita dalam memikul beban risalah dakwah dan untuk melahir dan mendidik generasi pewaris kita  demi kesenambungan perjuangan membela deen ini seperti yang kita fahami didalam 7 maratib amal!

Apalah guna kita melalui proses tarbiyah bertahun tahun tapi akhirnya kita putuskan tangga kedua dari 7 maratib amal itu kerana tidak sabar dan terlalu desperate untuk berwalimah sehingga akhirnya kita menjadi pasangan Pak Pandir  dan Mak Andih!

Yang dipegang tak dapat dan yang dikendong berciciran’.

Semua orang tahu bahawa Rasul telah  menasihati kita agar memilih kecantikan, kekayaan, keturunan dan agama didalam pemilihan itu dan beliau mengingatkan kita supaya mengutamakan seseorang yang berpengetahuan  agama sebagai pilihan yang utama, namun jika kita tidak memilih seseorang yang begitu pun, masih diizinkan oleh islam untuk berwalimah. Tidak salah sebenarnya!

” Tepuk hati, tanya iman”

…kerana kitalah yang akan merasa dan menanggung susah senang nya  hidup ini tanpa bimbingan wahyu serta kitalah juga yang akan menanggung risiko terhadap generasi kita yang akan datang juga deen yang amat kita cintai ini!

Memang idealnya kita mahukan pasangan kita memiliki keempat empat karakter tersebut tapi adalah satu perkara yang agak sukar untuk mencari pasangan yang begitu namun tidaklah mustahil!

Tidaklah adil bagi saya untuk memberi pandangan  tentang walimah diantara akh atau akhawat ( ada fikrah )  dengan yang bukan akh atau akhawat ini kerana saya bukanlah orang yang terbaik untuk memberi pandangan kerana tidak pengalaman dalam soal ini.

Tapi kalau untuk share pengalaman kawan kawan kita bolehlah saya coretkan disini.

Isnin lepas ada 5 orang akhawat  dalam jamaah saya dinegeri utara tanah air yang saya tidak kenal bertemu dengan mas’ul kami berkenaan isu ini di dalam mesyuarat negeri dan kepimpinan. Rata rata mereka ini berusia 28 ke 35 tahun. Diakhir perbincangan itu mereka mengeluarkan satu statement yang semua kami tidak duga sama sekali ….

Kami nak antum faham bahawa kami di sini amat serius dalam persoalan ini yang sepatutnya  telah lama disettlekan oleh pucuk pimpinan. Namun sampai hari ini perkara itu sejuk dan siapa pun tak peduli.

Antum pun tahu bahawa kami adalah sebahagian dari Tanzim ini dan tertakluk dibawah tanggungjawab dan penguasaan antum. Dan kami sedar dan telah serahkan diri dan jiwa kami kepada jamaah ini untuk dicanai dan kami patuh dan taat setiap arahan tanzim ini kerana itulah sepatutnya bagi seseorang yang intima’ dengan jamaah.

Kami telah lakukan segala tanggungjawab kami kepada jamaah sedayanya dan mengikut segala apa yang diputuskan jamaah terhadap diri kami kecuali yang bercanggah dengan syarak dan kemampuan yang ada pada kami. Segala arahan jamaah kami turuti dengan tidak ada bantahan dan rungutan dan kami telah selesaikan segala kerja dan amanah yang di bebankan kepada kami!

Tapi pernahkah antum terfikir bahawa antum telah membiarkan kami begini dan tidak pernah untuk  cuba menyelesaikan tanggungjwab antum sebagai mas’ul untuk menjodohkan kami dengan ikhwah dalam jamaah ini untuk kesenambungan perjuangan kami.

Jika kami adalah sebahagian dari tanzim, kenapa antum pinggirkan kami?

Kami ajukan persoalan ini bukanlah kami ini terlalu desperate atau tidak laku diluar sana malah memang banyak lamaran yang kami terima dan juga diuruskan oleh Ibu dan ayah kami tapi kami tolak diatas dasar kefahaman terhadap  fikrah ini!

Apakah wajar bagi kami, berhempas pulas mencetak diri dengan tarbiyah bertahun tahun dengan antum menjadi murabbi dan mentornya akhirnya kami buat keputusan sendiri dan membelakangi jamaah! Rasanya itu keputusan yang salah! Sedarkah antum?

Justeru atas dasar  kefahaman itulah, kami harap dapat antum uruskan kami agar dapat berwalimah dari kalangan sefikrah dengan kami didalam jamaah ini.

Dan kami ketepikan lamaran orang luar bukan kerana mereka tidak baik untuk menjadi seorang suami tapi adalah kerana mereka tiada ditarbiyah untuk memahami vision kami dan vision deen ini yang mungkin akhirnya mereka akan menjadi batu penghalang kami dalam bergerak dan bekerja dalam jamaah ini setelah kami difahamkan oleh antum untuk kami mewariskan dakwah ini kepada anak cucu kami tanpa masaalah yang jika sekiranya kami berwalimah dengan orang luar, sudah tentu akan menyimpangkan kami dari kerja kerja dakwah yang berlambak ini.

Realitinya telah terbukti berlaku pada sohibah sohibah kami yang tak sabar yang akhirnya  mereka  larut dengan  rumahtangga yang banyak cabaran itu dan dengan sikap suami yang tidak memperdulikan kemahuan mereka.

Apakah antum redha perkara itu berlaku lagi  pada kami dan akhawat yang lain?

Sebab itu kami tuntut antum sebagai kepimpinan ini agar menyelesaikan masaalah akhawat ini sebelum bertambah kritikal!

Pada kami antumlah akan menanggung segala apa yang akan  berlaku pada kami sekiranya antum biarkan kami terus terusan begini tanpa berusaha dengan serius untuk menyelesaikan masaalah kami.

Insyaalah. Dengan izin Allah jika antum tak bergerak dan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya atas masaalah ini, kami akan dakwa antum semua diakhirat nanti kerana tidak menjalankan tanggungjawab antum sebagai kepimpinan yang kami thiqah kepadanya.

Antum rasa bolehkah antum lari dari tanggungjawab ini?

Maafkan kami kerana agak keras dengan masaalah ini kerana sesungguhnya kami tiada pilihan untuk bertoleransi.

Terbisu semua.

Kerana selama ini walau pun isu itu timbul, tidaklah se ‘daring’ akhawat ini. Tak perlulah saya ceritakan penyelesaian selanjutnya  tapi cerita ini bolehlah kita buat kesimpulan dari persoalan ukhti Iman ini dan bolehlah antum buat rumusan  untuk kita share dan rasanya tak payahlah untuk saya sambungkan lagi bicara ini …

Kalau antum nakkan pandangan saya bolehlah rujuk artikel saya sebelum nya bertajuk ‘ aduhai naqib, kawinkan kami ‘

Oh ya! Sebelum saya akhiri persoalan ini saya code kan jawapan ringkas dari seorang mas’ul saya kepada kelima lima akhawat tersebut ………….

” SANGGUPKAH KAMU SEMUA BERPOLIGAMI?”

Wallahu aklam

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakan jiwa jiwa.


4 responses to “dilemma pemilihan

  1. muharrikdaie May 10, 2010 at 7:32 am

    I am growing – Thanks kerana ziarah. Betul susah sebenar ni jika kita tidur satu bantal mimpi lain lain … Sebab tu harus berusaha untuk mencari yang terbaik dalam hidup ini Insyaalah.

    kembara cintaku – Betul ku, keras dan tegas. Actually saya ada dalam perbincangan tu dan dah ada penyelesaiannya Insyaalah. entry saya ni saya buat renungan.

    Husaini – Amboi Husaini, tak sabar anta nak sambungannya. So ana dah kasi habis cerita tu. Apa komen anta pulak. Anta bila lagi ni? Akhawat kat UPM tu dah lama dah tggu respon anta!
    hehehh …terus thabat akhi dalam perjuangan. Bila nak buat buku?

  2. i am growing April 29, 2010 at 3:44 am

    tak salah kawin dengan akh/akhwat yang tak ada fikrah..ramai je yang kawin tapi bermasalah jugak lah coz the spouses tak faham pa yang akh/akhwat faham..itu satu tugas dakwah namanya…tapi at the end payah jugak lah..

  3. kembaracintaku April 29, 2010 at 12:09 am

    Allahuakhbar!
    statement dan tuntutan yang tegas dari akhwat!

    jika diteliti, banyak entry-entry sebelum ni yang sedikit sebanyak menjawab secara tak langsung isu ni.

    nantikan sambungannya. teruskan berkongsi pandangan dan pengalaman!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: