bila murabbi ku bersuara …


Minggu ini memang minggu tension bagi aku. Walau pun ku cuba untuk tenangkan diri tapi terasa sangat rasa bersalah. Apa lagi aku disms oleh murabbi ku kerana ia ingin untuk menziarahi. Kalau ingin diziarahi murabbi, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena! Atau ada sesuatu yang penting yang ingin dibincangkan dengan aku.

Puas aku muhasabah diri. Nak kata aku bersalah kerana tak melaksanakan mutabaah amalku yang banyak itu , tak jugak! Kalau  aku tersangkut pun, cuma amalan penghujung malam saja. Itu pun sebab aku sering balik lewat awal pagi! ( alasan!!!!!!)

Memang aku akui, biar jarang jarang tapi terkadang aku tak mampu bangun sebelum pukul 5 pagi seperti yg diarahkan oleh murabbiku setiap hari.

Adakala rasanya, kalau bom meletup pun dekat telinga aku, aku tak mungkin sedar kerana terlalu letih! Tapi selalunya murabbiku tidak pernah untuk menerima alasan yang begitu. Baginya seorang da’ie harus bangun seawal pagi kerana ianya adalah merupakan peribadi dan menjadi keaiban bagi seorang da’ie yang bangun setelah azan!

Pernah satu pagi dia bertanyakan pada aku kenapa tidak message dia sebelum subuh tadi kerana kami harus message murabbi setiap sebelum subuh untuk  meminta ‘ amal amal’ yang perlu kami lakukan waktu dipenghujung malam itu dan secara tak langsung dia dapat memantau amalan pagi kami. Lantas  aku katakan padanya,

” Ustadz, malam tadi ana balik kul 2 pagi dan memang ana tak mampu bangun. Letih sangat!’

Lantas dijawab oleh murabbi ku, ” Anta bukan letih badan, tapi letih iman. Entah entah siang  tadi berapa oranglah amoi  yang anta tengok dan terlekat dihati anta hingga melekat dosa tu kat hati lalu terhijab nur Allah dalam hati anta. Sebab tulah anta tak boleh bangun.” Jawabnya serius. Pang!!!!Pang!!! Adoi. Rasanya lebih baik kena pelempang dari disindir begitu.

Memang bila tiba saat macam tu aku rasa malu dan aib. Aib pada diri dan aib pada murabbiku. Memang aku malu kerana terkadang perkara itu aku tekankan pada adik adik usrah ku tapi akhirnya aku sendiri tidak mampu untuk bermujahadah!

Sebenarnya bukan aku tak ready untuk bangun sebelum subuh kerana sebelum tidur lagi, segala jenis jam aku setkan time untuk bangun hingga handfon pun aku letak atas dada dengan vibrate dan maximum tone sekali kerana terlalu takut untuk tak bangun!

Tapi benarlah kata ustadz, dosa akan mematri dan mematikan segala pancaindera untuk beribadah pada Allah!

” Akhi, tahukan anta adalah gemintang dilangit dakwah. Masakan anta mampu melelapkan mata dan membiarkan langit itu gelap tanpa cahaya?” Dia menyambung dengan berpuitis padaku kerana dia tahu itulah kata kata puitis amat terkesan dengan jiwaku kerana kata kata itulah yang selau aku muatkan dalam blog aku untuk menyemangatkan orang lain.

” Fikirkanlah akh. Anta kena anggap anta adalah diantara sebutir bintang yang bertanggungjawab menerangi alam kejahilan ini. Kalau anta tidur, siapakah yang akan meratapi keampunan Allah diatas dosa dosa yang anta lakukan hari ini? Dan sudah tentu dosa semalam akan mengesatkan hati anta dan pastinya butir butir kata anta yang ingin anta luahkan pada manusia esoknya adalah butir butir kata yang kosong tanpa ruhnya!” Dia serius dalam kelembutan berbicara dengan ku.

Begitulah murabbiku mendidik ruhiyah ku.

Memantau segala pergerakan perjalanan hubunganku dengan Allah sehingga aku tidak merasa kesendirian untuk bermujahadah kerana dia sendiri akan senantiasa meluruskan kesalahanku dalam rintangan menghirup tarbiyah ini untuk tazkiyahtu nafs aku.

Aku amat bersyukur Allah mengurniakan aku teman perjalanan akhirat yang mempunyai niat yang ikhlas serta kemahuan yang kuat kepada jihad ini yang senantiasa mengalakkan aku supaya terus berlumba dalam berlari menuju Allah serta segera menyonsong redhaNya!

Memang aku ingin bergerak laju dalam perjalanan ini untuk mengabdikan diri pada al-Ma’bud sehingga dapat mencium aroma syurga yang dijanjikan itu.

Akh,

aku disini bukan untuk menceritakan keaiban aku atau melakarkan cereka kosong untuk ditatapi. Tetapi apa yang ku perindahkan dalam kalam kalam perkongsian ini supaya kita semua dapat membina kekuatan kerana kekuatan itulah saja syarat kemenangan dakwah.

Justeru antum juga harus ingat bahawa diperjalanan ini juga virus virus nifaq, virus kemalasan dan virus virus kefuturan senantiasa mengekori dan membelenggu kita.

Tanpa mujahadah teguran dan pemantauan, kita pastinya akan dijangkiti virus berbahaya itu sehingga sampai satu tahap kita akan rasa kita telah berpuas hati apa yang telah kita perbuat sedangkan didalam perjuangan ini  tidak ada erti kepuasan kecuali  penghujungnya kita bertemu dengan titik kemenangan mutlak kita yakni daulah atau pun syahid dijalan Allah!

Sebab itu kita kena selalu ‘ berhias diri’ dihadapan cermin tarbiyah supaya wajah hodoh kita ini senantiasa kita ‘make up’ dengan amal amal qowi yang membawa kita kepada kekuatan meskipun diperjalanan dakwah ini kita adalah golongan yang ‘kholil’  (sedikit ) namun jika kelemahan ini sentiasa menjadi perenungan kita, tentunya kita akan dapat menghilangkan rasa kesepian akibat ramainya orang yang tidak aktif berdakwah!

Akhi …memang letih perjalanan ini.

Tanpa kejujuran, cinta kasih dari murabbi dan sahabat kita yang bagai makanan, minuman dan obat ini pastinya kita akan rasa kesepian, letihnya, jauhnya jarak perjalanan ini …

Tapi inilah rahmat Allah bagi pejuang deen ini. Sentiasa memberi kita jalan keluar berupa teman teman yang mencintai kita untuk sampai keputaran terakhir.

Namun begitu jangan kamu biarkan hatimu mengharapkan bantuan percuma yang sentiasa datang bertamu. Kamu juga harus nyalakan semangat yang penuh rindu kepada matlamatnya. Jiwa yang tinggi dan kemahuan yang lurus untuk sampai kegaris akhir itu!

Jangan toleh ke belakang lagi. Teruskanlah perjalanan tanpa ada rasa rindu untuk istirehat dan santai. Tinggalkan itu semua jauh dibelakangmu untuk mengapai tujuan akhir yang menjadi titik perhatianNya kepada kita.

Sekadar ini perkongsian diambang Ramadhan ini. Muga dapat menggerakan jiwa ku dan jiwamu jua …

Salam ibadah dariku

muharrikdaie -menulis untuk menggerakan jiwa jiwa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: