murabbi dan cintanya


Salam khusus buat ukhti/akhi LADA jua buat pembaca yang budiman …

Merujuk kepada komen dalam post saya yang lalu ( Bukan sekadar mencari pahala) oleh seseorang yang menamakan diri sebagai Lada, saya terpanggil untuk menjawabnya disini walau pun tidak sepedas mana soalan itu. Insyaalah.

Saya pasti jawaban ini bukanlah satu penyelesaian kerana penyelesaian ini satu yang complicated walaupun mereka terjerumus didalam masaalah yang sama.

Rasanya tidak ada satu pola penyelesaian yang sesuai untuk semua persoalan sebab seperti yang saya kata, manusia ini banyak ragamnya sepertinya ragam orang bercinta dan orang yang memutuskan cinta dengan belahan jiwanya!

Ada yang memutuskan cinta dengan kejutan dan terkejut. Ada yang memutuskan cintanya kerana terpaksa. Kerana Ibu dan ayah. Kerana nak mewah.  Kerana nak yang lebih muda.  Kerana tak sabar dan berbagai ragam lagi.

Ini kerana, manusia ini memiliki berbagai karakter dan perangainya dan bolehlah kita katakan sukar untuk kita cari dua manusia yang mempunyai sama karakter meskipun mereka itu dilahirkan kembar!

Ukhti LADA,

Seandainya jawaban saya tidak menepati, jadikanlah jawaban dari pengalaman saya ini sebagai satu materi, untuk kita berkongsi kiranya sesuai buat kita praktiskan dalam penyelesaian permasaalahan mutarabbi kita yang mempunyai masaalah yang sama …

Kalau antum perhatikan dalam setiap post saya yang berkaitan persoalan tarbawi, saya tidak banyak memfokuskan kepada mutarabbi tapi sering mengingatkan kepada setiap murabbi kerana murabbi lah orang pertama yang harus dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku kepada mutarabbinya.

Bukan senang senang begitu untuk murabbi melepaskan diri dari masuliyah ini!

Sebab itu saya sering menasihatkan murabbi agar senantiasa dan selalu bersedia dengan masaalah mutarabbinya kerana ini amat penting kerana merekalah aset masadepan bagi deen ini. Jika mereka gugur, saya rasa teramat amatlah ruginya!

Mungkin antum boleh kata, mereka yang gugur itu yang rugi dan islam tidak rugi apa apa kerana merekalah yang nak kepada islam dan islam tidak berkehendak kepada  mereka!

Atau antum akan akan kata Allah akan gantikan mereka yang gugur itu dengan orang lain!

Bagi saya semua jawaban itu adalah jawaban ” escapism” bagi seorang murabbi yang ‘dungu‘ untuk melindungi kelemahannya!

Dan  terlebih baiklah dia jangan membina, kerana ini akan merugikan islam dan jamaah, sebab sifat begitu bukanlah sifat murabbi yang baik kerana murabbi yang  baik dan bertanggungjawab amat sayang dan menitik beratkan setiap zarah ukuhuwahnya. Setiap zarah iman mutarabbinya kerana dia harus ingat bahwa setiap zarah kesalahan mutarabbinya maka setiap zarahlah pertanggungjwabannya yang  akan ditanyai oleh Allah kepadanya!

Mungkin bagi anda yang bergelar murabbi disini amat mudah untuk mendapat adik atau anak  binaan untuk ditarbiyah.

Ada yang datang kepada antum secara sukarela untuk ditarbiyah atau mereka diserahkan oleh mas’ul antum kepada antum secara percuma untuk antum bina mereka!

Kalau situasi antum begitu memang antum tidak dapat rasa nilai dan valuenya mutarabbi itu kerana antum tak perlu berusaha untuk mendapatkannya kerana secara percuma datang kepangkuan antum!

Tapi bagi aku, amatlah sukarnya untuk mendekati seseorang untuk mendakwahi, mentajmik dan mengsaff kan mereka.

Aku hanya di assign dan diarahkan oleh mas’ul ku saja  untuk mendapatkan mad’u dan selebihnya akulah yang harus menguruskannya lantas dari situlah aku harus bergerak. Dan strategi pergerakan bermula dari mengcreatekan program program umum di masjid. Disurau surau setinggan. Di kilang2. Diofis ofis. Di supermarket supermarket. Di Universiti universiti dan melalui persatuan persatuan kebajikan islam  juga melalui badan badan kesatuan sekerja.

Bukan senang akhi!

Biarpun kami mampu untuk menghidupkan masjid masjid yang mati dan surau surau dikilang dan di ofis ofis yang sepi  serta  memeriahkannya dengan kuliyah dan  program2 pengajian dan sebagainya tapi untuk mengsaff kan ikhwah kedalam jamaah amatlah sukar. Bukan senang untuk menyaringkan mereka. Dalam 3 tahun yang diberikan kepada kami, hanya 4 orang ikhwah dan seorang akhawat yang dapat aku saffkan untuk ditarbiyah dan yang benar benar ingin commit! bayangkanlah!

Sebab itu aku amat menyayangi mereka. Menjaga mereka sebaik mungkin agar mereka terus thabat kerana merekalah aku rasa sebahagian dari pintu pintu amal  dan pintu syurga ku yang Allah telah bukakkan!

Akhi,

Bilamana aku sebut menyayangi mereka dan menjaga mereka bukanlah maksudku aku saja yang begitu tetapi kami  tanamkan sifat perkongsian!

Sama sama menyayangi dan sama sama menjaga.

Dan aku sebagai pembina mereka tidaklah sampai membiarkan mereka sehingga tidak memarahi mereka bila berlaku sesuatu yang merugikan mereka dan jamaah dan terkadang aku kongkong juga kehidupan ” nafsu manusiawi’ mereka jika mereka terlebih guna dan keterlaluan dan adakalanya aku biarkan dan bertolak ansur, kerana aku tahu, bukan lah mereka dan aku ini pengemban gerakan dakwah yang ‘ maksum’ dari keinginan, kerana mereka juga manusia dan aku juga manusia.

Pada saat saat tertentu sebagai manusia yang lemah ini  kami juga tidak dapat  lari dari terlakukan dosa yang serius, futur, lemah dan malas termasuk aku yang dijenamakan sebagai murabbi ini!

Namun setiap kesalahan dan permasaalahan yang ada diantara aku dan mutarabbiku kami sering selesaikan didalam ‘ Tanasuh”.

Kami bertanasuh bersama  sama. Disinilah kami muhasabahkan segala yang tidak kena sehingga kami dapat sucikan secara harmoni mana mana yang tercoreng dan terlanjur!

Akhi,

Kita kena ingat motto ” perbaiki diri dan serulah orang lain” . Tidak semestinya kita baiki diri sekali dan tidak melakukan kesalahan lagi dan kita terus menjadi ” malaikat ‘!

Tidak begitu sebenarnya, kerana perbaiki diri ini, adalah agenda yang berterusan selagi kita bernafas.

Dan tidaklah bererti kita perbaiki diri , lantas kita tidak menyeru dan menuntun  manusia kerana melanjutkan tugas suci itu juga adalah sebahagian dari pembaikan diri! Dan inilah yang harus kita faham.

Ukhti / Akh LADA

ini petikan dari post aku yang lalu bersama persoalan kamu.

“Dia (murabbi) seharusnya sentiasa memerhati akan sejauhmana mutarabbinya dapat dilahirkannya sebagai jundiyah atau masih bermalasan lagi. Masih emosi lagi. Masih merajuk dan perlu dipujuk lagi. Kita takut tanpa kita sedari kita terperangkap dan terjebak dalam ritme rutinitas  ( rutin) hingga usrah dan halaqah kita menjadi mandul dan tidak bergerak gerak.”

Persoalan kamu: ….andai ana punya masalah ini..apa mungkin yg bleh dibuat? …ada cadangan barangkali?

Jawaban rengkas saya : Secara asasnya persoalan setiap mutarabbi dan kita juga terbahagi kepada beberapa perkara

1) Masaalah kita dalam hubungan dengan Allah

2) Masaalah ‘ chemistry’ dan hubungan jiwa antara kita dan mutarabbi

3) Masaalah kefahaman dan tarbiyah Dzatiyahnya

4) Masaalah dengan sistem jamaah

Solution 1 ~Masaalah berhubungan dengan Allah inilah yang menjadi masaalah utama yang seharusnya ditekankan diawal tarbiyah kerana asbab ini boleh merencatkan perkembangan mutarabbi disepanjang tarbiyahnya. Saya rasalah, masaalah adik binaan anda ialah masaalah gersang ruhiyahnya. Mungkin masaalah tilawah dan tadabbur qurannya. Atau solat fardhu yg tidak dijaga atau tahajjud yang jarang dibuat atau infaq dan lain2 yang terkait. So …anda harus check dan motivate dia agar bertaubat dan merubah kehidupan secepat mungkin supaya tidak merebak dengan teruk. Dan mungkin juga masaalah ini berlaku pada anda  dan kefuturan anda dalam berhubungan dengan Allah yang juga akan memberi impak pada mutarabbi. Ini pernah berlaku pada saya, yang pernah futur dan kurang munajat untuk difokuskan pada mutarabbi. Kalau ini, sama sama kita perbaiki. Insyaalah.

Solution 2 ~ Permasaalahan ini juga tidak kurang besar impaknya. Mungkin cara anda mentarbiyah lemah dan ini harus anda pertingkatkan. Dan ianya pernah berlaku pada saya. cara penyampaian. Cara bicara. Cara mengelola dan mengendali. Mungkin anda terlalu serius dan banyak lagilah yang harus anda check. terkadang mungkin anda bossy. Dan bodoh sombong. Diskriminasi diantara mad’u. Pergaulan anda diluar dan didalam halaqah berbeda …..dan mungkin anda kurang berdoa untuk mutarbbi. Segalanya kemungkinan yang harus anda muhasabahkan. Juga jangan lupa, untuk mengelakan kefuturan, berikan mereka tanggungjawab dan tugas setiap masa kerana dengan adanya kerja dan tanggungjawab mungkin mereka rasa diri dihargai. Entahlah! Boleh cuba.

Solution 3 ~ Kefahaman dan tarbiyah dzatiyah ini tidak dapat tidak harus di usahakan oleh mutarabbi itu sendiri. Jika tidak memang masaalah peningkatan ini dan kefuturan ini tidak boleh diselesaikan dan anda harus memainkan peranan untuk mentanasuhkan beliau.

Solution 4 ~ Saya tak tahu anda jamaah mana? So ini harus dikoreksi. Mungkin anak binaan anda boleh di tukarkan kepada naqib/naqibah yang sesuai untuknya. Insyaalah.

Wallahuaklam. Kalau boleh jangan tanya lagi. Tak mampu rasa nak jawab. Maaf kalau tidak bersesuaian dengan soalan. Apa yang saya lalui sebenarnya akan anda lalui juga dan sebaik baik penyelesai masaalah adalah melalui pengalaman masing masing dan sentuhan jiwa kita. Manusia tidak boleh mendidik manusia jika menggunakan akal manusia kerana kita sama sama dicipta dan yang boleh menyelesaikan problematika manusia ini adalah Allah semata. Justeru itu jangan biarkan ruhiyah kamu gersang dan tandus kerana jikalah kita akrab dengan Allah pastilah mudah untuk kita mengawal dan mendidik manusia.

Akhi,

jangan disangka bahwa kamu murabbi kamu telah kuat dan sempurna. Sebab itu kamu harus senantiasa koreksi syaksiyah diri. Seperti kata Allahyarham Pak Hamka

Bertambah besarnya syaksiyah seseorang itu, bertambah jelas letak kelemahannya

Perpatah Arab juga mengatakan

Iza tamma syai`un bada naqsuhu ~ Bila seseorang telah sempurna, jelaslah dimana kurangnya

Insyaalah. Sekadar ini suara jiwa dari murabbi kerdil ini untuk santapan ruhanimu pembaca setiaku …

Ingatlah akhi. Harga hidup kita ‘dimata’ Allah adalah kualiti kerja kita.

Dan waktu yang berhak untuk kita ‘claim’ sebagai umur kita adalah batas waktu yang kita isi dengan dakwah dan amal dan dengan cinta kita kepada manusia untuk mengagungkan Dzatnya kerana selain itu bukanlah milik kita.

Dan sesungguhnya aku bersyukur kerana punya jiwa pencinta untuk terus mencintai dakwah ini terhadap umat  dari amanah nabiku dan berpacu diatas jalan panjang ini.

Dan pastinya aku tak kan berhenti kerana aku tahu, tak satu pun ‘ peserta kehidupan’ ini yang diberitahu dimana dia harus berhenti!

Sebab tempat pertama yang harus kita berhenti adalah ajal kita.

Akhirmasa kerja kita.

Renungkanlah ‘ kekasihku ‘ kerana aku akan mencarimu disyurga sana.

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

 

5 responses to “murabbi dan cintanya

  1. muharrikdaie January 4, 2011 at 4:30 am

    1.Cahaya qalbu ~ Insyaalah sama sama kita share dan memperbaiki diri.
    2. Pensil kecil ~ qute nama pena anti. Memang betul. Taaruf harus berterusan. Cinta itu akan wujud sebenarnya adalah melalui besarnya cinta kita kepada Allah dan doa2 sesama kita lah yang akan menatautkan hati hati kita hingga cinta yang tersembunyi itu menyerlahkan kewangiannya.
    3. Lada ~ Walau pun tak pedas soalan kamu sukar juga untuk saya menjawabnya. jika ianya terkesan alhamdulillah. Mudah2an kita terus beramal insyaalah.

  2. lada January 3, 2011 at 12:54 pm

    salam..
    pertama2 kalinya..jzkkk
    aaassifff kerana lmbat me-reply..
    baru punya kesempatan…..
    dan ternyata jwpan amat membantu..=))
    alhamdulillah…..

    sedang berusaha memperbaiki diri
    doakan ana akh!

    “mencintai atas dasar Illahi”

  3. mylittlepencil December 25, 2010 at 3:17 am

    assalamualaikum akh.
    Entri yang perlu dibaca ana kira.
    Betapa cinta dari seorang murabbi itu sangat perlu kepada Rabbnya, mutarabbinya dan kepada Islam itu sendiri.
    Sepanjang ana menghadapi pengalaman sebagai seorang murabbi, ana telah banyak melalui persoalan-persoalan yang menarik daripada anak-anak mutarabbi.
    Dan hanya satu konklusi yang ana dapat simpulkan, betapa taaruf itu penting untuk memhami keadaan mereka. Pada ana, setelah taaruf baru boleh diberi cinta. Dan seorang murabbi itu perlu menghayati apa jenis cinta yang mahu diberikan kepada mutarabbinya. Dan dengan cintalah mampu untuk menguatkan tarbiyyah murabbi dan tarbiyyah mutarabbi.
    jazakallah atas perkongsian ustaz~

  4. Pingback: kembara cinta ku

  5. cahaya Qalbu December 21, 2010 at 8:40 pm

    subhanallah! entry yang dinanti-nantikan! jazakallah ustaz!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: