Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

diri kita adalah satu ummah


Salam satu Daulah

Lama tidak bertandang disini. Meskipun blog sendiri tapi itulah realitinya. Terpaksa mengejar masa untuk mencari dan menambah  kekuatan.

Kekuatan pastinya datang bila kita sanggup bermujahadah. Lagi letih dan longlainya tubuh ini bertarung, lagi kuatnya jiwa kita untuk mempertahankan iman ini. Kerana bila letihnya tubuh mencari redha Allah maka akan lemahlah nafsu yang sentiasa mencari ruang untuk merehatkan kita dari jalan ini.

Pastinya tanpa kekuatan kita akan terus terbelenggu.

Sebab itu da’ie seperti kita harus terus mengejar dan mengejar kerja tanpa henti untuk membangunkan kerajaan Allah ini, kerana jahiliyah maksiat dan juga dosa dosa tidak pernah berhenti dan terlelap dari mengejar kita untuk meruntuhkan apa yang kita telah bina.

Penat dan letih perkara biasa.

Tanpa penat dan letih bukan jihad namanya.

Kita adalah tentera khusus Allah dimedan pertempuran. Jiwa seorang tentera tidak akan pernah terfikir akan waktu makan dan kelaparannya!

Apalgi terfikir untuk berjumpa dengan isteri dan anak anaknya!

Apa yang ada dalam jiwanya adalah untuk menyelamatkan diri dan ikhwahnya dimedan pertempuran!

Inilah suasana kita berada sekarang wahai duat!

Di momen deen Allah ini tidak berkuasa. Disaat undang undang kuffar yang menguasai. Keadaan kita amatlah kritikal sama seperti dimedan pertempuran dimana kita ditembak disetiap penjuru dan sudah tentu tiada waktu untuk kita berehat walau sesaat sekalipun, melainkan diwaktu sujud. Waktu itulah kesempatan kita untuk melabuhkan hati dan jasad bertemuNya.

Akhi…

Ingat!

kita adalah tentera kepada matlamat ini.

Kita adalah lelaki. Kita adalah Rijaludeen Rabbani.

Tetapi jika kamu tidak ada jiwa tentera yang begitu, anggaplah diri mu sebagai wanita yang menunggu pinangan lelaki atau seorang khunsa yang redha dengan takdirnya!

Aku bukan merendahkan mu wahai duat ….tapi disitulah kamu!

Tidak ada makna kamu hidup didalam gerakan islam ini tanpa dakwah hingga kamu dilalaikan dengan keselesaan berpayungkan najis busuk  demokrasi barat yang jijik dan syirik ini hingga terkadang tanpa kamu sedari kamu dipergunakan oleh politikus politikus hipokrit melacurkan kamu dijalanraya terjerit terlolong seperti serigala sesat tanpa matlamat dan agenda islam melainkan untuk membantu agenda peribadi mereka hingga kamu mengadaikan syaksiyah kamu sebagai duat dan melupakan fikrah yang dibina bertahun tahun kerana terkulai dik hasutan dan janji politikus yang tiada tarbiyah itu!

Berfikirlah duat!

Masih banyak lagi agenda kita. Masih belum tertunai lagi beban amanah ini.

Marhalah Ta’sis

Ingatkah kamu lagi akh akan marhalah ini? Pernahkan kamu wahai duat melalui marhalah ini?

Marhalah yang sangat penting ini. Marhalah pemilihan dan pembentukan yang memasukan kita ke jalan dakwah ini?

Manusia itu adalah seperti seratus ekor unta, jarang kamu jumpai unta yang laju – alhadith

Kita adalah dikalangan yang terpilih dan dikalangan yang boleh melaju dijalan. Apa lagi yang perlu kita tunggu.

Jadilah Al-‘amil …

Jadilah kamu Al-mufakkir …

jadilah kamu Al-Jari’ …

Jadilah kamu Al-muntij …

Penuhilah empat sifat ni akh agar kamu benar benar menjadi menfaat buat deen ini.

Bertindaklah! Bekerjalah! Kerana Al-amil itu sifatnya tidak menunggu. Tidak perlu disuruh dan diarah kerana jiwanya sentiasa terkait dengan Allah dan sentiasa bergantung ghairah untuk menuju syurgaNya!

Kita harus mengejar kekuatan akh. Dimana pun kita, usahalah untuk membawa manusia kepada ikatan jamaah. Kerana jamaah itu barakah dan boleh menyatukan manusia. Jangan menunggu untuk menanti galakan mas’ul baru kita hendak bekerja.

Sepatutnya diri kita sendirilah yang harus merasakan penting buat deen ini. Tidak ada siapa yang dapat mendorong kita? Jadikanlah syurga sebagai pendorong.

Dakwah tidak akan memikul kita dan mengheret kita untuk memikul tanggungjawab tapi kitalah yang harus mengheret diri kita! Tidak kah kita bertuah disaffkan dalam jamaah islam ini?

Dimana pun kita ditempatkan menumpang dibumi Tuhan ini, kita adalah satu ummah. Ingat! Satu ummah.

Kita sepatutnya punya semangat seperti Nabi Ibrahim. Seperti mana yang Allah gambarkan bahawa Nabi Ibrahim ini adalah ummah meski dia berseorangan. Biar pun dikelilingi berhala namun masih mampu melaksanakan dakwah dan membina ummah meski pun hanya Lut alaihisalam mad’u tunggalnya!

Wahai duat …

Seharusnya kita terus aktif melakukan dakwah walau kita seorang diri tanpa bantuan. Dimana pun kita belajar dan bekerja. Ditransfer, berpindah dan sebagainya, sebarkanlah dakwah, bentuklah jamaah dan pimpinlah kawasan itu kerana Albanna mengajar kita begitu dulu! Seorang diri dia merubah negara dan dunia. Hingga kehari ini kita meneguk manis halwa dakwahnya!

Wahai duat …

aku tidaklah kuat jika kamu gambarkan begitu.

Tapi aku adalah saudaramu yang ingin memburu kekuatan dan aku gembira mengajak kamu kerana aku takut nasib akhir kita …

Ajal kita mengepung kita …

Aku takut azab Allah akan dosa dosaku. Hanya dakwahlah peleburnya.

Aku tidak mahu menjadi sampah diakhirat!

Berapa lama kita boleh hidup dibumi ini? Menempati kehidupan. Akhirnya kita akan lenyap akh!

Mati. Menjadi tanah, menjadi abu, menjadi debu …

Marilah kita terus berlari ..

.tiada masa untuk kita berjalan lagi …

Berlarilah kita sekarang ini kerana kehidupan menantikan pelarian kita untuk menuju destinasinya.

Jadilah lelaki sejati …

Lelaki sejati akan selalu menunggu diantara awan awan

Menunggu untuk berperang, bertempur dan menghadapi kenyataan dihadapan ini.

Marilah kita menjadi kuat kerana Allah lebih menyayangi dan menyenangi mukmin yang kuat dan sentiasa membina kekuatan dan dakwah juga akan tersenyum bila memiliki penyeru penyerunya yang kuat …

sekadar ini yang mampu aku titipkan …

jumpa lagi.

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

4 responses to “diri kita adalah satu ummah

  1. ina July 2, 2011 at 12:38 pm

    alhamdulillah..
    jiwa yang lesu kembali bertenaga

    alhamdulillah..
    moga Allah terus kuatkan akhi dalam muajhadah

    moga terus istiqamah dalam perkongsian dan sentiasa ikhlas kerana Tuhan..

    insyaAllah
    amin~

  2. MATA AIR SYURGA July 2, 2011 at 1:42 am

    Bahasamu laksana pedang yang menghiris kulit mangsanya. Sakit, pedih terasa! Tapi itulah ‘nyalaan kasih’ yang menterjemahkan cintamu demi menggerakkn jiwa-jiwa.. Jazakumullah. Berjanjilah kita utk saling mendoakan.

Leave a comment