betulkanlah mimpi kita …


Salamku buat semua duat dijalan dakwah yang suci ini.

Aku telah menulis 2 artikel hari ini. Duri duri jalan dan betulkan mimpi kita buat yang menanti tulisanku.

Hanya ini yang mampu aku tuliskan dalam keadaan yang kurang sihat ini dan diharap sedikit sebanyak dapat dimenfaatkan oleh jiwamu.

Insyaalah doakan aku agar mampu terus menulis dan menjadi penulis mutaqqin dan sobirin yang dapat menyonsong semangat untuk terus mara!

Biar apa pun yang menguji kita, aku harap kita semua tidak akan larut dan berhenti dari terus memimpin manusia dalam apa suasana sekalipun! Kerana niat kita adalah untuk Tuhan semesta alam untuk kita terus beramal  dalam membina manusia!

Bagi aku disini, selagi termampu aku akan terus berkongsi kehidupan.

Berkongsi iman.

Berkongsi tazkirah dan berkongsi ruh agar kita tidak jemu jemu untuk membaiki diri demi dengan satu tujuan …..untuk bertemu Allah Rabbuljalil.

Akhi muslim,

Sepertimana selalu ku katakan padamu bahawa kita bukanlah waktu yang kita miliki tapi kita adalah amal yang kita lakukan.

Waktu dan umur tidak akan dapat memberi menfaat apa apa pada kita, walau kita memiliki ia berjuta tahun lagi!

Sebab itu ulama’ ulama’ sufi selalu sangat berpesan kepada kita,

” Gunakanlah masa muda sebaiknya kerana jika masa muda tidak digunakan menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit dimasa tu’

Kerana amal diwaktu tua amatlah terbatas dan terkadang tidak memberi bekas!

Hanya amal yang dapat memberi bekas sahaja  yang memberi erti diakhirat!

Dialah teman. Dialah kekasih dan dialah pengawal yang mendampingi kita.

Diakhirat, yang berharga yang boleh kita muamalatkan adalah amal kita dan bukan umur kita. Itulah nilai kita.

Jika berkualiti amal kita berkualitilah kehidupan kita ditingkatan syurga yang tertinggi.

Justeru itu disini. Didunia ini kita kena berpacu dan berlumba. Kerana masa kita amat terbatas.

Rasullulah bersabda,

Usia umat ku hanya diantara 60 tahun ke 70 tahun dan hanya sedikit yang melepasi batas itu

Sebab itu kita kena bergerak pantas! Jika umur kita dibahagi tiga. Satu pertiga untuk tidur, satu pertiga lagi untuk makan dan kehidupan maka kita hanya ada satu pertiga saja lagi untuk melepaskan kita dari api neraka.

Apakah bisa kita lakukan jika kita menangguh nanguhkan amal dan kerja dakwah yang banyak ini?

Sebab itu kita harus berpacu dan berlumba kerana kita tidak tahu kapan kita akan kegarisan penamat kerana bukan kita yang memberhentikan umur ini tetapi adalah malaikat yang ditugaskan untuk memberhentikannya! Dan itulah penamatnya masa beramal kita!

Sebab itu selalu aku tashkilkan pada mutarabbiku supaya jangan banyak bermimpi dan membesarkan mimpi kerana ia boleh mengecilkan amal kecualilah kalau bermimpikan dakwah!

Kerana bermimpi selain mimpi dakwah adalah mimpi palsu. Mimpi plastik. Mimpi yang tidak tidak boleh membuahkan amal pemimpinya!

Kalau berbuah pun mimpi itu, ia tidak boleh membuahkan amal yang qowi yang ranum dengan cita cita akhirat. Malah boleh meluncurkan kita dalam salju dunia!

Bukan tak boleh jadi sang pemimpi!

Boleh!

Malah aku juga sang pemimpi kerana mimpi itu terkadang menjana satu kekuatan yang tidak terdugakan.

Namun sebagai da’i, kita haruslah membezakan mimpi mimpi kita dengan mimpi orang awam kerana impian mimpi mereka hanyalah untuk meratah bangkai dunia yang jijik ini dengan nafsu serakah yang tiada ujung itu tapi kita adalah untuk menguntungkan dakwah dan islam!

Jika mereka bermimpi untuk menjadi orang kaya maka kita haruslah bermimpi untuk mendakwahi orang kaya.

Mengkayakan dakwah dengan orang kaya.

Kenapa begitu ya?

Supaya jika kita mempunyai sahabat sahabat yang kaya sudah tentu merekalah yang akan menyumbang kepada perjuangan ini dan  para duat tidak perlu lagi untuk memikirkan  dana dan keewangan dan sibuk mencari wang untuk dakwah hingga menjejaskan kualiti dakwah dek kerana berkongsikan masa dakwah dan masa mencari penghasilan!

Mampukah kita membahagikan masa?

Itulah persoalannya!

Kalau selama 20 tahu kita bertarung mencari kekayaan dan kita berjaya, apakah jaminannya kita boleh menjadi orang kaya yang bermenfaat untuk jamaah dan dakwah ini? Atau kita akan terus selesa hidup bermewah mewah menghambur harta untuk memuaskan nafsu serakah kita yang selama ini  keletihan mencari kekayaan?

Sebab itu ‘tarbiyah’ mengajar kita supaya membezakan mimpi kita supaya selamat dari mimpi yang batil  dan impian yang boleh merugikan dakwah ini!

Teringat kata murabbi ku waktu aku menceburkan diri didalam perniagaan,

” Akhi, berbineslah, tapi jangan sampai anta giler bisnes untuk mengejar kekayaan. Tidak guna jamaah kaya tapi anta futur kerana mengkesampingkan dakwah. Kita tidak mahu jamaah kaya tapi kita miskin duat. Lebih baik, dalam anta bergaul dengan ahli perniagaan itu, anta dakwahi mereka seramainya dan ini akan mempercepatkan kerja anta untuk membantu keewangan jamaah bila mana mereka sanggup berintima’ dengan kita dan sudah semestinya kita dapat menfaatkan harta kekayaan mereka untuk deen ini! Dan anta pun boleh fokus kepada pentarbiyahan manusia kerana bagi ana potensi anta bukanlah kepada bisnes tapi adalah kepada dakwah ini!

Ada benarnya kata murabbi ku kerana Rasullulah sendiri tidak mendidik sahabatnya untuk menjadi kaya tapi adalah untuk dakwah dan dakwah itu jugalah digunakan untuk menarik manusia yang kaya kaya membantu dakwahnya sepertimana yang dilakukan oleh sahabatnya Abdul Rahman yang mengukuhkan umat islam tika itu diatas kepakaran semulajadinya!

Tidak guna kita menjadi kaya secara peribadi tapi jamaah miskin dan melarat!

Apalah guna dan menfaatnya, jika kita punya roket naik ke bulan, punya sebaris kereta mewah berbagai jenama, punya berlapis bangalow, berkali kali  pergi umrah dan haji, shopping sana sini hingga keluar negara tapi jamaah merempat. Menagih simpati untuk bergerak!

Tidakkah itu satu keaiban yang kita serlahkan?

” Kita yang ditarbiyah ini tak mungkin kot?”

Thalabah?

Realiti selalunya membohongi teori.

Bila bergaul dengan businessman muslim dan yang bukan muslim ini, aku lihat sama sahaja. Tidak ada beza. Malah terkadang aku lihat yang muslim lebih rakus lagi menghambur harta demi nafsu serakah mereka dari yang non muslim!

Itulah manusia.

Oleh itu akhi …

Bermimpilah sepatutnya.

Tidak salah kita bermimpi tapi bermimpilah sebagai orang dakwah.

Bermimpilah sebagai hamba Allah.

Bermimpilah setingginya ….

Namun bukan untuk mengapai awan dunia ini tapi untuk kita bersimpuh diarasy Allah disyurga sana …

muharrikdaie – menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

5 responses to “betulkanlah mimpi kita …

  1. Ismizar June 29, 2011 at 1:32 pm

    Assalamualaikum……

    Semoga kamu dirahmati Allah sentiasa…….kebanyakan artikal kamu telah sy khatamkan….
    Banyak mutiara hikmah dpt sy kutip untuk dijadikan ibrah
    Tulisan yang benar2 dtg dr jiwa !!
    Gaya bahasa yg sangat kuat dan memberi kesan!!
    Teruskan…….!!

    • muharrikdaie July 22, 2011 at 5:04 pm

      Ismizar – terima kasih atas pujian itu dan saya pulangkan kembali pada Allah kerana semua darinya. Menfaatkan apa yang dapat diamalkan. terima kasih kerana sudi ke sini.

  2. Bintu Arifin June 27, 2011 at 6:01 am

    Moga dalam barakah ALLAH,

    Moga semuanya dlm iman, kaya dalam iman, miskin jua dlm iman, mudahan ALLAH rahmati, dan moga syurga selayaknya buat semua.

    P/s : Buat penulis dan juga pembaca yg lain, ana suggestkan mmbaca buku ini ” Bergeraklah dan Janganlah Diam” keluaran Gen!mirqat , sedikit persegaran buat tatapan semua. Mudahan bermnfaat, Allahua’lam

  3. dr.mujahidah June 27, 2011 at 12:51 am

    Allahuakbar.. betulkan mimpi kita. tidak guna juga mmpunyai doktor yang hanya kaya namun tak pernah se sen pun diinfaq untuk dakwah dan islam.. apalagi untuk berdakwah juga tidak sanggup..
    mahu menjadi sang pemimpi dan sang pencerah..

    • muharrikdaie June 28, 2011 at 9:08 pm

      Dr Mujahidah – Memang anti dah pun jadi dr + Sang pemimpi + Sang pencerah. Muga muga terus menjadi sang pelaksana!

      Bintu – terima kasih akan sharenya. Mana nak dapatkan buku itu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: