Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

ini surat cinta saya dulu


Maafkan aku wahai kawan.

Hari ni aku nak cerita tentang surat cinta aku dulu. Bukan untuk mengaibkan diri ku dan diri siapa siapa tetapi adalah sekadar sebuah cerita untuk dijadikan ibrah.

Siapa yang tak suka pasal cinta. Bacalah artikel lain yang banyak aku muatkan diblog ini.

Kamu pun tahu, aku suka tulis macam macam dan blog ni bukan hanya untuk cerita cerita dakwah dan terbiyah saja tetapi juga adalah untuk cerita tentang kehidupan yang pernah kita lalui.

Sebenarnya semua cerita kehidupan kita adalah sama. Cuma …. hanya berlainan tempat, masa dan cerita sahaja. Begitulah Allah putarkan cerita cerita kita supaya kita semua belajar sesuatu dari cerita itu.

Dulu. Arwah mak aku dan ayah aku pernah cerita tentang pertemuan dan perkahwinan mereka. Memang indah.

Terkadang aku tersenyum bila melihat mereka menyalahkan antara satu sama lain. Ayah ku kata mak aku gilakannya dan Mak aku kata Ayah aku yang tersengih sengih padanya waktu Ayah aku naik basikal pergi kekebun yang terpaksa melalui rumah buruknya.

Ayah aku orang kampung dan mak aku juga orang kampung.

Mak aku cerita, satu hari Ayah aku tulis surat pada dia. Surat itu di beri pada jiran mak aku siap bersama sesisir pisang untuk mengaburi mata Opah aku yang dianggap garang waktu itu. Siap renjis minyak atar lagi. Bila mak aku buka saja, mak aku terus bersin. Bayangkanlah minyak atar murah yang aroma nya menyucuk nyucuk macam mamak tabligh pakai tu. Mak aku terpaksa baca sambil menutup hidung …..

Kami adik beradik bagai nak terguling guling ketawa dibuatnya. Mak aku memang lawak tapi amat garang kalau kami buat salah. Bapak aku cool saja …

Kata mak aku itulah pertama kali dan terakhir surat dari ayah aku dan tidak ada susulan lagi selepas itu melainkan sebuah perkahwinan yang diredhai Allah yang penuh kebahgiaan hingga mereka dipanggil Tuhan. Memang cinta orang dulu dulu amat jernih. Jujur dan berakhlak.

Bila aku tanya tentang isinya …. mak aku kata itu rahsia mereka. Rahsia cinta mereka yang tidak boleh dikongsi oleh siapa siapa dan mak aku kata kami pun akan alami perkara yang sama juga …. Cumanya kata mak aku, bahawa kami harus bersedia menerima risikonya kerana tidak semua ‘ surat cinta’ mendapat jawaban yang sama. Mungkin ketawa dan mungkin airmata!

Begitulah mereka dengan zaman mereka.

Benar kata mak aku. Bahawa kami pun akan mengalami perkara yang sama. Dan aku mengalaminya …

Tapi aku tidak dapat merahsiakannya seperti mak aku … kerana mak aku bahgia tapi aku ….

Aku juga bahgia melihat orang lain bahgia.

Saudari, begitulah aku memulai.

Maafkan saya kerana menulis email ini buat awak tanpa perantara dan orang tengah untuk menyampaikan pada awak. Cuma untuk mengelakan fitnah saya cc kan pada teman baik awak sebagai saksi kita.

Saya tidak tahu bagaimana untuk memulai dan tak tahu apa yang ingin saya katakan pada kamu cumanya saya rasa saya sukakan awak dan ingin bertaaruf. Kenapa saya katakan begitu?

Jujurnya saya dapat rasakan bahawa awak boleh menjadi sebahagian dari kehidupan dakwah saya.

Awak adalah antara telah membangunkan jiwa ini untuk menulis. Awak jualah antara yang telah menguatkan kelemahan saya dalam memutar roda dakwah ini sehingga saya mengunakan semaksimum tenaga dalam ‘mentarbiyah’ dan mengurus mad’u dan halakah saya tanpa letih dan lelah!

Itulah realitinya.

Dan perjalanan dakwah awak juga telah menjadi inspirasi saya dan kehidupan harian awak juga telah menjadikan kehidupan saya lebih bermakna. Malah tulisan tulisan awak juga menjadi matarantai semangat saya sehingga peribadi saya berubah wajah menjadi ‘wajah wajah pejuang’ yang tidak kenal erti putus asa!

Dan awak jugalah yang telah menganggu tidur dan selera makan saya sehingga saya tahu’ hati’ saya telah terkeluar dari orbitnya mencari sesuatu yang tidak pernah saya terfikir sebelumnya …

Jujurnya … memang saya amat menjaga hati saya. Malah hati ini tetap saya bungkus dengan kesufian dan iman yang penuh damai ini namun ianya semakin tidak terkawal bila awak datang bertanyakan khabarnya! Sehingga akhirnya saya rasa bahawa dunia ini hanya saya saja satu satunya makhluk yang hidup ….

Saya tahu diri saya dan hati saya. Hati ini tidak semudah untuk ‘memasukan’ dosa dan jahiliyah kembali setelah bertemu ‘cahaya’ dari Rabbnya. dan dengan sebab itu saya pertahankan perasaan ‘cinta jahiliyah ‘ saya pada awak sebab saya takut ‘rasa’ itu tidak berada pada posisi kebenaran. Yakni ‘dakwah dan ketuhanan’. Saya berkali kali bertanya ‘hati ini’, adakah perasaan ini ada ‘ lil ‘ selain ‘lilah hi taala’ namun saya tidak menemui kesalahannya.

Perjalanan hidup saya beberapa minggu itu seperti deru air yang tiada kemudinya ….

Memang saya ingin bertaaruf dengan awak sebelum meneruskannya tetapi saya amat takut.

Saya tidak punya apa apa dalam hidup ini dan siapa siapa dalam hidup ini.
Aset saya cuma dakwah. Kehidupan saya hanya kerjaya yang sekdar mencukupi untuk makan dan belanja dijalan dakwah ini saja. Cuma itu. Saya tak mampu memberi apa apa.

Hanya perjuangan dan dakwah yang sekelumit ini.
Hanya semangat cintakan Allah dan syurga ini.
Hanya bercita untuk membina ‘ rumah islam ‘ sebagai tanda ubudiyah.
Hanya bercita untuk punya generasi yg cintakan Allah.

Sebab itu sebelum saya propose, saya bertanya dulu. Saya harap awak dapat istiqarah dan memikirkan kembali akan keadaan saya ini. Saya tidak boleh menjanjikan apa apa selain itu.

Sebagai seorang manusia yang punya hati, memang awaklah yang amat saya harap dan nantikan sejak saya mengenali ‘dakwah’ ini.

Fikirlah semasak masaknya untuk awak menerima saya. Saya tidak mahu kehadiran diri saya dalam hidup awak menjadi ‘fitnah’ yang mengurangkan kebahagiaan awak dan menyusahkan awak….

Begitulah isi cerita surat cinta saya. Dan saya juga mendapat jawaban dari surat cinta saya seperti mak saya meski pun berlainan emosinya …

” Maafkan ana akh, ana tak dapat menerima anta kerana ana dah dapat jodoh dengan tiba tiba. Ana rasa pilihan ana betul dan inilah kurniaan terbaik dari Allah buat ana. Muga anta tidak kecewa dan mudah2an anta juga akan temui jodoh insyaalah! Itulah jawaban pertama dan terakhir darinya.

Betul kata mak. Tak semua surat cinta itu jawabannya adalah ketawa ….

Semuga mak bahagia disana dan andai mak lihat anak mak sekarang ini, ianya masih seperti dulu, mudah senyum dan masih terus bahgia dijalan dakwah ini.

muharrikdaie – menulis untuk menggerakan jiwa jiwa

7 responses to “ini surat cinta saya dulu

  1. buruksangkasatudosa August 8, 2012 at 2:43 am

    saya suka buruk sangka dengan tulisan tulisan awak walau saya tidak pasti kebenarannya. Muga Allah ampunkan dosa saya terhadap awak!

  2. sufiana July 9, 2012 at 9:35 pm

    Saudara..jgn undang riyak kecil dgn bait kata bjalur dakwah yg terbitkn rs kagum kami para pembaca..k

    • muharrikdaie July 10, 2012 at 4:53 am

      Sufiana – lawaklah awak ni. Setahu saya ‘riya’ kecil’ tak ada tapi ‘syirik kecil”adalah! Riya’ tiada kecil dan besarnya. Riya’ itu memang bahaya dan adalah salah satu dari sifat sifat mazmumah yang boleh mengundang kepada ‘ syirik kecil’. Mohon dijauhi dari kita semua. Berbalik dengan komen awak, saya amat hargai tetapi di hati saya tidak langsung terlintas perkara itu kerana memang begitulah stail saya menulis … Walau apa pun saya menghargai dan terima kasih atas peringatan itu dan sering2 lah kesini untuk menasihati saya jika ada sebarang kesalalahan. Salam ukuhuwah.

  3. angah July 8, 2012 at 8:53 am

    Sekian lama, surat menjadi perantara yang penting dalam komunikasi 2 hala antara manusia. benarlah seperti yg dikatakan oleh arwah ibu akh muharrik bahawa setiap isi kandungan surat ada yang sama dan ada yang berbeza dan begitulah jua penerimaan orang yang mendapat surat itu. ada yang akan gembira dan ada yang akan bersedih. apapun, kegembiraan atau kesedihan sebagai jawapan kepada isi kandungan surat bukanlah penamat segalanya. tidak dinafikan bahawa adakala kesedihan daripada jawapan penerima surat rupa-rupanya membawa kepada kegembiraan yang tidak terduga… semuanya kerana Perancangan ALLAH mengatasi segalanya… Wallahu’alam….

  4. fadilah July 8, 2012 at 2:19 am

    salam….Allah ada akhi muharikkdaie…cinta manusia hanya bersifat sementara
    kakak ckp soal jodoh adalah hal dunia.. masih fikir pasal persoalan tu..betul ke…mcm tuh?
    bila difikirkan balik..kahwin tuh adalah sunnah..sunnah tuh kan perkara yang baik..ada sbb Allah jadikan manusia berpasang-pasangan..

    sekian

Leave a comment