Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Merenung dikejauhan


merenung jauh

Aku kembali lagi. Menemani pencinta blog ku yang naif ini. Mungkin tak lama aku bermusafir. Mencari kekuatan dan kelemahan diri. Mencari sebutir pengalaman dalam meneruskan agenda hidup yang teruji. Semakin teruja diri dalam meniti seruling dakwah yang mendayu memanggil agar berkumpul dalam satu cinta hakiki meneruskan pengabdian yang diintai ilahi.

Salam semua

Lama tak menulis. Terasa agak kekok. Teruja sangat untuk meneruskan hingga kehilangan idea. Entah apa ingin kutulis kali ini? Pengalaman musafir? Atau ada sesuatu dihati ingin aku suarakan …

Aku lewati blog temanku yang biasa ku kunjungi. Teman yang sentiasa dekat dihati. Aku gembira melihat dia gembira. Aku ingin menucapkan sekalung tahniah buat kejayaannya setelah melalui proses ujian yang amat perit. Hanya tahniah yang dapat aku suarakan sekalipun dari kejauhan ini. Ucapan yang melebihi jauh melangkau hati. Juga doa yang sentiasa basah agar dia dapat bangun terus bersama dakwah ini hingga keakhirnya. Permulaan kejayaan bukan sesuatu yang mutlak. Ia hanya perintis untuk menjadi serikandi besi.

Kejayaan perjuangan adalah dari tekad yang bulat. Tajarrud. Tanpa tekad kita tidak mampu untuk meneruskan. Inilah jiwa yang perlu ada pada seorang da’i. Lihatlah! Orang yang mempunyai tekad yang membaja selalu didatangi dalam hati dan potensinya perkara yang positif. Keyakinan.Kepastian. Kepercayaan dan ketenangan kepada orang orang yang disekitarnya.

Sebenarnya tekad ini bukanlah kurnia yang mengolek dalam jiwa manusia tapi harus kita bentuk dengan kesedaran. Melalui tarbiyah. Melalui dakwah akan menyuburkan cita cita kita untuk kesyurga.

Syukur!

Itulah yang ingin aku titipkan disini buat sahabatku sekalipun kamu tahu . Betapa kita perlu bersyukur dengan Allah dengan kejayaan yang diterima. Kerana Allah juga bersyukur kepada kita.

Allah mensyukuri orang orang yang bersyukur kepadaNya dan orang yang beriman didalam hatinya. Lalu ia memberitahukan bahawa hambanya tersebut akan mendapatkan pahala yang sangat banyak. ~ Ibnu Katsir

Resapi dalam jiwa Kemaha Luasan kasih sayangnya. Syukur KeMaha Murahan Allah. Kita sering merunggut dulu tentang duka dan sukar nya menghadapi perjalanan panjang ini. Apalagi berada jauh dari keluarga sendiri. Keseorangan. Kesepian. Sebenarnya kira kita lihat dengan basirah yang suci akan kita lihat itulah bahagian dari kasih sayang Allah. Supaya kita dapat bentuk jati diri. Menahan airmata. Menjadi kuat. Dan itulah proses kematangan. Bukan kematangan biasa tapi adalah kematangan spiritual yang tidak boleh dibeli. Sehingga kematangan itu membuahkan takwa yang tinggi. Dan ini yang perlu kita pelajari dari kejayaan dan kesyukuran. Mengerti cara bersyukur dan berterima kasih padaNya. Dan kita perlu berhati hati dengan nikmat kejayaan ini dan menggunakan pemberiannya kejalan menghidupkan manusia lain dengan iman.

Tidak terhitung kasih mu Ya Allah!

Kerana itu teman ku. Jangan kamu puas beramal. Jangan pernah berhenti. Atau kamu hitung . tengok dan lihat amal kamu. Dakwah kamu dan kejayaan kamu. Kiranya kamu perhatikan amal kamu dan kamu hitung amal yang telah kamu lakukan pastinya kamu akan merasa puas lalu melemahkan semangat malah akan menghancurkan nilai amal kamu.

Sekali lagi tahniah atas kejayaan kamu. Semuga Allah memberikan kekuatan kepada kamu untuk tetap tegar menghadapi berbagai kesulitan dan tantangan dijalan dakwah dan jalan hidup kamu. Semuga Allah memancarkan kemuliaanNya dalam jiwa dan hati kamu. Kemuliaan yang berasal dari Allah sajalah  yang akan membuat kamu merasakan semua kondisi dengan kenikmatan dan itu sajalah modal kamu untuk boleh mengharungi perjalanan ini.

Dari kejauhan ini, kita tundukan hati. Menyedari lebih dalam lagi. Apa yang menjadi cita cita hidup kita dan kepada siapa kita bergantung. Semuga kita bisa mengerti, bahawa kerja kita masih banyak lagi dihadapan berbanding kejayaan kecil ini kerana sebagai pejuang dan srikandi deen ini kejayaan dunia bukanlah kejayaan hakiki kerana kejayaan sebenarnya adalah apabila kita bertemu illahi. DiJannah.

Biarlah senyum kejayaan ini senyum yang membuahkan semangat kita untuk terus istiqamah dengan Jalan yang kita terokai supaya senyuma itu menjadi seyuman yang kekal abadi diakhirat nanti.

Merenung dikejauhan ini membuatkan hati ini tidak pernah mati untuk terus berukuhuwah sekalipun interaksi hanya dihati kerana terhalang sesuatu yang tak pasti. Sesungguhnya teman sejati itu ibarat bintang, walau terkadang tidak kelihatan  tapi dia  masih disini …….

Muharrikdaie

12.30pagi

4 responses to “Merenung dikejauhan

  1. muharrikdaie July 19, 2010 at 9:08 pm

    Harrie ~ Copylah harrie. Ambilah aje apa yang dimaukan disini asalkan link kan blog saya untuk mencari sahabat baru ….Makasih kerana sudi ziarah …

  2. Harrie July 9, 2010 at 8:39 am

    Assalamu’alaikum.. akh.. nice pic.. mohon izin copy.. 🙂

  3. Pingback: Refleksi 2 Tahun Kuliah « Hanya Blog Biasa

  4. Dianah July 2, 2009 at 8:12 am

    Assalamualaikum.. Welkem back to homeland, akhi.. 🙂

Leave a comment