Aku wariskan airmata itu…


airmata

Terkadang aku terfikir mungkin! Barangkali lelakilah paling miskin dengan airmata. Paling miskin dengan nuansa emotional. Fitrahkah atau lelaki terdidik dengan background yang membentuk watak keperibadiannya. Mungkin dalam kehidupan seorang lelaki, airmata itu satu kelemahan. Aku teringat masa kecil dulu, apabila ayah memukul ku sebab kenakalan aku, aku cuba menanggis kerana terlalu sakit namun ayah selalu membentakku. ” KamaL! Jangan jadi pondan. Kamu jantan. Kalau kamu menanggis, ayah akan besit lagi dengan rotan ni sampai kamu diam” Ugut ayah ku. Aku diam dalam menahan kesakitan dan begitulah seterusnya kehidupan ku hingga aku dewasa, amat sukar untuk aku menitiskan airmata sekalipun aku lalui kegelapan demi kegelapan dalam kehidupan ini. Sehingga terkadang amat terdesak untuk ku keluarkan airmata ini, terpaksa ku tahan hingga sebak tidak bernafas!

Aku tak tahu kenapa airmata menjadi musuh bagi lelaki sehingga aku ingin belajar apa itu airmata! Aku tidak dapat membezakan, mana airmata gembira sedih atau duka. Sehingga hampir tiga tahun aku memimpin halakah akahwat, barulah aku mengerti akan bahasa airmata itu walau sebelumnya sungguh rumit untuk ku menakarkan makna airmata wanita berdasarkan timbangan akal semata sehingga aku bertanya apa sebenarnya rahsia airmata mu wahai wanita!

Pernah ku katakan dulu dalam tulisan lalu, amat sukar memahami hati wanita. Moodnya. Dan berbagai lagi. Mau tidak mau untuk menjadikan halakah itu sesuatu yang bermakna aku harus menyelami kehidupan emotional dan perasaan mereka. Termasuk dimensi airmata dengan segala kerumitan yang memerlukan kepekaan.

Dulu aku selalu menyangka semua wanita menanggis tanpa alasan. Mengada ngada. Gedik dan sebagainya. Lantas aku tersalah dalam menghukum mereka begitu. Dan aku bersyukur setelah sekian lama bersama mereka semua teka teki itu terjawab oleh ensiklopedia kehidupan serta kekayaan pengalaman yang kuteguk setelah lama bersama mereka. Sedikit demi sedikit mula aku fahami, sebenarnya airmata wanita ini terlalu mahal untuk dinilai kerana airmata mereka adalah airmata kehidupan.

Airmata kekuatan. Airmata yang peka dan kasih.Untuk mencintai serta menjaga keluarga dan anak2. Dalam keadaan apa pun dan dalam situasi bagaimanapun. Walau letih. Walau sakit. Walau lelah. Tanpa keluh kesah. Padahal terkadang orang yang dicintainya menyakiti perasaannya, melukai hatinya, menceraikannya, meninggalkannya dalam kesusahan dan keseorangan namun airmata itulah yang membadangkannya, menguatkan jiwanya dan mengentalkan jati dirinya!

Mengenang kembali seorang kakak dalam halakatku yang kematian suami yang kemalangan. Aku lihat matanya menanggis namun riak mukanya amat tenang. Setenang air dikolam. Lembut dan terpancar wajah husnuldzan itu. Wajah keredhaan kepada Tuhan. Aduh bahgianya dia punya kekuatan itu yang tak dipunyai oleh aku!

Aku teringat tangisan ketegaran Khansa’ ketika wafat suami dan 3 anaknya dimedan jihad mempertahankan Rasullulah dan membentuk keperibadiannya yang perkasa yang membuatnya tetap bertahan dengan airmata ketegaran. Kegetiran itu malah membentuk dirinya menjadi kuat dan redha.

Teringat juga aku tangisan kesucian Ummul mukminin Aisyah, yang dituduh oleh kaum munafik sehingga dipulau oleh Rasul sehingga Quran mencatit airmatanya.

Wahai wanita …aku kagum denganmu.

Airmata mu adalah bersumber dari mata air kehalusan perasaan ketika bersentuhan dengan hal hal yang mengusik hati nurani. Tangisan mu bukanlah tangisan yang berpura pura tapi menunjukkan betapa halus dan lembutnya perasaan yang kamu miliki. Aku mengerti sekarang bahawa kamu berfikir dengan hati dan meraba dengan fikiranmu.

Maha Suci Allah …

Diberi kesempatan untuk ku memahami mu wahai wanita sekalipun usia aku bersama mu hanya setahun jagung, aku telah melihat hampir semua jenis airmata yang telah berkumpul disusuk tubuhmu lemah. Airmata yang akan terus menetes hingga membasahi hati sebagai cermin atas ke tawaduk kan, qanaah dan istiqamah dirimu lantas menumbuhkan ketulusan cinta yang luar biasa.

Kenapa aku ceritakan ini pada kamu semua? Kerana aku juga punya pelbagai airmata milikmu yang menguatkan aku menongkah kehidupan peribadi dan kehidupan dakwah yang penuh keberantakan ini. Penuh kesedihan. Penuh kelukaan yang sukar disembuhkan.

Ingin ku ingatkan …buangkanlah keegoan dalam dirimu yang menebal supaya airmata yang kamu titiskan itu menjadi mutiara keikhlasan yang mewariskan keimanan yang kental dalam meneruskan kehidupan.

Akhirnya ..berani ku katakan bahawa … andai wanita tanpa airmata, maka dunia pastinya berdukacita …dan aku mula belajar menanggis ….

3 responses to “Aku wariskan airmata itu…

  1. muharrikdaie July 19, 2010 at 9:07 pm

    Mankuchai ~ Terima kasih kerana mengomen. Ziarah ziarahlah selalu blog ini kalau nak menanggis. Heheheh. Betul kata kamu tu man tapi bukan airmata ego tapi orang lelaki ni suka menyembunyikan perasaannya …

  2. mankuchai July 9, 2010 at 1:34 am

    Salam,

    Lelaki mmg susah menangis…betul kata penulis,sebab lelaki dididik begitu dari kecil lagi.Saya juga pernah menangis.

    Airmata ego seorang lelaki akan jatuh juga bila ada sesuatu perkara paling sedih berlaku kepada seorang lelaki.

  3. hanisaleeya March 10, 2010 at 2:16 pm

    SalaAm..

    Susah hendak berjumpa lelaki yang memahami erti air mata bagi wanita.

    Kerana didikan “Lelaki tidak boleh menangis!” barangkali..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: