Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Tausiyah buat naqib/naqibah


img_581

Dalam jamaah naqib adalah satu struktur yang sangat penting dalam mengerakan tubuh badan jamaah. Naqib adalah jantung bagi jamaah. Tanpa naqib yang ada karisma dan mempunyai haibah yang tinggi, usrah akan menjadi layu dan tidak bermaya. Anak anak dibawah akan hilang punca dari suluhan dan pengcahayaannya. Berlarilah mereka kesana kemari, bercampur aduk antara islam dan jahilliyah dan fungsi usrah akan gagal dan tidak dapat melahirkan amilin yang berjaya.

Ana  lebih cenderung untuk membahaskan isu ini dalam bentuk praktikal dan bukan ilmiyah semata mata kerana kalau setakat ilmiyah berpuluh puluh artikel yang boleh kita cari dalam internet ini tetapi untuk perlaksanaannya tidak semudah yang dijangka. Sebab itu Jamaah yang besar di Malaysia ini pun tidak mampu untuk mengembangkan sistem usrah ini secara berterusan. Kalau wujud pun, hanya bersifat melepaskan batuk ditangga sahaja. Kita punya Ustadz ustadz yang berkaliber. Berkelulusan tinggi malah yang ada PHD pun semakin ramai dalam bidang agama tapi kenapa usrah usrah ini makin menguncup dan tidak seimbang dengan kehendak dan tawaran semasa!

phdKenapa terjadinya begini? Hanya Allah yang tahu. Kalau hendak dikatakan dari sudut ilmu haraki, semua Ustadz yang pakar pakar dalam perkara ini pun lebih arif. Mereka dididik di Jazirah Arab yang lahirnya Syeikul Tarbiyah AlMursyid Hassan AlBanna namun masuliyah yang ummah letakkan pada mereka hanya tinggal dibuku buku dan kitab sahaja. Kalau pun mereka intima’ didalam jamaah tapi peranan mereka hanyalah menjadi pendakwah bebas yang berdakwah dimasjid masjid, berceramah, berforum serta berpolitik yang mengajak ummah kepada daulah Islam. Ironinya daulah islam yang yang bagaimana yang ingin dilaksanakan sekiranya usrah dan tarbiyah dipinggirkan? Apakah daulah islam dalam bentuk demokrasi atau keadilan yang kabur atau darul islam yang sebenarnya yang berlandaskan Quran dan sunnah?

Sayang juga ada ustadz2 yang pulang dari luar negara ini juga hanya menjadi penguatkuasa penguatkuasa jabatan agama. menangkap khalwat dan menangkap orang tidak berpuasa serta menangkap penceramah penceramah politik dimasjid masjid yang tidak berdosa. Sedih sungguh. Belajar bertahun tahun tapi peranan yang dimainkan amat kecil dan amat hina dimata masyarakat.

Berbalik kepada peranan naqib ini memang berat tugas dan tanggungjawabnya sekiranya di amati. Sebagai jantung dalam tubuh jamaah mereka adalah denyutan  alhayah ( kehidupan ) yang mesti menghidupkan jamaah. Oleh itu naqib kena terus hidupkan dirinya dahulu dalam kerangka sunnah. Kena memahami konsep Usrah dan perlaksanaanya. kena memahami tasawwur Islam dan gerakan. Kena Ikhlas dalam amal. Perlu Iman yang mendalam. kena memahami struktur Jamaah. Kena mengeratkan jalinan ukuhuwah. kena memperbanyakan amal fardhi. kena memberi qudwah yang baik. sabar. tawadhuk. pemurah. ringan tangan dan bijak bergaul. Banyaknya! Memang banyak. Boleh ke? kena boleh. Idealnya! Memang kena ideal sebab ini deen Allah. Ini jalan kesyurga. Ini Masuliyah. Mau tak mau inilah masuliyah naqib dan naqibah. Kita hanya ada dua pilihan berterusan dalam proses atau terus bersantai menanti malaikat tiba. Tapi jangan lupa ingatan Alghazali,

Bersantai dirumah tanpa melakukan apa apa adalah merupakan satu kemungkaran ( Alghazali)

Ingat muahadah kita dengan Allah. jangan kita kotori fitrah ini. generasi Rabbani adalah generasi yang sentiasa melakukan tarbiyah dalam hidupnya. Bukan tarbiyah sekerat sekerat. bukan tarbiyah hanya waktu di universiti, waktu belajar lantas selepas kahwin dan punya kerjaya serta punya suami/isteri serta anak anak kita berhenti. stop. Lampu merah dari tarbiyah. Cukup dah. Jemu semu. Dan mulalah kita berijtihad dan mengeluarkan fatwa masing masing dgn alasan yang berbagai. Ingat lagi, Tarbiyah itu sesungguhnya mengembalikan kita kepada hakikat kemanusiaan yang mulia dan bukan sebaliknya.

Maka hadapkanlah wajahmu dgn lurus kepada agama Allah. Tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah deen yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (QS Arrum 30)

Naqib kena tahu bahawa dirinya adalah jailul qurani al-faraid / generasi unik. mengapa? Alquran menjadi ruhnya. AlQuran peribadinya. AlQuran asas hidupnya dan AlQuranlah merevolusi hidupnya. Inilah kita ” maalim fi tariq” yang akan menjadi peribadi yang dahsyat jika kita berusaha untuk menterjemahkannya. Kita nak celup diri kita dan mewarnai peribadi kita dengan warna islam. Mana boleh syeikh? mana boleh akhi? Mana boleh saudara? Kenapa tidak boleh? kenapa kita mental block. Kenapa kita heart block. kenapa kita suka bena block disekeliling kita. Kenapa kita suka block block. Apakah Allah tak tahu kemampuan kita?

Allah tidak memberati satu qaum itu berdasarkan kemampuannya!

Kita boleh lakukan kerana Allah bukan nak lihat kejayaan kita tapi usaha kita kearah itu. Kalau kita mati pun Insyaalah dan pastinya Allah akan mencatit kita sebagai seorang yang telah menjalankan taklifnya. Bolehkan ….! Apalagi teruskan perjuangan.

Ana tahu kita sebagai naqib ni dah lama dalam jamaah …..ada yang lebih lama dari unta yang tinggal di mekah. dan pastinya kita kena tahu tanggungjawab yang perlu dilagu dan disyairkan supaya anak anak bawahan kita dapat menari dengan rentak yang betul sehingga menatijahkan pribadi yang progresif dalam melaksanakan kerja kerja jamaah.

Inilah syarat kemenangan dalam Dakwah.

Jika Allah menolong kamu, dan tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah mebiarkan kamu, maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu selain Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang2 mukmin bertawakkal ( QS Ali ‘Imran ;160 )

Bersabarlah duhai naqib dan naqibah, sesungguhnya kemenangan itu kian hampir.kemenangan-dakwah

2 responses to “Tausiyah buat naqib/naqibah

  1. mujahideen August 13, 2010 at 10:55 pm

    salam.. mohon izin untuk copy.. syukran!!

  2. nuurhati November 12, 2009 at 11:42 pm

    subhanallah.jazakallah..satu muhasabah…

Leave a comment