Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Tag Archives: hati

Biarkan hati itu berbicara

hatiAku ditanyai. ” Kenapa hati kita kasat? Kenapa hati kita keruh? Kenapa hati kita lemah? Kenapa hati kita susah? Kenapa hati kita tak tenang? Kenapa hati kita sedih? Kenapa hati kita luka? Kenapa hati kita tawar? Kenapa hati kita selalu berubah? Kenapa hati kita begitu dan begini? Sebab dosa anakah akhi? Sebab apa ya akhi? Anta tahu tak?”

” Ana dah taubat dah! Ana dah banyak baca quran dah! Ana dah buat itu dan buat ini dah! Dah minum air penawar dah sampai kembung perut ana! Dah minum air yassin dah setiap malam jumaat! Ana dah dijampi dah! Dah ditiup ubun ubun dah! Dah diazan ditelinga dah! Dah di baca surah Thoha dah! Tapi …. tapi hati ana masih lagi begitu dan begini. Masih libang libu lagi. Masih tak tentu arah lagi!” Begitu aku disoal oleh sebuah jiwa yang keputusasaan. Read more of this post

rawatlah hati ~ bangunlah insan

Jiwa ku yang lara yang terjerembab dalam sunyi berhari hari, kembali merindukan kedekatan dengan jiwa jiwa, ketika ku yakin setiap jiwa menyimpan kebaikan untuk disampaikan pada jiwa yang lain atau ketika kusedari sang waktu menyimpan sebuah rahsia hidup untuk kita menerokainya ……

Ayyuhal Ikhwah & Akhawat Fillah

Terkadang kita perlu fokus kepada hati.

Sekalipun pun kita telah memegang masuliyah sebagai murabbi atau da’i. Bukan jaminan menjadikan hati kita telah selamat dari sakitnya kerana kita adalah insan dan insan sifatnya adalah berubah rubah mengikut imanya!

Sakit zahir kita, kita rawat bila terasa sakit. Sakit batin kita, kita tidak tahu bila sakitnya. Bila lemahnya. Bila perlunya pada perhatian kita.

Terkadang kita pun pelik kerana kita ditarbiyah setiap hari namun tidak boleh bergerak.!

Terkunci dan terbelenggu.

Kita mentarbiyah terkadang kita tidak boleh menambah amal!

Inilah sakit kita.

Sakit yang tidak kelihatan namun memerlukan treatment yang serius.

Kita lalui jalan kebenaran ini dengan ranjau ranjau perjalanan namun selalunya kita lupa masaalah hati kita. Kerana kita selalu merasakan kita selamat.

Kita selalu rasa, kita dah buat yang terbaik dalam hidup ini dan dah rasa memadai dengan usaha itu.

Apalagi kita yang berada dalam jamaah islam ini. Didalam halakah dan usrah. Didalam nuansa tarbiyah yang kita rasa kita terselamat dari noda noda hati. Read more of this post