Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Tag Archives: dunia cinta

Setahun yang lalu …

Setahun yang lalu …

Ketika nadi mu berdenyut dengan sepotong hati melakarkan bait bait keindahan dan meronta ronta  menjemput jiwaku untuk bersamamu.

Aku menerimanya.

Aku serahkan seluruh jiwa ini kepada kejujuran lamarannya. Demi dakwah. Demi deen. Demi keberlansungan perjuangan ini namun kejujuran itu hanyalah kepura puraan. Lalu teraniayalah hati yang tidak berdosa ini menerima sayatan lukanya. Read more of this post

Merindui kenangan

eraserCinta dan harapan yang menghambat  jiwa yang sesak dengan perasaan tidak dapat dielakan oleh sesiapa. Apalagi aku! Yang tak mengerti apa apa bila datangnya harapan itu. Tidak pernah aku mengemudi hati dan jiwa ini untuk belayar dilautan cinta yang aku teramat jahil tentangnya yang hanya sanya aku terdengar selagi bernafas dan bernaluri, cinta merupakan sebahagian jasad dan ruh manusia.

Ada manusia yang tidak mahu berdepan dan cuba lari darinya kerana takutkan  kekecewaan yang merengat lantas  menyembunyi kerinduan mereka dicelah ayat ayat Allah. Menyembunyinya  kepasrahan diwaktu sujud. Mengalirkannya didalam doa untuk mendapatkan secangkir ubat untuk menahan kemahuannya.

Cinta yang datang dari rasa hati yang suci bersalutkan ketuhanan dan cita cita syurga yang terkadang terpaksa dikorbankan kerana keegoan kita dan ketaksuban kita kepada  sesuatu atau kejahilan kita tentang hukum  atau tidak punya pendirian dan jati diri dalam membuat percaturan hidup ini menjadikan kita menipu diri dan perasaan sehingga  menjauhkan kita dari penawar dan menung dalam kesunyian yang memedih! Read more of this post

Sekiranya tidak ada cinta ….

love-allah1

Lama aku tak bicara kelemahan. Tentang Ujian. Tentang mehnah mehnah dakwah. Memang bukan senang untuk beristiqamah seperti senang menyebut bait baitnya.

Kiranya dakwah ini kita buat atas keterpaksaan, pasti kita jadi orang paling stress, paling tension dibumi ini.

Kira dakwah ini kita buat atas dasar tanggungjawab, tentunya kita akan meninggalkannya bila kita dalam kelemahan tapi kiranya kita buat dakwah ini dan jadikannya satu hiburan dan cinta pastinya kita akan rasa kelazatannya.

Kesunyian bila tanpanya. Rindu bila meninggalkannya.

Itulah dakwah yang ditaklif pada kita. Dakwah yang penuh seni dan diisi dengan wangian syurga yang hanya pilihan Allah saja yang sanggup mengembannya. Read more of this post

Dakwah ku terbit diufuk cinta

dakwah-ku-terbit

Aku agak kecewa malam ini. Entri yang telah ku siapkan setelah memerah otak selama sejam telah terdelete. Aku istighfar banyak banyak, mungkin ada hikmahnya. Alamat aku tidur lambat lagilah malam ni untuk menyiapkan entri yang baru. Aku pun dah lupakan apa yang aku tulis tadi. bukan senang nak menulis. Kena garapkan segala galanya dan yang paling sukar untuk meletakan bahasa agar cantik dan dapat dihayati dengan baik.Atas permintaan sahabat sahabat dan anak usrah ku terpaksalah aku luangkan masa untuk menulis setiap hari walau pun aku rasa aku tak mampu dan tak terdaya. Sebenarnya aku ingin menulis tentang ilmiah dan artikel artikel dakwah tapi sahabat menyarankan aku buat konsep penceritaan dan pengalaman dakwah ku.

Ada yang bertanya melalui email kenapa aku banyak menulis tentang cinta. Apakah aku memburu cinta? Tidak sama sekali. Aku tidak pernah memburu, mencari atau mendambakan cinta. Ironinya, yang paling mencintai kita, tak semestinya yang paling kita cintai, dan mungkin yang paling kita cintai, membuat hati kita bagai direjam duri. Read more of this post