Sesuatu yang kita cari


cari

Assalam ikhwah … Lama kita tidak bertemu secara serius dimedan ini. Mungkin tulisan ku tidak setajam dulu lagi kerana tidak kerap menulis kecuali mengupdate twitter untuk melepaskan kecanduan menulis. Atau mungkin jemari ku sudah tidak sepetah biasa untuk melakarkan bait bait semangat buat perkongsian kita. Atau mungkin hembusan hembusan dosa yang mematikan niatku untuk menulis ….. entah! Terkadang aku terasa kecewa sangat dengan dakwah ini, sekali pun aku tahu aku tak sepatutnya menghamburkan perkataan yang disukai syaitan ini. Terkadang aku sendiri tidak tahu kemana arah untuk aku hijrahkan nota nota dakwah ini. Seolah ia bagaikan nota usang yang tidak diterima pencinta dakwah sepertimana reputnya karya shakspeare dimata pencinta seni. Itu mungkin sangkaan cuma! Justeru bila perasaan itu datang, aku terus teringatkan wasiat almarhum murabbiku.

Anakku, kamu sepatutnya merenung jauh kedalam dirimu sendiri dan bersungguh sungguh melawan kehendak nafsumu. Ingatlah didalam perjalanan ini, daie tidak pernah kecewa. Daie tidak pernah kehilangan arah. Daie tidak pernah berehat. Bila datang perasaan itu ingatlah akan visimu. Visi hidup yang menjadikannya berputih tulang dijalan ini. Mengejar dan terus mengejar. Bertungkus lumus untuk beramal. Bertungkus lumus untuk syahid. Bertungkus lumus untuk mengejar makam syurga yang tinggi.  Inilah projek khas kita anakku! Masa kan ini tidak kau ingat dan menjadikan dikau lemah! Jangan pandang orang yang lemah. Tegak berdiri meski kamu kaku disitu kerana dakwah itu bermula dari pengakhiran hidupmu!

Manik manik peluh dan kerutan dahinya sudah memadai membasahkan hatiku yang kering dan mengetarkan sarafku. Aku mula diselaputi rasa bersalah kerana sering lemah dan futur dalam melalui proses perjuangan yang tiada titik noktah ini.

Aku akui adakala aku jemu. Jemu untuk menulis. Apa lagi berhadapan program dakwah dan tarbiyah yang bertali arus ini. Isnin, selasa, rabu khamis jumaat, sabtu ahad dan isnin kembali …. meeting, usrah, daurah, tamrin, misi kebajikan, misi kemanusiaan dan dan dan dan …. semuanya sama. Untuk melambai manusia kepada islam. Tapi, semuanya tidak mendatangkan hasil bagai buah yang tidak cukup baja. Bukan sehari dua. Puluhan tahun.  Tapi …. yang datang menadah tarbiyah. Yang datang untuk bersama dijalan ini …… tidak berbaloi. Siput sangat! Adakala yang datang menyerah diri itu tidak dapat bertahan lama. Dua tiga bulan didalam tarbiyah mereka ghuyup bagai disambar Alien. Yang terus bekerja adalah kita juga …. Kita lah yang bermesyuarat, kitalah yang merancang, menyusun malah parking kereta pun terkadang kita kena jaga demi untuk melaksanakan program yang bertali arus ini.

Mana yang lain? Tidak semua daie boleh berkerja. Tidak semua boleh berkorban. Kerana dijalan dakwah ini yang paling ramai duatnya adalah yang banyak memberi alasan. Sebut saja apa alasannya. Nak study. Exam dekat. Program jauh. Tak ada duit. Hantar anak tuition, kerja syif, on call, kerja overtime, masaalah keluarga, keewangan, sakit, balik kampung, outstation, isteri beranak, jiran meninggal dan 1001 alasan kalau boleh kita panjangkan!

Pesanan albanna hanya teori semata. Cerita albanna meninggalkan anaknya yang sedang sakit kerana mengutama kan dakwah hanyalah cerita karoot komedia saja bagi sang daie yg futur….. siapakah yang menjadi korbannya? Tidak lain tidak bukan adalah daie yang komited dan bersungguh! tetapi sampai bila? Bukan kah mereka juga manusia! Mereka juga punya jisim berlunjur dan berehat.

Adoiii … dijalan dakwah ini pelbagai cerita yang boleh aku hidangkan buat kamu sahabatku! Tapi apakah ianya boleh memberikan kamu satu inspirasi untuk terus dijalan ini atau kamu hanya menjadikan nota nota dakwah ku ini bagai sebuah novel untuk ditangisi?

Akhi, Aku telah melalui pelbagai mehwar dijalan dakwah ini … Di mehwar muassasi … aku ingat aku telah melaksanakan segalanya .. di mehwar tanzimi … aku juga ingat ianya berakhir disini, di mehwar syakbi …. baru aku tahu dakwah ini tiada penghujungnya.

Memang syurga itu jauh dari kita. Jauh sangat sangat. Tidak seperti kata ustaz di TV … syurga itu mudah jika kita telah laksanakan amal amal khususiayh kita … Namun bagi aku, kamu tidak akan nampak jauhnya syurga andai kamu tidak bersama dijalan dakwah ini dan beramal didalamnya. Jika kamu berada dijalan dakwah ini, kamu akan nampak neraka dihadapanmu sekali pun selahzah kamu ingin melelapkan mata. Mana tidaknya … sebab banyak tugasan tidak kita sempurnakan dengan sebaiknya.

Kamu tahu akhi betapa terujinya kita dijalan dakwah andai tiada persiapan persiapan kita. Aku akui akhi, aku juga hampir menjadi korban dijalan dakwah ini kerana kelesuan dan kejemuan dan terasa sangat dipermainkan oleh sahabat sahabat kita yang kefuturan. Namun Allah memelihara aku berkat tarbiyah yang sukar yang pernah aku lalui.

Aku juga sering mengingatkan diriku akan kalam murabbi albanna supaya kita seharusnya banyak beramal untuk memlihara jiwa kita dan sebagian dari wajibat untuk kita terus tsabat. Berpegang pada taalim islam dan menjauhi dosa serta tidak meremehkannya walau ianya dosa kecil. Serta berhubung dengan Allah. Dan lawan kemalasan dan singkirkan perasaan lemah. Walau stua mana pun kita, kekalkan semangat syabab [ pemuda ]. Hisab diri dan ingat akan penghisaban yang sukar. Berhati hati dengan waktu dan jangan sampai kita siakan walau satu detik tanpa amal demi kemaslahatan dakwah ini.

Aku ingat semu itu akh! Aku Harap kamu pun begitu jua. Itulah penguat kita. Itulah yang kita cari. andai ia hilang. Hilanglah kita dari dunia suci ini. Yakni dunia dakwah.

Hanya itu hadiah ku pada kamu malam ini.

Harapannya kita bertemu kembali

muharrikdaie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: