Aku dan dakwah


Dakwah. Aku suka cerita tentang dakwah kerana aku berada didalamnya. Aku menelusuri jalannya. Aku terhimpit dalam dukanya. Aku merintih kerana nya. Aku terluka dalam memegangnya. Aku menangis kerana ujiannya. Aku miskin kerana membelanya. Aku letih kerana memikulnya. Aku migrain kerana memikirkannya. Aku tahu aku akan histeria jika kehilangannya. Dan kepahitan aku , aku pernah kehilangan sebuah cinta dijalan dakwah.

Itulah aku dengan dakwah.

Ikhwah,

Orang yang mengenal Allah akan bermatian dengan dakwah. Orang yang menyintai Rasul akan zauk dengan dakwah. Orang yang mengenal kubur akan bermatian dengan dakwah. Orang yang mengenal mahsyar tidak akan lelah dengan dakwah. Orang yang mengenal neraka akan berkorban segalanya kerana dakwah. Orang yang mengenal syurga akan menyerah cintanya pada dakwah. Orang yang mengenal bidadari tidak sesekali akan berhenti dijalan dakwah.

Itu yang aku faham tentang masa depan dakwah.

Memang dakwah punya masa depan, namun jalannya jarang dilalui orang kerana dihadapannya hanyalah gaung yang mengema.

Akhi … Dakwah adalah cinta mawar yang banyak durinya. Ia berada disinggahsana malam. Menengelam diri jauh direlung ujian. Tanpa iman kita tidak berdaya bertemankannya. Ia juga bagai sepotong sepi yang bisa menguraikan perjalanan hidup manusia ditengah canda alam semesta. Dakwah adalah perjalanan tiada henti menuju Tuhan untuk mencari sepotong jawab dari pertanyaan besar rahsia semesta.

Kenapa dakwah? Kerana dakwah adalah Raja ujian. Dakwah adalah kesempurnaan amal dari segala amal kerana ia mencetuskan jihad dan syahid buat kita. Andai kamu mabuk dunia pastinya kamu tidak akan dapat melabuhkan hati padanya. Apalagi untuk menghirup harum nafasnya!

Ketahuilah akhi … Dijalan dakwah berkumpul sejuta madah doa. Di aminkan juga oleh billion malaikat dan makhluk makhluk yang tiada taklif dosa. Betapa rugi sebuah jiwa yang tidak mahu hidup bersamanya! Betapa rugi sebuah jiwa yang mengharapkan syurga diatas amal amal kecil tanpa ditemani dakwah. Betapa rugi sebuah jiwa yang berharap dan berharap namun meninggalkan dakwah dan mencium cinta dunia bermandikan kelimpahan nafsu sehingga tanpa disadarinya dia terbangun dihari tua.

Cukup buat malam syahdu ini buat kamu pemuda pemuda …

muharrikdaie

One response to “Aku dan dakwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: