Tajmik dan tarbiyah


Murobbi atau individu yang berada di dalam tanzim amal jamaie mentajmik mad’u dengan tujuan untuk memilih anasir-anasir yang baru ke dalam sof dengan usaha menariknya kepada fikrah melalui cara mentarbiyah dan mentakweennya sehingga akhirnya dia berintima’ kepada tanzim tersebut. Murobbi tersebut memanfaatkan segala kemampuan dan potensinya di dalam membina hubungan fardi dengan mutarobbinya sehingga dia berjaya mengemukakan fikrahnya dan menyakinkan mutarobbinya untuk menerima fikroh tersebut.Proses tersebut mengambil kira faktor kesesuaian masa dan dzuruf lingkungan mutarobbi sehingga memberikan keyakinan kepadanya untuk menerima tawaran risalah dakwah tersebut.

Urgensi Tarbiyah Fardiyah Kepentingan tarbiyah secara fardiyah ini telah dibuktikan melalui pendekatan dakwah ar-Rasul SAW di dalam metodologi pembinaan rijal terutama di marhalah awal dakwah baginda. Ternyata tarbiyah fardiyah ini melahirkan para rijal dan kader dakwah yang menjadi tulang belakang[Qaedah Sulbah] kepada perjuangan baginda. Terdapat ayat-ayat al-Quran yang memberikan taujih dalam bentuk khitob fardi. Begitu juga taujihat Rasulullah SAW melalui hadis-hadis baginda. Antaranya : Firman Allah : Surah Fussilat : 33 33. dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”

Surah Syura : 15 15. oleh kerana Yang demikian itu, maka serulah (Mereka – Wahai Muhammad – kepada berugama Dengan betul), serta tetap teguhlah Engkau menjalankannya sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka..

Surah an-Nahl : 125 125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

Hadis yang bermaksud : “ Barangsiapa yang melakukan kemungkaran, hendaklah dia mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu ubahlah dengan lidah, jika tidak dengan hati, itu dalah selemah-lemah iman.”

Syarat menjayakan Tarbiyah Fardiyah Antara pra-syarat menjayakan tarbiyah fardiyah ialah : Pertama : Manhaj yang salim [metod yang betul] , yang mampu melahirkan para rijal dan kader dakwah sehingga memungkinkan kepada pembentukan sebuah generasi Islam. Manhaj tersebut mesti bersifat holistik, syumul, tawazun di dalam semua aspek fikri, ruhi dan suluki .

Kedua : Qudwah Hasanah, iaitu contoh unggulan dari para murobbi di dalam mendidik para mutarobbi. Murobbi qudwah adalah pra-syarat keberhasilan proses tarbiyah fardiyah. Ini kerana mutarobbi dapat melihat contoh-contoh hidup berkaitan Islam melalui kehidupan murobbinya. Murobbi tadi perlu bersikap wara’, bertaqwa dan beramal dengan ilmu yang disampaikannya kepada mutarobbinya.

Ketiga : Bi’ah Solihah iaitu pengaruh lingkungan yang mempengaruhi proses pembinaan mutarobbi. Murobbi perlu menyediakan suasana-suasana tarbawi kepada mutorobbinya sehingga mampu meningkatkan mustawa mutarobbinya terutama di marhalah takween.

Keempat : Tajarrud, sifat tajarrud murobbi terhadap dakwah dan kesungguhannya untuk menyampaiakn risalah dakwah adalah sebab menjayakan tarbiyah fardiyah. Sifat tajarud tadi menjadikan murobbi menfanakan dirinya untuk dakwah, berkorban demi dakwah, berfikir untuk dakwah dan mengutamakan dakwah dari maslahat peribadi demi untuk membina keperibadian mutarobbinya.

Kelima : at-Tadarruj. Murobbi perlu beransur-ansur di dalam mendidik mutarobbinya. Dia menekankan aspek akidah sebelum ibadah, membina aspek ibadah sebelum manhaj kehidupan, mengutamakan perkara-perkara yang bersifat kulliyat sebelum yang bersifat juziyyat.

Keenam : Menggunakan uslub tarbiyah yang halus dan lembut. Seorang murobbi perlu bersabar dengan kerenah mutorobbinya, bijak menangani situasinya, menggunakan uslub halus dan lemah lembut di dalam membaiki kelemahan dan kekurangan mutarobbinya. Sabar dengan mad’u adalah kunci kejayaan tarbiyah tersebut. Wasilah Murobbi perlu menggunakan pelbagai cara dan kaedah sesuai dengan mustawa mutarobbi dan marhalah yang dilaluinya. Ia mesti berlaku di dalam setiap liqo’ [pertemuan] dengan mengambil kira kesesuaian masa dan tempat serta berterusan me’mutaba’ah’ mutarobbinya samada dengan proses mukholatoh[bergaul], mu’ayashah [hidup bersama] sehingga dia mampu menilai perkembangan mutarobbinya. Antara contoh-contoh tersebut bagi menjayakan pertemuan ialah mengadakan halaqah di masjid, menjemput makan, memberikan buku kepada mutarobbi, diskusi ilmu dan sebagainya. Kesan terhadap individu Tarbiyah fardiyah adalah wasilah yang paling berjaya dan paling efektif di dalam melahirkan kader dakwah. Wasilah ini merupakan cara yang terbaik dalam berinteraksi dengan mad’u [mutarobbi], memberikan tumpuan kepada mutarobbi dan menghasilkan natijah untuk dakwah. Selagi mana Murobbi memberikan masa yang banyak kepada mutarobbi selagi itulah hasilnya berlipat kali ganda dan menjadi semakin efektif. Sifat yang perlu ada pada Murobbi Antara sifat yang perlu ada pada seorang Murobbi bagi melayakkannya untuk tarbiyah fardiyah ini ialah ;

Pertama : Al-fahmu as-syamil al-kamil li malamih islam wa ila ma yad’u ilaihi. Murobbi perlu memiliki kefahaman yang syumul dan lengkap terhadap intipati ajaran Islam juga terhadap seruan dakwah yang ingin disampaikannya. Murobbi perlu menguasai kefahaman berkaitan ulum syara’ dan ulum dakwah bagi memudahkan proses mendidik mutarobbinya. Jika mutarobbinya tidak merasa sesuatu peningkatan dari sudut kefahaman dan ilmu, ia akan membawa kecacatan di dalam aspek pentarbiyahan individu muslim. Justeru seorang Murobbi meningkatkan keupayaan dirinya sebagai murobbi agar menjadi ikonis kepada mutarobbinya serta rujukan di dalam setiap perkara.

Kedua : Suluk Imani. Perilaku imani yang diterjemahkan dari kefahaman yang syumul tadi. Bahasa qudwah lebih mengesani berbanding bahasa lisan. Penterjemahan amali seorang murobbi di dalam kehidupannya,tindak tanduknya, perilakunya dan sikapnya adalah bukti kesan iman kepada kehidupan murobbi. Ini akan menjadi qudwah solihah kepada mutarobbinya. Murobbi tadi adalah contoh hidup kepada Islam. Imam al-Bana mengungkapkan ia sebagai seorang ad-Da’iyah al-Mujahid yang bersiap siaga dengan segala persediaan, mengambil kira sebab-sebab yang menghasilkan segala kekuatan, sentiasa berfikir, tinggi ihtimahnya dan sentiasa bersiapsiaga. Imam Syafie pernah berkata : “Barangsiapa yang memberikan peringatan kepada saudaranya dengan perkataan , maka sesungguhnya dia telah memberikan petunjuk”. Terbukti qudwah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW menjadi faktor keberkesanan kejayaan tarbiyah baginda. Ketika ditanya kepada Saidatina Aisyah R.A, bagaimana akhlak baginda, dijawabnya ‘Khuluquhu al-Quran” [akhlak baginda adalah al-Quran]. Al-Quran menjadi parameter terjemahan amali Islam yang ditampilkan pada sisi akhlak baginda. Al-quran adalah penterjemah amali kehidupan baginda. Para sahabat r.a melihatnya dan akhirnya mereka tercetak dengan cetakan al-Quran lalu jadilah mereka sebagai al-Quran yang hidup, yang bergerak dan berjalan di atas bumi ini. Para murobbi perlu mencontohi kehidupan baginda ar-rasul dan melalui manhaj ini. Justeru faktor qudwah adalah faktor kritikal bagi menjayakan proses pentarbiyahan individu

Ketiga : al-khibrah binnufus [memahami tabiat psikologi (jiwa) manusia]. Medan bekerja murobbi ialah membaiki jiwa manusia. Peranan murobbi ialah mengubah jiwa mutarobbi menjadi lebih baik. Itulah matlamat tarbiyah yang sebenarnya iaitu islah an-nafs. Murobbi perlu menguasai seni berta’amul denga jiwa manusia, menggunakan uslub yang sesuai, bersabar dengan kerenah mwereka sehingga tiba dan waktunya yang sesuai untuk berubah. Rasulullah SAW sebagai seorang murobbi adalah orang yang paling arif dan bertpengalaman tentang selok belok jiwa manusia. Beliau bertindak dan mendidik para sahabat r.a dengan memahami tabiat psikologi jiwa mereka.

Di dalam satu hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari daripada Ibnu Mas’ud r.a pernah berkata : “Bahawa Nabi SAW mengambil kira masa untuk memberikan peringatan kepada kami pada setiap hari, dibimbangi kami merasa bosan dan jemu..”. Nah, Rasulullah SAW seorang murobbi yang faqih dan arif tentang tabiat jiwa manusia. Imam al-Bana pernah didatangi oleh seorang akh yang ingin mengadu segala permasalahan. Maka jawab al-Bana : “ Bersikap mudahlah terhadapnya dan bertawakkal kepada Allah di dalam urusan kamu. Namun akh tadi berkeras untuk terus menjelaskannya. Jawab al-Bana : ‘aku mengerti..”. Lantas akh tadi berkata : “Jadi, aku rasa amat bahagia selagi kamu mengetahuinya. Ini contoh bagaimana seorang sikap murobbi yang memahami psikologi mutarobbinya. Pelajaran yang dapat difahami ialah seorang murobbi perlu memiliki seni memahami psikologi mutarobbi.

Beberapa kaedah asas di dalam tarbiyah. Pertama : ar-Rifq [lemah lembut] : Uslub ar-rifq [lemah lembut] dan menjauhi kekerasan dan kekasaran adalah asas di dalam berinteraksi dengan mad’u atau mutarobbi. Menawan hati di dahulukan dari menawan akalnya. [kasbul qulub qobla kasbul u’qul]. Firman allah di dalam surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud : 159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.

Kedua : Menjauhi sikap mengeji, mencela dan mencerca. Mendidik dan berdakwah ke jalan allah tidak tegak dengan cara mencerca, mencela dan mengeji tetapi dengan sikap saling nasihat menasihati, saling memohon ampun antara satu sama lain dan sentiasa penuh dengan bimbingan yang baik. Pernah sahabat kepada Ibnu Simak berkata kepadanya : “bahawa janji antara kita berdua besoknya adalah saling cela mencela”. Jawab Ibnu Simak : “ bahkan antara kita berdua besoknya ialah saling memohon ampun sesama kita..”

Ketiga : Tarbiyah adalah tamhid wa tasywiq [ introduksi dan menarik minat]. Kaedah merupakan kaedah yang tetap dan tidak berubah. Tarbiyah tidak boleh dilakukan secara paksa tetapi dengan cara menarik minat dan dimulakan dengan introduksi [pengenalan]. Seorang murobbi perlu bersabar kerana hasilnya mungkin lambat dan memakan masa. Kunci kejayaan tarbiyah ialah kesabaran. Keempat : Beri dorongan [tasji’] . Dorongan yang diberikan oleh seorang murobbi kepada mutarobbinya akan menambahkan semangat dan dorongan untuk beramal.Sikap inilah yang ditunjukkan oleh baginda ar-Rasul SAW di dalam sirahnya ketika diberitakan tentang keadaan Suhaib ar-Rumy yang berangkat berhijrah ke Madinah lalu menyerahkan barang dagangan kepada angkatan Quraish demi kerana Allah . Lalu baginda bertemu dan mengucupnya lantas berkata : “beruntunglah engkau wahai Suhaib..beruntunglah wahai Suhaib..”. Ya , dakwah dan tajmik perlu dibina atas asas binaan yang kuat dan kukuh. Dengan binaan yang kuat dan kukuh inilah akan meluasnya ufuk dakwah. Ia perlu kepada rijal atau Qaedah sulbah yang sanggup menanggung beban dakwah yang besar ini. Tanpa tarbiyah dan tarkiz [penumpuan], maka tidak akan terbentuk anasir-anasir yang kuat, kukuh yang diperlukan tanzim. Imam Hasan al-Bana sedar dan faham kepentingan peranan tarbiyah untuk membina rijal dakwah dan harokah lalu beliau mengungkapkannya di dalam risalah muktamar kelima, katanya : “Persiapkanlah diri kamu, bersedialah menerima tarbiyah yang betul dan ujian-ujian yang ketat, kamu pasti akan diuji dengan tugas -tugas yang berat, jijik dan sukar, sedikit demi sedikit merungkai keterikatan kamu dengan belenggu syahwat dan kebiasaan hidup”.

Rujukan : Kaifa Nad’u ila Islam : Fathi Yakan, Musykilat dakwah wa da’iyah : fathy Yakan, Rasail fityan ad-dakwah : Jasim Muhammad Muhalhil Yasin MD

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: