Segalanya milik kita


Akhi, Kita yg bekerja utk islam ini adalah utk KITA.

Ganjaran nya utk kita dan bukan utk orang lain.

Akhi,
Kita yang bekerja untuk Islam ini mestilah memahami secara mendalam bahawa kita lah yang sebenarnya memerlukan Islam.

Sewaktu kita bekerja, berjihad dan berjuang, bererti kitalah yang bertindak membersihkan diri dan jiwa kita sendiri dan bukan membersihkan orang lain.

Kitalah juga menunaikan sebahagian dari hak-hak Allah ke atas kita supaya kita memperolehi ganjaran dari sisi Allah di hari kiamat kelak, hari di mana pandangan menjadi tunduk merendah dan hati menjadi bergetar kerana dilanda ketakutan ditimpa azab.

Kitalah yg beruntung sekiranya kita beramal dan kitalah yang rugi sekiranya kita berundur dan merajuk lari.

Allah s.w.t berfirman bermaksud:
“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.
(Al-Ankabuut, Ayat: 6).

Allah s.w.t juga berfirman bermaksud:

” Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.”
(Surah Muhammad, Ayat: 38).

Kita juga mesti memahami bahawa nilai dan harga diri kita sebenarnya adalah kerana pegangan kita kepada Islam.

Kita tidak mempunyai apa-apa nilai sekiranya tidak bersama Islam (sama seperti binatang bahkan lebih sesat dari itu). Kemuliaan dan ketinggian kita yang sebenarnya tidak akan tercapai melainkan dengan kita menggembleng tenaga dan melibatkan diri di dalam jemaah Islam uswah ini yang memperjuangkan Islam dan terus kekal dalam jemaah ini.

Ini statement yang patut kita hadam.

Sesiapa yang mengasingkan diri, dia akan keseorangan di dalam azab neraka. Sesiapa yang menyatukan dirinya secara benar dengan jemaah, bererti dia telah bergabung dengan nasab keturunan yang mulia mengikat diri dengan golongan yang mendapat petunjuk, yang terdiri daripada para Nabi dan para syuhada yang mendapat nikmat di sisi Allah s.w.t.

Kita petugas amal Islami ini juga mesti menyedari bahawa terus kekal bersama dengan jemaah adalah syarat bagi mendapat pendirian yang teguh sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih (dari kumpulannya)”.

Kita lihatlah sendiri masyarakat yang dipenuhi dengan fitnah tidak ubah seperti malam yang gelap-gelita. Manusia tidak mungkin dapat menjalani kehidupan dengan sempurna atau tidak terjejas dengan kesan-kesan kotoran masyarakat tersebut sekiranya tidak menerima peringatan, nasihat dan ingat memperingati.

Ayat Allah menjelaskan

” Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(Az-Zaariyaat, Ayat: 55).”

Allah s.w.t berfirman lagi bermaksud:
” Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-Asr, Ayat: 1 – 3).”

Oleh yang demikian kita mestilah hidup di bawah satu naungan usrah yang aktif dan bukan pasif.

Kita mestilah bersama-sama dengan hamba dan pejuang Allah yang Maha Pengasih dan terus hidup bersama mereka buat selama-lamanya.
Allah s.w.t berfirman bermaksud:

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”
(Surah Al-Kahfi, Ayat: 28).

Kita yg mengelar diri sebagai petugas amal Islami juga mestilah benar-benar memahami bahawa kita beramal dengan bekerja semata-mata kerana Allah dan berjihad pada jalannya.

Kita juga mesti memahami bahawa jalan ini adalah jalan yang paling jauh, penuh dengan kesukaran.

Sesungguhnya syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang tidak diingini manakala dunia pula dilingkungi oleh perkara-perkara yang menarik syahwat.

Akhi, Jalan ini merupakan satu jalan yang tidak sanggup dilalui oleh mereka yang hidup dalam suasana mewah, mereka yang bimbang akan kesempitan rezeki dan kemewahan hidup.

Jalan ini juga tidak akan sanggup dilalui oleh orang yang mementingkan kerehatan dan mengikut runtunan nafsu, tidak akan sanggup dilalui oleh orang yang sempit dada dan tidak memiliki kekuatan, tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang tidak sabar menghadapi cemuhan dan cacian, apatah lagi pengorbanan wang ringgit dan harta benda, masa letih! Tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang berpegang dan berkeras dengan pendapat sendiri sahaja dan ego, sedangkan dia sendiri tidak mengetahui bahawa ia tidak mengerti (kedudukan yang sebenarnya) dan jalan ini juga tidak sanggup dilalui oleh mereka yang tidak bersedia untuk tunduk kepada keputusan jemaah dan tidak sanggup pula beriltizam dengan pandangan-pandangan jemaah.

Sesungguhnya jalan ini adalah jalan pembersihan jiwa, penyucian hati dan pengawalan diri, jalan kerahmatan dan kemuliaan. Jalan kesabaran dan ketetapan, jalan kebebasan dan kehormatan dan jalan kebenaran dan keikhlasan.

Sesungguhnya jalan yang mempunyai sifat-sifat seperti ini tidak akan sanggup dilalui melainkan oleh orang-orang mukmin yang hati-hati mereka mempunyai ikatan yang kukuh dengan Allah yang Maha Esa, yang menggantungkan harapan dan pertolongan kepadanya.
Allah s.w.t berfirman bermaksud:
“Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).

Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
(At-Talaaq, Ayat: 126).

Allah s.w.t berfirman lagi bermaksud:
” Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.”
(Al-Fath, Ayat: 10)

JOM BERUBAH!

muharrikdaie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: