Siapalah aku


Tadi kawan aku sedih. Katanya, ” akhi, aku benar benar kagumi kamu namun aku sedih kerana FB kamu, twitter kamu, Blog kamu tidak mendapat sambutan dan like yang banyak. Dimata aku kamu hebat menulis. Menulis dengan jiwa dan ruh kamu. Terkadang meremang bulu roma ku. Terkadang hilang pudar duka ku. Terkadang cerah semangatku namun buramnya sambutan terhadap tulisanmu! Aku percaya yang membaca bait bait sentuhanmu juga merasai sepertimana aku rasa tapi …”

Lafaz kawan ku berhenti disitu. Dia merenung dalam mataku. Berkaca mata nya. Dia memeluk aku. Ku bisik padanya, ” siapalah aku.”

Mungkin takdir mubram ku begitu. Aku tidak mampu dari apa yang aku mampu sekarang. Aku menulis bukan untuk glemer. Aku menulis untuk diri ku. Untuk 7 orang ikhwah usrah ku. Aku mahu mereka menjadi manusia dakwah. Manusia yang kuat jatidirinya. Aku tak perlu like. Aku tak perlu followers. Aku tak perlu komen pujian yang melangit tetapi yang aku mahukan hanyalah redha. Aku amat takut tersadung riya’ dan ujub. Tuhanku lebih mengetahui akan hati dan keadaan diriku. Biarpun ‘siapalah aku’ disisi manusia didunia dakwah ini tapi imbalan yang ku harapkan hanyalah dakwah ku ini dapat merasuk hati manusia yang mengenali aku.

Namun aku amat sedih, walau hampir 20 tahun dalam dakwah, tiada seorang non muslim pun mampu untuk aku bawa kedalam agama Allah ini. Aku hanya menjadi murabbi usrah. Mungkin mereput begini sampai akhir hayat ku. itu yang kusedihkan. Itulah dayaku. Disatu sisi aku bersyukur, aku tidak pernah kecewa. Aku tetap konsisten walau tidak meningkat. Aku tetap tsabat walau petir dan ribut menolak.

Aku milik Allah. Aku telah usahakan sedayanya. Cukup jika bumi tidak mencerca aku kerana membiarkan manusia menderhakai Allah. Aku tetap akan terus ghairah dengan dakwah ini. Dengan masuliyah ini. Walau aku tahu …. siapalah aku.

muharrikdaie

3 responses to “Siapalah aku

  1. murni December 3, 2014 at 2:22 am

    Assalamualaikum. teruskan penulisan dakwah mu akhi.. sesungguhnya ramai di luar sana sedang mencari jalan kembali yg Allah redhai setelah terlalu lama leka dengan dunia ini. Melalui penulisan ini tentu ada hati insan lain yg akan tersentuh lalu bermuhasabah diri mendekati Illahi. All the best akhi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: