jannah


Hari ini aku menulis lagi. Untuk berkongsi semangat bersama kamu semua apa yang telah kita sama sama lalui disepanjang perjalanan ini untuk kita mengambil ibrah belajar dan terus belajar menyusuri lengguk lentuk jalan dakwah yang banyak cabang dan hambatannya ini.

Segalanya mengitari kita! Satu demi satu persoalan mendatangi kita. Riuh hidup kita dengan masaalah. Sana sini orang dakwah mengeluh! Bukan mengeluh dengan dakwahnya tapi mengeluh tentang aktiviti dunianya yang tidak pernah selesai.

Memang menjadi hiburan bagi aku mendengar keluhan ikhwah ikhwah. Hingga akhirnya dapat aku simpulkan bahawa kita semua dijalan dakwah ini rupanya masih belum matang lagi dengan sifat dakwah yang sebenarnya bahawa dakwah tidak pernah langsung menyebelahi nafsu dunia kita.

Bangga mendengar cerita ikhwah muda dipelusuk dunia bahawa mereka tidak tercicir dan terus terusan berada dalam tarbiyah dan dalam kerja dakwah sekali pun sibuk dengan pelajaran, assignment serta exam yang bertali arus!

Memang cukup membanggakan. Aku percaya bahawa dakwah jika telah berada dihati para pemuda, pastinya ianya akan terus hidup dan berkembang. Inilah yang dilakukan oleh Albanna didalam kerja dakwahnya dulu. Menumpukan sepenuh perhatiannya kepada student student! Kerana masa depan ditangan mereka. Insyaalah.

Memang sukar membahagikan waktu antara pelajaran dan dakwah kerana kita terpaksa begelumang dengan masa dan kehidupan yang terkadang seperti seekor salmon yang menongkah arus deras untuk menuju kehabitatnya! Namun itulah yang dinamakan mujahadah yang memaniskan sirap hidup kita.

Aku dapat rasakan betapa hebatnya rentang hidup yang kamu lalui ikhwahku demi untuk menumbuhkan sesuatu yang mekar dan berbunga didalam hidup kamu yang penuh berarti ini! Tidak sia sia sang Ibu melahirkan kamu. Sang Ayah berjerih perih bertarung kudrat mencari rezeki untuk menyuap kamu yang akhirnya dapat melihat anak anaknya bagai bumi yang memancar dalam bentuk bunga dan buah subur berkembang dibumi ini …

Kamu ..

ikhwahku,

Jadilah seperti awan yang memercik hujan dan lautan yang menyembur ombak gelombang!

Bukan saja untuk memenuhi impian dan mimpi mimpi keluarga mu tapi penuhi lah juga mimpi mimpi duat sebelum kita yang telah meninggalkan warisan pejuang ini kepada kita. Yang ingin melihat kita berterusan dimedan dakwah menyambung dan terus menyambung pahala pahala mereka di barzah sana hingga kita bertemu untuk memenuhi ruang ruang syurga yang seluas langit dan bumi itu!

Memang benarlah bahawa yang dinamakan hidup itu adalah kesedaran kita akan hidup!

Kita wajib bersyukur kepada Allah kerana telah mendewasakan kita untuk mencari pencerahan demi kebermaknaan hidup ini.

Semua orang tidak mengagak kemana arah dirinya sebelum ini. Malah aku sendiri tidak menyangka akan menjadi manusia baru dialam dunia yang lama untuk menyerap segala kehidupan ini kepada dakwah yang memesona.

Dulu sewaktu aku hidup dijazirah gurun jahiliyah, pernah aku terfikir bahawa inilah kehidupan yang diciptakan sebenarnya ! Mungkin pengalaman kamu pun begitu juga!

Tapi kini kita telah terpilih. Benih benih kejahatan kita dahulu telah menguap dan benih kebaikan kita sedang berbunga dan berbuah. Pohon hati kita juga semakin tangguh untuk menahan tiupan angin yang semakin kuat ini …

Berterusanlah dalam tarbiyah dan tahanlah ujian itu!

Disinilah kita dihidup. Dan sinilah kehidupan kita.

Suka. Duka. Sedih dan tawa serta hiburan semuanya terangkum dalam relung tarbiyah ini.

Marilah kita menjadi penghuni yang baik dirumah dakwah ini kerana disini banyak terlimpahnya ketenangan hati. Disini juga tempat kita menyuci jiwa.

Bukan kita ingin mengasing diri atau bersuluk tapi disni kita bercakap dan bekerja untuk mengisi ruang ruang kosong dimedan sana kerana diluar sana ramai yang menanti kita membawa obor untuk menerangi mereka.

Inilah saja nikmat dunia kita. Kegembiraan kita.

Marilah kita jadi pedagang yang sentiasa mengintai dan merebut pasaran dakwah agar pasaran manusia yang kehausan diluar sana tidak dimanipulasi oleh pedagang pedagang yang mendagangkan sistem batil untuk kepentingan syahwat mereka!

Adik adik dakwah ku,

Berdakwah itulah arti buah dari ruhaniyah yang sebenarnya dan tidak ada sesuatu dalam hidup ini yang setara dengan kebahagiaan ruhani. Kebahagiaan ruhani itu hanya wujud bila kita dapat menanamkan kedalam jiwa manusia lain agar mereka tunduk dan patuh dan mengabdikan diri kepadaNya! Itulah dakwah. Maka taburlah cinta buat manusia dengan dakwah untuk meraih jannnah.

” Hai kaumku, aku tidak meminta harta benda  kepada kamu sebagai upah bagi seruanku. Upah ku hanyalah dari Allah.” [ Hud:29 ]

Upah itu adalah JANNAH

 

muharrikdaie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: