selingkar kisah


Assalam,

Aku singgah sebentar disini. Saja. Melepas lelah dan rindu. Engkau tahu, dulu aku amat aktif menulis disini. Disini lah tempat aku meluahkan kisah hidup ku. Kisah dakwah ku. Kisah perasaanku. Malah kisah cinta ku yang selingkar itu. Hmmmm ….. warna warna hidup begitulah. Kita tidak boleh lari dari kenyataan hidup meski kita tidak mahu ianya terjadi. Ianya diluar kemampuan kita. Luka dan duka itulah teman kenangan manis kita bila diwaktu tua nanti. Kita ni manalah ada hiburan lain kecuali kenangan kenangan lalu yang terperuk disudut hati.

Terkadang selalu sangat kita cerita tentang dakwah pun boring jugak. Kena alihkan sikit pada perkara yang menghiburkan hati. Ada orang boleh terhibur dengan nasyid, dengan sajak dan puisi dan pelbagai lagi. Dan orang seperti aku ini sudah pastilah menulis. So kena layanlah hati kita ni agar ia basah balik dan bersemangat kembali ke medan dakwah.

Oh ya! Ramai yang tanya tentang buku aku. Memang aku ada menulis dua buku. Terus terang aku katakan Novel  ” mencari bahgia dijalan dakwah” masih belum siap sepenuhnya. Entahlah bila aku nak sambung. Begitu jugak buku dakwah ku ‘ jalan dakwah jalan rabbani’ setelah ditolak oleh penerbit kerana perlu beberapa pembetulan dan rombakan sehingga sekarang belum berkesempatan untuk aku perbetulkan. Aku tahu, jika kedua buku itu siap, penerbit aku kata boleh ada market …. tapi itulah. Setelah selengkar kisah lalu menghantui aku, sampai sekarang aku tidak ada mood dan idea untuk menulis. Kalau dulu, pantang jumpa keypad saja jemari aku tidak mudah untuk berhenti tapi sekarang nak bukak lappy aku pun dah terasa malas cuma kerap bersama iphone jer untuk update twitter melepaskan kerinduan untuk menulis.

Aku akui, menulis atau apa pun aktiviti kita dalam hidup ini amat memerlukan dorongan. Allah ceritakan syurga pada kita juga adalah sebagai dorongan kepada kita untuk terus melaksanakan ibadah dan amal dengan sepenuh ketaatan kepadanya. Apalagi lah kerja kerja dunia kita ini. Dan aku tidak lari dari memerlukan dorongan itu sebagai pembakar semangat untuk menulis. Sedih bila pendorong aku hilang begitu saja hingga aku tidak mampu lagi untuk mengejar mimpi mimpi aku.

Bila aku fikir fikir balik kenapa lah kita ni perlu ada permusuhan, tidak bersapa dan sakit menyakiti bila kita masing masing berubah hala kehidupan. Sepatutnya ukhwah kita perlu terus teguh. Kerjasama didalam dakwah  perlu bersambung dan menerima semua kenyataan hidup itu sebagai satu takdir yang telah dipatrikan. Dan bila terputusnya hubungan ukhwah kita ini serasa banyak merugikan dakwah.

Benar saudaraku. Dulu hubungan kita pun atas dasar dakwah. Dan kebetulan hati yang cuba kita tautkan juga kerana kita mengambil cinta dari langit untuk kita tautkan menjadi synergy dakwah. Tetapi apabila ianya tidak menjadi realiti patutkah kita lusuhkan ia hanya untuk menjadi kenangan?

Memang aku tujukan bicara ini buat aku. Kerana akulah puncanya. Tidak telus. Tidak jujur dalam ertikata pada mata zahirnya. Namun kerahsiaan itu perlu aku pertahankan meskipun aku terhukum dan pedih sampai ketulang dan kamu didera dengan keraguan.

Walau apa pun saudaraku, aku rasa doa ku termakbul melihat kejayaan demi kejayaan dakwah yang kamu lakarkan dan terserlah kehebatan pada diri kamu. Serasa hati untuk menumpang pahala untuk menghantar tulisan tulisan dakwahku mengisi ruang angkasa dakwah kamu yang luas ini tapi rasanya biarlah ianya tertahan disini. Di blog usang yang menjadi kekasih abadi ku dalam helaaan nafas yang semakin sikit untuk ku hirup ini …

Muga kita semua terus menerus bersama dijalan dakwah ini dan tidak hanyut terapung dimuka dunia yang penuh cabaran dan ujian ini.

jumpa lagi

muharrikdaie – dalam curahan rasa.

 

 

 

One response to “selingkar kisah

  1. Nina Susana April 7, 2014 at 5:52 am

    assalam, cepat akhi siap2kan buku-buku tu….cukuplah Allah sebagai pemotivasi unggul cita-citamu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: