From hero to zero


Akhi ..

Semalam aku cerita tentang usrah aku dan kawan kawan kawan mahupun naqib aku yang telah ghuyub dari jalan dakwah ini. Sebenarnya mereka yang ghuyub itu adalah dikalangan mereka yang hebat hebat pada pandangan mata aku. Dari merakalah aku belajar merangkak, bertatih, berjalan jatuh dan berlari dijalan dakwah ini.

Dan dari merekalah juga  aku bercita cita untuk menjadi hero dijalan dakwah ini dan sanggup menjadi macai mereka mengikut mereka kemana saja demi untuk mendapatkan ruh perjuangan mereka dan hamasah mereka yang bernyala nyala seperti semburan kemarahan naga tasik cini itu. Tapi akhirnya mereka gugur dan reput macam terkena batu dari burung ababil.

Kamu rasa aku kecewa tak akhi? Bohong kalau aku katakan aku tak kecewa! Kerana merekalah sebagian dari inspirasi aku. Kerana dulu aku manusia yang amat kerdil dijalan dakwah ini dan merekalah yang membantu aku dan menaikan semangat aku untuk terus tsabat dijalan ini.

Aku kecewa bukan kerana keguguran itu, kerana dijalan dakwah ini masaalah keguguran adalah perkara biasa. Tetapi yang aku kecewakan adalah asbab keguguran itu! Bukan sebab tak cukup makan. Bukan sebab nak kena penjara dan nak kena gantung macam IM di Mesir tu tapi hanyalah asbab emosi. Asbab kawin. Asbab sibuk kerja. Asbab kecik hati dengan teguran pimpinan. Asbab diturunkan status. Asbab nak sambung belajar. Asbab nak buat master dan berbagai asbab yang tak masuk dek akal  dan sememangnya mereka pun tahu. Ini cerita lama yang diulang ulang.

Sungguh! Aku bukan nak menghina mereka, tetapi terkadang aku rasa mereka ini macam tak cukup umur didalam perjuangan ini. Belum  mukhallaf dalam perjuangan.

Dulu bila ada sesuatu program besar dan bila melihat mereka berdamping dengan pimpinan atasan, aku cuma dapat melihat mereka dari jauh saja dengan perasaan cemburu. Dalam hati akulah, ‘ alangkah bertuahnya mereka dapat bersama qiyadah dan para ulama’ IM.” Rasa hormat aku apda mereka bertambah tambah. Bila dalam program Palestin juga, aku melihat mereka terkedepan dengan suara sejauh gunung melafazkan takbir semangat untuk melawan israel. Tapi akhirnya mereka rebah kebumi sebelum peluru israel mengenai tubuh mereka.

Itulah dia realiti perjuangan.

10 tahun dulu sewaktu seorang pimpinan yang aku Tsiqahi membedah buku Almarhum Fathi yakan, aku amat tertarik kepada satu bab tentang dosa kecil dan bermudah mudah didalam amal. Dan aku amat berpegang kepada perkara itu bahawa dosa kecil yang kita tidak nampak itulah yang menjadi penyebab yang akan membunuh perjuangan kita dan yang akan menggugurkan kita. Juga bermudah mudah dan selalu menunda ibadah tanpa sebab jugalah yang boleh merobek kekuatan perjuangan kita.

Benar sungguh kata seorang penyair islam terhadap dosa, ” Jangan kamu memandang mudah perkara kecil kerana gunung yang besar itu terbina dari batu batu yang kecil”

Begitu juga kata Umar Alkhattab, ” Kuda yang hebat itu tidak akan tergelincir bilamana memanjat batu yang besar tetapi akan tergelincir bila memanjat batu batu yang kecil”

Begitu jugak nasihat seorang sahabat pada aku dulu yang masih aku ingat, ‘ Beware of minor sins because even small cracks will eventually make the largest of ships sink”.

Akibat mengambil rukshah dan sifat mempermudahkan inilah aku rasa mereka gugur. Sebab meremehkan dosa inilah juga agaknya yang buat mereka gugur. Wallahuaklam. Aku tak tahu, hanya Allah yang tahu.

Begitu jugak pada diri kerdil aku ini. aku selalu menasihati diri ini supaya sentiasa hati hati kerana selagi kita tidak berada dipenghujung kehidupan, kita harus berjaga jaga kerana perjuangan dijalan dakwah ini masih jauh lagi. Kita tidak tahu apa nasib kita. Mungkin dulu kita zero dan hari ini kita hero dan kita tidak tahu apakah esok kita tetap hero atau zero …. Allahu allah. Minta dilindugkan Allah dalam perkara itu.

Bagi aku, apa yang penting bagi kita sekarang adalah tarbiyah zatiyah. Kuatkan diri. Paksa diri dalam beramal. Paksa diri untuk mendalamai ilmu setaip hari terutama ilmu aqidah dan tasawwuf supaya kita dapat menjaga hati kita yang sering diserang syaitan laknatullah ini! Jika hati bersih pasti sukar baginya untuk menghasuti kita.

Kader dakwah seperti kita ni memang sepatutnya membersihkan hati untuk menjadi pertahanan kita dan juga sebagai senjata dakwah kita kerana ternyata hati yang bersih akan merintis banyak kebaikan kebaikan apa lagi hubungan dengan manusia untuk dakwah dan hubungan dengan Allah untuk pertolongan!

Antum pun tahukan, bahawa hati yang bersih boleh mengesankan. Ingat lagi tak apa yang Abas As sisi  menasihati kita tentang hati? Beliau berkata, ” hati yang bersih ibarat magnet yang dapat menarik benda benda yang disekitarnya. Akan terpancar darinya akhlak yang indah mempersona. Rendah hati dan penuh kesantunan. Sesiapa yang berjumpa dengannya akan merasa kesan yang mendalam. Sesiapa yang bertemu dengananya akan mmeperolehi aneka kebaikan malah ketiaka berpisah sekalipun orang seperti ini akan menjadi buah kenangan yang tidak mudah dilupakan.”

Dan pastinya seperti kita hati yang bersih merupakan aset  untuk menakluk hati mad’u mad’u kita insyaalah.

Akhi ku sayang,

ingat pesan rasul ….

” Ruh ruh itu bagai perajurit yang selalu bersiap siaga. maka siapa yang mengenalnya, ai akan bersatu dan jika tidak mengenalnya akan berpecah. ( HR Bukhari Muslim )

Muga kita tidak gugur dijalan dakwah ini.

Jumpa lagi.

muharrikdaie – bila aku mula menulis, aku tak boleh berhenti🙂

 

 

 

 

2 responses to “From hero to zero

  1. KUEK April 2, 2014 at 3:11 am

    magnet2 yg menarik..mmmmm

  2. The Journey of Dakwah March 31, 2014 at 5:34 am

    Akh, realitinya kalau asbab kawin tu logik juga terutama sekali akhowat.
    Bukan tak mahu teruskan perjuangan, tapi kewajipan taat kepada suami buat perjuangan itu tergendala dan akhirnya jika tiada kekuatan boleh terhenti di tengah jalan.

    Moga Allah sentiasa kuatkan kaki ikhwah akhowat untuk terus menapak di medan dakwah ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: