MH370 & IKHWAN 529


1521242_636574046391812_2133158335_nApa dihairan dengan  sebuah tragedi. Apalah dihairankan dengan sebuah tangisan yang memilu. Dalam hidup harus ada hirisan luka. Harus ada kematian. Kerana bermulanya kelahiran juga dengan sebuah tangisan. Untuk mu MH370 & saudara ku Ikhwan Muslimin 529. Itulah takdir kamu. Itulah janji kamu. Bezanya kamu semua, ada yang syahid. Ada yang tidak dan ada yang pergi dalam kekosongan dan kegelapan.

Itulah takdir kamu. Allah penentu segalanya.

Bagi kita yang masih bernafas ini, jadikanlah ia suatu episod perubahan. Berubahlah menjadi lelaki dan wanita akhirat. Maju dan teruskanlah kehidupan ini. Peristiwa akan tetap menjadi sejarah. Tangisan juga akan terhenti. Hidup juga kena diperbaharui. Bumi terus berputar. Matahari dan bulan akan terus tetap pada manzilahnya. Tapi jangan kita lupa …. kita juga akan mengharungi peristiwa yang sama. Sakit kematian bukan pada tragedi tetapi pada ketakwaan kita.

Ada yang kita lihat dahsyat peritiwa kematian seseorang itu tetapi pada hakikatnya disisi Allah ianya manis. Ada juga yang kita lihat baik kematian seseorang itu tanpa tragedi tetapi hakikatnya tidak. Begitulah Allah mengajar kita untuk memilih cara kematian kita.

Bagi para syuhada dan pendakwah lukisan syurga meringankan beban kehidupan mereka didunia. Kenikmatan syurga meringankan langkah kaki mereka menghadapi segala tribulasi. Tidak ada duri dan ujian yang dapat menghentikan langkah kaki mereka dijalan dakwah ini. Dan neraka memburamkan cita cita syahwat mereka kepada dunia hingga mereka terus melaju didalam kerja dakwah ini.

Sebelum aku akhiri post yang ringkas ini untuk ucapan takziah pada semua saudara saudaraku yang telah syahid, ingin aku nasihati bagi keluarga mereka yang terlibat bahawa gelap yang menguji langit kehidupan ini sebenarnya dapat kita usir dengan mudah. Kita tidak perlu memanggil matahari dan bulan untuk mengusirnya tetapi cukup dengan iman kita! Cukup dengan aqidah kita. Kerana segala yang berlaku itu dapat kita selesaikannya dengan menerima takdirNya!

Ya akhi ukhti dan saudara saudara ku …. terimalah takdirNya dengan penuh redha.

Disinilah bukti besarnya jiwa kita terhadap Allah azzawajalla.

jumpa lagi dilain kesempatan

muharrikdaie – semakin slow dalam menulis

 

4 responses to “MH370 & IKHWAN 529

  1. eys March 30, 2014 at 3:52 am

    moga sentiasa terus menulis….

  2. Nina Susana March 25, 2014 at 2:22 am

    moga di beri kekuatan oleh Allah SWT untuk menulis…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: