Tanya sama itu hud hud


huhAssalam buat semua kekasih kekasihku dijalan dakwah ini.

Muga antum dirahmati Allah.

Aku kembali lagi. Dengan avatar baru. Profile baru dan jiwa yang baru. Betul ke ni? Betulah. Apa pulak tak betul. Berapa banyak kembali daa dalam satu tahun? Banyak kalikan aku kata aku nak terus menulis setiap hari namun ….

” Tulis berhenti. Tulis berhenti. Lepas tu janji janji janji”. Ungkit peminat blog ku.

Part ini aku tak berani nak citerlah! Orang dakwah memang sibuk sesangat! Itu semua orang tahu. Tapi insyaalah. Ada masa aku tulis ok?

Aku terkadang macam burung hud hud … terbang kemana saja mencari peluang dakwah. Aku gelarkan diriku burung hud hud kerana aku bekerja dan berdakwah tidak menunggu perintah. Aku sentiasa mengintai peluang dakwah dimana saja. Kerana aku tidak mahu terikat dengan arahan arahan yang sering mematikan semangat dakwah ku dengan sikap red tape didalam jamaah!

Bukan aku tak Tsiqah dan taat tetapi bila sesuatu idea harapan dan cadangan itu lambat dibuat keputusan maka masa ku habis menunggu. Dalam kesiaan aku menunggu itu terlebih baik aku cari peluang dakwah yang lain kerana didalam perniagaan kita tidak boleh menunggu, apalagi pernaigaan dengan Allah ini dengan usia dan masa yang terbatas ini. Itulah sikap aku.

Murabbi ku pun ada menegur ku pada minggu lepas. Katanya, ” akhi, anta nampaknya laju sangat dari jamaah. Rasanya tak sesuai dengan cara kita bergerak.”

Aku jawab balik, ” Ustaz, ustaz pun tahu kan dengan sikap qiyadah yang bersikap red tape dalam jamaah ini, namun ana tidaklah sampai membelakangkan polisi jamaah, cumanya ana terpaksa cari jalan lain dari melangut tanpa kerja dalam jamaah ini.”

” Ana rasa tak salah ustaz, kerana dalam sejarah dakwah pun burung hud hud hampir disembelih oleh Nabi Sulaiman kerana lambat datang usrah dan mesyuarat tetapi bila diterangkan oleh hud hud bahawa dia singgah diIstana Balqis untuk berdakwah maka Sulaiman melepaskannya kerana tindakan burung hud hud merupakan ‘furshah” yakni peluang untuk menjalankan misi dakwah.” Aku menyambung

Diam murabbi ku. Mungkin merah telinga kanannya yang aku tak nampak sebab aku duduk sebelah kirinya. Sepatah pun dia tidak jawab kembali. Mungkin bersetuju dengan pandangan aku agaknya!

Tapi itulah realitinya. Terkadang sebagai mutarabbi pun kita harus berani menegur untuk kepentingan jamaah dan gerak kerja dakwah. Kita tidak boleh ikut saja kerana masing masing ada kelemahannya.

Bila aku yakin aku tidak keluar dari tujuan jamaah dan dakwah pasti akan aku lakukan.

Dalam dakwah kita kena agresif dan bersikap ijabiyah atau positif. kerana dengan sikap positif dan tidak hanya menanti arahan akan banyak menguntungkan dakwah.

Kita tahu setiap hari kita harus memikirkan dan melakukan dakwah dan meningkatkan kerja dakwah, kerana jika terlambat dan tertunggu tunggu, banyak masa yang akan terbuang.

Qoid kita pun bukannya tak sibuk. Kalau kita orang bawahan ini sibuk maka mereka lagilah 1000 kali sibuk dari kita. Terkadang mereka terlepas pandang dan tak sempat untuk memutaba’ahi segala program program dakwah kita yang telah ditakwimkan! Apalagi kadangkala bertembung dengan program penting dan adhoc!

Even nabi Sulaiman pun yang mempunyai kekuatan bala tentera Jin dan binatang pun terlepas pandang untuk mendakwahi Balqis, apa pula qoid kita yang manusia biasa ini. Kitalah yang patut memperingatkan mereka dan menegur secara berakhlak. Itulah sifat mutarabbi yang menjiwai dakwah.

Alhamdulillah, sebentar tadi murabbiku menunjukan sign like pada aku yang bermakna menyetujui pandangan dan tindakan aku. Cuma lepas tu dia bergurau dengan aku supaya aku membeli burung dan membela burung hud hud supaya bila dia lupa mengingatkan aku maka bolehlah aku tanya burung hud hud itu!

Kebetulan dalam kereta tadi aku terdengar lagu tanya sama itu hud hud dari Sinar FM nyanyian M. nasir yang membuatkan aku tersenyum sendirian. Lagu tu pulak permintaan dari seorang warga malaysia diJepun. Ingatkan teman ku yang berada di Jepun tu tuju kat aku. Rupanya orang lain.

Mungkin rinduku pada temanku itu dengan keluarganya membuatkan aku selalu teringatkannya. Muga keluarganya dirahmati Allah dan dirinya sentiasa sehat dan sabar dengan ujian dan proses kehidupan yang dilaluinya. Aku akan terus mendoakannya. Aaminn.

Jumpa lagi

muharrikdaie – dengan avatar baru

3am KL Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: