jadilah sebutir bintang


bintang_timur_3Assalam ..

Aku menulis lagi. Semakin kerap. Semakin semangat. Semakin rindu.

” Semakin angau” Kata kawan aku. Aku ketawa besar mendengar kutukannya.

Memang betul aku angau, tetapi bukan angau dengan orang tetapi angau dengan jiwa aku sendiri.

Begitulah bila jiwa terisi dan terinspirasi.

Terkadang kawan kawan aku pelik dengan aku. Bila sesuatu musibah mahupun ujian hadir dalam hidup aku, aku semakin bersemangat! Semakin banyak senyum. Semakin pemurah. ” Kenapa yer?” Tanya mereka. ” Itulah penolak bala!” jawab aku. ” Sedekah itu penolak bala, senyum itu penolak bala!” Aku menyambung.

Begitulah biasanya ingin aku terjemahkan kepada manusia disekeliling aku, bahawa setiap apa yang ditakdirkan pada kita dalam hidup ini akan ada solusinya. Tidak ada yang tidak boleh diselesaikan. Seperti penyakit. Allah turunkan penyakit, Allah turunkan juga ubatnya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati! Kedengaran macam iklan di radio Ikim setiap pagi. Memang benar. Ada ubatnya. Tetapi kalau berubat, masih jugak tidak baik. Maka, sabarlah ubatnya. Itu sebaik baik ubat ruhiyah.

Hidup jangan cepat melatah. Hidup perlu ada semangat. Hidup perlu ada kasih sayang. Perlu berbaik sangka. Perlu bertolak ansur. Perlu banyak diam. Perlu banyak berfikir. Perlu banyak tolong orang. Perlu ada impian. Perlu ada rasa cinta. Barulah hidup kita sentiasa sihat dan ceria.

Betul kata peribahasa orang korea,

“사랑은 모든 것을 치유합니다 (Sarangeun modeun geoseul chiyu hamnida)

“Cinta itu menyembuhkan segalanya.”

Sebab itu drama korea penuh dengan cinta. Sebab itu orang korea ni bahasa mereka lembut dan lunak. Bila bercakap … adoi romantisnya. Jangan sesekali tengok cerita korea. Kelak nanti akan jadi addict. Takut jadi dosa. Tiga tahun lepas aku pernah tengok sebuah filem korea ‘ winter sonata’. Memang menerujakan. Aku jadi terbuai buai. Terangan angan. Rasa duduk atas awan. Kalau tak cukup tarbiyah, sudah tentu lekat dihati 44 hari.

Itu orang korea. Orang jepun aku tak tahu. Sebab aku tak pernah pergi jepun. Mungkin orang jepun pun ‘soft’ jugak macam orang korea. Agaknya! Terkadang ada jugak kita jumpa orang melayu yang belajar kat jepun ni, lembut lembut. Terkadang kalaulah terbaca tulisan tulisan budak melayu yang tinggal di jepun ni. Boleh cair jugak kita kalau tak kena gaya. Memang hampir cair. Cuma tak suka tengok orang melayu pakai ‘kimono’ sebab mereka jalan macam itik cari air.

Ikhwah …

Kenapa aku cerita pasal akhlak dan kelembutan pagi ini?

Kerana ada juga kita lihat orang orang dakwah ni yang ‘ kasar’ akhlak mereka. Entah kenapa? Nak kata mereka kekurangan tarbiyah, tidak juga tapi yang boleh aku simpulkan adalah kerana mereka tidak memahami ‘seni dakwah’. Sedangkan ‘ Al Latif ” mengajar hambanya agar berlaku lemah lembut. Rasul mengajar kita akan kelembutan bila bersama manusia. Tahukah kita bawahawa cepatnya dakwah diterima adalah kerana tuturkata dan kelembutan.

Faktor kelembutan akhlak, percakapan, penulisan dan juga layanan itulah yang menjadikan dakwah itu amat indah. Itulah seni. Dakwah itu seni. Seni memerlukan kelembutan. Dan kelembutan amat sesuai dengan jiwa manusia. Sebab itu dakwah yang berkesan adalah mereka yang berani terjun kepada masyarakat. Hidup dan bergaul bersama mereka dan bukan hanya menulis buku dan berceramah dimasjid saja!

Lima tahun lepas, aku menyertai satu program dakwah orang asli di Cameron Hinghland memimpin student student UIA dengan kerjasama Jabatan Orang Asli.

Kampung pendalaman yang sukar untuk aku terangkan jauhnya. Sehari suntuk berjalan kaki kerana tidak boleh pergi dengan kenderaan kecuali kenderaan 4WD. Seminggu kami berkampung disana. Di pendekkan cerita, tidak ada seorang asli pun mampu kami islamkan. Meskipun usaha kami lakukan dengan optimum sekali. Kenapa ya? Jawabannya mudah akhi …. kerana cara kita approach dan akhlak kita mendekati mereka.

Setelah aku siasat, baru aku tahu bahwa kampung itu telah didatangi oleh preacher dikalangan kristian yang di taja oleh sebuah kelab antarabangsa yang terkenal.. Rupa rupanya mengikut cerita Tuk Batin bahawa dihujung kampung itu tinggal seorang kristian yang telah tujuh bulan berkampung disitu dan telah mengkristiankan beberapa keluarga. Aku berbincang dengan Tuk Batin itu untuk bertemu ‘preacher’ tersebut dan setelah diizinkan kami ditemukan sendiri oleh Tuk Batin dan dalam perbincangan dan perkenalan aku dengan Edward, seorang berbangsa Inggeris tapi menetap di Singapura itu, baru aku tahu bahawa dia diarahkan tinggal di perkampungan itu selama dua tahun oleh pihak gereja dalam misi mendidiknya untuk menjadi pendakwah kristian. Dia di bayar Sin Dollar 2000 sebulan dan segala keperluan keluarganya yang ditinggalkannya. Memang tak sangka. Memang hebat misi mereka ni.

Aku tak nafikan Edward ni memang baik. Lembut bila becakap dan terbuka kepada perbincangan. Bila aku tanya bagaimana grup mereka berdakwah. Dia mengatakan, selalunya melalui risalah risalah yang diedarkan dan juga dengan cara yang dibuatnya mengikut keadaan. Dan katanya, kalau dipendalaman, mereka memang akan tinggal bersama orang orang kampung dan hidup dengan mereka kerana dengan itulah mereka dapat memahami orang orang yang ingin mereka dakwahi. Memang budak edward ni ‘ class’ akhlaknya. Tuturkatanya amat teratur dan tenang. Patutlah Bruno Manser boleh mengkristiankan dan menguasai masyarakat Penan dengan cara hidup bersama mereka yang didakwahi dan berakhlak dengan mereka.

Akhi …

Di sini aku belajar betapa getaran jiwa, pantulan wajah, kelembutan perasaan, penampilan yang simpatik dan ditambah dengan keimanan adalah aset besar dakwah sebenarnya ….

Walau apa pun, penampilan kita sebagai seorang daie itu amat perlu dalam misi dakwah ini. Kerana manusia ini amat tertarik dengan penampilan kita yang indah dan baik serta suka menolong manusia didalam kesusahan. Sebab itu aku belajar untuk mengambil berat terhadap kamu. Apa lagi bagi mereka yang berada dalam api keresahan, yang hangus kerana kehilangan ….. dan yang teraba raba mencari jalan penyelesaian hidup. Kita tidak tahu apakah mereka mampu untuk berenang dilautan perih itu!

Hulurkan bantuan sebaiknya dan seikhlasnya. Mampukah kita hanya melihat, mendengar dan membiarkan saja sedangkan tugas kita adalah menyantuni mereka. Inilah akhlak dakwah kita.

Syair arab mengatakan, ” Jangan menunda pertolongan hanya kerana mengharap datangnya bukti. Tatkala saudara mu ditimpa musibah yang menguris hati …

Tapi setelah mereka menolak pertolongan kita, doakan mereka. Itulah yang terbaik.

Akhi yang kukasihi dan kamu yang berhampiran mentari yang dekat dihatiku … Siapapun kamu, kamu adalah para duat dibumi ini.

Tak usah memaksa diri jadi rembulan dan mentari ditimur sana, cukuplah menjadi bintang bersahaja, yang kerlip kecilnya tak pernah gerhana selamanya!

jumpa lagi

muharrikdaie > menulis untuk menggerakkan jiwa jiwa

3 responses to “jadilah sebutir bintang

  1. Istighfaar Hamba October 16, 2013 at 4:12 am

    Reblogged this on Istighfaar.

  2. sangjiwa October 16, 2013 at 4:06 am

    saya membaca dan kata ali cukuplah kita mulia kerana bertuhankan Allah yang esa. mulia itu apa? tanpa diketahui lagikan ketahuan

  3. MK October 15, 2013 at 10:47 pm

    “Tak usah memaksa diri jadi rembulan dan mentari ditimur sana, cukuplah menjadi bintang bersahaja, yang kerlip kecilnya tak pernah gerhana selamanya!”
    Teruskan menulis, insyaAllah, ada manfaatnya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: