tiada erti kesetiaan


kakiAssalam buat semua yang ku kasihi

Entah kenapa semenjak dua menjak ini aku amat teruja untuk terus menulis disini. Entah apa yang menariknya atau yang menolaknya, sungguh aku benar benar tidak tahu tetapi bila saja aku letakkan jemari ini dikeyborad notebook ini, ia terus bergerak bagai memetik piano untuk mengalunkan lagu Lau kana bainana ya habibi. Lagu yang menjadi background hidup aku. Lagu yang menyentuh hati dan alis mataku. Dan yang mencurahkan airmata kerinduan yang teramat!

Kalau dulu, jemari ku ini seolah olah lumpuh tetapi kini tidak lagi. Kalau dulu jemari ku ini turun bagai serpihan kapas yang turun slow motion pada keyboard notebook aku, tetapi kini ia normal. Kalau dulu fikiran ku semak dan bersepah tetapi kini aku telah mampu untuk menyusunnya kembali.

Alhamdulillah, aku telah pulih. Pulih dari kekakuan. Pulih dari kekeringan dan sumpahan!

Mungkin doa ku telah menang dalam pertarungannya untuk membenarkan aku menulis lagi.

Ibnu Qayyim berkata;

Jika perisai doamu lebih kuat lebih kuat dari musibah, ia akan menolaknya. Tetapi jika musibah lebih kuat dari perisai doamu, maka ia akan menimpamu. Namun doa itu tetap ada efeknya. Adapun jika perisai doamu seimbang dengan kekuatan musibah, maka keduanya akan bertarung!

Percayalah! Apa pun musibah yang datang. Tiada lain yang boleh kamu lakukan selain bersabar dan berdoa. Biarkan doa itu bertarung. Namun kamu harus terus berdoa. Alirkan airmata syurgamu. Usahakan jalan keluar.

Jika saat ini kamu bertarung dengan permasaalahan rumahtanggamu. Buat satu decision yang menang menang. Tiada makna kamu menyanyikan lagu ” Ombak rindu” untuk melembutkan hati pasangan kamu mahupun bersabar memujuk mengikut lirik lagunya. Tiada makna kamu hidup dalam kederhakaan. Tiada erti kesetiaan pada yang tidak tahu untuk memberi kebahgiaan. Jalan kesyurga masih jauh untuk kamu tuju. Disana ramai bidadara dan bidadari yang menunggu. Malah didunia ini pun, siapa tahu Allah akan mengantikan yang terbaik menjadi pemandu syurgamu. Ingatlah! Masa semakin sempit. tidak usah membuang waktu dalam satu ‘friction’ yang tiada kesudahan. ia menyeksa hati dan perasaan. Ia perit memakan diri. Agama itu indah. Ia tidak pernah menyusahkan kita kerana ia merungkaikan permasaalahan alam dan manusia. Paling penting kita firm untuk buat sesutau decision mengikut garis panduanNya. Jangan takut menyatakan kebenaran sekali pun pahit. Jangan takut melepaskan cinta, kerana Dia yang akan mengantikannya!

Begitu juga jika saat ini kamu bertarung dengan masaalah penyakit. Juga kamu kena berdoa dan bersabar kerana masa itu adalah rawatan. Ubat hanya untuk kamu menahan sakit semata dan hanya Allah lah yang dapat menyembuhnya. Tenangkan fikiran dan banyakan baik sangka terhadap manusia dan terhadap Allah. Teruskan berdoa. Biar doa itu bertarung. Makbul atau tidak doa itu tetapi pahala berdoa itu akan terus mengalir buat kamu.

Akhi wa ukhtifillah

Maafkan aku, bukan aku tiada topik untuk aku ceritakan tentang dakwah dan tarbiyah atau bercerita tentang takwin dan memotivasi kamu untuk terus beramal tetapi terkadang aku harus berlaku adil kepada pembaca blog dan terpaksa mengisi permintaan mereka juga untuk meminta nasihat dari ku.

Sebagai daie, aku akan cuba untuk memenuhi semua keperluan manusia disekelilingku meski pun hanya bait bait nasihat. Kalau dekat, mungkin boleh aku bantu dengan kudrat ku tetapi jika jauh, aku hanya mampu bercerita dan melukiskan keindahan keindahan nasihat. Dan nasihat yang terbaik adalah … doa. Kerana doa adalah perjalanan kata menuju langit. Itulah solusi terbaik buat penyelesaian jiwa kita.

Walau apa pun …. Bermesyuarahlah dahulu sebelum membuat apa apa keputusan kerana mesyuarah itu adalah tuntutan syariat. Setelah itu Pasrah dan berdoalah, Tanyalah pada Tuhan mu dalam istikarahmu. Bukankah Dia maha tahu semua maslahah?

Akhi … bahasa hidup akhirnya menyuruh kita berjalan sendiri setelah kita lalui warna warninya. Kita tidak perlu menangisi kepergian sebuah jiwa kerana jiwa kita jua akan pergi menemuiNya. Maka tenangkan ia. Kerana akhirnya kita akan dihamparkan di padang yang luas dan disitulah jiwa kita akan dikuburkan. Dan disitulah kerjabuat kita dipatrikan. Memang hidup tidak lama. Maka janganlah kamu menyapa ranting yang berduri. Carilah bahgia. Bahgia dengan ertikan mencari sumber segala cahaya ….

jumpa lagi

muharrikdaie > menulis untuk menggerakan jiwa jiwa

2 responses to “tiada erti kesetiaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: