Muga cahaya tiba nanti


airAssalam …

Entah kenapa malam ini aku merindui seseorang di negara matahari terbit sana. Teman yang meminati blog aku dahulu dan telah menjadi motivator terbaik aku yang banyak memberi nasihat dan inspirasi serta motivasi untuk aku terus bersama kamu menulis disini. Aku seolah olah digamit rindunya. Terakhir kali dia meng email aku hampir setahun lalu. Isi emailnya seolah olah dia sedang meniti diatas awan yang kelabu. Semuga Allah memeliharanya. Merahmati dirinya dan keluarganya. Dimanakah kamu saat ini adikku?

Memang tidak dapat dipungkiri lagi, dimana mana pun kita pergi, masaalah menjadi teman sejati. Bagai qorin yang lahir bersama kita yang selalu membayangi kita hingga keakhir gerak jasad hidup ini! Bagi aku masaalah adalah sesuatu yang biasa. Apa lagi bagi para duat yang mengemban risalah ini.

Dan aku faham sangat masaalah para duat ini. Dalam jiwa mereka ribuan rahsia. Mereka akan terus menyimpan sehinggalah masaalah itu bertawaf disekeliling hatinya, tapi bila sudah tidak terkawal, maka akan menembuslah ke ruang ruang matanya lantas mengalirlah air air jernih menahan duka!

Apalagi adik adik yang diluar negara! Yatim sementara tanpa keluarga. Mereka membungkus perasaan dengan senyum duka. Andainyalah tiada cita cita yang dipendam dalam dada itu, sudah pasti tiga empat hari berada dinegara orang yang jauhnya 12 jam dan 23 jam penerbangan itu ingin mereka tinggalkan tanpa menoleh kebelakang.

Tanyalah siapa pun? Sebelum dapat pergi, meronta ronta bagai burung yang ghairah untuk melepasi diri dari sangkar sepi tetapi setelah pergi, mereka bagai pemburu yang sesat dibelantara, yang tidak sabar menunggu keluar mencari cahaya! Itulah pengalama lalu.

Sebenarnya hidup diluar negara tidak mudah. Semudah sebelum pergi kesana! Setelah merasainya barulah mereka tahu bahawa diluar negara itu tersembunyi mimpi buruk bagai menjumpai “kruger” dalam cerita ” Nightmare in elm street”

Teringat aku apabila seroang lagi adik usrahku ini yang mendapat tawaran keluar negara! Betapalah gembiranya dia. Letih aku menasihatinya menyuruhnya menyambung studynya disini. Namun dia tetap berkeras untuk kesana. Katanya, nak cari pengalaman. Nak rasa belajar dengan mat saleh. Nak bersaing dengan dorang.

Dan ….. sambil bergurau dan menyebutkan lirik lagu lagu P.Ramlee, “dunia ini ana yang punya”, dia meluahkan rasa hatinya pada aku, ” anta tak tahu akhi, kualiti study disana dan nilai sarjana nya tidak sama macam disini. Market kerja esok pun bila pulang akan luas buat orang orang yang dari overseas. Apa lagi ana yang dapat scholarship JPA ni. Gerenti ada kerja punya!” Begitu katanya.

Aku angguk kan saja. Mengakui akan kebenaran kata katanya. Tetapi bukan itu maksud aku. Maksud aku adalah azabnya duduk di overseas bagi mereka yang telah melalui! Empat tahun pulak tu dia diarahkan, sedangkan disini dia boleh sambung PhD nya secara direct dibawah tajaan Mara dan terus attach dengan Mara kalau dia dapat habiskkan studynya dan tak payah buat Master.

” Terus terang akhi, ana memang dari dulu lagi bercita cita nak pergi overseas. Anta pun tahu betapa hancurnya hati ana dengan keputusan SPM ana dulu dan gagal untuk buat medic yang ana citakan sejak darjah satu lagi. Dan anta tahu tak, ana terpaksa menjerit dibukit ampang tu untuk melepaskan kesedihan! Dtambah lagi bila melihat kawan karib ana meneruskan pengajian mereka ke overseas menyempurnakan cita cita mereka dan ana meraung dalam hati tika itu! Tak siapa yang tahu akhi. Hanya Allah saja yang tahu kekecewaan ana! Itulah perasaan ana akhi, kalau anta nak tahu.” Berkaca matanya dan bergenang aku lihat matanya meluahkan perasaannya dalam satu perjumpaan usrah bersama sahabat yang lain. Semua terdiam bagai ditegur sang kelembai!

Aku pun diam saja mendengar suara emosinya. Memang aku tahu impiannya. Memang dia seorang ini hebat orangnya. Sejak aku kenal dia dan join halakah dibawah bimbingan aku, dia memang seorang yang gigih. Punya jiwa besar dan amat brilliant sekali. Tapi, tidak sangka dia tidak mendapat keputusan yang baik dalam SPM nya dan tidak dapat menyempurnakan cita citanya untuk menjadi doktor yang di idaminya.

Pernah ayahnya menceritakan pada aku selepas dia tidak ditawarkan oleh JPA untuk mengikuti kursus kedoktoran, dia memaksa ayah dan ibunya untuk memasukkan nya ke kolej perubatan swasta tetapi memandangkan ayanh dan ibunya tidak berkemampuan waktu itu, maka terpaksalah dia menerima keadaan itu walaupun berhari hari menanggis sehingga bengkak matanya! Namun setelah nasihat demi nasihat diberikan oleh ayahnya akhirnya dia akur dengan pujukan ayahnya yang naif itu.

Adik ku ini menceritakan pada aku, hanya satu kalimat ayahnya lah yang membuat dia lupa terus akan cita citanya untuk menjadi doktor itu. Katanya, dia tidak akan lupakan kalimat keramat ayahnya itu yang dapat menyejukan hatinya sehingga dia boleh menerima susunan takdir Allah itu.

” Apa yang ayah anti kata sehingga anti boleh cool tu?” Aku bertanyanya penuh teruja.

” Heh heh. Itu rahsia.” Sambil ketawa dia cuba mengelak soalan aku.

” Aik? Tak kan yang baik pun anti tak nak share dengan kami ?” Aku memprovoke nya.

” Okaylah okaylah. Tak ada apa apa pun. Mungkin pada antum semua tak ada apa apa tapi entahlah! Pada ana yang dalam keadaan depressedwaktu itu, terasa sangat tertusuk!” Dia menyambung

” Apa dianya?” Aku terus bertanya dalam keadaan tak sabar. Manakala asik adik usrah yang lain senyum saja.

Dia ketawa lagi. Sehingga membuatkan aku bertambah tambah curious.

” Satu jer yang ayah ana pesan. Errmmm ….” Dia terus memainkan emosi aku.

” Ayah ana pesan, Bersabarlah. Terkadang sesuatu yang kita inginkan dalam keadaan ghairah sangat itu selalunya tidak boleh membahgiakan kita. Banyak jalan bahgia yang lain yang Allah hamparkan buat kita. Macam orang yang desperate nak kawinlah, dah tak peduli nasihat nabi dan meninggalkan syarat syarat kahwin yang ditetapkan oleh Islam seperti Agama, keturunan, cantik dan kaya itu. Disebabkan kita takut menjadi tua lalu mencekup sesiapa saja yang lalu depan kita dan akhirnya suami kita itu tidak boleh menjadi pemandu syurga sehingga membawa kita keneraka! Kamu nak macam tu? Kalau kamu telah cuba segalanya, Pasrah saja. Cari jalan kebahgiaan yang lain. Kamu pun tahukan ayat alquran …. Tak semuanya yang kamu suka tu, Allah suka dan baik bagi kamu  ….. Andainyalah esok, Allah uji kamu tidak dapat jodoh, Apakah kamu nak kecewa lagi macam ini? Jawabannya, pasrah saja! Cari kebahgiaan dijalan yang lain. Buat kerja dakwah. Buat kerja charity. Simpang duit banyak banyak dan berjalan sekeliling dunia. Sambung study balik dalam bidang agama dan teruskan hidup macam Zainab Al Ghazali dan macam Rabiatul adawiyah yang bahgia bersama Allah. Insyaalah kamu akan bahgia. Dan kali ini sikit saja ujian kamu dan teruskan apa yang kamu dapat sekarang. Insyaalah, kamu akan temui impian kamu.”

” Akhi akhi … anta dengar tak apa yang ana cakap ni?” Dia mengejutkan aku dari melayang jauh terbang bersama kata kata keramat itu ….

Memang benar sekali kata ayahnya. Kini dia berjaya mendapat berbagai tawaran biasiswa untuk further studynya. Dia berjaya meneruskan PhD nya tanpa perlu mengambil Master kerana kecemerlangannya. Dari Degree terus ke Phd. Tak terfikir aku dah ada program yang macam itu walaupun bukan dalam bidang Medic.

Kini dia di overseas. Dah setahun dah. Masih meneruskan kecemerlangannya. Tapi masih banyak masaalah yang dihadapinya untuk menyesuaikan iklim jiwanya. Ada suatu masa tu dia pulang mengejut kerana masaalah peribadinya. Masaalah tekanan dan emosinya yang tidak dapat dikawalnya. Dan aku dengar cerita … dengan ayahnya juga tempat mengembalikan nyalaan hamasahnya.

Bagi aku meskipun dia ni brilliant dan bijak tapi emosinya lemah. Jiwanya lemah dan tidak seperti jiwa ayahnya yang kental dan tidak pernah kalah dengan ombak ujian.

Hingga saat ini terkadang bila menghubungi aku, dia nyatakan perasaan kesalnya tidak mendengar nasihat aku agar study di Malaysia.

Sebagai teman akrab dan sebagai bekas mutarabbi aku. Aku terus memberinya nasihat dan rangsangan agar dia terus bersabar dan mengikatkan diri dengan dakwah dan tarbiyah disana.

Alhamdulillah. Berita terbaru aku dengar, dia begitu aktif dengan IKRAM. Sekarang pun dah jadi naqibah menjelajah kepelusuk UK menerima tarbiyah.

Begitulah kehidupan ini.

Sebab itu, dimanapun kita pergi. jangan pisahkan diri dengan jamaah. Disitulah rahmatnya. Disitulah bermukim kasih sayangNya. Disitulah cahaya.

Bila keseorangan pasti kita akan beku. Bila kita beku jahiliyah dalam diri akan hidup. Was wasah syaitan akan menjalar. Membelit dan membelit sehingga belitannya itu mengenggam erat jiwa kita.

Hanya Tarbiyah islam  dan berhalakah saja yang dapat merungkaikan belitan itu kerana jalan tarbiyah adalah riayah. Tarbiyah menjaga dan memelihara kita dimana saja hingga kita sebati dengan sibghahNya dan akan menutup kegelapan dan akan menerbitkan cahaya.

Tarbiyah mengajar kita taat dalam apa pun jua perasaan dan keadaan kita. Sebab taatkan Allah lah kita akan menang dengan kehidupan ini.

Jangan manjakan diri dengan keselesaan sehingga kita larut untuk menyelesaikan masaalah dengan cara kita.

Carilah Allah. Carilah jalan Rasulnya. Insyaalah Dia bersama kita. Dia wujud tanpa bertempat. Maha Melihat. Maha mengasihani. AmpunanNya besar dari kemurkaanNya. PertolonganNya tiada siapa yang dapat menghalangnya.

 Baarakallahhu fi da’watikum, ya akhii ya ukhtii fillaah.

Jumpa lagi

muharrikdaie > menulis untuk menggerakan jiwa jiwa

3 responses to “Muga cahaya tiba nanti

  1. NajwaShams October 5, 2013 at 11:24 am

    Sekarang dah keliru dengan gender muharikdaie ni. Enta bawa usrah akhawat ke, mmg enta ni enti sebenarnya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: