Zahirkan sifat “hassasiyah’ kamu akhi


Hassasiyah!

Mungkin kamu jarang mendengar istilah itu. Begitu juga aku. Dulu. Tapi bila telah lama dalam tarbiyah, seakan sudah biasa dengan istilah begini walau pun terkadang aku tidak tahu dan lupa makna. Namun bila diulang ulang, dah jadi kebiasaan pulak dengan istilah istilah haraki ini.

Murabbi aku kata, hassasiyah itu maksudnya Kepekaan!

Sebab itu aku terinspirasi untuk menulis dipetang yg syahdu ini. Mungkin Sebab aku peka.

Bagi akulah, setiap kita perlu ada sifat hassasiyah ini, kerana tanpanya, pasti kita akan mati rasa. Sudah pasti kita tidak akan cepat  merespon apa pun yang akan terkait dengan iman dan perjuangan kita. Mungkin dengan hassasiyah ini juga lah yang telah meramas jiwaku yang keras ini, menjadi lembut untuk melaksanakan puasa enam yg agak terlewat aku lakukan! Yang mana, tak sepatutnya dilewatkan oleh seorang yang menggelarkan dirinya daie seperti aku tanpa sebab!

Memang sepatutnya aku harus menyegerakan amal dan tidak menangguhnya begitu lama demi tarbiyah dan menjaga hubunganku dengan Allah. Tapi itulah dia. Bila Diuji dengan open house, jemputan jemputan sahabat pun, tidak dapat aku bermujahadah untuk menyegerakan puasa muakkad ini, hingga terpaksa melewatkan nya sampai saat ini dek kerana melayani nafsu ku yang tak pernah puas ini. Seolah olah bagai nak membalas dendam terhadap puasa Ramadhan yang telah dipaksakan oleh Allah buat aku dan semua hambaNya.

Alakulihal … Aku masih berada disini! Untuk menyambung bakat seni ku untuk terus menulis supaya jari tidak kaku dan idea tidak semu! Memang malas dah nak menulis, namun atas dasar kepekaan terhadap isu Mesir Syria dan palestin inilah yang membuat aku teruja untuk menulis kembali. Aku bukan nak cerita pasal perang tapi nak cerita betapa inilah diantara kronologi kiamat!

Bunuh bunuh bunuh.

Siapa yang mereka perangi? Siapa yang mereka bunuh?

Tidak lain tidak bukan adalah saudara seislam sendiri. Bukan musuh mereka yang sebenarnya! Yahudi

Sedangkan saudara yang mereka perangi adalah saudara yang ingin menyelamatkan mereka dari azab besar Allah. Saudara yang ingin menyelamatkan mereka dari menjadi ‘babi’ kuffar dan ‘babi’ israel. Saudara yang ingin mengembalikan mereka kepada cahaya iman. Saudara yang ingin melindungi mereka dari azab akhirat. Saudara yang ingin mengembalikan mereka kepada ‘izzah’ sebagai umat islam yang sering menjadi kuda tunggangan Yahudi dan Amerika Laknatullah!

Kasarkah bahasa ku ini?

Kasar! Andai kamu semua tidak dapat merasai penderitaan saudara saudara aku. Mungkin sebab kamu sering menonton TV3 atau membaca Utusan Malaysia yang berita nya hanya di pandu oleh CNN BBC dan Reuter dan tidak melalui sumber yang benar. Maka ruh, penulisan dan ruh berita itu tidak dapat menyerap didalam hati kamu!

Kamu akhi, ukhti dan aku. Kita adalah sekujur tubuh yang tidak boleh berbuat apa apa! Apa yang boleh kita lakukan? Tidak lain tidak bukan hanyalah ucapan, ‘ kesian, kesian, kesian. Astaghfirullah, masyaalah, innalillah”. Atau yang hanya yang boleh kita lakukan adalah, Solat hajat, Doa, munajat, qunut nazilah.

Atau yang boleh kita bantu adalah, tubuhkan sebuah badan untuk kutipan derma! Maka melolonglah kita bagai serigala malam, kesana kemari minta derma!

Bila derma telah banyak kita kutip hingga mencecah jutaan ringgit, maka kita pun mula gelap mata! Dari mesyuarat awal ingin mengambil 10% sebagai belanja pengurusan, kita buat meeting semula untuk menghalalkan agenda dunia kita dan mengambil 20% sebagai belanja pengurusan. Maka kita pun, naiklah kapal terbang business class dan tidur hotel 5 bintang dengan alasan nak hantar duit derma ke Palestine, ke Syria dan ke Mesir dan berbagai lagi negara islam yang bergolak! Bayangkan kalau, 10% dari 1juta kutipan! Bayangkan, kalau 20% dari 1 juta? Itu kalau satu juta, Selama ini isu palestin bukan setahun dan dua tahun tetapi puluhan tahun. Puluhan juta. Patutlah NGO NGO tumbuh macam cendawan lepas hujan, macam kelkatu mengelilingi lampu! Ada laba di balik perjuangan. Ada wayang kulit dibalik Tok Dalang. Ada sebahagian NGO telah menjadi kaya raya. Kaya disebalik aimata dan derita saudara sendiri. Semua mengaku NGO islam sedangkan perwatakan dan perjuangan jauh dari islam! Serupa jugak apa bila mereka katakan mereka berjuang diatas manhaj ikhwan sedangkan jamaah mereka tidak melambangkan sedikit pun seperti ikhwan dan hanya sekadar bergambar dengan pemimpin ikhwan semata. Inikah sikap kita dan peribadi kita. Dimana Allah dalam hati kita? Dimana malaikat dalam deria rasa kita. Apakah berani kita katakan rakib dan Atid tidak dapat naik kapal terbang bersama kita atau menjaga kita sewaktu kita tidur di hotel mewah!

” Betul ke anta kata ni akhi?” tanya sahabatku sambil matanya terbelalak. ” Betul” Jawab aku tegas. ” Tetapi bukan NGO islam yang 1,2 dan 3 yang dah establish. Tapi ada. Nak bukti secara fakta, aku tak ada kerana kebanyakan mereka yang buat kerjasama ini tidak mahu bising, takut masyarakat nanti tahu dan tidak mahu derma lagi kerana bukan semua NGO yang begitu. Majoritinya ada akaun dan auditnya. Ikhlas dan betul.” Aku menyambung. ” Ooooooo!” Panjang luahan sahabat aku itu macam serigala memanggil hantu.

Itu baru yang minta derma perang. Yang NGO minta geran dari kerajaan dan jabatan agama lagi banyak. Dan kebanyakan mereka ofis pun tak ada. Daftar NGO sekadar nak dapat geran dan kutip derma. Terkadang projek dan aktiviti pun tak ada. Lainlah yang ada aktiviti dan jujur!

Akhir zaman ni macam macam kita boleh jumpa. Manusia sudah tidak takut dengan malaikatul maut, dengan barzah, alam kubur dan azab akhirat. Asalkan mewah dan senang!

Ahaiii, sampai lupa aku nak cerita pasal peranan kita pula. Seprti aku kata tadi, hanya yang boleh kita lakukan adalah terhad. Atau yang paling kuat pun kita nak membantu Palestin Mesir dan Syria serta negara tersebut, hanyalah demonstrasi! Tapi yang sedihnya yang menghadiri Demonstrasi, adalah tiga empat kerat! Itupun yang benar benar simpati dan ingin merasai keperitan perjuangan saudaranya yang tertindas itu. Tetapi ironinya, Demonstrasi BERSIH yg dipimpin oleh Ambiga seorang kafir yang punya agenda untuk memecahkan umat islam dan meruntuhkan islam diNegara ini lebih mendapat sambutan dari demonstrasi simpati kita terhadap saudara kita yang tertindas!

Inikah bukti kecintaan kita pada Umat Palestin Syria dan Mesir itu? Allahurabbi. Hinanya kita akhi. Hinanya umat ini. Yang sudah dibutakan ruh mereka hingga deria rasa jiwa mereka sudah dialihkan! Yang batil dan makruf sudah tidak dapat dibezakan lagi!

Ikhwah akahwat dan adik adik ku yang dirahmati Allah …. Biarlah semua ini menjadi pengajaran bagi kita. Perjuangan kita masih jauh. Dakwah kita semakin luas. Para amilin semakin sedikit. Apa lagi yang ikhlas dan tajarud didalam perjuangan ini. Marilah kita jadi yang sedikit itu. Yang ikhlas dan tajarud itu. Tarbiyah ini madal hayah. Dan ianya perlu terus untuk menyambungkan kita dengan Allah untuk membentuk maiyatullah. Jangan biar dunia memperdayakan kita. Seorang daie itu bukanlah milik dunia tetapi adalah milik akhirat! Oleh itu jadilah riyal akhirat. Jadilah srikandi akhirat. Lekaki dan wanita akhirat adalah manusia manusia yang nurani nya sentiasa bergetar. Getar bukan memaknainya dengan takut tetapi getaran cinta. Bila cinta kita telah sebati dengan Allah, maka kita akan dapat rasa sentiasa tidak puas selagi tidak mengapai apa yang dikehendaki olehNya atau yang tidak dihajati oleh kita. Yakni Syahid!

Jumpa lagi.

muharrikdaie – menulis untuk menggerakan jiwa jiwa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: