Jangan di kejar jodoh yg semakin berlari


Kawan,

Aku tidak pernah kecil hati bila sering ditanya setiap kali sekolah menutup musim persekolahannya. Terkadang bila aku menulis, aku suka untuk menyentuh perkara ini dan tidaklah terniat dihatiku ingin membuka tabir hidup ku kembali, untuk ditonton oleh makhluk bumi. Atau untuk didengari oleh penghuni langit. Aku sekadar untuk menyejukan keadaan disamping untuk menyudutkan sisa sisa cerita hidup ku agar ianya boleh dikutip oleh mereka yang senasib dengan aku.

Memang hidup ku penuh rona cerita, meski pun banyak mendung dari terang cahaya, tetapi ianya tetap sebagai sebuah cakrawala.

Bila aku terpandang buku Kekuatan Sang Murabbi di rak buku ku. Mindaku seolah olah telah ditolak kembali oleh sebuah rahsia hati disuatu sudut yang menyesakkan nafas cinta ku. Buku itu mengingatkan aku pada dia. Kerana buku itulah satu satunya hadiah yang pernah aku beri pada seseorang yang sangat aku hormati. Hadiah itu bukan tanda cinta kerana aku sesekali tidak pernah bercinta atau pun mengejar cintanya. Ianya adalah tanda pernghormatan aku dan tanda kekaguman aku pada kehebatan sekujur susuk tubuh lusuh yang tersangat letih dan tidak pernah berputus asa dijalan dakwah ini. Dan buku itu adalah juga sebagai tanda aku ingin berkongsi cita cita dengannya.

Jujurnya memang aku mengimpikan seorang teman yang multazim.

Salahkah aku bermimpi begitu dan menyimpan hasrat yang begitu?

Salahkah aku untuk membuka pintu hatiku yang berkurun kesepian?

Walaupun aku cuba keraskan hati ini disamping berperawakan seperti malaikat untuk menyembunyikan perasaan dan menghindari perkara yang akan merosakan syaksiyahku, tetapi sebenarnya aku terpaksa akui bahawa aku adalah seorang manusia yang tanpa aku sedari sudah mula belajar untuk mengejar jodoh ku.

Namun belum pun sempat untuk aku mengurusnya mengikut cara Nabi, aku terpaksa bermenung menerima segala rencanaNya.

Aku kehilangan lagi dan yang tinggal hanyalah sebuah kerinduan yang bisu dan semilir doa usang yang tidak mampu untuk memanjat langit.

Sekali lagi aku terpaksa pisahkan perasaan ku dengan jasadku untuk memujuknya!

Memang segala cita cita yang ku citakan selama hidup ini sering menjadi arwah dalam hidup dakwah ku. Memang aku kaku. Persis sebuah puisi yang tidak dapat memberi apa apa rasa. Gelap seperti matahari tidak mampu mengeluarkan cahaya.

Tidak mudah untuk menyusun hidup ini. Terkadang apa yang kita rencanakan tidak kesampaian. Dan itulah kehidupan.

Teringat kata kata murabbi ku dulu.

” Jangan sesekali mengejar jodoh kerana dia akan berlari jauh. Jangan sesekali mengejar dunia kerana dia akan membuat kamu letih berlari. Berusahalah tetapi jangan sampai mengharap.”

Begitu kata murabbiku. Sebab itu sampai bila bila pun aku tidak mahu berharap. Apa lagi untuk meminta dan membicarakannya. Aku lebih pasrah bertawakkal. Biarlah Allah uruskan semuanya.

Memilihkah aku? Jawaban aku mudah. Tidak. Cuma aku mencari seorang penumpang yang setia dan tidak akan turun dari gerabak dakwah ini. Itu saja. Tidak lebih dari itu.

Jujurnya ingin aku katakan bahawa, dia adalah yang terhebat yang pernah aku temui sepanjang hidup aku. Bagi aku dia adalah sebuah package yang punya segalanya yang telah dapat mencairkan hati kerasku!

Aku kagumi dia kerana ketegarannya dijalan dakwah ini.

Andai laut itu ada mutiara. Di dunia dakwah ini, bagi aku, dialah mutiaranya.

Kenapa sebelum aku, tidak ada sesiapa yang mengintainya dan memburunya? Malah yang aku sesalkan adalah mereka membiarkannya keseorangan melalui kepahitan dan kesusahan dijalan dakwah ini. Tidak langsung mereka mahu membantu nya. Mendorong atau memotivasikannya. Lesukah dia. Letihkah dia. Sempitkah dia. Down kah dia …. tiada siapa ambil peduli.

Tetapi setelah aku hadir untuk membantunya dan mencuba nasibku untuk bersamanya, mereka membawanya pergi. Selamanya.

Terima Kasih Allah kerana terus meneguhkan jiwaku.

– muharrikdaie

6 responses to “Jangan di kejar jodoh yg semakin berlari

  1. tamhidi abadi July 24, 2013 at 7:01 pm

    salam.
    yang membawanya pergi bukan “mereka”, tetapi Allah azza wajalla..
    dan demikianlah, Dia pada ketika itu membawanya dengan kekuasaanNya..

    namun sepertimana dengan kekuasaanNya Dia boleh menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup..seperti itulah juga, dengan kekuasaanNya Dia boleh mengembalikan atau menggantikan,.

    maka jangan berhenti berharap pada Allah… to him alone we worship, to him alone we ask for help.

    moga semua bertemu redhoNya.

  2. nina July 23, 2013 at 2:08 am

    saya baru jumpa blog ni, suka lah dengan gaya akhi menulis. teruskan menulis untuk melukis hati manusia agar mengenal Allah dan rasul nya.

  3. Sayda July 3, 2013 at 6:40 am

    “Sebab itu sampai bila bila pun aku tidak mahu berharap. Apa lagi untuk meminta dan membicarakannya. Aku lebih pasrah bertawakkal. Biarlah Allah uruskan semuanya.” Saya pun selalu ucap macam ni🙂 Semoga Allah memberi kita pada yang mencintaiNya dan RasulNya..

  4. anneski June 11, 2013 at 7:26 am

    moga Allah memberi yang lebi baik. yakin lah padanNya. ana belajar dr masa lalu dan mensyukurinya sehingga sekarg kerana Allah menjaga kita .:-)

  5. sufiana June 9, 2013 at 10:22 am

    emo ka akhi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: