2012 melabuhkan harkat umurnya


moonatpoleSalam.

Ketemu lagi. Muga semua kamu bersedia mengadap tahun 2013 yang entah apa cabarannya!

Bagi seorang daie kerdil seperti aku ini. Yang kecil jamaahnya. Terbatas pergerakannya! Akan terus bertarung dan berjuang dengan apa saja yang aku ada. Alhamdulillah, Aku bersyukur Allah masih lagi terus membuka pintu pintu amal bagi ku meskipun kecil. Dan aku dapat mengekalkan semangat dakwah ku. Ini bermakna aku ada masa depan diakhirat sana.

Betul akhi … Bagi aku sesiapa yang kehilangan semangat sudah pasti ia akan kehilangan masa depan. Kita dah lama tahu bahawa hidup berdakwah ini bukan untuk dilayani tetapi melayani.

Tanpa semangat memang kita malas nak buat kerja kerja ini semua. Kita tahu, kerja dakwah bukan hanya conduct usrah jer, lepas tu balik rumah boleh relaks relaks dan berjumpa kembali minggu depan dengan mad’u kita. Kalau gitu senang sangatlah nak masuk syurga. Seperti bumi yang dikelilingi planet, hidup kita ini pun dikelilingi oleh hak hak manusia terhadap kita.

Kita kena bermasyarakat kerana semua orang ada hak keatas kita. Semua orang menanti dakwah kita. Surau masjid kena pergi. Kenduri kahwin saudara mara dan ikhwah, kita kena pergi. Ibu bapa dan adik beradik kena ziarah. Sakit mati, kena ziarah. Birthday anak jiran pun, kena ra’ikan. Sahabat yang baru dapat anak pun, kena tahnikkan. Pendek kata itulah ruang ruang dakwah kita. Itu semua dakwah yang perlu kita buat dan tak boleh dipandang ringan. Itu semua disebut hablum minannas. Perhubungan dengan manusia yang perlu kita lunaskan. Itu semua pintu pintu amal yang Allah bukak. Itu semua medan medan amal untuk kita isikan hak keatasnya. Semua mereka ada hak diatas diri kita.

Boleh tak kalau tak pergi? Boleh! Tapi itukah sikap daie? Itukah yang tarbiayh mengajar kita. Tentunya ia akan mengurangi kualiti kamu sebagai seorang daie. Itulah punca punca futur. Punca kehilangan keberkatan umur. Kita akan kehilangan doa manusia manusia yang kita ziarahi. Kita kehilangan doa doa malaikat yang akan mendoakan kita. Hidup kita pun rasa tak seronok sangat kalau tak meriahkan diri dengan dakwah.

Usrah, usrah, usrah, usrah saban minggu. ” Kalau macam ni tepu lah akhi?” Rungut eorang sahabat pada naqibnya.

Betul jugak rungutan ikhwah ini. Memang tepulah kalau hidup hanya diisi program yang sama. Tapi apa naqibnya boleh buat. Dah lah kerja tiga shift. Anak enam orang pulak tu. Tak terdayung naqibnya nak mengurus masa. Sampai lusuh aku tengok muka naqibnya. Pakai botox pun, tak kan boleh berseri. Macam besi buruk. Tak terurus.

Memang benarlah bahawa hidup ini perlombaan antara dunia dan akhirat. Sebab itu kalau kita hanya berlomba nak selesaikan masaalah dunia, masaalah akhirat tak kan selesai.

Sebab itu kita kena pandai urus masa dan tidak boleh tunggu untuk beramal. Apalagi untuk menanti orang lain membantu amal kita. Kita harus proaktif. Tak payah tunggu qiyadah baru kita nak buat amal. Buatlah sedayanya.

Mungkin jamaah tidak susun program yang padat buat kita. Mungkin hanya satu satu program saja yang kita boleh hadir. Selebihnya kita lah kena gerak kan. Kalau usrah kita tengok kusam saja. Kita set lah program program outing ke. Main bowling ke. Main paintball ke? Supaya kita tidak semu.

Kalau dah boring buat macam tu. Buatlah program kerjasama. Ikutlah sesekali jamaah tabligh buat dakwah ‘door to door’. Itu pun salah satu program penyucian jiwa jugak. Tak payah nak nanti jamaah buat program baru kita nak bekerja. Cuba kreatif sikit dalam beramal islami.

Bagi akhawat, pergilah join program program yang bermenfaat. Prof Muhaya pun ada buat program gak setiap minggu. Masjid masjid sekitar lembah kelang pun banyak aku lihat buat program untuk wanita. Tak payahlah hanya mengharapkan program program jamaah saja. Kerana kita tahu ada jamaah yang programnya amat terhad. Or else, korang pergilah ikut kursus kursus penulisan, belajar menulis.

At least kalau dah pandai menulis, Boleh lah buat buku. Sekurang kurangnya boleh lah buat blog, menulis dalam Fb, menulis artikel untuk dihatar ke majalah Jom! ( teringin nak hantar artikel aku kat majalah Jom tapi takut tak diterima huhu) Majalah Solusi ke atau pada I luv islam dot.com atau paling cekai boleh tulis kat twitter.

Cuba create benda benda ni untuk dakwah. Tidaklah kita buang masa dalam hidup ni. Dan lebih malang legi buang masa depan TV tengok sinetron. Cerita korea dan sebagainya.

Ikhwah wa akhawat! tidak usahlah kita bercita cita tinggi sangat nak jadi glemer baru berdakwah. ” Kalau lah ana jadi macam Dr Fadhilah Kamsah, jadi Ust Don, jadi Dr Harlina, jadi Wardina, jadi imam muda asyraf, jadi Hilal langit illahi, jadi Sham kamikaze, Jadi ustazah Abby abadi … jadi jadi, jadi ….kan best, kan dapat tarik audience dan dapat pahala banyak!” Tentu ada orang sembang macam ni atau bermonolog sendirian macam ni.

Tak payahlah jadi orang glemer ni … bukan tak boleh tetapi cukuplah jadi diri kita sendiri. Mereka glemer pun kerana pilihan Allah kerana Allah tahu mereka akan dapat jaga hati mereka. Kalau kita belum tentu lagi.

Oleh itu jadilah diri kita sendiri. Kita dah ditarbiyah saban minggu. Dah tahu bergerak sendiri. Buatlah sungguh sungguh kerja dakwah ni. Dimana mana pun kamu buat kerja dakwah, pahalanya tetap sama. Amal dakwah bukan macam amal solat. Kalau solat dimasjid malaysia lain pahalanya, kalau di masjidil haram pula lain pahalanya. Dakwah, pahalanya tidak kira dimana. Sama saja, cuma yang beda adalah ujian ujiannya yang membolehkan kita meraih pahala sabar.

Aku citer ni semua sebab nak supaya korang kekalkan perlumbaan dalam dahwah ini. Tahun silih berganti. Tak kan nak duk tang tu jer. Berlumbalah dalam membuat sebanyak banyaknya kebajikan dan elakan dari menunggu arahan.

Imam hasan Al Basyri pernah berpesan. katanya,

” Barangsiapa mengajak mu berlomba lomba dengan kebajikan, maka berlombalah dengan dia. Dan barangsiapa mengajak berlomba lomba dengan dunia, maka lemparkanlah dunia itu pada lehernya!.”

Akhi, indikator kejayaan kita dengan dakwah ini bukanlah ramainya orang ikut kita atau glemernya kita dipuji orang tetapi adalah yang boleh memberikan kita kebahgiaan ruhiyah dan kedekatan kita dengan Allah. Kerana nilai hidup kita sesungguhnya diukur dari kedekatan kita dengan Allah.

Makin dekatnya kita dengan Allah maka semakin jauhlah kita dengan maksiat. Makin dekatnya kita dengan Allah, makin seimbanglah kehidupan yang kita jalani ini. Dan ini akan memberi ruang kepada kita untuk memudahkan dakwah kita, dalam memberikan kebahgiaan langit kepada mereka yang amat mengharap cahaya islam ini.

Akhi, kita tidak akan berjaya dan bahgia tanpa melibatkan Tuhan dalam kehidupan ini. Oleh itu mari kita baiki perhubungan ini. Ditahun mendatang ini. Kalau ahli dunia dah merancang berbagai bagai di tahun mendatang ini! Bagaimana kita? Bahagian atau aset kita didunia ini bukanlah harta atau kekayaan tetapi adalah yang membuatkan kita bermenfaat pada orang lain. Itulah aset kita. Itulah dakwah yang perlu kita fahami. Kita adalah orang dakwah. Kita adalah orang sukses. Orang yang berjaya.

Orang berjaya adalah

” Orang yang ingin mati untuk hidup” dan orang gagal adalah ” Orang yang hidup untuk mati’

Jadi! marilah sama sama kita mengharungi tahun ini dengan minda yang positif. Hanya diri kita yang boleh mengubah keadaan kita disamping kekuatan yang Allah berikan. Tidak ada yang dapat membuat kita kecewa kecuali diri kita sendiri. Dan kitalah yang akan memilih akhir yang baik atau akhir yang buruk.

Sebelum matahari jatuh dan maghrib berlabuh. Aku hentikan ketukan keyboard ini. Dan aku doakan kamu semua temasuklah diriku agar kita semua terus sukses di tahun mendatang ini.

Doakan aku agar dapat terus menulis diblog ini, utuk terus meraih pahala pahala dsamping dapat menggerakan jiwa jiwa kamu agar terus beramal dan beramal sehingga suatu masa nanti kita akan bertemu disana.

SELAMAT TAHUN BARU 2013 Masehi.

muharrikdaie – menulis untuk menggerakan jiwa jiwa

7.20mlm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: