kita semakin jauh


Calun-SyurgaApakah ianya sebuah taman yang bermandikan cahaya? Mewangi dingin disetiap ruang. Tidak diselaputi kabut dan tiada percikan hujan? Apa lagi pelangi dan awan? Begitukah dia? Atau didalamnya tiada pagi dan petang? Tiada fajar dan malam? Tiada bulan dan bintang yang menerang? Apa? Itukah gambarannya?

Itu adalah sebahagian dari manuskrip tulisanku ‘ memburu syurga dijalan dakwah’  yang ku harap dapat diterbitkan April ini. Itulah target yang diberi oleh penerbit kepada aku. Harap aku tidak lagi gagal kali ini. Insyaalah.

Kenapa syurga menjadi agenda dakwah ku?

Jawabannya adalah kerana ada diantara kita telah kehilangan ‘rasa’ dan ghairah terhadap syurga. Apa lagi untuk mencintainya! Malah ada yang tiada langsung knowledge tentang syurga. Mereka lantang berceramah tentang perjuangan. Menyampaikan materi tentang fikrah dan dakwah. Tetapi bila ditanya tentang syurga, mereka terkapai kapai, bagai lemas didalam titanic yang karam!

Terkadang aku tertanya tanya, perjuangan dakwah yang kita perjuangkan ini untuk apa sebenarnya? Apakah sekadar melaksanakan 7 maratib amal itu semata dan melaksanakan masuliyah dakwah dan daulah?  Akhir natijahnya kita serahkan bulat bulat kepada Allah untuk memasukkan kita dimana saja syurga yang dikurniakannya tanpa kita set kan target syurga pilihan mana untuk hidup abadi kita?

Itukah cara para sahabat mengajar kita membina kediaman kita didunia abadi kita? Atau kita sendiri ‘mengijtihad’ kannya begitu, supaya memudahkan kita melahap dunia ini tanpa mujahadah yang jitu! Tidak dinafikan, syurga itu wajib melalui rahmat Allah. Tapi pernahkah kita tanya, kenapa Allah jadikan syurga itu bermakam makam dan bertingkat tingkat?

Juzuk soalan inilah yang sering aku tubi pada diriku. Sehingga apabila aku merujuk sirah dan hadis, dapatlah aku buat satu kesimpulan bahawa peribadi para auliya’ dan pejuang agama Allah terdahulu, amat serius dalam menentukan tempat tinggal abadi mereka diakhirat! Kerana apa?  Kerana mereka tahu diantara satu syurga ke syurga yang lain tu teramatlah jauh perjalanannya dan teramatlah beda kenikmatannya!

Sudahlah jauh malah kita akan terpisah!

Bayangkan, andai kita terpisah dengan orang orang yang benar benar kita sayang dibumi ini? Tidak kah kita akan melirih desah kerinduan? Tidakah kita akan terendam dalam airmata keputusasaan kerana kesabaran penantian yang tiada hujungnya?

Sebab itu jangan kita kecewa perpisahan didunia ini.

Aku masih teringat lagi bilamana aku terpisah dengan seseorang yang dekat dihati ku dulu. Aku pernah berkata padanya,

” Insyaalah, aku akan terus memburu kamu disyurga sana.” Dia mungkin terpingga pingga tidak percaya. Tetapi disyurga segala galanya benar jika kamu layak dengan kedudukan kamu.

Manusia yang dirundung sedih perpisahan tidak perlu gusar kerana, perpisahan kita disini pun paling lama 70 tahun umur kita atau lebih pendek dari itu. Dan rindu kita mungkin terubat dengan rawatan masa. tetapi disyurga tiada ubatnya!

Tiada madah dan doa dapat kita pautkan. Tidak ada langit untuk kita tadahkan tangan kerana akhirat adalah permulaan dan tiada pengakhiran.

Tidak hairanlah ahli syurga pun akan menangis disana nanti kerana perpisahan itu adalah perpisahan abadi. Perpisahan tanpa rela. Masing masing asyik dengan kenikmatan masing masing! Allahu rabbi.

Patutlah para sahabat dan pejuang terdahulu berlumba dalam semua amal. Solatnya, infaqnya, jihadnya dan berbagai lagi kerana mereka ingin mengejar tingkatan syurga. Dan ingin bersama Rasullulah yang tercinta.

Dan syurga telah menjadi motivasi besar dalam hidup mereka dalam mengurus amal amal mereka hingga saban hari amal amal mereka kian meningkat. Tidak pernah seharkat dari unit waktu mereka gunakan kecuali semata mata untuk Allah rabbul jalil!

Mereka tidak pernah mengenal erti letih dan rungut! Kerana setiap hari, hati mereka berkumat kamit, bermonolog dengan syurga.

Basirah mereka pejam celik khusyuk mengintai intai syurga. Hingga membuahkan jiwa yang kuat yang tidak pernah futur langsung dalam perjuangan!

Tapi kita?

Apakah kita benar benar mengerti akan pentingnya ‘menghadirkan’ syurga dalam kehidupan kita?

Atau kita semakin jauh sehingga kehalusan perasaan kita jauh dari ufuk ruh ini samasekali!

Malangnya kita andai syurga sudah tidak lagi menjadi satu keghairahan bagi kita sedangkan ianya adalah motivasi yang terbaik yang boleh menjadi impak yang besar dalam perjalanan jauh ini.

Pernah aku bertanya kepada seorang mad’u ku didalam halaqah setelah selesai aku sampaikan tafsir surah Ghasyiah dari kitab Zilal.

‘ Akhi, berapa maqam dan tingkatan yer syurga yang Allah janjikan kepada kita?” Tanya ku.

Dia ku lihat mengaru garu kepalanya yang tak gatal. ”  Errrm …Tujuh bang.” Jawabnya.

” Kalau ana kata lapan, anta setuju tak?” Aku menyoal lagi.

” Rasanya tak bang. Setahu ana tujuh jer.” Jawab nya lagi.

” Tak apalah. Anta jawab minggu depan dan bagi tazkirah sekali tentang syurga.” Jawab ku. Begitu aku mentarbiyah adik adik usrah ku. Tu yang terkadang mereka kata aku naqib berjiwa Taliban. Aku senyum saja. Kalau tak buat begitu. Beraya sakanlah mereka membuang masa saban minggu dengan bola dan sinetron. Kalau akhawat lagi teruk jadual nafsu mereka!

Aku malas nak tanya lebih khusus tentang nama nama syurga kepadanya. Takut dia malu dihadapan sahabat sahabatnya. Aku pasti, dia tak dapat menjawab kesemuanya. Kerana, mengikut pengalaman aku mengajar dan bertanya, jarang sangat mereka mengambil tahu tentang syurga ini.

” Errrrm, kat mana ana nak cari bahan bang?” Tak habis rupanya dia bertanya.

”  Kalau anta free free nanti cubalah bukak hadis tentang syurga. Dalam kitab Tanbighul Ghafilin ada kot. Tapi kalau malas nak rujuk, anta tanyalah ” Ustaz google” …. Insyaalah. jumpalah tu” Aku menutup pembicaraan.

Aku tahu dia nak aku berikan bahan padanya. Bukannya tak boleh tapi aku ingin mentarbiyah mereka supaya sering membukak kitab, merujuk dan membaca. Setahu aku memang adik adik usrah ku ini malas membaca kalau tidak diberi assignment.

” Akhi  Amin, anta tahu tak kenapa perjuangan kita sentiasa naik turun dan adakalanya futur?”

Seorang lagi adik usrah ku, aku tanya. Sessi pertanyaan inilah yang mereka takut bila berhalaqah dengan aku. Kerana akan terbongkarlah segala mazmumah dan peribadi peribadi negatif mereka.

” Biasalah bang,  kita manusia. Kalau jauh dari Allah dan cintakan dunia futurlah kita?” Selamba saja dia jawab. Budak ni lawak sikit yang sering menghiburkan aku. Suka sangat dia keluar perkataan ” biasa”. Itu yang terkadang ‘biso bonar’ dan naik angin seluruh badan aku. Itu belumkena sindirannya lagi.

” Betullah tu, tapi mungkin ada yang lebih relevan dengan kita lagi kot, sebab ana tengok ada jugak sahabat kita yang zuhud dan kuat mujahadah dan ibadahnya tapi masih lagi naik turun dari kerja kerja berjamaie. Mungkin ada yang lebih khusus lagi kot?” Aku melontarkan kembali persoalan itu pada akhi yang bernama Amin ini.

” Entahlah bang, ana ukur pada diri ana jer dan abang pun pernah sebut, kalau kita mencintai bumi kita akan jauh dari langit, kalau cinta kita membumbung kelangit, kita akan jauh dari bumi. Ana berpegang pada tu jerlah bang.” Amin tersenyum melontarkan jawaban itu seolah dia menyindir aku yang sering berpuitis bila menyampaikan materi tarbiyah untuk mereka. Kan aku dah kata!
Inilah wajah adik adik yang amat aku sayang dibumi ini.

” Betullah tu tetapi selain itu, adalah kerana kita tidak menjadikan syurga itu motivasi dan target abadi kita diakhirat nanti malah terkadang kita pun tidak mahu ambik tahu langsung tentang rumah idaman ini.” Jawab aku.

” Oleh itu mula sekarang ni isyaalah, sama sama kita tanamkan niat dan sama sama kita mendalamkan ilmu kita tentang syurga ini hingga kerinduan kepada syurga ini boleh terus bersarang dalam hati kita.” Aku menyambung

Memang benar. Jikalah syurga ini dapat kita pasakan dalam hati sudah pasti kita tidak akna menjadi Pejuang yang setengah hati. Setengah didunia, setengah diakhirat.

Boleh tak kita reverse kembali akan target hidup kita yang sebenarnya? Kalau dulu hanya berdaya menyebut syurga sekali sekala saja. Itu pun bila terlintas difikiran saja. Kenapa tidak sekarang ini kita pupuk jiwa kita dan menjadikan syurga itu sebagai zikir dan tasbih kita.

Rasanya terlalu panjang aku menulis akhi.

Bila telah lama tidak menulis beginilah adanya aku. Rindu dan rindu.

Akhir kalam ….

Jangan putus asa dalam bermujahadah. Jangan kecewa dalam kehidupan. Jangan selalu merungut dengan ujian. Jangan sedih dengan kenangan dan Jangan meratap dengan kehilangan….. kerana

kita semua akan mengalami benda yang sama … malah terkadang akan berulang dan berulang. Berkali kali.

Ada yang bertanya pada aku, apakah  aku akan berhenti menulis dan menutup blog ini?

Oh tidak! Aku beri jaminan … insyaalah.

Kamu tidak akan kehilangan blog ku ini. Tulisan ku, juga perkongsian kita. Aku tidak akan menutup blog ini walau berbagai fitnah yang tidak berasas dan ujian melanda!

Bagi aku , meski aku sibuk sekali pun sebagai  penulis buku dan dan tugas tugas jamaah, tetapi …. dakwah fardhi ku dan amanah Allah diatas kelebihan yang diberikan pada aku ini tetap aku pelihara.

Hak kamu sebagai pencinta blog ku tetap aku hargai dan jaga.

Blog ini satu satunya ‘ fixed deposit’ ku yang banyak menyimpan berbagai kenangan suka duka malah ianya juga pernah menjadi perantara ‘cetusan cinta pertamaku’ .

Dan yang paling besar, ialah ainya banyak memberikan pahala padaku.

Bagi aku, andai sesiapa yang mempunyai blog yang bermenfaat, nafaskanlah ia kembali sdengan semangat baru. Jangan kamu tutup nafasnya kerana sesuatu sebab yang tidak relevan atau untuk memudahkan masamu.

Kekalkan ia meski kita jarang menulis kerana blog kita ini akan ditatapi oleh generasi sepanjang zaman. Tidakah kita terfikir begitu? Jika kita tutup juga, seolah olah kita tutupi anugerah Allah dan Pahala yang ingin Allah berikan pada kita. Insyaalah. Fikir fikirkanlah wahai daiyah kerana ianya juiga menjadikan kita semakin jauh!

Doakan aku untuk selalu berkelapangan menulis.

muharrikdaie – menulis untuk menggerakan jiwa jiwa

One response to “kita semakin jauh

  1. sangjiwa December 25, 2012 at 12:18 pm

    Dulu, saya hairan orang yang boleh membahasakan diri mereka ana. sekarang sejak saya ter’ber’ana’ dalam satu hal hadis, ‘ana’ lambang kegahan islam dan yang memakainya ada hak tersendiri memiliki kegahan itu. kemuliaan islam. saya tidak pernah tahu tingkat syurga. kalau baca quran yang saya tahu tentang dipan dipan, air sungai yang mengalir, bejana yang indah dan bidadari. setahu saya segala keindahan yang tergambar, maka ia bukan lagi syurga.

    terima kasih selalu menjadi penyejuk hati kita yang masih terlekat ‘ana’ sana sini. doakan saya untuk kembali menjadi hanya seorang ana yang biasa biasa seperti dulu. terima kasih bila sudi mendoakan.

    kalau awak kehilangan ‘kerana saya’, saya doakan awak mendapat ganti yang awak sendiri tahu apapun yang menjadi milikmu kerana itu adalah yang terindah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: