Nilai cinta


Kawan kawan sekeliling mengelar aku ‘ penulis cinta ‘ . Aku setuju. Kerna dari dulu aku suka menulis tentang cinta. Mungkin emak dan ayah aku dulu jiwanya begitu. Kalau tidak, masa kan jiwa ku begini!

Selama hidup bersama mak dan ayah aku, aku lihat mereka amat mencintai sesiapa saja makhluk sekelilingnya. Sawah dan ladangnya. Binatang binatang ternakannya. Malah Emak aku dulu pun punya banyak kucing dan amat menyayangi mereka hinggalah keakhir usianya.

Kata emak, ” cinta dan kasih sayang terkadang wujud dengan sendiri. Terkadang perlu dilatih. Cinta perlu banyak memberi dan perlu buat banyak kebajikan. Perlu merawatnya selalu!”

Kata Emak lagi, ” Dalam hidup yang panjang ini kita perlu dayatahan mental yang tinggi terhadap cinta. Barulah kita boleh bahgia!”

Aku setuju kata Mak.

Dalam keadaan kemiskinan dan dalam keadaan Ayah aku seorang pekerja kampung yang tidak seberapa pendapatannya. Mak dapat menggumpal cintanya terhadap kami sekeluarga. Memang kami hidup diatas kehangatan ” Cinta Emak” dan bukan diatas kebendaan!

Emak mempertahankan cintanya selama 75 tahun kepada kami tanpa pernah mengeluh. Dari seorang Ibu muda hinggalah kedutan wajah menghiasai wajahnya meski hasil dari cinta mendidik kami itu tidak dapat Mak pastikan! Namun cinta emak tidak dapat dikalahkan oleh ketidakpastian!

Memang tidak mudah. Memang! Tapi itulah jalan cinta sebenarnya. Dan aku menyusur jalan cinta mak aku itu didalam realiti aku …… yakni dakwah!

Mungkin mak tidak dapat melihat hasil dari cintanya. Dari 10 orang adik beradik yang telah berjaya dalam hidup masing masing ……. Aku adalah asing diantara hasilnya kerana aku seorang pendakwah!

Aku menempuh jalan berbeza dari kesemua adik beradik ku …….kerana aku seorang pendakwah!

Ternyata seorang pendakwah tidak sama jalan hidup seperti manusia lain kerana pendakwah harus hidup ala kadar walau dia mampu dan bergerak ditengah semua kesulitan. Bukan mereka memilih begitu dan tak boleh hidup seperti orang lain. tetapi jalan cinta terhadap dakwah selalu begitu. Mereka tidak boleh menoleh kebelakang dan tidak boleh berhenti berehat terlalu lama kerana mereka harus terus fokus dan bergerak kehadapan.

Masa aku didarjah 2 dulu Mak pernah tanya aku, ” Kamu dah besar esok nak jadi apa?”

Aku jawab, ” Nak jadi askar mak!”  Entah kenapa aku amat suka jadi askar. Mungkin disebabkan arwah bapa aku sebelum kerja kampung dulu jadi askar.

Kakak aku sahut dari belakang dengan nada mengejek, ” Kalau kamu nak jadi askar, darjah 6 nanti berhenti sekolah sebab orang lulus darjah 6 pun boleh jadi askar!”

Semua adik beradik aku ketawa pada aku tapi mak tidak! Mak senyum sambil aminkan saja. Dan mak berpesan kepada aku, walau apa pun kerja yang aku nak buat aku harus mencintai kerja itu. Kena masukan nilai ‘cinta’ dalam kerja itu. Mungkin mak nak memahamkan aku agar  menjadi pencinta sejati!

Hasil senyuman, nasihat dan ‘Amin” Emak, memang aku jadi askar. Tentera Allah.

Mungkin korang senyum dengan sebutan tentera Allah itu tetapi itulah realitinya. Tentera Allah tidak semestinya pergi berperang di medan perang! Memadai diatas kemampuan masing masing untuk menegakkan syariat Allah. Sekali pun hanya menjadi daie kerdil yang tidak ternama seperti aku ini.

Cukuplah, asalkan aku terpelihara dalam iman dan islam. Asalkan aku telah menyempurnakan taklif deen ini. Apalah guna mendapat pangkat dan jawatan tinggi tinggi didalam saff kepimpinan tetapi kita tidak dapat menyempurnakan amanah itu!

Kalau difikir memang tidak mudah  untuk menjadi daie ini! Kita perlu ada semangat penanggungan. Kena tanggung semua amanah jamaah. Kena attend semua program program jamaii tanpa uzur. Kena mendahului program dakwah dari program kita sendiri. Kena memberi yang tak boleh berhenti! Pantang seorang daie itu beralasan. Kerana kalau sering beralasan, tidak adalah nilai diri kita ini didalam saff dakwah ini.

Berbalik kepada cerita cinta tadi. Memang kita perlu masukkan nilai cinta dalam kerja dakwah ini  untuk mendapat kekuatan istiqamah.

Memang latihan untuk mencintai dakwah ini amat berat tetapi kita tiada pilihan dan harus terus berlatih dan berlatih untuk menembus dinding waktu hingga kepenghujung.

Sekali lagi aku bersetuju dengan teori mak aku bahawa dalam setiap kerja kita harus memasukan ” nilai cinta’ didalam nya. Barulah kelazatan nya itu membunga.

Alfatihah buat Emak

Jumpa lagi

muharrikdaie -menulis untuk menggerkan jiwa jiwa

2 responses to “Nilai cinta

  1. sangjiwa December 25, 2012 at 12:24 pm

    Aku hanyalah sang pemimpi
    yang mengimpikan sebuah kenyataan
    dari impian impianku ~ aku mula memahami hal 2budiman ini,
    maafkan saya orang salah

  2. Nur Najwa November 18, 2012 at 5:47 am

    Salam akhi. Artikel yang menarik. Tentang nilai cinta kepada apa yang kita lakukan. Asal wujud rasa cinta dalam hati terhadap pekerjaan kita biar apa pun ia, pasti akan mendatangkan rasa bahagia apabila kita melakukannya. Apalagi sebagai pendakwah, yang ditemani pelbagai liku dalam jalan perjuangan. Tanpa cinta & ikhlas yang mantap di jalan itu, bisa saja ditewaskan dengan mehnah yang datang. Beruntung ibu enta mempunyai anak seperti enta. Buah cinta yang berjuang di jalan agamaNya. Tetaplah menjadi tentera Allah (aka ansariyyun) & berkarya. InsyaAllah akan dibalas indah di akhirat sana.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: