bingkisan hijrah buat kamu


Salam hijrah.

Akhi …. perasaan adalah rumah hati kita.

Dan …. kita sering didengarkan dengan keluhan keluhan. Kekecewaan dan rintihan. Bukan saja dari orang biasa biasa tetapi ianya berlaku kepada para duat juga. Begitulah hidup ini. Sama saja. Tiada bezanya. Orang yang mengejar dunia pun akan diuji, apa lagi bagi orang yang mengejar akhirat!

Sikap, perangai dan iklim hati kita tidak akan pernah berubah sebagai seorang manusia. Kelemahan, tetap menjadi pakaian kita sebagai seorang manusia, walau siapa pun kita.

Andai tiadalah rahmat Allah. Pastinya kita akan hanyut bersama batu batu, kayu kayu dan sampah sarap yang tidak berguna itu. Akan leburlah kita hingga ke pangkal laut tanpa arah tujuan.

Begitulah bila mutarabbi ku  sering mengadu pada aku tentang kelemahannya.

Kelemahannya beramal soleh. Kelemahanya untuk menulis. Kelemahannya untuk membimbing halaqah dan sebagainya.

Mereka tidak tahu bahawa aku juga ingin mengadu seperti mana mereka mengadu. Mengadu pada perkara yang sama. Telah kukatakan tadi, kita manusia sama saja pakaian kita. Yakni kelemahan.

” Kenapa ana jadi macam ni yer Mal? Dulu tak lah seteruk macam ini! Sekarang ni bukan saja nak qiyamulail, nak menulis pun ana tak mampu. Ana seolah olah kehilangan sesuatu. Keluh seorang sahabat kepada aku.

” Entahlah akhi. Susah nak jawab persoalan anta. Bukan kerana apa, tapi ana terkadang macam tu jugak.” Jawab aku rengkas. “

” Cuma kalau anta recall balik pesanan murabbi kita, keadaan kita begitu selalunya adalah bila kita melupai mati. Bila melupai mati kita akan menyintai kehidupan. Bila menyintai kehidupan, kita akan melupai Allah dan seterusnya kita akan mengantikan Allah dengan nafsu kita dan bila nafsu merajai, kitalah akan dipacunya tanpa belas kasihan! Dan pastinya kita akan banyak memikirkan hiruk pikuk dunia dari hiruk pikuk akhirat. Lalu …. lalu hati kita akan kehilangan rasa …. rasa itulah yang akan menyebabkan iman yang ingin kita hadam dan kerja islam yang akan kita buat itu menjadi tawar dan payau!” Sambung ku panjang, mengulangi apa yang telah diperingatkan oleh murabbi ku dulu.

Memang itulah jawaban jujur aku kerana memang aku tiada jawaban lain selain itu. Jawaban itulah saja yang sering menghentak batu hati ini.

Aku tidak hairan akan terjadinya begitu pada diri sahabat ku itu maupun pada diri sesiapa pun kerana itulah yang terjadi pada diri aku bilamana aku terlalu banyak memikirkan persoalan dunia serta kesibukan yang bermatlamatkan dunia, menjadikan aku benar benar lumpuh untuk menulis. Malah ianya menelan segala mood baik aku sehingga apabila membimbing halaqah pun aku dah rasa hilang ketajamannya.

Itulah kesanya, bila kita lupa mati dan lupa Allah. Akan hilanglah campurtangan kekuatan langit untuk membantu kita dijalan dakwah ini!

Aku rasa kita semua sedar itu. Sedar akan keluluhan hati kita bila kita melupai apa yang telah Rasul suruh kita ingat. Hingga membuat kita tidak dapat menata hati kita.

Bukan itu saja, malah jika kita tidak dapat mengawal mehnah mehnah yang datang disekeliling kita  ini saban hari, ianya juga boleh membuatkan kita akan terus lemah dan tak berdaya untuk bergerak.

Harus aku akui akhi, aku juga pernah lemah sepertimu setelah kehilangan ‘ sebuah motivasi ‘ tiga tahun dahulu!

Kerana terlalunya aku bergantung kepada semangat dan harapan pada sekujur tubuh manusia, aku hampir seperti keldai yang jatuh kedalam lumpur, tidak mampu bangun hingga kehilangan nafas. Begitulah aku tika itu. Meronta ronta dan tidak dapat menata hati aku seperti sebelumnya. Dimana sebelumnya ianya Bening, jernih, bersih dan solahat hingga ianya mampu bergayut didahan Tuhan, sepertimana bergayutnya embun dihujung dedaun hingga nampak indah dan segar bila dipancar cahaya!

Dari sanalah aku mula sedar yang aku harus merawatnya. Dan rawatan itu tidak lain selain aku harus berhijrah untuk merubah.

Ternyata hijrah adalah sebuah karamah. Karamahnya adalah kita dapat merasai sebuah ‘redha’ datang melekat dihati kita.

Agaknya … itulah rasa redha yang dirasai oleh para sahabat sewaktu berhijrah dulu setelah memenuhi  syarat dari wahyu Tuhan.

Memanglah redha adalah inti dan hikmah dari hijrah. Redha meninggalkan segalanya demi Tuhan. Melupakan segalanya dalam bentuk dunia kerana Tuhan. Melupakan orang yang amat dikasihi kerana Tuhan. Hingga segalanya kerana Dia. Tuhan Semesta Alam!

Itulah yang kena kita buat sekarang akhi! Hijrah. Perubahan. Jihad. Dan barulah kita akan dapat temui momentum iman itu kembali. Momentum kekuatan itu. Kelazatan dan sebuah nikmat yang tidak terkatakan.

Inilah kewajipan dzatiyah kita pada tika ini. Pada tika kita diselimuti kelemahan.

Mari kita ulangi akan sejarah hijrah ini kembali. Ditika kita dalam kelemahan ini. Mungkin barakahnya akan kita perolehi kekuatan yang meng zoomkan.

Kita masih punya segudang kewajipan lagi yang perlu kita tunaikan. Bermulalah kita hari ini. Di permulaan hijrah ini. Ditahun baru ini dengan hati dan semangat yang baru.

Andai unta merah yang kita inginkan … maka hijrah inilah penentunya.

Andai dakwah ini ingin kita menangkan …. maka hijrah inilah yang harus kita mulakan kembali.

Andai keridhaan Allah dan kenikmatan syurga yang kita dambakan … marilah kita hijrah dengan sebenar benar hijrah.

Biarlah hijrah kita kali ini bukan sekadar hijrah yang biasa biasa. Kerana tatkala Allah memberi perintah kepada hamba hambaNya yang ikhlas …. Allah tidak hanya menyuruh hamba hambaNya untuk taat melakukannya saja tetapi dengan penuh quwwah yang jiddiyah … yakni dengan melaksanakanya dengan bersungguh sungguh.

Apa yang harus kita lakukan dengan kelamahan yang telah lama bertapa dalam hati kita ini? Jawabannya tetap sama sepertimana jawaban kita kepada musuh kita …. yakni perang. Perang dengan bersungguh sungguh. Kita kena istihar perang bersungguh sungguh dengan kelemahan ini. Jika musuh kita perang dengan senjata. Maka Kelemahan ini harus kita lawan dengan senjata batin kita …. tubi ia dan tubi ia dengan kerja kerja dakwah dan amal ibadah kita. Itulah saja jalannya setelah kita berhijrah dan berazam.

Insyaalah akhi …. andainya kita mengambil hijrah ini sepertimana diambil oleh para sahabat dengan penuh quwwah dan jiddiyah, pastinya kita akan berubah dan tidak tertanya tanya lagi akan kelemahan malah semangat juang kita terhadap kehidupan dan dakwah ini pasti akan berkembang dan tidak pudar lagi selagi kita mampu terus mujahadah dengan izin Allah.

Maafkan aku diatas kalimat kalimat yang tidak sempurna tersusun, Teramat mengantuk.

4.30am Saujana Utama Sg Buloh Malaysia

muharrikdaie – menulis untuk menggerakan jiwa jiwa

8 responses to “bingkisan hijrah buat kamu

  1. Pingback: My Homepage

  2. Nur Najwa November 15, 2012 at 1:19 pm

    Salam Hijrah. SubhanaAllah, hebat penulisan enta. Ana sentiasa terkagum dengan isi & olahan ayat-ayat karangan enta. Betul-betul menggerakkan jiwa ana yang terkadang disapa kemalasan & kepenatan duniawi. Astagfirullahaladzim. Kalau boleh tahu, apakah inspirasi enta, pandai mengarang sebagus ini? Moga Allah sentiasa bantu enta untuk terus menulis & terus menggerakkan jiwa-jiwa yang lalai. Sungguh teramat luar biasa bakat penulisan enta pada ana.
    *Maaf sedikit tinggi pujian ana. Ana merasa diri ini kerdil & belum mampu mencapai tahap penulisan seperti enta…moga Allah sentiasa merahmati usahamu akhi.🙂

  3. sufiana November 15, 2012 at 11:07 am

    berikn yg luar dari kebiasaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: