dimanakah dunia kita letakkan


Akhi …

Dunia ini sarat dengan keindahan!

Biar pun dia indah, kita tidak dibenarkan melahapnya. Kerana kita diutus sebagai hamba untuk menguruskannya. Tidak lebih dari itu. Andai kita mengunakannya tidak menjurus kepada ubudiyah kepada Allah maka kita juga seperti tengkorak yang kosong. Seperti polong yang tidak bertuan. Itulah andaian yang boleh ku buat terhadap dunia yang sering melalaikan aku ini!

Memang tidak mudah untuk kita tidak mencintainyanya! Apa lagi untuk meninggalkannya! Dan islam juga tidak menyuruh kita meninggalkannya tetapi menguruskannya. Tapi persoalannya, apakah mampu kita menguruskannya dengan jasad hati dan jiwa kita yang kosong dan tidak seimbang ini untuk menguruskan ‘ seorang wanita cantik’ yang merayu dan mengoda kita selalu?

Walau secantik mana pun dia ….. Rasul dan para sahabat serta para duat tetap meletakan dunia itu dibelakang mereka. Bagi mereka dunia adalah jambatan dan jalan. Dunia adalah tempat menyeberang dan bukan tempat bersenang senang. Mampukah kita seperti mereka, tidak merasa gembira bila bertambah tambah nya nikmat kekayaan dan kejayaan kita? Mampu kah kita tidak merasa berduka lara andai segala harta dan kenikmatan meninggalkan kita?

Andai kita mampu merasai begitu, maka selayaknya lah kita mengurus dunia ini. Maka layaklah kita untuk dipanggil sebagai pemimpin dan murabbi untuk memikul; beban ini untuk memakmurkan dunia. Andai tidak, inilah masanya untuk kita terus bermujahadah , berjuang dan membuang apa saja yang menghalang perjalanan ini. Tiada pilihan bagi kita dan inilah yang wajib kita lakukan dengan terus berkorban menyucikan diri dari dunia dengan terus menerus bermujahadah agar menjadi manusia yang tidak dilekati dunia.

Inilah sebahgiaan pengorbanan besar yang wajib kita hayati disaat kita merayakan Eidul Adha ini … untuk memastikan hati kita terus tajarrud dan bebas daripada dunia.

Tidak mustahil untuk kita lakukan ini andai pengharapan kita kepada akhirat mendahului kehidupan ini kerana dengan kesedaran inilah saja yang mampu  untuk mengumpulkan keazaman, iman dan takwa yang kita lakukan dalam proses tarbiyah ini untuk melawan arus kuat gelombang dunia!

Sebenarnya kita mampu akh kiranya kita tidak pandang remeh terhadap diri kita sendiri. Diri kita juga ádalah ciptaanNya. Setiap ciptaanNya ada kelebihan yang diberikanNya yang tidak kita nampak andai tidak kita cari potensi itu.

Galilah potensi itu. Tanamkan cinta itu. Kita adalah sebahgaiaan dari titisan hujan yang menitis yang membentuk sungai dan gelombang. Itu yang harus kita rasai untuk merubah! Jangan kita melemah dan malas dan membiarkan orang dibelakang kita memecut laju menuju redhaNya!

Hendaklah kita yakin pada diri kita, potensi  kita dan keupayaan kita. Kita harus relajar dari duat yang terdahulu dari kita dalam membina diri mereka menjadi serenar benar mujahid dijalan Allah ini!

Mari kita celikan basirah kita dan mencari silap kita untuk membentuk kembali syaksiyah mutakimalah kita yang telah hilang itu. Mungkin kehilangan himmah dan kehebatan kita selama ini disebabkan kita tidak menghayati susunan tarbiyah dan manhaj yang digariskan dan sambil lewa kita lakukan?

Marilah kita berlaku ihsan dalam apapun yang kita buat. Dan gunakanlah seluruh keupayaan kita dan jangan sembunyikan walau seinci pun keupayaan itu untuk kita berkhidmat kepada Islam ini!

Belajarlah menggunakan segala kemahiran secara bersungguh sungguh untuk mengapai  ilmu dunia dengan perasaan sabar dan gigih untuk kita sumbangkan nanti kepada islam ini!

Ingatkah lagi pesanku dulu akan sifat qawammah yang perlu kita miliki?

Ya qawammah ( penguasaan diri).  Ketahuilah bahawa orang yang mampu menguasai dirinya, maka dia akan mampu menguasai orang lain. Maka ikhlaskan diri kamu kepada Allah dan taatilah Dia. Perelokkan amal kamu, curahkan tenaga kamu, nescaya Allah redha kepada kamu, umat kamu akan maju dan terlaksanalah matlamat kamu.

Sesungguhnya akhirat itu lebih bahgia dari dunia

Alfakir illalah

muharrikdaie – menulis untuk menggerakan jiwa jiwa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: