bulatan gembira adalah bulatan keruhanian


Salam semua.

Maaf  … aku semakin jarang menulis disini. Namun aku tetap rindukan blog ini. Kerana diblog inilah aku banyak belajar erti cinta rindu dan tanggungjawab.Diblog ini jugalah tempat aku membina rasa, meluah rasa, berkongsi cerita dan memahami manusia.Bukan itu saja, malah di blog ini juga aku banyak didatangi kawan kawan jauh dan dekat yang ingin mengenali aku.

Dan aku juga banyak kehilangan kawan kawan dan teman dakwah serta adik adik yang pernah satu ketika dulu amat suka berkunjung kesini kerana sebuah salah faham. Tidak perlu aku ceritakan kenapa? Tetapi cukuplah aku katakan bahawa ‘ Fitnah” itu amat berbahaya bagi hidup seorang manusia.

Allahurabbi…. Walau pun jarang menulis disini, aku masih terus aktif menulis di tweeter walau hanya menyampaikan text yang rengkas namun bagi yang faham, message yang aku samapaikan itu amat bernilai untuk jadi santapan ruhani dan kefahaman.

Aku juga banyak menulis dan menghantar artikel di lain lain media dengan menggunakan nama pena yang lain untuk mengelakan salah faham kerana namapena ini hanya sesuai untuk disini saja rasanya.

Usrah? Halaqah? ( sama saja maknanya)

Yes! yes! Aku masih terus aktif membimbing. Insyaalah. Cuma aku senyum bila adik adik baru tidak memanggil dengan nama ‘halaqah atau usrah”. Penjenamaan baru yang mereka gelar adalah ” bulatan gembira”.

Mungkin agaknya penjenamaan ini dapat menjadikan  mereka happy untuk terus berada dalam saf halaqah ini dengan perasaan yang tidak tertekan ….

Biar apa pun jenamanya, bagi aku ianya tetap mengembirakan kiranya kita semua bercita cita ingin menjadi ‘ rijal dan srikandi akhirat”.

Memang sesuai halaqah ini dinamakan bulatan gembira kerana ‘kegembiraan’ berada didalam bulatan itu bukan lah terjemahan dari kegembiraan biasa tetapi adalah merupakan satu kegembiraan ruhani yang sukar diterjemahkan dengan kata dalam menghayati tarbiyah dan belajar berkorban.

Kita tidak seharusnya menganggap bahawa menghadirkan diri dan menerima masuliyah didalam halaqah merupakan satu bebanan tetapi harus menerimanya dengan kegembiraan kerana kita telah terpilih untuk menjadi ‘ arkitek’ untuk melukis kembali lembaran sejarah kegemilangan umat ini!

Akhi dan ukhti yang kukasihi …..

biar pun selalu aku menulis tentang tarbiyah dan menekankan agar kamu terus komited dengan bulatan gembira kamu namun selagi kamu tidak hadirkan ‘ akhirat’  dan rasa Syurga dan Neraka didalam bulatan gembira itu,  pastinya bulatan gembira kamu akan menjadi kosong dan buram dari sebuah ‘ jiddiyah’!

Kita semestinya harus melukiskan wajah  ‘syurga’ pada kanvas kanvas tarbiyah kita agar rasa cinta kepada syurga itu dapat meringankan langkah langkah perjuangan yang penuh dengan onak dan duri diperjalanan yang panjang ini.

Rasa syurga itu akan pasti melahirkan kehendak kita untuk terus merealisasikan teori tarbiyah itu menjadi realiti dan bukannya menjadikannya bagai bungkusan bungkusan wasiat yang tidak bererti.

Mungkin pada yang baru menyertai halaqah mereka mungkin tidak merasakan ‘ sebuah kegembiraan ruhani yang mengzauk” . Namun bagi aku ‘ halaqah’ merupakan sebahagian dari saraf kehidupan ini. Tanpanya mungkin darah mujahid ini tidak mungkin dapat sampai untuk menghidupkan ubudiyah ku pada Allah.

Sungguh! Halaqah adalah jantung hati  seorang daie. Ianya adalah senjata ruhani yang berkesan dan ampuh untuk memantau perjalanan hidup seorang daie dijalan rabbnya.

Ketahuilah bahawa didalamnya ada mesyuarah, ada tarbiyah, ada ukuhuwah, ada ibadah, ada sedekah dan ada daulah! Tetapi yang paling penting dan perlu kita faham adalah ianya sebuah “medan keruhanian ‘ yang mendidik kita menjadi kuat danterus kuat selagi kita tetap mengikuti peraturan dan arahannya.

Mungkin bagi yang tidak ‘ menghayati tarbiyah didalam halaqah’ tidak akan dapat merasainya.

Kamu tahu akhi, Aku bermula zero didalam ‘bulatan gembira’ ini.

Even untuk mengenalkan diri dan bertaaruf pada mula mula menyertainya pun, telah membuat tangan aku terketar ketar memegang microfon dan membuat suara aku bergetar bagai terkena demam kura … dan dari situlah bermulanya karier aku sebagia seorang daie.

…. dan kini, bukan saja aku mampu conduct usrah dan bercakap malah aku mampu berpidato, berforum  dan berceramah tentang islam ini. Mungkinlah tidak sampai kepada gelaran ‘ hero dakwah’ tetapi aku bangga kerana ‘ bulatan gembira’ ini mampu mendidik aku untuk menjadi salah seorang hamba yang dapat menyumbang kepada deenulah ini.

Itulah ‘bulatan gembira’ yang sering kamu sebut sebutkan tetapi tidak ramai yang dapat istiqamah dan menghayati tarbiyah didalam nya.

Tidak dinafikan, ada juga yang berpuluh tahun berada di dalam ‘bulatan gembira’ itu namun tidak mampu menjadi apa apa dan siapa siapa dan hanya sekadar menjadi dinasaur untuk dikenang sejarahnya. Mungkin ada silapnya yang perlu dimuhasabah!

Pernah teman ku meluahkan, ” Akhi, ana cukup kagumlah dengan anta, sebab selama ana kenal anta, jarang sekali anta tak hadir usrah! Ada orang ke, tak der orang ke, anta tetap istiqamah bersamanya! Even kalau bertembung program lain pun, usrah tetap menjadi prioriti anta! Lebih lagilah kalau usrah yang anta conduct!

” Tak mungkin anta tak ingat pesan Almarhum murabbi kita, Usrah hanya boleh ditinggalkan kalau betembung dengan mesyuarat saja. Selain tu kita wajib attend!” Jawab aku.

Memang aku cukup berpegang dengan pesan murabbi aku itu. Kerana aku tahu setiap pesan dan wasiatnya adalah satu amanah yang membawa kepada kekuatan. Dan ” bulatan gembira’ ini adalah satu kekuatan! Malah bagi aku ianya adalah ‘bulatan keruhanian’ yang mengabungkan amal hati dan anggota badan. Ianya adalah ‘bulatan kamil dan mutakamil’ Sempurna dan menyempurnakan!

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan aku, tetapi bagi aku itulah realitinya.

Memang aku selalu tekan kan kepada mutarabbi ku bahawa ‘ bulatan gembira’ inilah untuk kita merawat ruhani kita yang tersalut dengan debu debu dunia.

Kamu lemah ibadah adalah kerana ruhani mu. Kamu futur adalah kerana ruhani mu. Kamu cinta dunia adalah kerana ruhani mu. Kamu utamakan karier mu dari kerja utama kita dakwah adalah kerana penyakit ruhani mu. Semuanya kerana ruhani. Masakan jasad mampu bergerak andai ruhani kamu tidak hidup!

Ingat akhi … keruhanian bukanlah satu kehidupan yang menenggelamkan kamu di alam pertapaan dan pengasingan sehingga meninggalkan aktiviti dunia dan dakwah dan membiar kan orang tidak beriman melapah dan melahap dunia ini untuk berbuat maksiat tetapi keruhanian yang perlu kamu faham adalah berusaha untuk membaiki amal. Berusaha untuk mencari harta dan menginfaqkannya serta melakukan pemulihan dan pengislahan masyarakat dan beriltizam.

Itulah dia keruhanian yang sebenar! Dan didalam ‘ bulatan gembira’ inilah kita belajar membina keruhanian kita dengan aktiviti aktivitinya! Itulah dia ” Bulatan gembira’ yang kamu sedang berada didalamnya kini. Istiqamahlah! Insyaalah.

Hanya ini yang mampu aku tuliskan. Jumpa lagi jika berkesempatan.

hamba yg fakir disisi Allah

muharrikdaie – menulis untuk menggerakan jiwa jiwa.

4 responses to “bulatan gembira adalah bulatan keruhanian

  1. ibunoori October 19, 2012 at 11:10 am

    Bismillahirrahmanirrahim…
    Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuhu… ya akhi Muharrikdaie,

    Allah… Allah… it has been ages since I last visited this blog… I apologize ya akhi… My bad… some worldly matters have been bogged me down…

    For your information akhi, this is my very first time visiting your blog from Hakodate, Hokkaido, Japan. I am here with my better half; my husband, including the two ‘kampung boys’ insyaAllah for about 3 1/2 years for my Ph.D ‘jihad’ here in the Hokkaido University. We reached here on the 2nd of October…

    It’s in autumn now… and whenever I saw the Sakura leaves falling off on my way walking to the university… I will remember this verse…

    ““With Him are the keys to all secrets; none knows them except He. He knows everything on land and in the sea. Not a leaf falls without His knowledge. Nor is there a grain in the depths of the soil. Nor is there anything wet or dry, that is not recorded in a profound record.”
    (Al-An’am: verse 59)

    Allahuakbar…

    Please ya akhi… keep on writing… I need this more than ever…

    Doakan kami cemerlang di bumi Nihon dan di akhirat nanti…

    • muharrikdaie October 29, 2012 at 2:17 pm

      Adoi … memang lama tak dengar berita dari you. Tertanya tanya jugak kenapa ek? Ingatkan dah tak sudi berziarah ke sini. Muga semuanya selamat insyaalah. Salam buat semua orang disana. Muga terus sukses didalam pelajaran dan dalam mendidik anak anak insyaalah. Doakan saya jugak🙂

  2. izzati hashim October 19, 2012 at 10:12 am

    Alangkah indahnya kalau semua orang punyai rasa ingin sentiasa ada dalam bulatan gembira. Subhanallah.

    Tapi tak semua orang sedar yang sebenarnya dalam usrah itulah tempat untuk menyemai benih-benih Islam dalam jiwa. (‘=

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: