Disini sebuah pengajaran buatmu


Assalam buat semua

Izinkan aku menulis kembali. Setiap kali ingin aku menulis disini. Aku teringatkan dia …. yang pernah mengingatkan aku supaya terus menulis dan menulis. Muga kawan ku itu selalu berada dalam redhaNya.

Memang lama aku tak menulis. Terkadang  serasa bagai diusir mentari dan dilindungi awan sehingga aku kehilangan cahaya untuk menyuluh hati sendiri dan jalan dakwah ini. Adakalanya serasa dipanggil panggil oleh suara hati untuk terus mengisi ruang ruang dakwah yang ada ini meski tidak ramai yang membaca tulisan tulisan ku ini.

Dari dulu aku tahu, memang mudah mencetus semangat tetapi sukar untuk mempertahankannya sepertimana mudahnya kita berbuat tetapi sukarnya untuk istiqamah! Sebab itulah aku gagahkan juga hati ini untuk terus menulis agar sikap ‘ijabiyah’ ( positif ) yang sering kutanam dalam hati ini dapat terus maintain dalam apa pun amal yang aku lakukan.

Memang kelihatan senang untuk bersikap ijabiyah ini sesenang menghidupkan lilin namun ianya sukar andai kita tidak benar benar faham bahawa sikap beginilah yang perlu ada pada kita untuk memenangkan islam!

Islam tak kan menang kalau kita tidak positif! Kerja islam tidak akan berjalan kalau kita melihat ianya kecil disisi Allah. Begitu juga dengan potensi diri kita, Jangan kita remehkan.

Terkadang didalam jamaah, kita rasa kecewa kerana tidak dipedulikan. Adakalanya kita diberi kerja dibelakang tabir yang amat memenatkan dan tidak dikenali sesiapa. seolah olah macam kita tidak dihargai. Adakalanya kita tidak diberikan kerja kerja besar atau kerja kerja yang boleh membuat kita dikenali dan glamour. Apa lagi kalau kita dah senior! Memanglah terasa …. seolah olah kita ini melukut ditepi gantang!

” Entahlah bang, ana rasa nak mufarakah saja!” Terkejut aku bila disuarakan begitu oleh teman junior usrahku.

” Kenapa pulak?” Tanyaku sambil tersenyum sebab aku ingatkan dia bergurau.

” Tak kan abang tak tahu, jawatan ana dan kerja ana tu dah di assignkan pada sahabat lain. Ana pulak tak diberi kerja langsung. Kalau ana tak perform tak perlah tapi semua nya ok.” Dia menyambung dengan nada kesal.

” Apalah anta ni, cakap macam orang tak der fikrah! Macam tak der ilmu dan tak kenal tarbiyah! Itu kan dah keputusan syuro’. Mereka tahulah potensi anta dan kemampuan anta. Mungkin ada sebabnya yang anta tak tahu dan mungkin ada kerja lain yang mereka nak beri”! Aku menjawab dengan sedikit nada kasar.

” Betullah kata abang tu, tapi dah dekat sebulan ana rasa lost. Mesyuarat tak ada, kerja tak ada. Hanya Usrah saja tiap minggu. Kalau macam nilah …. gila pun mahu bang! Kalau tak giler pun pasti ana futur. Masa banyak terbuang. Daripada ana macam ni seterusnya lebih baik ana join NGO lain yang nak pakai tenaga kita. Dapat jugak menyumbang.” Dia mengomel lagi dengan rasa tak puas hati.

” Baguslah kalau anta rasa macam tu, maknanya iman anta masih tebal lagi. Cumanya kalau anta nak menyumbang pada NGO lain teruskanlah tapi mintalah kebenaran pada qiyadah dulu dan jangan sampai anta mufarakah pulak! Itu bukanlah jalan terbaik. Tapi sebelum tu anta kenalah muhasabah diri dulu, kenapa qiyadah tak bagi anta kerja lama anta tu. Anta patut tanya mereka. Pada analah, mungkin mereka kesian dengan kesibukan anta hingga tidak ada masa untuk isteri dan anak anak anta dan mungkin juga mereka nak beri anta rehat sebulan dua untuk memperbaiki amalan fardhi anta yang mungkin kian teruk. Atau mungkin mereka dah check mutabaah amal anta dan melihat nya tak syncronize dengan kerja kerja kerja islam anta yang boleh memfuturkan iman anta for long term! Banyak persolan tu akhi yang perlu anta jawab dan muhasabah!” aku pulak mengomel panjang supaya dia berfikir.

Memang dia patut fikir macam tu. Dan aku amat faham, ini mesti kes amalan fardhi dan mutabaah amalnya yang lemah dan tak seimbang dengan kerja islamnya yang membuatkan qiyadah mengislahkannya supaya dia muhasabah kembali. Selalunya macam tulah. Dan macam itulah yang aku kena yang akhirnya aku tahu kenapa qiyadah buat kepada aku dulu kerana ianya baik untuk ‘keikhlasn aku” dan masadepan kerja islam ku. Sebab itu bila kita berada dalam jamaah islam ini kita kena banyak sabar dan kena tahan. Sepertimana yang pernah aku beritahu dulu bahawa berada dalam gerakan islam ini kita akan sering terluka …

Tapi … andai kita berfikiran positif, insyaalah setiap maqam hidup sebagai daie itu akan dapat kita perolehi dari sisi Allah  dalam bentuk kelazatan disetiap kerja amal yang kita buat.

Dalam jamaah ni banyak yang kita harus belajar. tak semestinya bila kita dah mencapai taraf senior dan dah punya anak usrah berpuluh puluh group, kita dah rasa hebat. Allah akan terus menguji kita sehingga kita mati dalam keikhlasan dan redhaNya.

Sesenior mana pun kita dalam dajamaah dan setua mana pun kita berada didalamnya, jangan sesekali kita rasa kita hebat. Andai Allah nak tarik kekuatan kita dan kefahaman kita, dalam sekelip mata saja kita boleh jadi macam orang yang tiada fikrah dan tiada tarbiyah.

Selalunya kefuturan tidak berlaku pada mad’u yang baru didalam jamaah tetapi adalah yang telah menjadi senior dan syuyukh. Kenapa? Kerana mereka tidak ikhlas didalam kerja islam mereka dan selalu meremehkan kerja kerja kecil dan amalan amalan kecil dalam kerjabuat mereka hatta dalam amal fardhi mereka. Lalu yang terjadi adalah, Allah menyibukan kerja cari makan mereka, mengantukkan mata mereka hingga mereka rasa masa ini amat pendek. Mengecilkan jiwa mereka dan memadamkan ruh perjuangan mereka dan mencabut alfahmu yang ada pada mereka! Inilah yang harus kita takuti.

Akhi … dikesempatan yang ada ini, serlahkanlah potensi dirimu dimana saja. Jika tidak kepada jamaah dan kerja islam ini. Channelkan ia kepada amal amal fardhi mu yang telah banyak kamu abaikan seperti Solat jamaahmu, Sunat rawatibmu. Tahajjudmu. Dhuhamu. munajatmu. Hafalan quranmu. Bacaan quranmu. Tadabburmu. Infaqmu. Bacaan kitab kitabmu. Kuliyah pengajianmu dan berbagai lagi!

Banyak lagi yang kita kena buat akh! Syurga itu luas …. berlarilah seluas luasnya dimedan amal ini. Jangan tunggu arahan kerja. Jangan kecewa dengan kerja jamaah yang tidak diberi. Kerana disaat kita lapang inilah perlunya kita susun kembali masa masa ibadah kita ….

Jangan remehkan potensi diri kita. Ketika kita persembahkan amal yang sangat kecil, saat itu kita harus membesarkan jiwa kita dalam melakukannya. Sebab amal yang kecil itu, selama ia baik, akan mengilhamkan kita untuk melakukan amal yang sangat besar.

Ibnul Qayyim berkata, ” sunnah yang baik, akan mengajak pelakunya melakukan ‘saudara saudara’ sunnah itu.

Masa ku dah sampai kepenghujung. Mungkin lama lagi karya ku akan berada disini … menfaatkanlah sepenuhnya dan muga akan membuahkan pohon pohon pahala buatku …

muharrikdaie – menulis untuk menggerakn jiwa jiwa

5 responses to “Disini sebuah pengajaran buatmu

  1. Al-Faqir October 18, 2012 at 11:44 pm

    sangat terkesan..
    Allahu Rabbi
    T.T

  2. mylittlepencil September 25, 2012 at 8:47 am

    Bismillah.

    Terima kasih atas ibrah yang besar daripada apa yang terjadi.
    Moga moga kami para dua’t terus belajar mendidik diri berada dalam medan dakwah ini.

    Malah ana sendiri pun pernah berhadapan dengan orang yang mula hilang keyakinan pada jemaah. Tetapi bila diteliti semula bukanlah jemaah itu asbabnya, tetapi orang orang yang berada dalam jemaah.

    Duduklah dalam jemaah hebat manapun, ahlinya tetap manusia.
    Masalah akan terus berlaku, luar mahupun dalam jemaah itu sendiri.

    Selesaikanlah satu persatu mengikut keutamaan.
    Hidup tidak akan terhenti dengan masalah, tetapi akan mati jika masalah tidak diselesaikan.

    InshaAllah, moga kita jauh daripada golongan al-mutasaqitun dalam jalan dakwah ini.
    Moga Allah rezekikan tsabat dalam hati hati kita semua.

  3. fadilah September 25, 2012 at 5:50 am

    Sesenior mana pun kita dalam dajamaah dan setua mana pun kita berada didalamnya, jangan sesekali kita rasa kita hebat. Andai Allah nak tarik kekuatan kita dan kefahaman kita, dalam sekelip mata saja kita boleh jadi macam orang yang tiada fikrah dan tiada tarbiyah…. betul…

    teringat lak tolong ummi hias dewan utk majlis hari raya kat tempat belajar dulu…… baru paham perasaan tuh mcm mn…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: