JOM mujahadah, JOM jadi sufi, Majalah JOM


Salam ramadan buat semua ….

Pertamanya aku nak tulis dan ajak kamu ….. JOM! kita penuhi bulan ini dengan mujahadah yang maksimum! Maksimum maksud ku ialah kita berbuka dan bersahur ala kadarnya. Kita ibadah semahunya. Ibadah sampai letih dan sampai kita tidak mampu …. sampai lembik. Sampai nampak bintang. Macam kita perah santan lah …. sampai air santan tu dah tak ada ….

Pada waktu itu baru kamu akan rasa kemanisannya. Percayalah! Pasti kamu akan menanggis. Barulah kamu akan rasa Allah dekat dengan kamu. Barulah kamu akan rasa dzauknya berdoa dan bermunajat. Waktu itu mintalah apa saja ……. kerana waktu itulah kamu akan rasa Allah itu dekat dan mendengar rintihan kamu!

Kamu tahu tak! Itulah cara kamu nak tundukkan syahwat. Saat kamu tak bermaya itulah kekusyukan itu menjelma dengan sendirinya. Menerjah qalbu dan hati.

Kamu jangan layan saat keletihan. Kelelahan. Penat dan mengantuk. Itu perkara biasa dan satu kemestian dalam bermujahadah. Kalau kamu letih sangat, bangunlah bersolat! Baru kamu dapat rasa benar, apa yang Rasullulah sabdakan bahawa solat itu kerehatan.

Jika kamu solat dalam keadaan kamu bertenaga, kamu tidak akan rasa kerehatan itu. Tetapi … kalau kamu solat dalam keadaan kamu letih, kamu akan rasanya!

Jujurnya … memang kamu nampak sulit apa yang aku katakan ini. Tapi pernahkah kamu cuba? Tentu belumkan? Cubalah!

Mesti pada mulanya kamu rasa ada kekuasaan lain yang membelenggu dan menghempap kamu dan tidak mampu kamu lakukan. Kamu tahu tak siapa itu yang merantai dan membelengu kamu? Tahu tak siapa dia? Syaitan ke? Hantu raya ke? Toyol atau saka ke? Tidak! …. tapi adalah diri kamu sendiri.

Memang selama ini sebenarnya bukan syaitan atau makhluk halus yang mempengaruhi hidup kamu tetapi adalah ‘diri kamu sendiri’. Kamu biar diri kamu hanyut tanpa kamu controlnya. Qawammah ( penguasaan diri) kamu lemah. Kamu kehilangan jiwa mujahadah.

Diramadan inilah kamu perlu hidupkan kembali jiwa mujahadah itu agar ianya tidak berterusan mempengaruhi hidup dan menghalang hubungan kamu dengan Allah! Kamulah sebenarnya yang menderitakan jiwa kamu sendiri. Bukan orang lain atau makhluk lain.

Lihatlah diri kamu …..

Kamulah sipengecut itu. Kamulah sipemalas itu. Kamulah orang yang manis dibibir itu. Kamulah orang yang sentiasa beralasan dan yang sering menggunakan perkataan sibuk. susah. Tak der masa dan macam macam zikir lagi. Sedangkan sebenarnya kamulah yang lemah. Yang selalu dan mudah  menyerah. Tidak pernah ada langsung sifat nak melawan dan nak perang dengan ” raksaksa nafsu serakah” kamu!

Terkadang aku pelik, macamana kamu boleh kata kamu nak mati syahid. Nak syurga dan sebagainya tetapi berperang dengan  nafsu pun kamu sentiasa dan mudah mengalah dan undur ke belakang. Memang cantiklah, bila baca tulisan tulisan kamu dan mendengar kata kata semangat kamu  tetapi sebaliknya kamu kalah dan surrender dengan diri kamu sendiri.

Pernah tak kamu terbaca kata kata orang sufi dan mengenali orang sufi yang banyak mujahadah itu seperti Ibnu Attaillah. Kamu tahu tak apa katanya didalam kitab hikamnya,

Bersungguh sungguhlah dengan kehinaanmu, niscaya Dia menolongmu dengan kemuliaanNya! Bersungguh sungguhlah dengan tidak keberdayaanmu, nescaya dia menolongmu dengan kekuasaanNya. Bersungguh sungguhlah dengan kelemahanmu nescaya Dia menolongmu dengan kekuatanNya!

Orang sufi ajar kita supaya jangan cepat kalah. Walaupun kita hina disisi Allah tetapi andai kita bermujahadah untuk mendekati Allah demi ubudiyah seorang hamba, pasti Allah bantu kita untuk memuliakan kita.

Allah mahatahu kita tidak berdaya kerana Dialah yang menciptakan kita begitu. Tapi apa usaha kita? Allah tidak bersifat berkehendak dari makhluknya tetapi Allah cuma nak lihat kesungguhan dan mujahadah kita saja sebenarnya! Sempurna mujahadah kita … datanglah pertolongan Allah.

Malangnya kita tak mahu mujahadah.

Baca buku tasawwuf pun kita tak mahu. Apa lagi nak beramal macam orang tasawwuf. Orang sufi.

Kita asyik suka berdebat pasal politik saja dan cuma hebat dari sudut fikrah dan dakwah saja tetapi jiwa hampeh. Kecil dan tak bermaya.

Dulu aku dah kata …. kalau nak matang dan kuat dalam perjuangan dan dalam dakwah ini … jiwa kena kuat. Nak dapat jiwa kuat harus beramal dengan amalan orang sufi. Kalau jadi murabbi pun, biar jadi murabbi sufi. Barulah anak buah dan adik kita dibawah kita itu merasa kesan kesufian kita. Kesan mujahadah dan kesungguhan kita untuk berdamping dengan Allah.

Orang yang kuat jiwa, tidak pernah mahu beralasan dalam hidup ini. Tapi kita? Segala galanya menjadi alasan untuk ‘escapism’!

Siapa yang kita nak tipu? Allah? murabbi kita?

Adik usrah kita bolehlah. Sebab kita ajar mereka supaya taat dan taksub pada kita. Kita buat apa saja pun mereka akan kata kita ok. Apa saja ….

Tapi dengan orang yang selevel dan jauh pengalaman dengan kita, sorrylah! Mereka dah lama makan garam dalam dakwah ni. Tak payahlah kita lindung. Riak ikan di air mereka tahu jantan betina nya! Kita sebenarnya menipu diri kita sendiri.

Cubalah di Ramadan ini kita berubah. Kita cari titik kelemahan kita. Kita perbaiki. Kita bina jatidiri. Inilah satu satunya peluang untuk kita mengenal diri kita sendiri …. dan mengenal erti pengorbanan, mujahadah serta dakwah dalam kesufian!

Jangan lupa banyakkan membaca quran dan tadabburnya bulan mulia ini. Juga bacalah sesuatu yang menfaat bila ada masa terluang diRamadan ini …

Bacalah apa saja. Banyak buku buku yang boleh menyentuh hati. Atau magazine islamic yang boleh dibeli …. seperti Majalah Solusi dan sebagainya. Banyak terjual dikedai kedai untuk kita shopp. Cuma jangan cari magazine JOM! Bukan sebab JOM tak best …. memang best! Aku bagi lima bintang ***** Tapi sukar nak dapat. Kat hutan pendalaman boleh jumpa tapi kat KL susah nak jumpa. Semua kedai mamak aku tanya. Mamak yang dah puluh tahun berniaga magazine pun tak kenal majalah JOM.

” Apa itu JOM?” Terbeliak mata mamak tu bila aku bertanyakan majalah JOM dekat Putrajaya. Aku tanya kedai mamak dan kedai buku di Tesco Ampang pun tak jumpa. Tanya kat jalan Tuanku Abdul rahman dan Chow Kit pun tak ada. Kat Kampung Baru pun tak ada. Kat Islamic Media Wangsa maju pun tak ada. Pelik kan?

Aku sampai habis minyak keliling KL nak cari, tapi tak jumpa ( Rasa nak klaim kat Pengurusan JOM) Bila kontek team marketing mereka …. mereka kata ada kat KLCC …. Manalah aku nak pergi dari Saujana Utama Sg Buloh ke KLCC yang Jemn giler giler tu …. dan parking RM5 sejam tu.

Bila aku tanya, ‘ Majalah JOM ni ekslusif untuk golongan tertentu saja ke?” Golongan marhaen seperti aku tak boleh baca ke? Atau cuma diedar dikawasan elit saja ke?”

Mereka jawab dalam twitter aku, ‘Kalau susah dapat, boleh beli online. Hanya dekat Kinokuniya di KLCC saja yang ada. Ada juga wakilnya kata …. majalah ni masih baru dan kami sukar nak edar….. Maafkan kami kerana kami masih bertatih lagi … mohon doa supaya kami cepat berjalan.

Ada juga yang jawab, ” rileks lah bro, they need times to spread the magazine.Kalau ikut perkembangan JOM I think quite fast gak!”

Itulah jawaban jawaban dari team marketing majalah JOM yang disensasikan hebat dimata dakwah! Aku akui memang hebat … isi mahupun cover serta advertisementnya namun tidak seimbang dari segi marketing dan edarannya …. mungkin boleh diperbaiki.

Adik adik usrah aku dan kawan kawan ofis yang aku kempen tentang majallah ini, hanya dengar berita saja tentangnya  dan aku sampai sekarang hanya sekali dapat baca dan pinjam dari sahabat aku ….

Walau apa pun diRamadan ini …. JOM kita berubah dari baik kepada lebih baik dan dari kelemahan kepada kekuatan. Jangan jadikan alasan sebagai senjata dalam apa pun perkara kerana ianya tindakan yang tidak bijak buat dakwah dan akan merugikan dakwah!

Walahhuaklam

Mohon maaf atas segala kesilapan di Ramadan yang mulia ini.

muharrikdaie – menulis untuk menggerakan jiwa jiwa

8 responses to “JOM mujahadah, JOM jadi sufi, Majalah JOM

  1. jundiy July 22, 2012 at 7:23 pm

    erm, ana mudahlah pulak jumpa. ada di gerai mynews dekat stesen lrt, dan of course dijual di daurah2 kita. moga Allah permudah pencarian enta…

  2. Sya_M July 22, 2012 at 6:12 am

    Singgah lagi.
    So true…blog ni memang ada ‘sesuatu’.
    Smg terus istiqmah dlm mengetuk hati adik2 n shbt2 seperjuangn..
    Jazakallahu khairan kathira…;)

    • muharrikdaie July 22, 2012 at 2:39 pm

      Sya …. terima kasih. Sesuatu itu adalah dari Allah adanya. Sama sama kita terus beramal dan meninggalkan dosa serta terus membantu agama Allah ini dalam berdakwah kepada mahkluknya!

  3. Abdullah July 22, 2012 at 6:05 am

    Saya tak pernah kenal Majalah JOM ni. Selepas terbaca tulisan saudara, tergerak pula untuk saya mencari majalah ini. Kebetulan saya tinggal di Taman Shamelin Perkasa, terasa suspen juga takut tak jumpa majalah ni di kawasan saya. Tapi pagi tadi saya ke Tesco Ampang dan singgah di Kedai Buku Popular. Alhamdulillah saya jumpa dan terus beli Majalah JOM isu 04. Tinggal 3-4 naskhah sahaja di rak. Nasib baik jumpa. Selepas shopping di Tesco, singgah sekejap di Mynews.com. Eh! ada jual Majalah JOM juga, tapi nampak tinggal 2 naskah sahaja kalau tak silap. Mungkin betul kata saudara susah nak jumpa di pasaran kerana cepat habis! Tapi memang betul majalah ni memang best dan selayaknya diberi lima bintang.
    Terima kasih kerana memperkenalkan majalah JOM!

  4. hafizah July 20, 2012 at 3:52 pm

    terasa😥 aku kn mcm dh sedar dn tau yg aku sbnrnya tak boleh nk mnguasai diri sendiri.aku ada bc jg al-hikam tp entahlah tolong,bg aku nasihat.aku xada jiwa mujahadah tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: