jangan pisahkan


Akhi

Diakhirat nanti tidak ada sesuatu yang disesali oleh penghuni syurga kecuali penyesalan mereka terhadap waktu yang hilang didunia tanpa diisi amal soleh dan dakwah dijalannya.

Masuk syurga masih menanggis? Tentu sekali! Kerana di Syurga juga ada kastanya. Tingkatannya. Levelnya. Seperti juga didunia. Yang pasti semua tingkatan syurga berlainan nikmatnya.

Penghuni syurga yang rendah tidak akan dapat menjangkau kesyurga yang tinggi …. dan sudah tentu penghuni syurga yang tinggi tidak akan menurunkan darjatnya untuk bertemankan penghuni syurga yang rendah.

Sejatinya, kita semua terpisah! Dipisahkan …. selamanya oleh amal amal dan kerjabuat kita sewaktu didunia. Jangan mimpilah kita dapat bersama dengan suami anak Ibu dan ayah yang kita cinta andai kita semua tidak saling bantu membantu untuk mengejar akhirat.

Apa lagi penghuni neraka! Sudah tentu mereka juga akan menanggis semahunya. Meratap. Mendengus. Meraung. Meronta ronta histeria! Hingga digambarkan dalam hadith dalam lekuk pipi ahli neraka menanggis bagai cabang sungai sungai kerana tangisan mereka yang dialirkan dipipi tidak pernah berhenti selamanya! Ya Allah. Ngerinya aku. Lindungilah aku ya Allah.

Begitulah hebatnya kesedihan disana akhi! Dapatkah anta bayangkan seperti ana bayangkan sekarang wahai akh?

Justeru itu orang yang mencintai akhirat melihat kesedihan disana tidak langsung mengendahkan kesedihan disini!

Bagi mereka kesedihan disini hanya ‘siput’ saja. Malah boleh diatasi dengan ‘masa’ yang berlalu. Tapi disana tidak! Ianya bertimpa timpa.

Begitu juga penantian disini, meski ada kalanya penantian itu meruntun jiwa dan menyiksakan namun tidak juga seperti disana …… penantian yang tidak berhujung dan dipenuhi azab! Lemas dan terus lemas diantara peluh nanah dan darah!

Memang amat mengerikan!

Kalau begitu akh …. Bagaimana kita?

Bagaimana kita nak bina rumah akhirat itu seperti Syeikh Ahmad yassin membinanya dengan mengadaikan seluruh hidupnya untuk Islam hingga syahid diatas kerusi rodanya.

Pernahkah selama ini terlintas dihati kita untuk membina rumah akhirat itu?

Pernahkah dihati kecil kita ini merancang dan bermimpi untuk memiliki rumah akhirat yang dihuni oleh bidadari yang ayu dan jernih bagai permata itu? Atau kita masih lagi terleka dan merancang rancang untuk menjadi kaya dan membina banglow didunia ini yang dihuni oleh isteri kamu yang memang sentiasa menjadi penasihat kepada nafsu lelaki?

Tidak kah kita terbayang kita akan terpisah.

Dipisahkan dengan ahli keluarga dan teman akrab kita didunia kerana ketidak adanya cita cita kita kepada akhirat hingga amal kita yang naif ini tidak menepati ISO Allah disana nanti?

Sepatutnya inilah persoalan yang sewajarnya yang berlegar legar diminda kita.

Selalu. Kerap. Sentiasa merisau dan menganggu tidur kita. Dan boleh membuatkan kita tertolak untuk memacu ruh kita untuk terus bermaiyatullah dimana saja kita berada.

Itulah akhirat. Walaupun kita minta ‘jangan dipisahkan’ dengan orang yang kita sayang dan cintai namun ianya tetap memisahkan kita.

Memisahkan kita berdasarkan amal amal soleh kita.

Allahurabbi.

Andainya boleh  kita menyatu dan menanamkan  akan hakikat akhirat ini bersama nurani kita sudah tentu perjalanan amal dan dakwah illallah kita teratur dan menjadi indah.

Sudah tentu hari hari yang kita lalui ‘penuh cinta’ dan ubudiyah!

Sudah pasti tarbiyah dzatiyah menjadi konsisten dan merubah…..

…. dan jiwa jiwa kita akan menjadi tidak kisah akan permasaalahan duniawi, keletihan kerja, penat, lelah, keluh dan pelbagai lagi. Malah, pohon keimanan dan kerja dakwah kita serta amal fardhi kita akan menjadi indah, subur tumbuh mekar dan bunga bunganya akan merekah keharuman!

Begitulah andai akhirat menjadi matlamat hidup ini.

Malangnya kita sering lupakan akhirat!

Dunia juga menjadi pilihan kita walau zahirnya kita menepisnya. Namun itulah realitinya! Andai kita tidak latih jiwa ini pasti mudah kita terjerut dengannya.

Dunia adalah yang kita hadapi sekarang. Orang yang bertakwa dan durhaka sama sama berkongsi sebhagaian darinya. Sedangkan akhirat merupakan janji yang benar. Di hari akhirat keputusa berada pada  Raja yang Maha Adil ( Allah Azzawajalla) Dia memutuskan perkara yang haq dan mengalahkan perkara yang batil. Justeru itu jadilah kalian ‘anak anak akhirat’ ( yg mementingkan perkara akhirat) dan janganlah kalian menjadi ‘ anak anak dunia’ ( yg mementingkan urusan dunia ) kerana sesungguhnya setiap ‘ ibu’ itu pasti diikuti oleh anaknya! – HR Muslim

‘ Macamana ni bang, kita nak pisahkan dunia dari kita sedangkan kita duduk dalam dunia?”

Begitulah selalunya persoalan adik adik usrah ku bilamana aku membincangkan permasaalahn ruhiyah dan untuk mengkristalkan kehidupan sebagai seorang hamba ini!

Memang kita tidak boleh pisahkan dunia. Kerana tanpa dunia kita tidak boleh masuk syurga kerana didunialah tempat kita mengumpul amal dan keikhlasan kita.

Kita orang dakwah ini pun tidak dibenarkan untuk menolak dunia tetapi menggunakannya! Mengunakannya untuk dakwah.

Sebenarnya dunia adalah untuk dakwah. Untuk menegakkan kalimah Tauhid. Untuk mengagungkan Allah. Untuk menyelamatkan manusia yang jauh dari pada Allah. Untuk membangunkan Islam. Untuk membantu ummah dan banyak lagi.

Ummah dakwah ini bukanlah ummah yang anti dunia.

Tetapi kita dilarang mengambil berlebihan untuk kepentingan peribadi.

Itu yang Allah dan Islam ajar. Itu yang dinamakan ‘zuhud’ yang membawa maksud meninggalkan pesona dunia untuk meraih pesona akhirat.

Tidak tamak. rakus dan buas.

Orang dakwah harus zuhud walau pun dia kaya kerana untuk mengelakan dia dari bermegah mengah yang boleh memenjarakannya dalam penjara dunia.

Sejatinya, memang orang dakwah seperti kita ini harus zuhud dari menurutkan hawa nafsu kerana tanpa zuhud meski dakwah kita menang sekali pun kita secara peribadinya ‘kalah’ diakhirat nanti.

Zuhud adalah tangga kita. Tangga kesempurnaan kita dan pembuktian kecintaan kita kepada akhirat.

Diakhirat, orang yang miskin didunia yang mendahului mengecapi syurga kerana cepat ‘hisabnya’ oleh Allah.

Diakhirat, orang yang miskin didunia dululah yang ramai dari yang kaya didunia. Kemiskinan itu termasuklah  yang zuhud dengan kekayaan mereka dahulu dalam menggunakan harta dijalan Allah.

Akhi akhirnya …

Ubahlah cara pandang kita. Lihatlah akhirat sebagai terminal terakhir dari seluruh perjalanan hidup kita. Disanalah kita akan menerima hasil dari perjalanan dan kerjabuat kita dalam meraih kehidupan akhirat yang bahgia.

Marilah kita mencintai akhirat dan bermula dengan ‘ kezuhudan’ kepada dunia ini kerana zuhud inilah jalan meski ianya sebuah pilihan kerana dengan zuhudlah akan terhasil interaksi kita dengan wahyu Allah ….

Ingatlah lagi pesan Nabi akh ..

Tujuan ku bukanlah untuk harta dan dunia, tetapi aku adalah seorang musafir yang beristirehat dibawah pohon kemudian meninggalkannya ….. HR Ibnu Majah

Dunia ini adalah sebatang pohon akh …. meski banglow dibawah nya, Mercedes ditepinya dan Isteri yang comel bertenggek didahannya. Ia tetap sebatang pohon yang tua. Jelek dan buruk dan tidak ada apa apa kemegahan tentangnya ketimbang akhirat yang abadi.

Ubahlah peribadi dunia kita ini dengan  tiga perkara dan mujahadahlah …

Paksakanlah diri untuk mengendali  hawa nafsu dalam meninggalkan pesona dunia

Sukarelalah meninggalkan pesona dunia kepada perkara yang tidak perlu dan kurang penting

Jangan rasa zuhud sebagai beban kerana kalau tidak zuhud pun kita tetap terbeban.

Sekadar ini yang termampu untuk ku tuliskan buat diriku dan selebihnya adalah satu perkongsian ruhiyah buat kamu andai kasih sayang kita masih tertaut untuk mencintai akhirat …. Insyaalah

Segala yang baik itu adalah ilham dari Allah. Wallahuaklam.

muharrikdaie – menulis untuk menggerakan jiwa jiwa

5 responses to “jangan pisahkan

  1. sufiana July 8, 2012 at 10:06 am

    Apa hrpn anda ats tertulis tulisan ini

    • muharrikdaie July 8, 2012 at 5:56 pm

      sufiana – terima kasih atas pertanyaan. Harapan saya untuk terus buat yang terbaik sebagai seorang hamba dan melaksana kan segala tuntutan sebgai seorang hamba seberapa daya. Bagi saya cukuplah akhirat sebagai motivasi untuk terus berjuang didalamnya. Wallahuaklam.

  2. muharrikdaie July 7, 2012 at 5:47 pm

    Izzaty & Din … terima kasih kerana sudi bersama untuk komen. Sama sama kita beramal insyaalah.

  3. izzati hashim July 6, 2012 at 3:46 pm

    Memandang dunia dengan definisi akhirat.

  4. din July 5, 2012 at 11:01 pm

    jazakallah akhie, artikel begini banyak mengingatkan kita tentang halatuju abadan abadaaa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: