Nota kosong seorang kawan


Memang aku ingin bercerita tentang dia. Satu nama yang pernah hidup dihati aku. Nama yang telah membuat aku mengelamun menerjah awan.

Meski waktu ku banyak terbuang dan terluang tika melayan angan ku dulu tentang dia tapi tidak pernah aku sesali. Kerana kehadirannya banyak membuahkan amal amal yang membolehkan aku berdiri istiqamah dihadapan Tuhan ku dalam mengisi sebahagian hayat aku dimedan dakwah ini.

Mungkin lidahku kelu untuk mengakui sesuatu yang ingin ku bisikan padanya dulu  tapi tidak dihati aku! Hati ku pernah menerimanya dulu.

Bagi aku dia tiada duanya.

Tidak dinafikan bukan dia seorang saja yang Allah ciptakan yang berlegar legar diminda aku … tapi da tetap lain dari yang lain.

Suka ku bukan kerana dia cantik. Bukan juga anggun. Bukan menawan. Juga bukan cendiakawan. Tetapi dimata dan di dalam rasaku, dia punya satu aura yang jarang dimiliki ramai insan. Peribadi tegarnya. Kekerasan hatinya serta kemahuannya. Itulah dirinya! Satu jasad yang tidak mudah untuk ku lupa.

Mungkin jika dia bukan dijalan dakwah ini, dia hanyalah nota kosong bagi aku. Kerana tidak memberi apa apa makna meskipun untuk dibaca. Begitulah dia, tidak punya apa apa kelebihan seperti orang lain.

Nyata! Auranya benar benar mengharum di jalan ini.

Allah mengangkat harkat hidupnya dijalan ini lantas menjadikan dia istimewa, bukan saja kepada aku tetapi dikalangan pencinta dakwah!

Dia bukanya seorang yang retorik. Atau seorang filosof tapi dia bagi ku adalah seorang yang beramal. Beramal apa yang dia kata. Sebab itu dia terus melaju dijalan dakwah ini.

Bukan mudah menemui insan sepertinya!

Meski dikelilingi kemewahan hidup tapi dia tetap memilih jalan sukar ini. Jalan yang penuh mehnah ini untuk berkongsi keringat dan pengorbanan. Malah ujian nafsu sering saja mengintai peluang untuk menghunjam setiap pendokong dakwah kedasar kehancuran dan menghanguskan iman mereka hingga menjadi debu hitam berterbangan!

Tapi disitulah dia bertarung dengan hati mulusnya yang telah ditarbiyah oleh belahan benua asing yang pernah didudukinya hingga menjadikan dia tegar dijalan dakwah ini.

Disitulah kehebatannya!

Memang penat hidupnya. Lelah dan mengkeringatkan! Tetapi disitulah ubun ubunnya kulihat di mandikan dengan rahmat kesejukan embun cinta rabbnya hingga dia teguh tegak bagai tugu yang tidak dapat digugat ribut badai  dan dicairkan oleh terik mentari.

Disitulah juga dapat ku lihat kekuatannya berpaksi.

Bertahan dan terus bertahan hingga ramai yang kagum dan bertepuk sorak dengan zikir kesyukuran mengalu alukan kehadirannya dijalan tarbiyah ini.

Mungkin dia tidak sedar kehebatannya dan kelebihannya!

Itu dulu.

Tapi kini, aku dapat rasakan dia semakin lemah!

Lemah jatidiri.

Sering beralasan.

Mungkin biah dan suasana menguasainya.

Mungkin tiada yang memotivasiny untuk membangunkan jiwanya kembali.

Semangat Ummu Ismail yang ku kagumi ada padanya dulu, sewaktu dia berseorangan dibelahan dunia yang tiada saudara mara itu sudah pudar.

Dia tidak tegar seperti dulu lagi.

Hatinya rapuh. Jiwanya luluh. Jasadnya lemah.

Dia mula menerima kelemahan dirinya seadanya tanpa melawan.

Amat malang, dia kalah dengan kelemahannya.

Nampaknya dia sudah hilang kekuatan Zainab AlGhazali menghadapi kesibukan hidupnya …

Apakah yang mendera batin mu kawan? Apakah dunia telah membungkus kamu dalam selimut kerehatan hingga kamu menguap lemah dalam dakwah ini?

Apakah nyala bara hamasah mu dulu makin sejuk dengan ujian kerja yang menyita masamu?

Jangan jadikan bayang bayang kejenuhan dan kepenatan memintas kerja dakwahmu kawan!

Kamu pun tahu kerja dakwah adalah kerja syurga.

Kamu harus kembali kepada kekuatan kamu dulu. Meredah hutan dan belukar ujian hingga kamu kembali meratap kepada rabbMu!

Kawan,

Ingat! Kamu tidak layak untuk mengambil ruksah! Kamu murabbiyah.

Jangan jatuhkan darjatmu yang telah kamu jangkaui dulu.

Mana nuansa imani kamu?

Mana sayap kanan raksaksamu yang pernah kamu kepakkan bertalu talu menyatakan kerinduan kepada ‘ Firdaus’?

Mana sayap kirimu yang terketar ketar mengepak kerana takutkan azab Allah?

Cukuplah kamu mengambil ruksah itu. Kembalilah kamu mengambil ‘azimah’. Kerana orang yang memiliki azimah akan dapat menguasai dirinya dan orang lain!

Pautkanlah kembali hati mu dengan titah langit supaya titah itu dapat membebaskan kamu dari ketegangan yang ditimbulkan oleh interaksi kehidupan duniawimu.

Kembalilah! Milikilah kembali jiwa perindu. Merindui tingkat demi tingkat maqam jihadmu sepertimana kerinduan Umar abdul Aziz merindui syurga.

Lukiskanlah kembali kenikmatan syurga dimata mu kerana lukisan kenikmatan syurga itu akan meringankan semua beban kehidupan duniawi dalam dirimu.

Akhirnya kawan …

jangan biarkan jiwa mu kosong. Bersabarlah menghadapi ujian kehidupan ini kerana sabar itu adalah ‘ummul akhlak’ .

Sabar bagai laut yang dapat menghanyutkan semua kesedihan, kelemahan, emosi dan segalanya. Dia bukan hanya hanyut begitu saja tetapi hanyut untuk kembali menjadi kekuatan jiwa baru, dorongan baru dan semangat baru.

Senyumlah … kembalilah keasal mu kawan. Seperti dulu …. membuat segalanya dalam satu masa!

Aku percaya kamu boleh! Kerana kamu adalah kawan ku yang akan kamu kenal sebenar benarnya disyurga sana!

muharrikdaie – menulis untuk menggerakan jiwa jiwa.

5 responses to “Nota kosong seorang kawan

  1. ina July 3, 2012 at 10:55 pm

    terima kasih atas coretan ini,
    menyuburkan kembali ruh perjuangan kembali.
    alhamdulillah.

    usahalah!

  2. izzati hashim July 3, 2012 at 3:25 pm

    Bertuahnya dia punyai seorang kawan yang cukup mengambil berat.
    Moga dia kembali teguh.
    Moga dia sentiasa dalam lindungi Ilahi selalu. InsyaAllah.

    • muharrikdaie July 3, 2012 at 8:49 pm

      Izzati – Sekadar motivasi untuk membantu … semata mata untuk kepentingan dakwah. Begitulah tanggungjawab kita pada seorang kawan meski terkadang kawan kita itu itu terlalu negatif dengan kita dan bersangka sangka!🙂

      • izzati hashim July 5, 2012 at 9:14 am

        Subhanallah. (=

        “Begitulah tanggungjawab kita pada seorang kawan meski terkadang kawan kita itu itu terlalu negatif dengan kita dan bersangka sangka!”

        *Tertampar dengan ayat ini. Jzkk! (=

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: