Beginilah wajah dakwah


Banyak orang menyangka menapaki jalan dakwah ini mudah.

” Apa susahnya. Kan nabi kata sampaikanlah walau satu ayat pun. So kita sampaikanlah apa yang kita mampu. Kan itu dakwah juga?” Begitulah suara suara yang banyak kita dengar.

Betullah tu. Cumanya takkanlah lepas kita sampaikan satu ayat tu kita biarkan orang yang kita dakwahi itu berlalu begitu saja. Apa pulak kesannya? Tak mungkin dakwah begitu yang dimaksudkan Nabi.

Mungkin, itulah dakwah yang difahami oleh masyarakat kita sejak dulu. Menyampaikan sesuatu yang baik kemudian terpulanglah kepada individu itu untuk mengamalkannya!

Itulah yang selama ini aku lihat. Dan kesannya masyarakat tidak pernah berubah.

Sebenarnya kita tidak pernah kekeringan pendakwah yang punya aura untuk menarik manusia kepada deen ini. Namun kehadiran mereka tidak banyak memberi keberkesanan perubahan yang optima dalam dakwah di Malaysia ini.

Memang mereka diminati. Dijadikan ikon ikon di FB twitter dan dimedia media. Dihadiri puluhan ribu jamaah mendengar kuliyah mereka. Namun sayangnya mereka tidak dapat ‘men drive’ manusia untuk menjadi pelapis dan menjadi pendokong dakwah seperti mereka juga.

Aktiviti asatizah hebat ini hari hari adalah berceramah mengikut jadual dan tempat. Dari negeri kenegeri bertukar tajuk demi tajuk hinggalah populariti mereka mereka hilang ditelan zaman.

Itulah yang berlaku sejak dulu.

Bila aku mengenal jalan dakwah ini baru lah aku tahu bahawa menapaki jalan dakwah ini bukan begitu.

Bukan hanya perlu ada ilmu dan title. Bukan hanya perlu kepada populariti. Bukan hanya perlu ada aura. Pandai berceramah dan menyampaikan ilmu dan menyedarkan audien saja tetapi kita juga harus bersedia menjadi ‘pembina’ untuk memastikan keberlangsungan dakwah dan memastikan manusia yang telah kita beri kesedaran itu terus istiqamah berada dijalan suci ini menuju kepada daulah!

Namun menjadi pembina inilah yang tidak disanggupi oleh oleh para asatizah yang famous dan punya aura ini. Apa lagi kalau asatizah ini hanya bergerak bersendirian dan tidak mengikat diri mereka dengan jamaah dan tanzim yang mana akhirnya mereka ini pastinya akan hilang tanpa disedari bila zaman populariti mereka semakin memudar.

” Tanggungjawab membina ini anta dan jamaah antalah yang kena lakukan syeikh? Kita masing masing main peranan. Tak kan semua ana nak buat. Ana mana ada masa. Hari hari kena pergi kuliyah. Nak buat preparation lagi! Lagi pun kalau ana tak ceramah siapa nak bagi anak bini ana makan. Ana bukan ada kerjaya. Kerjaya dakwah beginilah untuk menyara kehidupan keluarga ana disamping ilmu dan tanggungjawab dakwah ana pada masyarakat.”

Begitu jawaban seorang ustaz yang famous ini kepada aku bila aku ajukan persoalan demi persoalan kepadanya terhadap perlunya dia berintima’ dengan jamaah dan menggunakan kelebihan aura nya itu untuk meng saff kan masyarakat yang telah didakwahinya.

Suasana agak hening. Aku lihat ustaz itu merenung jauh. Air mukanya mula berubah. Mungkin dia marah pada aku agaknya. Hati aku terus bermonolog. Bagaimana aku nak mempengaruhinya?

” Ana setuju apa yang ustaz katakan.” Aku memulakan kembali sembang yang terhenti sambil cuba menguntum senyum.

Dia kembali mengarahkan wajah jernihnya kepada aku sambil meraut janggut lebatnya yang tersisir rapi. Wajah yang aku rasa tidak pernah tinggal tahajjud. Bersih dan bercahaya.

” Macamana kalau ustaz bersama ana. Bersama dalam jamaah ini dan sama sama kita buat kerja dakwah dan tarbiyah ini. Soal kehidupan ustaz biar ana yang uruskan.” Aku menyambung sembang.

” Sememangnya ana nak syeikh! Cumanya ana belum bersedia lagi. Nantilah dulu ana fikirkan.” Jawab ustaz sambil tersenyum.

Memang itulah jawaban yang selalu aku terima bila cuba untuk mendakwahi ilmuan agama yang sebegini. Meski aku tahu itu hanyalah alasannya untuk menutup bicara dan sembangnya dengan aku tapi itu sudah memuaskan hati aku kerana telah dapat meyampaikan hajat dakwah ku kepadanya. Muga muga dia dapat terus berfikir betapa pentingnya seorang pendakwah hebat sepertinya berintima’ dengan jamaah islam yang boleh menguruskan kerja dakwahnya secara tersusun dan dapat menarik peminat peminat ceramahnya kedalam saff dakwah ini supaya boleh dicanai menjadi bakal penyambung risalah yang suci ini.

Sebenarnya panjang lagi bualku dengannya sebelum ini. Aku pernah cakap padanya bahawa aku ingin mengunakan segala kelebihan yang ada pada nya dalam menarik manusia ini kedalam saff dakwah ini. Aku tidak mahu dakwah umum yang dibuatnya itu sia sia. Sia sia yang ku maksudkan itu bukanlah tidak berpahala tetapi adalah rasa satu kerugian andai manusia yang telah disedarkannya itu hilang begitu sahaja tanpa disaff dan ditarbiyahkan.

Memang bukan mudah untuk menyedarkan manusia dan menarik mereka. Apa yang aku pernah lakukan, nak menarik sorang manusia kedalam saff dakwah ini pun mengambil masa bertahun. Pernah satu masa bila qiyadah mengarahkan kami untuk mendapat seorang mad’u untuk disaffkan, dan diberi waktu dalam masa satu tahun pun tidak mampu aku dapatkan!

Itulah kelebihan asatizah yang famous ini. Kelebihan yang Allah berikan kepada mereka boleh menarik ramai manusia menerujakan aku. Dan kita sebagai daie ini pun sepatutnya mengambil kesempatan agar selalu mendekati mereka agar dapat menyuarakan hasrat kita kepada ustaz ini demi dakwah ini. Jangan malu untuk mendekati asatizah sebegini untuk menyampaikan fikrah kita.

Tarbiyah tidak pernah mengajar kita untuk bersikap kaku dalam dakwah dan hanya mendakwahi orang jahil sahaja tetapi hendaklah kita mendakwahi orang yang punya ilmu kepada fikrah kita.

Sedar tak sedar, mereka ini adalah aset paling besar dalam kerja dakwah ini meski mereka bergerak bersendirian tanpa jamaah dan tanzim.

Sebenarnya mereka adalah sebagian dari kita meski mereka tidak bersama jamaah kita. Malah kalau kita lihat, mereka lebih baik dan hebat dari kita. Apalah guna sebahagian dari kita bersama jamaah dan tarbiyah ini tapi tidak melaksanakan dakwah. Tetapi mereka walau tidak bersama jamaah, mereka melaksanakan dakwah. Sebab itu kita kena terus berusaha mendekati mereka agar kita dapat bersama sama memikul beban dakwah ini didalam satu saff!

‘ Kam fina walaisa minna wakam minna walaisa fina ( berapa banyak orang ditengah kita, tetapi bukan kelompok kita dan berapa banyak orang yang tercatat bagian dari kita tapi tak ada ditengah kita)

Aku tak nafikan terkadang didalam jamaah  yang aku dokongi ini pun , aku hanyalah membilang angka angka yang kosong. Mentarbiyah jasad jasad yang tiada ruh. Bertahun tahun. Bukan sekejap. Boleh dikira!

Dalam usrah aku sendiri pun aku tak dapat melihat mereka menjadi pendakwah yang benar benar berdakwah meski aku tidak jemu mengasah kepekaan mereka.

Bukan aku tidak api kan jiwa mereka dengan hamasah. Bukan tidak aku pahatkan hati hati nurani mereka akan hakikat kehidupan ini! Bukan tidak aku ajak mereka bermabit ditanah perkuburan untuk mendapatkan ruhani yang penuh kesedaran! Tetapi itulah dia ….. dunia tarbiyah bukanlah dunia teori tapi adalah realiti dan realitinya adalah tidak semua yang berada dalam saff jamaah itu cair dengan akhirat bila melalui proses tarbiyah malah merekalah bakal bakal penyambung mengembala kambing kambing thalabah!

Jangan ditanya mengapa? Tapi itulah realiti yang dihadapi oleh para murabbi dakwah dan tarbiyah. Meski kita menjual produk rabbani kepada mereka. Bersama sama mengetarkan bibir  dengan sebutan namaNya dan menelaah kitab sunnahnya, belum tentu mereka dapat mengamalkan semua itu.

Bila semua ini aku lalui, baru aku tahu bukan sahaja kanak kanak sekolah sahaja yang ” bebal” didalam kelas sekolah mereka malah didalam halakah dan jamaah ini pun ramai yang ‘bebal’.

Sepatutnya semua ini harus kita pelajari dalam kehidupan dakwah ini. Ada yang disekolahkan dalam sekolah dakwah ini menjadi hebat dan ada juga yang semakin disekolahkan semakin bebal!

Beginilah wajah wajah dakwah yang seharusnya kita mengambil Ibrah darinya.

Sama sama kita muhasabah diri.

muharrikdaie – menulis untuk menggerakan jiwa jiwa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: