tahun dukacita


Akhi yang ku kasihi kerana Allah dan kerana dakwah ini ….

Jika Rasullulah punya tahun dukacitanya, begitu juga aku! Tahun ini adalah tahun dukacita ku.

Duka aku bukanlah kerana putus cinta dengan kekasih aku. Bukan juga kehilangan seseorang yang dekat dihati aku yang pernah ku harap menjadi pendamping dakwah ini dulu! Atau kematian orang orang yang kusayangi …..

Tetapi duka ku adalah diatas perpecahan ummah yang semakin meruncing yang sudah tidak boleh dikawal lagi dibumi Malaysia ini, seolah olah mereka terkena penyakit gila. Gila Kuasa! Sehingga Islam, ukuhuwah dan kasih sayang sesama islam sudah seperti hilang dan dihijab dari hati mereka.

Teramat malang lagi, kedengaran budaya kafir mengkafir sesama islam, disamping  fitnah memfitnah, hukum menghukum dan tuduh menuduh hampir setiap hari berlaku. Dari kedai kopi hinggalah kemimbar Masjid berterusan tidak pernah berhenti.

Malah ada segolongan ulama’ non partisan dan mufti yang ingin mendamaikan, dituduh pula oleh penyokong penyokong karat dan pengtaksub parti sebagai pengkhianat agama, anjing pemerintah, talibarut pemerintah, terompah kayu dan sebagainya.

Ulama’ ulama’ partisan pulak sudah dianggap oleh masyarakat seperti ‘mullah’ yang diamalkan oleh puak puak syiah di Iran, disanjung dan disucikan. Setiap bait perkataan nya seolah olah suatu ijtihad yang tidak boleh dikritik dan ditegur!

Puak puak anti Islam dan kafir harbi di Malaysia ini sudah semakin menonjolkan taringnya, seperti yahudi diMadinah. Mereka semakin berani menentang islam, mempertikai dan mencabar hak hak Islam dan apa juga yang dipunyai oleh Islam dan menggunakan Ngo Ngo luar negara untuk menekan pemerintah oleh kerana mereka telah menjadi golongan terpenting untuk kemenangan pembangkang dan tiada siapa pun yang berani menegur mereka!

NGO’s ngo islam bergaduh sesama sendiri. Menegakkan apa yang mereka yakini.

Itulah antara senario yang berlaku dalam  negara yang sangat aku cintai ini.

Bagi aku, meskipun aku berada dalam jamaah kerdil D & T ini, aku tidak pernah diajar untuk menolak politik malah kami diajar untuk mendahulukan Islam dan perpaduan ummah dan mempertahankan Negara ini dari sesiapa pun yang menentang Islam!

Dan politik Islam sudah tentu adalah sebahagian dari perjuangan yang perlu kami bantu. Justeru itu, disetiap PRU segala program jamaah kami, dibekukan demi untuk membantu kemenangan Islam. Kemenangan Parti Islam. Malah kamilah juga mengisi tempat tempat kosong yang tidak diisi  berkempen untuk islam di ceruk ceruk kampung hingga ke hulu negara ini.

Segala dana dan tabung digerakkan untuk membantu islam. Tapi sayangnya, jasa dan pengorbanan kami tidak langsung dihargai oleh golongan yang tiada mengenal erti tarbiyah dan taksub parti ini namun itu bukanlah matlamat kami. Cukuplah asal kami tidak di fitnah dan dituduh anti kepada Parti Islam!

Ulasan dan kritikan aku terhadap sikap Parti Islam terhadap Tahaluf Siyasi, perpaduan, muzakarah dan isu lainnya bukanlah niat untuk menentang mereka tetapi adalah untuk pencerahan fikrah kita dan membetulkan alfahmu kita tentang pentingnya perpaduan dan kasih sayang meski kita bermusuh didalam politik demi survival islam diMalaysia ini.

Aku ditarbiyah oleh manhaj ikhwan maka sudah tentu aku melihat politik dari sudut kefahaman ikhwan. Dari kacamata ikhwan yang penuh kasih sayang itu. Bukan seperti mereka yang hanya melihat politik dari kaca mata hitam tanpa difilter dan yang dikaburi oleh hawa nafsu dan dendam kesumat terhadap lawan.

Bagi aku perbedaan kita hanyalah dari segi wadah dan kefahaman oleh sebab kejahilan lalu dan ini tidak boleh dijadikan tiket untuk kita memusuhi sahabat kita yang berada didalam parti sekular itu dan memusuhi mereka seperti kaum Yahudi israel!

Mereka juga berhak mendapat dakwah dan kasih sayang kita. Malah inilah tanggungjawab kita sebenarnya untuk mendakwahi mereka dan memeberi kefahaman kepada mereka.

Janganlah kita guna hawa nafsu dalam  berjuang dan berharakah tetapi gunakanlah iman kerana hawa nafsu dan kebenaran tidak pernah akan bertemu dalam perjuangan suci ini!

Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini dan semua yang ada didalamnya ( Mukminun 71 )

Tidak perlu aku mengulas panjang tentang isu politik ini kerana ianya memang tidak pernah akan membeuahkan amal malah boleh membawa kepada kemudaratan ukuhuwah antara kita yang masing masing punya cara pandang yang berbeza.

Terkejut aku menerima satu message dari seorang akh ini yang tidak ku kenal ini,

” Anta tahu tak akhi anta seorang da’i yang sangat kurang ajar, biadap dan sombong. Jangan pandai pandai anta nak kritik. Anta siapa? Perbaiki akhlak anta, jangan sampai memfitnah Parti Islam yang mulia dengan keceluparan mulut anta. Kaji dahulu fiqh-fiqh politik yang digunakan oleh Rached Gannouchi (Parti en Nahdah Tunisia), FJP milik Ikhwanul Muslim (yang melantik Naib Presiden dari kalangan orang Kristian). Mereka mempunyai asas dan majlis syura yang mempertimbangkan setiap keputusan. Jangan sampai keangkuhan anta dan jemaah anta tidak boleh ditegur”. Begitu seorang yang tidak ku kenali menegur aku.

Begitu juga satu message dari sahabat aku ini,

” Anta jangan larut sangat dengan sikap ‘Ikhwanist’ anta itu. Anta perlu sedar bahawa anta sebenarnya mengelamun dalam dunia D & T  yang bagai katak dibawah tempurung tu. Anta tak boleh komen parti yang sarat dengan ulama’ tu! Siapa anta? Ulama’ ke? Tok Guru ke? Entah entah baca Fatihah pun tak betul, apa lagi anta nak komen tentang politik?

Itu adalah diantara komen komen yang agak beradab aku terima dan yang lain hanyalah caci maki yang tidak berakhlak!

Buat kamu adik adik ku dan saudaraku yang berada dalam wadah politik …

Kamu bebas untuk berfikir dan berpolitik. Aku akui akan dasar perjuangan kamu kepada islam itu dan aku adalah sebahagian dari kamu yang inginkan daulah itu. Tetapi janganlah sampai kebenaran yang kamu bawa itu menjadikan kamu begitu sombong sehingga menidakkan bantuan dan pertolongan sahabat sahabat kamu yang lain dari wadah kamu dan menghukum mereka hanya kerana  kritikan ikhlas mereka terhadap kesilapan jamaah kamu.

Pandanglah islam dengan nuur Allah yang telah memberi hidayah kepada kita semua. Cintailah saudara kita walaupun mereka adalah lawan kita didalam politik kerana mereka juga berhak mendapat hidayah seperti kita. Kamu harus tahu batas batas kita didalam berdiskusi. Paling penting jaga kekuatan ukuhuwah kita …. jaga kasih sayang. Buang segala mazmumah dan rawasib jahiliyah yang masih tersisa didalam hati kamu itu … Insyaalah akhi!

Buat adik adik ku dan sahabat ku yang berada didalam D&T

Meski kita tidak ghairah untuk menghadapi PRU kerana ini bukanlah matlamat kita tapi bantulah Parti islam nanti dan undilah bagi mereka yang benar benar layak untuk dijadikan pemimpin. Elakan mengundi puak puak kafir dan munafik yang menentang Islam walaupun mereka nampak macam warna islam.

Seterusnya teruskan dengan agenda tarbiyah kita. Jangan diabaikan akan hubungan kita dengan Allah dan dengan dakwah dan Tarbiyah ini.

Aku doakan muga kamu semua terus thabat dijalan dakwah ini. Teruskan usrah. Teruskan tarbiyah. Teruskan dengan program program jama’ie. Dan teruskan dengan agenda dakwah yang telah jamaah kamu rancangkan dengan penuh iltizam.

Dahsyatkanlah peribadi kamu untuk meraih cinta dari Allah. Jangan lupa tarbiyah dzatiyah kerana tarbiyah dzatiyah sajalah jalan yang boleh mengubah kamu menjadi rijaludeen rabbani dan bukan insan yang hanya pandai berkokok mengerakan orang beribadah sedangkan kamu lupa bahawa kokokan itulah nanti menjadi bala bagi kita diakhirat kelak ….

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (As-Saff :2)

Jangan lupa mutabbah amal kamu …. puasa, solat malam, dhuha, zikrullah, selawat, hawqolah, quran, hafalan hadith, quran dan membaca sirah.

Ku sebut ulangnya disini kerana ini semua aset dakwah dan kemenangan kita akhi. Seorang jurudakwah tidak akan mampu berdakwah andai dirinya sendiri tidak punya kebahgiaan. Masakan orang yang tak bahgia dapat memberikan kebahagiaan kepada orang lain. Pastinya orang yang tidak punya sesuatu tidak akan dapat memberi sesuatu!

Jangan kamu putus asa untuk menyeru sesiapa saja dibumi ini dan siapa saja yang kamu jumpa. Almursyid albanna mengajar kita begitu. Orang dakwah seperti kita tiada musuh. Kita bukan orang politik. Semua manusia adalah mad’u kita. Semua manusia yang sesat barat adalah tanggungjawab kita yang telah diberi Allah kelebihan taufik dan hidayanh nya ini.

Sebab itu aku menyeru kamu agar terus menuntut ilmu, faham, berdiskusi dengan para alim ulama’ serta bermujahadah untuk menghafal ayat ayat Allah dan hadith juga melazimi membaca sirah kerana sebagai pendakwah kita wajib berhujah dan berdakwah dengan ayat ayat Allah, dengan hadith dan dengan sirah.

Kita tidak boleh berdakwah dan menyedarkan manusia serta menghidupkan hati manusia ini hanya dengan ‘membuih’kan lisan kita ini dengan isu semasa rekaan manusia yang dicampur dengan statement statement surat khabar. Atau menjual dakwah kita dengan bendera parti, atau isu politik atau menjadikan peribadi Tok Guru dan para alim ‘ ulama’ untuk menarik manusia kejalan Allah.

Kita mahu manusia menerima dakwah kita dan menerima islam ini atas dasar kefahaman dan kesedaran dan bukan lil lil selain Allah.

Kerana berdakwah dengan isu semasa tidak boleh melembutkan hati manusia dan melamakan mereka dengan jalan Islam ini!

Fahamilah kembali Usul isyrin itu kerana ianya adalah asas kepada perjuangan kita dan neraca bagi kita untuk menentukan stand kita insyaalah.

Akhirnya kembalilah kita kepada ayat Allah ini supaya kita faham akan tanggungjwab kita sebenarnya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2, maksudnya:

“…Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

Sekadar itu kemampuan aku untuk menulis. Teruslah berdoa dan berdoa agar Allah datangkan kemenangan untuk Islam ini dan mengeratkan perpaduan dan kasih sayang kita ini samapi kesyurga. Insyaalah.

Wallahuaklam

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

4 responses to “tahun dukacita

  1. angah June 7, 2012 at 8:15 am

    qullilhaq walau kaana murra (berkatalah benar walaupun ia pahit)… Dan memang pahit yang terpaksa kita telan apabila kita bercakap tentang kebenaran.. ramai orang suka menegur tetapi terlalu ramai yang sukar menerima teguran. kerana apa? kerana tidak dinafikan manusia-manusia hari ini terlalu “memandang” kedudukan dan kredibiliti seseorang untuk memperkatakan sesuatu terutamanya apabila bercakap tentang Siyasah wa Din…(politik dan agama)… bersabarlah wahai akh muharrik dan jangan biarkan semua itu menurunkan semangat dakwahmu. Setiap kritikan yang diberi itu anggaplah ia sebagai sampingan yang datang untuk bertamu seketika dalam perjuangan menegakkan Islam… Walalhu’alam…

  2. din June 7, 2012 at 7:20 am

    inilah ujian yg Allah swt turunkan buat kita hambanya yg berada dibumi bertuah ini.Seperti mana yg disabdakan oleh Nabi kita bahawa akhir zaman nanti fitnah akan berluasa diketika zaman alat tulis begitu mudah ( jika kita hayati maksud zaman alat tulis begitu mudah) ia adalah zaman internet, dimana fitnah boleh merebak merata dunia dengan hanya menekan butang ‘send’

    bila fitnah merebak maka berjaya syaitan menghasut org2 yg terlalu ghairah utk melakukan kebaikan sehingga membelakangi sikap kesederhanaan yg disuruh oleh Nabi saw dan akhirnya mereka terjerumus menjadi kuncu2 syaitan didalam memecah belahkan umat.

    mereka letak nama Islam,syurga dan neraka begitu mudah sehinggakan seolah2 itu semua hak mereka, nau’zubillah.

    saya doakan semoga saudara2 kita ni diberikan Allah taufik dan hidayah

  3. iszuanie June 4, 2012 at 9:37 pm

    moga dipermudahkan usahanya akhi… ada ketika dugaan seperti ini lebih berat dari masalah peribadi kerna ia adalah masalah ummah.. untuk akhi, dititipkan doa ikhlas agar terus berdakwah membawa kembali umat Muhammad di bumi tercinta kembali kepada ALLAH dan bukan hanya melaungkan laungan politikus sahaja tanpa Islam sebagai paksi utama.. sesungguh diri ini hanya mampu berdoa dan berdoa agar umat Muhammad kembali bersatu dalam satu jiwa yang sama… kenapa harus berpecah belah dan melaungkan mahu memperjuangkan Islam namun bahasa dan jejak langkah Baginda s.a.w tidak pernah diikuti… Rasulullah tidak pernah mencaci dan menghina orang lain bahkan ayahanda saudaranya sendiri yang sering menentang Baginda… kasihnya pada umatnya amatlah tinggi dan tidak sesekali Baginda menggunakan kekerasan… kenapa sunnah ini tidak ikuti mereka.. sungguh diri ini lebih kerdil dari pejuang-pejuang ini namun kesedihan akhi turut dirasai hati ini…

    p/s: dipohon untuk berkongsi sama artikel akhi ini…

    • kuek87 June 6, 2012 at 11:52 am

      bukan hanya berlaku di Malaysia..diluar pun ada pemimpin gila kuasa… pilih la yg nampak nak tuju pada islam… setiap yg dilakukan akan disoal… kenapa kamu pilih pemimpin sekian2 utk jadi pemimpin kamu… masing2 ada keje masing2.. sudah dibahagikan .. sudah Allah jadikan molek dah… sorang perjuang islam dari segi politik… sorang lagi juang islam…ajak org lain kenal Allah lebih dekat…. Politik tuh penting gak akhi muharikkdaie… klu dari atas pemimpin dah xbetul… yg bawah apatah lagi… dlm ikim fm ada ulas pasal nih…ustaz tuh bg jawapan tgh2… nak jaga nyer…takut tersalah ckp… tapi sy pun xpuas hati dgn jwpn ustaz tuh…. bagi jawapan selamat… xbagitahu yg sebenar2nya…. org yg nak tegak islam xkan jwb mcm tuh… dah diberi ruang utk ajak org lain…tapi xguna sepenuhnya peluang yg ada…untuk bukak minda org lain… berita dah xboleh nak percaya…siar yg xbetul…. sy pergi bersih 3 nak tengok keadaan sebenar…apa yg benar2 terjadi…. sy rasa kejam nyer pemimpin buat mcm ni… sedih sgt2 tengok keadaan masa tuh…. belum lagi perang betul2… saya tak tahu nape sesetengah org yg buat kerja dakwah xambik hal pasal politik nih…jarang sangat yg join… pernah tanya pakcik tabligh…diorg mmg xsuke klu ckp pasal hal nih… diorg lebih suka ajak org buat kebaikan… sy ambik keputusan… kedua2nya penting…ajak org buat baik…politik pun penting sbb utk islam jugak…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: