ghairah cinta


Sejak minggu lepas kad jemputan kahwin menyesakkan postbox aku. Musim kahwin memang macam musim durian. Sekali bermusim hingga tak termakan!

Sekali lagi aku seolah dipaksa oleh sahabat sahabat untuk hadir. Ada yang tulis dalam kad. ” Akhi, Anta mesti hadir! Wajib aradhi.” Begitu tulisan tambahan dengan pen disamping wording lazim dalam kad kahwin. Dalam hati aku berkata, ” Banyaklah! Pandailah mereka menambah hukum hendakan aku hadir!” Tersenyum aku dengan kerenah sahabat yang benar merindui aku.

Aku tahu mereka memang nak sangat aku datang. Tak sah kalau tak ada aku. Dengan kata lain, sahabat sahabat aku memang merindui sembang gebang aku. Rindukan jenaka aku. Jenaka ‘over’ ku yang boleh membuatkan perut mereka kempang kempis ketawa. Beginilah selalunya, hanya musim perkahwinan dan perayaan sahaja, waktu untuk kami bertemu dan berukuhuwah kerana masing masing sibuk dengan kerjaya, keluarga dan program dakwah yang menjarang dan menjarakan kami untuk bertemu.

Selain cerita orang kahwin dan jemputan kawin, Aku lihat, iklan iklan jemputan ceramah cinta dan motivasi cinta pun banyak disebarkan oleh pelbagai tajuk.

Dalam twitter dan Fb aku, ramai yang ghairah mengtag gambar tentang cerita rumahtangga, kawin dan tips tips mencari pasangan.

Aku pun pelik akan trend sekarang ni! Keghairahan mereka tentang alam cinta dan perkahwinan ini dah melampaui hadnya seolah tidak ada perkara lain untuk dibincangkan dan yang perlu diutamakan!

Justeru kita lihat sekarang ini, ramai remaja dan akhawat begini seolah olah desperate dan tak sabar sabar lagi nak kawin! Kalau yang dah berusia 25 tahun keatas itu, aku fahamlah, sebab mereka takut tarikh luput. Tapi adik adik yang baru first year masuk U pun tak segan silu bercerita tentang ‘baitul muslim’.  Kenapa ek?

Mungkin agaknya mereka tidak mahu terjebak dengan budaya ‘couple’ atau terjebak dengan maksiat! Mungkin juga. Almaklumlah, pergaulan sekarang dah tidak ada sempadan lagi. Kalau tidak bertemu secara fizikal, FB dah menjadi alternatif pertemuan mereka yang mengundang maksiat!

Atau pada pandangan naif aku mungkin antara punca mereka nak berwalimah cepat adalah disebabkan mereka ni tidak mendapat cukup kasih sayang dan perlukan seseorang untuk mendapatkan kasih sayang dalam hidup mereka. Wallahuaklam.

Walau apa pun, itulah trendnya! Orang dakwah ke? Artis ke? Orang awam ke? Semuanya kalut dengan persoalan cinta dan rumahtangga.

Begitu juga didalam media. TV Hijrah ke, Oasis ke, dan TV yang lain. Semua berlumba  menyajikan topik topik cinta dan cinta.Bagus jugaklah untuk knowledge supaya wanita wanita tidak terjebak dengan cinta yang terlarang yang menjurus kepada kemaksiatan.

Namun yang negatifnya adalah cerita cerita tentang dakwah dah hilang. Ceramah ceramah tentang motivasi dakwah pun dan lenyap. Sepatutnya dibulan rejab ni yang nak masuk ke  Syaaban dan Ramadhan ni, cerita cerita motivasi amal lah yang sepatutnya dikedepankan. Mungkin orang orang dakwah dan orang orang TV dah terlepas pandang kot! Atau pun mereka pun dan ‘ghurur’ dan ghalib dengan masaalah cinta ni!

” Bang jom pergi!” sapa seseorang sambil menepuk belakang aku. Terkejut aku dengan kehadiran Aziz, adik usrah aku dibelakang aku.

” Pergi mana? Tiba tiba jer anta ajak ana ni?” Aku bertanya.

” Nak ajak abang pergi program percuma tapi best!” Jawab Aziz sambil melirik senyum.

” Ceramah Ustaz Azhar Idrus ke?” Aku bertanya sambil meneka.

” Tak lah bang. Program ni lagi best. Program ‘mencari cinta’. Gerenti best. Ada Amin TV Hijrah. Ada Wardina. Ada Sham Kamikaze dan ramai lagi. Free lah!’ Aziz menjawab sambil mempromo supaya aku pergi.

” Ohhhhhh. Kalau mencari cinta ana tak mahu tapi kalau mencari bahgia ana nak lah!” jawab aku sambil bergurau.”

Haiiiii hai hai …. dah serik ke?” Aziz mengusik aku.

” Serik abenda? Dah dah dah … jangan nak cari pasal. Anta ajaklah orang lain. Ana ada banyak kerja ni. Proprosal program Syaaban dan ramadhan pun belum siap lagi”. Aku menghalaunya dari terus memprovoke aku. Kalau aku layan, lagi panjanglah bual nya!

” Eh bang. Betullah kata abang. Apa guna kita bercinta yer kalau tak bahgia.” Aziz menyambung usikkan namun masih membatu disebelah aku sambil merenung muka aku menanti jawaban.

” Nanti anta tanyalah soalan dalam forum tu nanti macamana nak cari cinta dan cari bahgia dalam perkahwinan. Pasti Ustaz tu tahu nak bagi jawab dengan anta.” Aku menambah.

‘ Oklah bang, nanti  jumpa esok kita cerita lah.” Sambil menjawab Aziz berlalu pergi.

Aku pelik, apalah yang nak digembar gemburkan sangat masaalah cinta ni. Ianya bagi aku hanyalah sebuah fitrah. Tak perlu mencari cinta. Kerana cinta ini ibarat atom diawangan. Ianya ada dimana mana. Dimana mana manusia akan terjumpa dan tersadung cinta. Sebab iyu dimana mana saja kita lihat orang bercinta. Ada yang berjaya sampai kekemuncak perkahwinan dan ada pula yang tersembam berada dibawah penderitaan. Semuanya gara gara cinta yang buta tak bertelinga!

Kalau tanya aku … jawabannya, tak payah lah susah susah mencari cinta tapi cubalah cari ‘Kebahagiaan” kerana dalam kebahagiaan itu ada cinta tetapi dalam cinta tidak semestinyanya ada kebahgiaan. Sebab itu ada jugak orang yang putus cinta dia bahgia walaupun sampai sekarang dia keseorangan!

Tapi memang betul akhi, andai kamu semua nak bahgia dan diredhai dan hendak merasa manisnya cinta, rujuk lah sirah para sahabat dan juga hadis Rasullulah. Sudah pasti kamu akan menemui contoh untuk dicontohi.

Masaalahnya sekarang ialah korang tidak mahu merujuk sirah dan hadis untuk mencari pasangan, Aku tahu, kalau pun kamu menelaah, mungkin hanya part dakwah dan tarbiyah dan part yang kamu minat saja tapi dalam mennelusuri kehidupan rumahtangga para sahabat kamu ignore kan saja. Sebab itulah kamu tak jumpa solusi nya!

Cuba kamu tengok hadis yang dah biasa kita baca ni;

Wanita di nikahi kerana empal hal; sebab kecantikannya; kerana kedudukannya; kerana hartanya; kerana agamanya ( HR Muslim)

Pernah tak Rasullulah menyuruh kita menikah wanita kerana cintanya. Tidak bukan? Kerana apa?

Kerana dalam agama itulah kemuncak cinta.

Dengan syarat kamu harus menghayati agama didalam perkahwinannya. Jumpalah kamu akan cinta itu!

Sahabat dan sahabiyah Rasullualh semuanya bercinta dan dapat merasai kemanisan cinta itu

Aku teringat tafsir hadis ini tentang cerita seorang yang bernama mubarak.

Dia ni bijak, jujur dan mulia sehingga Tuan ladang tempat dia bekerja itu berkenan dengan nya lantas ingin menguji, apakah pandangan mubarak tentang kriteria seseorang untuk dijodohkan dengan anaknya! Kerana peladang itu takut anaknya yang cantik dan penuh kasih sayang ini tidak mendapat calon yang benar benar sesuai yang dapat memberikan kebahagiaan kepadanya. Lalu dia bertanya kepada Mubarak,

” Mengikut pandangan kamu siapakah yang sesuai berkahwin dengan anak aku  ini?’ lantas dijawab oleh Mubarak.

Tuan, kalau orang jahiliyah menikahkan anak mereka kerna keturunan, Orang Yahudi pulak kerana harta dan orang Nasrani pulah kerana cantik, sudah tentu seorang mukmin kerana ghairah agamanya.”

Jawaban ini membuatkan Tuan ladang itu amat terharu dan tanpa bertangguh lagi dia mengahwinkan Puterinya dengan Mubarak pekerja ladangnya sendiri yang jujur dan mulia ini.

Berkat pernikahan berlandaskan dalam pertemuan cinta agama ini maka lahirlah Alim Agung dibumi ini yakni Abdullah ibn AlMubarak. Seorang yang alim, ahli hadith,  ahli fiqh, kaya-raya, zuhud, halus budi pekertinya, dermawan dan seorang pejuang fi sabilillah.

Allahurabbi. Inilah ‘ghairah cinta‘ sebenarnya yang dapat melahirkan duat yang sepatutnya kita hayati untuk melahirkan generasi dakwah yang semakin pupus dibumi ini.

Ingatkah kamu lagi akan cinta seorang yang bernama Nailah binti Farafishah Al Kalbiyah yang berumur 18 tahun yang dinikahi oleh Saydina Othman Ibnu Affan yang berumur 80 tahun.

Apa kata Uthman?

” Tak keberatan kah engkau menikahi seroang yang tua bangka seperti aku ini?” Tanya Uthman pada Nailah.

Nailah menjawab sambil tersenyum, ‘ Tapi masa muda mu sudah kau habiskan berjihad bersama Rasullulah SAW dan itu menjadikan aku mencintai mu lebih dari segala galanya! Begitu cinta nailah pada perjuangan Uthman terhadap deen ini dan bukan pada fizikalnya yang mana akhirnya mereka dikurniakan dua cahayamata Maryam dan Anbasah bt Uthman.

Selepas Uthman mati dibunuh syahid, Cinta Nailah tidak pernah berubah kerana ghairah cintanya bukan hanya didunia tapi hingga syurga. Ianya terbukti apabila  Muawiyah datang untuk meminang Nailah tapi apa jawaban Nailah?

” Tidak mungkin ada seorang manusia pun yang boleh mengantikan kedudukan Othman dihati ku.” Begitulah ghairah cinta mereka yang tidak pernah padam

Begitu juga cerita Zaid Harithah yang amat mengagumkan kita, yang mana sanggup mengahwini Ummu Aiman seorang yang dua generasi lebih tua darinya kerana ghairahnya Zaid akan syurga …. sehingga lahirlah Usamah bin Zaid yang terkenal dengan kepahlawanan nya.

Itulah sebenarnya ghairah cinta yang berpaksikan syurga yang wajar menjadi contoh diperjalanan hidup kita ini yang selalu menjadikan hawa nafsu sebagai neraca kepada kita untuk memilih pasangan cinta kita tanpa memerhati akan kehendak agama dalam membina generasi yang akan datang.

Akhi

Nasihat aku …

Cinta yang kamu ucapkan hanya mengajak tangan kamu menuju kesebuah lara dunia hingga akhirnya kamu hanya menemukan keluhan dan umpatan yang tidak berhujung …

Cinta yang kamu khayalkan juga tidak mungkin menemukan kamu akan kenyataan kenyataan  dari impian impian kamu meski kamu menantinya penuh kesabaran …

kerana cinta yang kamu fahami sebenarnya adalah cinta dongeng yang akan memaku kamu dalam penderitaan jiwa  …

dan ketahuilah wahai kamu, bahawa ghairah cinta sebenarnya adalah sebuah langkah menuju sebuah kedamaian dan kesucian yang akan kamu ketemukan andai kamu jadikan titah langit sebagai rujukan!

Kepada siapakah selepas ini ingin kamu berikah cinta itu wahai akhi wa ukhtiku?

Jumpa lagi …

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

6 responses to “ghairah cinta

  1. ina June 3, 2012 at 1:17 am

    assalamualaikum,
    sudah lama tak bertandang ke sini, terasa lain benar gaya penulisannya kini
    lebih santai kiranya?🙂

    perkongsian yang baik,
    isu cinta terlalu banyak hingga menenggelamkan matlamat hidup di dunia
    ibarat hidup kerana mengejar cinta tetapi tidak benar2 berusaha mencari bahagia

    ~

  2. angah May 29, 2012 at 5:43 am

    boleh tak nak bagi cadangan… cuba usulkan buat RBM ( Rancangan Berhenti Merokok)…^_~

    • muharrikdaie May 29, 2012 at 3:28 pm

      Angah! Tak faham maksud awak.

      • angah June 7, 2012 at 8:20 am

        terlalu ramai yang merokok hingga mengakibatkan banyak kesan-kesan negatif. justeru itu, ke mana ghairahnya cinta dalam menjaga kesihatan sendiri dan orang-orang sekeliling jika merokok masih menjadi tabiat dan kemestian yang sukar ditinggalkan terutamanya oleh yang bergelar muslim. bukankah al aqlu salim fi jismu salim? dan apakah dalam gerak kerja dakwah tidak boleh diusulkan satu strategi untuk RBM? sekadar memberi cadangan.. Wallahu’alam…

  3. izzati hashim May 29, 2012 at 5:05 am

    Setuju sangat!
    Forum cinta, kartun Islamik cinta, kata-kata berbaur cinta penuh dekat FB.

    Dan setuju dengan part yg kadang2 adik first year pun dah pandai bercakap mengenai BM.
    Bila dah jadi senior ni, terasa mcm ‘lain’ melihatnya.
    Baru tahun satu, bukannya dah tahun akhir. -.-

    Pesanan buat diri,
    kita adalah pejuang agama dan janganlah langkah kita terlalai dengan fenomena cinta ini.
    Cari cinta yang Hak(Allah), pasti akan ada cinta-cinta lain bersamanya. (‘=

    p/s : cinta tu memang fitrah untuk setiap insan tapi bagaimana mengawalnya itu yang membezakan.

    • muharrikdaie May 29, 2012 at 3:28 pm

      Yes … benar izzati ‘ perasaan cinta ‘ itu perlukan sifat qawammah ( menguasai diri) sebab tu jgn sesekali meremehkan perasaan kerana ia adalah tempat persinggahan iman dan cinta kepada Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: