makna terindah


Akhi …

Perjuangan dijalan dakwah ini memang memerlukan kekuatan jiwa yang prima. Kerana disana ada tantangan besar yang bagai lautan luasnya.

Lagi jauh kamu pergi, lagi besar tentangannya. Sebab itu kukatakan pada mu, jangan kamu asyik tertenung tenung kesusahan didalamnya kerana lagi dalam kamu tenung, lagilah kamu tidak akan nampak keindahan zahirnya!

Sejauh yang pernah kamu teroka jalan dakwah ini,  pernahkah kamu sampai kepenghujungnya? Atau adakah pernah kamu temui kesenangan kesenangan dunia dihadapannya? Aku pasti tidak! Dan aku percaya dan yakin bahawa para syuyukh kita terdahulu pun tidak pernah menemui kesenangan itu, malah aku lihat mereka mereka yang telah pergi menemui Rabb mereka semuanya dalam keadaan bergelumang dengan bekerja dan bekerja hingga saat mereka menutup mata.

Mereka tidak pernah jemu menghadirkan diri dalam halakah setiap minggu meski uban dan janggut mereka telah bertukar warna. Mereka tidak pernah langsung terfikir untuk “beralasan’ untuk tidak hadir disetiap program meski pun kaki mereka bengkak kerana ” gout‘ . Kepala mereka terasa pecah kerana severe migrain, dada mereka perit kerana menahan sakit jantung dan nafas mereka tercunggap cunggap kerana athma!

Malah, selalunya merekalah yang menjadi orang paling ‘ wahid’ yang sampai dalam program dan menanti dengan senyum sabar,  kaum kaum muda seperti kamu yang tiba dalam kusut masai dan longlai!

Longlai bukan kerana penat berjuang tetapi dek kerana tidak cukup tidur kerana ber FB, Ber youtube, ber twitter dan ber ‘ Manchester United’  meski kamu masih perasan kamu adalah pejuang rabbani.

Itulah wajah wajah kita akhi! Dan juga wajah wajah kamu akhawat!

Wajah wajah yang bilamana di sms oleh murabbinya untuk hadir program tidak dibalas.

Di call tidak dijawab. Wajah wajah poyo yang hanya bersemangat dengan dakwah mengikut musim!

Aku tak nafikan bahawa, aku juga begitu! Seperti kamu.

Hendak menjadi khalifah fil ardhi tetapi lemah motivasi. Amal bersimpang siur. Iman macam yoyo walaupun tarbiyah masuk bertubi tubi hingga ada ketikanya aku termenung dan bermonolog, ” sampai bilakah aku jadi begini?”

Terkadang bila letih dengan kerja. Lepas tu nak hadir program lagi. Balik pukul dua tiga pagi. Nak buat amal fardhi … tahajud mathurat quran dhuha dan berbagai lagi. Terasa diri tidak mampu. Memang nangis walaupun aku lelaki dan bercanggah dengan sifat kejantanan dan sifat rijalku tapi itu sebenarnya berlaku dan ianya realiti. Realiti seorang hamba yang tak tahan diduga kerana nafsu dunia seperti naga.

Itulah kita akhi. Itulah kita ukhti. Namun menjadi manusia itu pasti. Menjadi daie itu pilihan kita sendiri dan mahu tidak mahu kita harus tingkatkan diri.

Sebenarnya inilah yang harus kita koreksi.

Dan apa yang telah aku temui ramuan kekuatan dari para syuyukh terdahulu tidak lain tidak bukan  adalah kekuatan ruhani.

Memang, tanpa kekuatan ruhani, sudah pasti kita tidak mampu untuk menutup umur kita dijalan dakwah ini! Inilah yang perlu kita takutkan. Takut kita mati dalam kefuturan tanpa kesedaran.

Kita insan akhi. Pastinya lemah. Sekuatmana pun kamu. Semilitan mana pun kamu. Setaliban mana pun kamu melayani ummah, melayani kerja kerja dakwah dan tarbiyah, membimbing, mengelola dan mengurus organisasi, pasti satu masa kamu akan rasa  jenuh, jemu dan jelak.

Malah sampai satu masa, kamu akan rasa kerja dakwah ini lebih terasa lelah dan letihnya dari TAKWA nya! Waktu itulah baru kamu terperasan bahawa kamu telah sayup sayup tertinggal dibelakang duat yang lebih menjaga ruhaninya didalam kerja dakwah. Dan yang paling aib sekali adalah apabila kamu melihat mad’u dan anak usrahmu lebih terkedepan didalam amal tarbawinya.

Inilah yang pernah aku lalui dan aku tidak mahu ianya berlaku kepada kamu.

Justeru itu, jagalah keseimbangan. Antara mengurus jamaah dan mengurus ruhiyah dan hubungan mu dengan Allah.

Siapapun kamu? Kader militan ke? Multi tasker ke? Murabbiyah ke? Mas’ul ke? Naqib ke? Pimpinan tertinggi ke? Seandainya kamu tidak menjaga ruhani mu ……. pasti kerja dakwah yang kamu lakukan itu lebih terasa lelah dan letihnya dari takwanya. Dan inilah yang banyak menggugurkan para duat dari ranting jamaahnya!

Aku tahu, memang sukar untuk menjaga ruhani sepertimana sukarnya seorang hafiz menjaga hafalannya. Dan seperti selalunya, kita tidak ada pilihan. Dan senjata yang ada adalah usaha, ikhtiar dan tawakkal. Bermujahadahlah! Bermujahadahlah wahai diriku. Wahai kamu para duat demi kesenambungan dakwah ini. Demi tidak mati dalam kefuturan dijalan dakwah ini!

Kamu tahu tak akhi, didalam kesusahan itulah kamu akan nampak sebutir permata yang dinamakan izzah. Ya izzah …. kemuliaaan. Izzah ini lah sebenarnya yang kita cari. Manusia tidak akan dapat izzah ini kerana izzah ini hanyalah milik Allah dan Allah sahajalah yang berhak memberinya kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan izzah itu Allah biarkan bertebaran dijalan dakwah dan jihad ini. Untuk siapa? Untuk siapa siapa yang berusaha keras menunaikan kewajiban dakwah ini. Pada dirinya dan pada ummah ini.

Dan dalam kewajiban itu jugalah Allah sertakan ujian kemalasan diri! Seandainya perasaan malas dan pengislahan diri itu kita biarkan. Ianya akan terus berkembang dan berkembang hingga kita menganggap enteng dalam ‘tazkiyah’ diri. Pada akhirnya kita terbiasa melalaikan diri kita dan puncaknya kita kan merasa kita ‘suci’ dan meninggalkannya sama sekali. nauzubillah.

Muga nasihat ini yang diulang ulang ini akan menjadi makna terindah buat diri kita sebagai seorang daie.

jumpa lagi

muharrikdaie – menulis untuk mengerakan jiwa jiwa.

… padahal izzah itu hanyalah milik Allah, rasulnya dan orang orang mukmin – almunfiqun 8

7 responses to “makna terindah

  1. mylittlepencil May 15, 2012 at 1:30 pm

    Bismillah.
    Assalamualaikum. Lama rasanya sudah tidak datang menapakkan komen di sini.
    Tahniah akh, pengunjung blog ini tidak pernah putus.

    Membaca entri ini mengingatkan ana kepada satu ayat yang ana pegang sampai sekarang.
    ” Sentiasa ingat bahawa diri kamu adalah manusia. ”

    Betullah, sehebat mana pun seorang daie, dia adalah manusia biasa. Sudah tamat zaman mukjizat, sudah tamat zaman keajaiban. Kini, yang tinggal hanya kesungguhan kita dalam beramal mengejar cita cita.

    Buat seorang daie, tidak dapat tidak, matlamat dirinya adalah matlamat agama ini. cita-cita dirinya adalah cita cita agama ini. Sungguh, agama ini menuntut dari para penolongnya untuk berusaha keras dan bermujahadah demi mencapai kemenangan yang agung, bukan untuk agama ini, tapi kemenangan yang agung itu adalah untuk diri kita sendiri !

    Teringat kata kata seorang murabbi IM yang ana sangat hormati, katanya tugas kita kepada agama ini terpecah kepada empat cabang, al-fahmu, al-taqbiq,nasyru, dan ad-difa’. Setiap satunya perlukan kepada jalan jalan amal yang tertentu. Dan beruntungnya kita kerana mempunyai medan dakwah ini sebagai medan amal !

    Fahami tanggungjawab sebagai seorang hamba.
    Jalankan tanggungjawab sebagai seorang manusia.

    Untungnya kita membuat dakwah ini sebagai seorang manusia.
    Andai kita ini seekor binatang atau sekuntum bunga, kita tidak akan punya rasa cinta dalam melaksanakan tanggungjawab ini.

    inilah makna terindahnya.
    makna terindah sebuah jalan dakwah.
    makna terindah berhempas pulas memenangkan dakwah.

    sekian.

  2. izzati hashim May 15, 2012 at 6:16 am

    Allah. Allah.

    Teringat kisah Sultan Muhammad Al-Fateh.
    Dari mana kekuatan yang baginda ada kalau bukan kerana kuatnya hubungan dengan Allah.
    Insan yang tidak pernah tinggalkan solat malamnya apatah lagi ibadat wajibnya.

    Lagi kuat kita menjaga hubungan dengan Allah lagi hebat terasa kekuatan rohani.
    Moga kita adalah insan-insan yang sentiasa menjaga hubungan denganNya. InsyaAllah.

  3. fadilah May 15, 2012 at 6:03 am

    izzah tuh petunjuk ke or hidayah maksud kamu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: