izinkan aku pergi


Ingin juga ku habiskan tulisan ini dalam mengingati nostalgia lalu untuk ibrah kamu semua yang mengatakan bahawa jalan dakwah ini mudah biarpun malam telah bergelar pagi dan embun embun menitik menuruti fitrahnya ……

Terkadang di satu satu suasana dakwah yang telah kita masuki, kita serasa ingin pergi kerana keadaan memaksa, juga supaya apa yang pernah kita beri itu dapat di menfaati meski pun kita telah tiada …

Memang kita tak jangka  kebenaran yang kita bawa itu adakalanya disukai dan dimusuhi. Kita tak jangka pun dalam mereka menerima kita, ada juga sebilangannya persis Abdullah bin Ubai menolak apa yang kita bawa kerana mereka menganggap menyusahkan mereka serta menyakiti jiwa jiwa mereka.

Kita selalu bersangka baik didalam dakwah ini bahawa semua orang sukakan kita dan sayangkan kita bila kita memberi cahaya kepada mereka. Kita sangka begitu sebab kita orang dakwah. Orang yang tidak ada kepentingan. Hanya nak bawa mereka mengenal  erti kehidupan. Lalu kita gumpal kasih sayang kita dan belai mereka dengan wangian kasih kita dengan niat dan harapan suatu hari nanti mereka  akan tercium wangian cinta itu!

Tapi akhirnya ….

Kita juga yang tersedu sedan. Kita juga yang terkubur dengan kekecewaan kita sendiri.

Begitulah seniman dakwah. Menjadi penghibur dan khadam ummah. Adakala dipuji dan disanjung tanpa batas. Adakala dihina dan dicemuh hingga luka!

Memang kita faham …

Duat berurusan dengan nafsu manusia.

Bila sesuai dengan kehendak mereka, mereka angkat kita tinggi tinggi dan bila bercanggah dengan kehendak mereka, mereka lepaskan kita hingga terperosok kebumi.

Pengalaman dalam mendakwahi manusia banyak memberi kenangan sirah pada ku. Sepertimana Rasul dilayan begitu dingin dan dihalau serta dimusuhi.

Itulah yang pernah aku alami walau tidak sehebat Rasul dan para tabiin.

Aku pernah diarahkan oleh mas’ul ku untuk menyampaikan dakwah disatu kawasan setinggan di tengah tengah bandar Kuala Lumpur. Kampung Cendana namanya. Kawasan yang sering dilanda banjir kilat bila hujan memarahi Kuala Lumpur.

Disinilah target group pertamaku sebagai latihan dakwah untuk mengembangkan dakwah di Kuala Lumpur dalam menyampaikan risalah Allah ini.

Memang aku kaget mulanya bila bertemu mereka ini, sekelompok penduduk setinggan ditengah tengah kota yang dikelilingi oleh puluhan masjid namun masih jahil dan tidak memahami agama. Apalagi untuk solat dan memahami islam secara kaffah!

Disinilah bermulanya dakwah ku dengan membuka kelas tajwid dan mengajar Alquran untuk anak anak dan orang dewasa. Disinilah aku mengajar fardhu ain asas supaya mereka boleh mengerjakan solat dan membaca AlQuran. Disinilah aku cuba untuk memahamkan mereka akan addeen yang kaffah ini seperti mana yang aku faham.

Dua tahun aku mengabdikan diri mengajar mereka yang adakalanya terpaksa meranduk banjir hingga ke dada semata mata untuk melihat mereka mahir dengan Alquran. Memahami fardhu ain’  dan boleh mengerjakan solat dengan betul sehingga surau yang wujud dikampung ini yang dipenuhi tahi cicak dahulunya kini dipenuhi oleh jamaah untuk bersolah. Sehingga surau ini benar benar dapat di makmurkan sebaiknya.

Aku sanggup lakukan begitu selain kerana Allah adalah kerana aku dulu pun seperti mereka dipayungi kegelapan, kehitaman dan kepekatan kejahilan yang menghijab aku dengan Tuhan ku. Dan aku ingin mereka juga  merasai cahaya sepertimana aku sekarang ini!

Namun … sebelum sempat aku saff kan mereka dalam saff islam dan sebelum sempat aku melebarkan senyum kegembiraan, aku mula dipertikaikan bilamana orang orang politik mula memasuki kampung itu dan meracuni fikiran mereka kerana takut pengaruh islam menjalar dalam saraf saraf mereka.

Mereka mula memainkan isu mempertikaikan kelulusan agama aku! Tauliah aku! Kerana mereka tahu tauliah yang ada pada aku itu sememangnya tidak layak untuk mengajar agama kerana tauliah aku hanyalah tauliah mengajar alquran dan tajwid saja kerana itu sajalah sijil agama yang aku ada dan juga diploma pengajian syariah yang ku perolehi di universiti malaya secara out campus yang tak laku untuk buat degree itu! Memang agama bukanlah bidang aku dulu kerana aku dulu pun jahil murakab seperti mereka!

Tapi itulah realiti dakwah … ujian ujian ujian …. untuk mentahkikkan benarnya jalan ini.

Terpelajar ke atau kurang terpelajar ke, adalah sama manusia ini andai tiada hidayah dari Allah. Apalagi bila nafsu yang mereka miliki memandu mereka kepada pecahan pecahan kefahaman, kuasa dan ketidak puasan! Dan memang islamlah satu satunya penyelesaian yang dapat menyatukan intelektual manusia. Mereka tetap tidak mahu berubah meski mereka telah diberi ilmu dengan firman Allah dan hadis Rasul. Masih selesa dan berpegang dengan kefahaman sekularisma dan kebangsaan dan menolak mengimani Allah dalam bentuh yang dikehendaki oleh deen ini!

Mereka inginkan sebahagian agama ini hanyalah sebagai keperluan peribadi sahaja. Mereka boleh saja menerima kita sebagai guru tajwid yang mengajar mereka alquran atau fardhu ain untuk mereka melaksanakan ibadah dengan betul tetapi bila kita hubungkan mereka dengan tasawwur islam yang jelas, dengan tarbiyah, melaksanakan dakwah …. mereka menolak kita.

…dan penjelajahanku dijalan dakwah ini memang tidak bepenghujung. Wajah wajah senyumku yang seribu makna  ini kian kelabu dan tidak lagi mampu dibaca oleh manuisa. Sedih ke? Gembira kena? Tak puas hati ke? Atau apa apa saja. Akan menjadi rahsia sebahagian rahsia antara aku dan Tuhanku.

Khidir juga tidak mampu berlama dengan Nabi Musa. Khidir juga ingin mencari mimpi mimpinya. Mencari kebenarannya sendiri. Untuk bertemu dua lautan.

Disaat pepohonan merentangkan tangan dan jari jemarinya dan burung burung juga pada satu tika merubah angin mengembara mencari hawa yang hangat  dalam dunianya….

Da’i juga begitu! Dan aku juga begitu agaknya!

Satu tika aku harus pergi mencari suara suara baru untuk membentuk diriku …

Mencari episod baru dalam kerja dakwahku

Sesungguhnya bagi aku medan penulisan bukanlah medan yang berkesan untuk dakwah sebenarnya andai kita tidak punya pengalaman sebenar dalam dakwah itu sendiri. Dan pengalaman inilah yang ingin aku kongsi agar kamu semua terus berpacu dijalan ini.

Sahabat, memang sukar untuk mendaki.

Apa lagi untuk memanjat langit mencari redhaNya andai kita berleha tanpa berdakwah dan memberi. Tarbiyahlah diri dengan memasyarakatkan fikrah yang kita pelajari ini!

Binalah iman yang sentiasa diruntun oleh nafsu kemalasan dan gundah gulana ini dengan mujahadah bertemu manusia manusia jahil diluar sana. Jangan sampai langkah langkah kita terhenti apabila mujahadah kita dirobek oleh kerakusan dunia. Mulalah bergerak dimedan dakwah kerana disitulah kekuatan kekuatan kita mencari kita untuk kita terus dijalan ini dan juga ianya menjadi sebagai senjata pembunuh nafsu cintakan bumi ini ….

Seperti yang aku sebut terdahulu bahwa nafsu jahat ini tidak akan pernah mati. Setiap kali kita mengalahkannya setiap itulah ia hidup kembali dengan rupa yang lain ….

jumpa lagi …

muharrikdaie – menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

3pagi

3 responses to “izinkan aku pergi

  1. sangjiwa April 3, 2012 at 2:21 am

    nak share sket boleh.. dulu saya tak pernah faham perasaan jiwa jiwa seperti kamu. sekarang entahler.. masuk hati betull dan saya sudah macam kamu .. huhu.. ana merenglah dengan perubahan diri ana.. masih musim adjustment lagi.. thanks artikel yang menarik.

  2. sangjiwa April 3, 2012 at 2:19 am

    rilek ler.. duk taip taip jer pun kat sini. yang lain tu hadap jer lah… kan

  3. angah March 29, 2012 at 9:46 pm

    salam buat akh muharrik…

    tidak dinafikan “KELULUSAN” / “DEGREE” / “TAULIAH” n etc sangat dititikberatkan dalam negara kita ini especially kepada mereka yang menjalankan misi dakwah. memang realiti negara kita ini mengukur tahap kemampuan seseorang dalam menyampaikan kebenaran itu berdasarkan penilaian dan piawaian yang telah ditetapkan. justeru itu, hanya yang menepati standard mereka sahaja berhak bergelar penyampai risalah agama kononnya. … hakikatnya, ilmu itu bukan diukur pada “KELULUSAN” / “DEGREE” / “TAULIAH” n etc… adakala hamba ALLAH itu tidak punya “KELULUSAN” / “DEGREE” / “TAULIAH” n etc in black n white tetapi mereka punya ilmu agama yang kadangkala melebihi mereka2 yg bertauliah kononnya… i don’t know why people nowadays keep looking on the qualification based on the paper which known as “IJAZAH” n etc because for me in order to gain knowledge there are two ways which are formal n informal. direct learning n indirect learning… so, keep move on with ur mission in dakwah. never give up. ALLAH will alwiz be with u n others…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: