dalam jemu ada manisnya


Ikhwah muslim

Salam buat kamu semua.

Meski mata ku kian mengantuk untuk beradu namun kutahan jua untuk menghabiskan tulisan ku ini. Takut tak berkesempatan! Kerana apa? Kerana maut sentiasa bergayut didepan alis mata kita.Saban hari kita diziarahi dan didekati tanpa jemu. Dia seolah olah berada disetiap sudut memandang kita. Menunggu detik yang tepat untuk merenggut kita.

Dia punya tugas. Kita juga punya tugas. Meskipun begitu, tugas dia masih lagi tetap kecil disisi Allah ketimbang tugas kita yang dimuliakan Allah ini! Tugas kita terus berkembang tapi tugasnya statik sahaja. Mengambil nyawa makhluk hingga kepada nyawanya.

Tiada dosa dan tiada pahala mengitarinya. Tiada dakwah, tiada tarbiyah dan tiada bebanan yang dipikulnya! Tetapi kita amat amatlah beratnya! Dihadapan, seolah olah ada dinasaour menanti. Dibelakang kita pula bagai traktor yang menolak. Bertindan tindan antara taklif dan hukuman, sehinggalah berujungnya nyawa kita. Jikalah kita tidak bergerak, pasti kita akan dihimpit kesukaran.

Itulah kita yang dinamakan insan. Memang tiada pilihan! Perlumbaan antara amal dan ajal terus berjalan. So … apakah kita ingin menarik diri dari perlumbaan itu? Atau kita teruskan selagi terdaya?

Asbab itulah kita tidak boleh biarkan ruang yang masih terluang itu kosong begitu sahaja, tanpa kita isi dengan amal dan pahala didalamnya. Janganlah kita biarkan iman yang sedang hangat ini meliar dan sejuk dalam freezer dunia yang membekukan kita….

Sementara matahari masih mampu bercahaya dan terbit dalam manzilahnya, marilah kita susuri arus hidup ini dengan semangat, meski kita jauh dari jamaah dan terpaksa bekerja, belajar dan berdakwah berseorangan!

Ketahuilah, bahawa diakhirat nanti, kita berseorangan mengadap Allah! Jauh sekali dari berjamaah. Jamaah hanya berguna kepada kita hanya didunia ini saja!  Itupun hanyalah wasilah semata. Tempat kita menyusun amal dan merancang amal. Walaupun kita berimtima’ dengan jamaah tetapi jika tidak bekerja dan berjuang! Apalah arti itu semua!

Akhi,

hidup ini amatlah pendek kalau kita hitung dalam hitungan tahun, namun ianya amatlah berarti buat kita dalam hitungan amal!

Justeru itulah kita wajib menanamkan kesadaran yang tinggi terhadap hidup ini, supaya kita sama sama dapat memaknai waktu yang sedikit ini dengan kepelbagaian amal, supaya benih benih kebaikan yang kita tanam itu akan subur tumbuh mengeluarkan buah buah kebaikan yang ranum menjulang diangkasa akhirat nanti!

Itulah azam dan semangat yang perlu ada sebagai anutan kita sekarang! Semangat juang seorang ‘ rajulul dakwah’ yang bukan sekadar hanya doktrin sahaja, tetapi adalah untuk memenuhi pra syarat sebagai hamba yang rabbani yang sentiasa bersiap sedia dengan kewajiban ini. Semangat inilah yang perlu kita semarakkan disekeliling kita, demi untuk mengnyah toksid kan kefuturan kita yang selalu mendatangi kita apabila terlalai dijalan panjang ini!

Itulah ramuan untuk  istiqamah dan  bersama sama dengan mereka yang bersemangat untuk bekerja. Baik dikala kamu berjamaie atau pun  fardhi.

Tidak kiralah siapa kamu! Peringkat qiyadah ke, murabbi ke, mutarabbi ke? Tahapan tahmidi ke, muayyid ke, muntasib ke, atau hingga ketakhasus. Peranan kita semua sama. Kita ada goal untuk dicapai hingga kesasaran dakwah terakhir kita!

Naiklah tangga itu dengan penuh penghayatan dan tanggungjawab.

Bekerjalah bersungguh sungguh bersama jamaah dalam melaksanakan masuliyah jamaah dan susunlah amal amal fardhi kita, bila kelapangan, seperti menulis, membaca, menuntut ilmu atau pun membantu sahabat sahabat untuk menulis dan sebagainya jika berkemampuan! Insyaalah kita akan rasa terisi manisnya sirap hidup ini!

Aku juga sering dibantu dan dikemiyankan dengan semagat untuk terus menulis oleh seseorang yang amat dekat dihati aku, bilamana angin malas membadai diri. Dia sering memantau blog ku agar selalu terupdate sehingga selepas itu kami seolah berlumba lumba untuk menyumbang tulisan tulisan untuk dikongsikan! Sejak itu aku tidak pernah lagi terpisah dengan notebook aku kemana saja aku pergi. Didalam kereta, dirumah dan dimana mana masa terluang, aku tidak pernah tidak menulis dan menulis.

Malah waktu itu, terbit dan terdetik dihati aku untuk mengajaknya bersama menghalilintarkan bumi yang subur dengan dakwah ini menebarkan tulisan tulisan kami untuk membina manusia. Memang, banyak persamaan antara kami sebagai gandingan duet untuk menjadi para pendamping duat duat muda yang inginkan petunjuk jalan. Tapi akhirnya gagal juga aku menyempurnakan mimpi itu …

Betullah kata pepatah arab,

‘ Nishful hayat hilmun, wa nishfuhal akhar haqiqah’ – separuh kehidupan itu mimpi dan separuh lagi adalah kenyataan.

Mimpi aku telah berlalu dan yang tinggal hanyalah kenyataan ini. Kenyataan yang aku kembali berseorangan untuk meneruskan agenda cita cita itu!

Tidak dinafikan memang sukar mencari kawan yang minat menulis dan sealiran dengan kita meski dalam jamaah yang sama! Walau apa pun, insyaalah aku masih mampu menangani segala ujian itu, kerana apa yang penting, kita harus faham, meski kita bekerja seorang dan menjana amal keseorangan, kita masih tetap dapat menikmati pahala berjamaah kerana kita punya jamaah.

Itulah untungnya kita berintima’ dengan jamaah. Terjamin keselamatan dalam bekerja dan beramal.

Aljamaahtul barakah, aljamaahtu rahmah. Man syazza syazza finnar

Atas kesedaran inilah aku terlalu bersemangat untuk meneruskan separuh lagi kenyataan hidup yang masih tersisa ini semata mata untuk dakwah yang telah lama menjadi keyakinan ku untuk mengapai redhaNya.

Jemu? Oh ya … memang menjemukan kerja islam ini kerana ia dibenci hawa nafsu. Tetapi dalam kejemuan itulah ada kemanisan harapan dari balasan Allah yang trillion kali gandaannya. Dunia dan akhirat.

Niscaya Allah mengampuni dosa dosamu dan memasukan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai. Juga memasukan kamu ketempat tinggal syurga Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan ada lagi kurniaan  yang lain yang kamu sukai. Yaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. dan sampaikanlah berita gembira kepada orang orang yang beriman – QS 61: 12-13

Setiap saat, detik,  hari,  minggu,  bulan dan tahun tidak pernah ada kerehatan mahu pun santai …. Didalam perjuangan inilah rehat kita. Didalam solat itulah rehat kita

Pada prinsipnya, barangsiapa yang rajin dalam bekerja, maka beruntunglah dia – Albanna

Beruntung kerana kita terhindar dari penyakit cintakan dunia dan takut mati.Beruntung kerana kita telah melaksanakan segala tuntutan Allah yang ditaklifkan pada kita. Sama ada kita berjaya  mengapainya atau kita telah tunaikan segala janji janji kita menurut kehendakNya.

Akhirnya akhi … ingatlah bahawa yang membuatkan kita gagal dalam kehidupan ini bukan kerana faktor luaran kita tetapi adalah faktor kemahuan kita dan lemahnya jiddiyah dan tarbiyah Dzatiyah kita. Renung renungkanlah.

Jumpa lagi

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa.

3 responses to “dalam jemu ada manisnya

  1. muharrikdaie March 8, 2012 at 1:41 am

    Betul tu angah … terima kasih sekali lagi atas semangat yg diberi.

  2. angah March 7, 2012 at 12:44 am

    salam ya akhi…
    teruskan perjuangan anda dalam penulisan.cabang dakwah, cabang jihad itu teramat luas sebagaimana luasnya lautan yang Allah telah jadikan. sememangnya setiap manusia perlukan sokongan especially from someone yg very understanding tentang apa yg kita perjuangkan, involved in n etc. walaubagaimanapun, suka utk saya petik 1 pesanan ibu kepada Hamid dalam filem Di Bawah Lindungan Kaabah tatkala hamid dihalau keluar dari kampung kerana menolong zainab yg lemas melalui kaedah CPR yag mana pada pandangan masyarakat kampung kaedah yg digunakan Hamid telah melanggar batasan syariat. ibunya berpesan kpda hamid di saat tiada manusia lg yg memandang ataupun mahu menolong dirimu, yakinlah bahawa cukuplah ALLAH bagimu….(Hasbiyallahiwani’malwakil fani’malmaula wani’mannasir…).. namun, jgn gusar dengan terlepasnya “gandingan duet” itu kerana Allah pasti akan gantikan bila tiba masanya… insyaAllah.. yg penting, jgn give up dalam mencurahkan untaian hikmah yg insyaAllah bermanfaat buat setiap saudara muslim kita… sbgmana pesanan Allah… “Fazakkir innazzikra tanfa’ul mukmini…” Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: