aku bagai angry bird


Jangan ditanya kenapa aku lama tak menulis!

Pastinya. Masaalah kemahuan. Itulah aku. Bila sampai satu tahap, aku bagai dilanda kefuturan untuk menulis. Apa lagi bila bertahun aku berusaha untuk menghasilkan novel dakwah, namun akhirnya ditolak oleh penerbit.

Ditolak bukan kerana tiada inti, isi atau kualiti tetapi atas alasan tiada nilai pasaran.

Aku tidak kecil hati mahu pun kesal, kerana realiti business adalah keuntungan. Kehidupan orang business adalah untung! Begitu juga dakwah! Realiti dakwah adalah ujian dan apa apa pun yang menyerupai dakwah juga pasti akan mendapat ujian dan permulaannya memang sukar untuk diterima oleh massa. Cuma currently, aku buntu untuk mencari jalan bagaimana untuk  menyampaikan bahan bahan dakwah begini agar sampai kepada kelompok remaja yang masih tercari cari medium bacaan yang dapat menyetuh hati mereka.

Nak harapkan jamaahku untuk menerbitkannya, pastinya jamaah kami adalah terlalu kerdil dari segi kemampuan dan keewangan dan belum bersedia untuk itu. Aku tiada pilihan melainkan menjualkan karya ku kepada sahabat ku diIndonesia kerana disana novel novel dakwah bisa diterima. Insyaalah mereka perlu untuk menyunting kembali dan di alihbahasakan dalam bahasa Indonesia. Mudah2an ianya diterima disana dan boleh membuahkan pahala buat aku.

Melihat novel novel cinta bersusun susun dengan begitu cantik di MPH book store dan survey yang aku buat di book store lainnya, membuatkan aku amat cemburu. Marah. Macam angry bird. Memang macam angry bird. Rasa nak lastik aje buku yang bersusun itu. Bukan sekali lastik tapi nak lastik tiga kali! Biar roboh susunan yang menyerupai monitorium Nasional Indonesia itu supaya menyembah bumi.

Hampir ratusan tajuk ku lihat dan aku kaget, hampir kesemuanya bertemakan cinta. Cinta, kecewa, berpisah, pujuk dan kawin. Itulah ceritanya yang tak berujung. Tiada ibrah dan tiada sentuhan dakwah. Tiada ruh dan getaran ubudiyah. Terlalu klise dan menjemukan. Kalau cinta dijalan dakwah tu, oklah juga dan boleh lah dicontohi untuk membina baitul Muslim. Ironinya novel novel beginilah yang mendapat tempat malah dipamirkan dihadapan cermin pintu masuk untuk diberi perhatian kepada pengunjung.

Penulis dakwah mana yang tak terasa cemburu. Sebagai penulis dakwah memang aku rasa kerdil dan hina. Dah lah penulis novel dakwah tak ramai, tak diterima pulak. Namun bila aku terpandang Novel sirah Pak Latif Talib terbitan PTS ( Mengenalinya waktu mengikuti kursus penulisan novel) …. hati aku kembali sejuk. Memang Pak Latif Talib hebat orang nya. Memang nombor wahid. Number one dalam menulis novel islami berbentuk sirah. Karyanya memang hot. Memang Pak Latif ini dikurniakan Allah kelebihan menulis sirah dan kisah kisah ulama’. Aku terkesima! Bagaimana beliau boleh membayangkan tempat tempat berlakunya peristiwa sirah boleh dihurai dan diadun begitu sempurna hingga novel nya menjadi terlalu hidup dan bertenaga seolah olah kita berada dizaman rasullulah dan para sahabat!

Aku bisa menangis membaca novelnya. Memang touching dan mungkin Pak Latif menulis bersama iman dan ruh ubudiyahnya. Terbaru aku beli adalah novel ‘Imam imam yang Benar’. Muga Allah panjangkan usia Pak Talib untuk terus berkarya Insyaalah.

Akhi …. meski pun novel ku masih belum ada kualiti pasaran dan tak diterima penerbit namun kemarahan ku belum sampai tahap gaban lagi, hingga menyebabkan aku teruja mengunakan lastik seperti dalam permainan angry bird tu, tapi insyaalah aku tak akan jemu menulis. Kerana menulis adalah minat ku dan kerana dakwah jugalah membuatkan aku terus teruja untuk menulis. Inilah satu satunya channel untuk aku tinggalkan sebagai warisan.

Sebab itu aku mahu kamu semua menulis. Tak kira dimana. Binalah blog. FB dan hantarlah kemana saja karya kamu supaya dakwah ini terus bercahaya di alam buana ini dengan tulisan tulisan kita.

Jangan takut untuk menulis meski kamu tiada bakat kerana bakat dalam menulis hanya diperlukan 5% saja. Selebihnya tergantung kepada kesungguhan dan kerja jiddiyah kamu. Biasakan menulis pasti kamu akan mahir dan dapat menyumbang untuk deen ini.

Actually kita sebenarnya kekurangan penulis. Kita amat memerlukan ramai penulis yang berfikrah islam. Yang berintima’ dengan gerakan islam dan yang memahami matlamat perjuangan ini. Tugas dakwah pula semakin hari semakin banyak malah wilayahnya juga semakin luas. Lantaran kemampuan dan kekuatan kita amatlah terbatas. Sementara para syuyukh kita dah tidak mampu lagi untuk mengemban segala macam tugas yang memang sepatutnya diagihkan.

Kitalah orangnya yang patut terus menyambung kebaikan itu!

” Ana tak mampulah akhi. Nak mengarang email buat bakal zaujah ana dulu pun minta tolong dengan anta. Inikan pulak nak tulis artikel dan novel! Masyaalah.” Jawaban sahabat aku waktu diminta menyumbang dalam blog muharrikdaie ini.

Memang blog muharrikdaie ini akulah yang mengerakannya. Sejak diwujudkan 3 tahun dulu bersama sahabat sahabat aku. Akulah penulis utamanya. Akulah hero nya. Akulah segalanya. Memang niatnya dulu nak buat macam ” I luv islam.com “. Masing masing bersemangat nak menyumbang menolong dan menjadi admin nya tapi akhirnya blog ini diletakkan di ” Batu jemala’ aku. Fitnah, mehnah, tuduhan terpaksa aku tanggung. Malah baru baru ini ada yang menuduh aku punya kepentingan lain selain dakwah dalam menulis di blog ini.

Aku tiada pilihan sebenarnya selain untuk terus menulis kerana amanah dari murabbi ku, meski ada tika tikanya aku amat sedih dengan tuduhan liar itu apabila ianya datang dari orang yang sangat aku kasihi dan hormati. Memang terasa nak tutup saja blog ini. Namun mengenangkan amanah murabbi ku dan kesannya kepada pembaca kerana ramai juga pembaca dikalangan ikhwah dan akhawat yang dapat disaffkan kesan dari mereka membaca blog ini membuatkan aku tiada pilihan, selain meneruskan saja.

Aku tahu, ada yang ingin mengenali aku. Ingin melihat wajahku dan ingin mengetahui identiti aku. Namun aku mohon maaf. Aku ingin ikhlas dalam menulis. Aku ingin bebas dalam menulis. Mengkritik dan apa saja. Dan hanya dengan menyembunyikan identiti saja yang boleh tersampai maksud itu dan pastinya insyaalah tiada agenda lain selain itu!

Terus terang aku katakan bahawa kamu semua sebenarnya tidak mengenali aku langsung meski ada yang mengklaim kamu telah temui identiti aku. Gambar aku dan sebagainya tapi setahu aku, aku tidak pernah langsung mendedahkan apa apa pun tentang identiti aku dimana mana. Aku takut yang kamu temui itu adalah orang lain yang boleh membuat kan kita bertambah tambah dosa dalam memfitnah. Biarlah tulisan aku saja yang mendekati kamu semua kerana aku adalah sebuah jiwa yang ingin melangkah kaki kedalam kebaikan. Jiwa yang ingin mengajak kamu semua menemani aku dijalan dakwah ini agar kita semua dapat berdiri dihadapan Tuhan menanti  titahnya untuk untuk kesyurga sana.

Jumpa lagi

muharrikdaie – penggerak jiwa jiwa

11 responses to “aku bagai angry bird

  1. izzati hashim March 4, 2012 at 4:01 pm

    Salam alaik.
    Teruskan bertinta.
    Mungkin ada yang tidak memandang, tidak membaca, untuk menghayatinya jauh sekali.
    Tapi mungkin ada sebaliknya.
    Tapi yang setia untuk terus memandang tetap ada sampai bila-bila. Kan?
    Kembali luruskan niat, insyaAllah andai diizin Allah, pasti risalah dakwah tu akan tersebar.
    Selamat meneruskan perjuangan.

    • muharrikdaie March 4, 2012 at 8:32 pm

      Terima kasih ukhti izzati. Terima kasih atas nasihat dan mengingatkan. Gembira sangat kawan kawan beri semangat disaat kita down. Insyaalah saya akan terus menulis meski pun tiada pembacanya. Untuk Allah. Untuk Allah semata. jazakallah.

  2. angah March 4, 2012 at 2:59 am

    u r welkem.. u r talented in writing. so, keep it up. never give up k. insyaAllah, man jadda wa jada waman zara’a hasoda…

  3. Fadilah March 3, 2012 at 10:37 pm

    Salam, try masuk web penulisan2u, kat situ banyak penulis2 novel hantar citer yg diorg buat kat situ, skrg web tu dah popular dan novel kat ctu dah byk diorg terbitkan, adik sy myb kenal penulis kat ctu, sy jarang masuk kat situ..klu sang perindu nak, nanti sy suruh adik sy tanya kwn dia, tdk pun kamu leh tanya admin kat web tuh sendiri

  4. angah March 3, 2012 at 10:23 pm

    luahan yg berasas… actually apa yg dikatakan oleh penerbit itu sgt2 dangkal hujahnya bagi org2 biasa seperti aku ini. honestly aku adalah antara org yg suka membeli buku2 especially yg islamik. familyku juga suka membeli buku especially abahku yg suka membaca buku2 dakwah n etc. sebenarnya karya2 dakwah semakin mendapat pasaran. siapa kata buku2 dakwah xde org nak beli???? berlambak org2 yg mencari karya2 islamik di luar sana. alangkah ruginya penerbitan kita telah kehilangan 1 karya dakwah yg pengakhirannya nt insyaAllah akn memberangsangkan di negara luar…… so, keep writing… jalan dakwah itu mg x sunyi dgn ujian dan dugaan tapi jalan dakwah itu juga penuh kemanisan kerana janji Allah ” maka sesungguhnya bersama-sama kesusahan itu ada kesenangan… “

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: