kisah kita bersama


Terkadang aku terharu bilamana ada antara kamu mengatakan tulisan tulisan aku menyemarakan semangat kamu. Menguatkan kamu dan memberi inspirasi bagi kamu …

Memang aku benar benar terharu….

Terharu, bukan bermakna aku berbangga dengan pujian kamu tetapi terharu kerana waktu yang aku peruntukan dihadapan notebook ini sekurang kurangnya dapat membuahkan pahala buat aku yang terlalu banyak dosa ini!

Seboleh bolehnya disetiap kedalaman hirup nafas ku ini, ingin aku damaikan jiwa kamu semua dalam mengalirkan semilir suara cinta dalam bayang indah syurga yang sama sama kita cari.

Apalah ada lagi dibumi ini? Selain ukuhuwah kita dan dunia yang sering menyakiti kita!Tapi … tidak semua tulisan ku dapat menarik perhatian kamu, kerana ada kalanya juga tulisan aku kosong dan kehilangan makna. Bukan bermakna aku tidak mampu melembutkan hati kamu dengan bait bait lenggok puisi ku tetapi kerana hati ku diselaputi dosa!

Mana mungkin tulisan ku yang berpeluk dengan dosa dapat mengetuk pintu hati kamu yang sepi dan sunyi itu!

Akhi …

Aku tahu, ada diantara kita tidak semuanya bahagia.

Ada juga antara kita yang tidak mampu untuk ketawa.  Apa lagi dalam menemui behgia sepotong kehendak dari hidup ini!

Seharusnya kita wajib terima kenyataan itu, kerana dunia memang tidak pernah menjanjikan kebahagiaan!

Kalau pun bahgia, ianya hanyalah sebuah fatamorgana yang mengaburkan pandangan kita! Ianya tidak kekal kerana ujian sering melilit kita. Terkadang ia bagai raksaksa yang merangkul kita  dan menutup segala ruang nafas bahgia!

Oleh itu jangan kita menjadikan dunia ini matlamat hidup kita. Jadikanlah ia tempat pengumpulan pahala dan tebusan kita diakhirat sana dan bukan tempat santai kita mengumpul tawa.

Kawallah perasaan kita bila berhadapan dengan dunia. Bersabar dan lakukanlah perubahan agar kita temui tawa dan senyum dihujung senja!

Akhi …

Ingatkah kamu lagi akan kata kata Umar bahawa dunia ini … adalah keinginan yang tidak putus putus … kesibukan yang tak pernah habis … dan angan angan yang tidak ada ujung nya! Kerna itu manusia tidak akan pernah puas melayani nafsunya sehinggalah ditarik ruhnya dalam keadaan dia terkejut!

Sebelum sesuatu berlaku pada kita dan sebelum kita dipanggil pulang, seharusnya aku kamu dan semua kita harus berubah!

Koreksi iman kita.

Jika kegelapan carilah cahaya. Jika kemarau basahkanlah ia. Jika tandus suburkan ia. Dan jika lemah, hidup dan bangunkanlah ia.

Dan itu semua memerlukan kekuatan dan kekuatan itu juga adalah pada diri kita sendiri yang harus kita cari. Memang sering kita baca hadith Rasullulah bahawa kekuatan pada diri kita adalah sifat ‘qawammah’ ( menguasai diri ) itu sendiri tapi itu tidak mencukupi kerana ada unsur unsur lain lagi yang perlu kita beri perhatian untuk kita mengendalikan kehidupan ini.

” Selain qawammah, apa lagi ya bang?” Suara longlai adik usrah ku bertanya!”

” Bang sebenarnya saya tak tahu nak buat camaner lagi. Saya dah cuba bang, tapi sering gagal. Dosa pun macam tu jugak. Cuba dah minimise tapi macam tu gak lah! Masih buat lagi. Masih tak dapat elak lagi. Kadang saya tahu benda tu salah tapi buat juga. Kadang saya tahu amalan itu dan ini yang baik itu bagus tapi malas jugak nak buat. Seolah olah ada satu kuasa lain yang menguasai saya.” Dia seolah olah buntu mencari jawabannya.

Aku teringat kata guru sufi ku dulu, andai kita rasa kita lemah bermakna kita kuat. Andai kita rasa kita kekurangan dan terus bertanya untuk memperbaiki diri, maknanya hidayah Allah masih lagi terus bersama kita. Cumanya kita kena teruskan usaha. Memang, untuk menemukan kehendak iman kita dengan taufiq Allah itu bukanlah perkara mudah. Guru ku kata, hanya satu saja jawabannya lagi untuk kita buat yakni ” perang’. Dengan ertikata mujahadah an-nafs.

Memang kita tahu dan sebutnya selalu tapi apakah kita pernah cubanya selalu? Rasanya tidak! Kita sering mengaku kalah sebelum berjuang. Itulah sikap kita.

Tetapi jika kita tahu dan sedar akan tujuan hidup kita yang sebenarnya, pastinya kita mampu untuk bertarung dalam peperangan batin ini!

Sebenarnya kesedaran untuk berubah saja tidak cukup andai kita tidak punya iradah atau kemahuan yang kuat kerana hanya iradah yang kuat saja yang mampu men’drive’ kan kita menemui kenyataan!

Itulah titik temunya akh!

Apakah kita orang yang mahu? Apakah kita orang yang mahu membawa rindu kita kepadaNya? Apakah kita orang nya yang mahu kesepian dikala duat duat lain menyedut kabut syurga yang manis berbunga?

Akhi …

Pasti Allah akan kagum dengan kita kalau kita punya kemahuan yang tidak bisa ditunda tunda.

Dan ketahuilah akh, yang pertama sekali dilihat oleh Allah dari kita adalah ‘shidqul iradah’! Hamba yang jujur dengan kemahuannya. Orang yang jujur dengan kemahuannya saja yang dapat iltizam dan terus berada dijalan ini.

Marilah akh … kita bawa kemahuan dan tenaga jiwa  ini untuk menemui rindu kita. Menemui airmata dosa kita agar dapat membasuh segala dosa duka.

Benarlah kata ulama’ salaf, ‘kalau engkau mempunyai cita cita, hendaklah engkau mempunyai kehendak!”

Mudah2an Allah dapat melembutkan hati kita dan menerima kita insyaalah!

jumpa lagi.

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa.

2 responses to “kisah kita bersama

  1. angah February 10, 2012 at 4:23 am

    La takhauf wala tahzan innallahama’ana… no matter how hard the trial in life, we have to face it n remember ALLAH alwiz with us…:)

  2. qalbunsalimm January 16, 2012 at 6:15 am

    jangan terus putus asa itu kuncinya ^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: