Ombak rindu @ merindui ombak


Ramai bercerita tentang filem “Ombak rindu”.

Orang seni dan orang awam kata best! Chaiyok. Mesti tonton!

Berpusu pusulah mereka  memasuki panggung bersama popcorn setinggi gunung.

Bagi yang bertudung labuh, berkupiyah, serta warga tua yang dah sakit lutut yang masih ada sifat malu untuk turut serta kepanggung namun teronta ronta jiwa nak tengok, maka bersilang milanglah jemari mereka men’dail’  Astro first untuk melanggan dan menontonnya dirumah sambil menghirup kopi panas dan makan nugget bersama anak cucu hingga terlupa, bahawa duit yang mereka bayar untuk cerita itu ditayangkan kerumah mereka juga merupakan dosa dan maksiat sepertimana dibelanjakan dipanggung!

Ada yang mengetap bibir. Gerammmmmm disamping mengunyah nugget goreng yang masih panas melihat si Maya Karin yang sememangnya panas walaupun berstatus alJanda. Kus semangat!!!!!!

Ada juga yang menanggis sedih mengikuti jalan cerita dan menghayati watak watak yang dizalimi dalam cerita itu.

Dan tak ketinggalan ada yang terkejut tupai dan terkesima menonton ‘ombak rindu’ yang telah dilacurkan yang meliorkan kerinduan mereka.

Itu adalah sebahagian species manusia yang rindukan hiburan.

Tidak kurang juga lahirnya pengkritik pengkritik yang tak bertauliah.

Kutuk sana. Kutuk sini. Komen sana komen sini.

Ada yang kata, ‘ ini bukan ombak rindu tapi ombak maksiat!”

Anehnya, dalam mereka mengucapkan kata kata demikian, mereka tengok juga berkali kali adengan yang mengombakkan dada dan getaran rasa itu.

Bukan tengok sambil lalu, lalu berlalu! Tapi di pause. Direwind balik dua tiga kali untuk melihat ‘ si Maya yang Qorin ( kembar ) berbaring lesu bersama pasangannya si macho, Aaron Aziz yang membantu melajukan lagi darah muda yang masih belum disentuh nikmat dunia dan menegangkan kulit situa yang dah nak tercabut nyawa!

Ada yang mengomel, ” cerita ini best tapi …. tak patut sangat watak ‘seorang kerani’ didalam novelnya diubah menjadi ‘ seorang ustazah’ yang menjual diri bila difilemkan! Merosakkan imej islam aje!” kata mereka.

Tak patut! Tak patut! Memang memalukan!

Ada juga pengkritik pengkritik ‘ dakwah’ yang mengatakan, ini tak sepatutnya digembar gemburkan di media dan ditonton kerana mengalakan maksiat!

Bagi aku semuanya benar dan tidak ada apa nak dihairankan!

Apa nak dihairankan, jikalau penulis novel dan  pengarahnya adalah jahiliyah yang tumbuh dari rahim jahiliyah dan hidup dalam dunia jahiliyah!

Masakan dia boleh melahirkan filem yang beridentitikan islam yang menepati syarak!

Sudah pastinya dia menukilkan idea filemnya mengikut fikrah dan acuan jahiliyah yang dia sendiri tidak faham dosa pahalanya. Dan sudah tentu target filemnya adalah untuk komersial dan  keuntungan dunia sebagai matlamatnya!

Penyelesaiannya?

Memang masih ada dan terbuka luas.

Kalau Indonesia boleh menyelesaikannya dengan ‘ Ketika cinta bertasbih”, “Laskar Pelangi” Cinetron2 islami dan berbagai lagi. Kenapa tidak kita?

Masaalahnya, adalah orang dakwah seperti kita ini!  Masaalahnya ….Tiada langsung kreativiti!

Pendekatan dakwah dan tarbiyah kita yang kita lalui terlalu jumud dan semu!

Sebabnya kita ditarbiyah mengikut buku, dan natijahnya sudah pasti kita tidak mampu berdakwah mengikut realiti.

Kita hanya menunggu dan menadah tangan menanti mad’u mad’u hebat datang kepada kita tanpa berusaha mencari mereka mereka. Juga mengharapkan syuyukh syuyukh kita sahaja yang memberi idea kepada kita untuk dilaksanakan, sedangkan kita tidak langsung mahu berfikir dan mencari idea idea baru untuk memeriahkan dakwah ini dengan pendekatan baru!

Tidakkah kita terfikir untuk melahirkan penulis penulis novel dan skrip? Pengarah pengarah filem, karyawan filem dan pencinta seni yang berjiwa islami yang didambakan oleh masyarakat kita dalam realiti kita!

Kalau pun kita tidak dapat melahirkannya dikalangan kita? Tidakkah kita terfikir untuk mendakwahi dan mendekati mereka mereka yang mahir dalam bidang ini yang berlambak dalam industri hiburan kita?

Itulah kita. Sikap prejudis kita.

Hanya pandai mengkritik tapi bukan menjadi penyelesai masaalah.

Kita cepat berpuas hati hanya sekadar melahirkan murabbi murabbi yang hanya mampu bersimpuh didalam halaqah seperti kita. Atau pun hanya melahirkan penulis penulis  blog dan pencinta facebook yang tiada banyak menfaat dan menguasai massa dan meninggalkan tugas lebih mencabar untuk melahirkan penulis novel, pengarah filem, karyawan seni yang menjadi  kehendak masyarakat?

Kita tidak langsung kreatif untuk meneroka sesuatu bidang dakwah yang masih tidak diteroka lagi! Tapi kita ghairah membuat sesuatu yang telah dibuat oleh ramai orang!

Contohnya blog.

Berapa ramai yang dah jadi penulis blog? Terlalu ramai. Terkadang seorang individu ada dua tiga blog. Dan adakalanya blog blog yang ditulis pun, tidak bersandarkan kepada ilmu dan kehendak semasa untuk meningkatkan darjat iman!

Dan ada blog yang kita lihat, sama saja pengisiannya.

Menulis tanpa banyak membaca.

Menulis tanpa kreativiti.

Menulis hanya dengan mengadaptasi.

Dan yang paling hina adalah menulis dengan menciplak karya orang lain!

Bukannya tidak bagus tetapi seni kitalah yang rugi. Tidak berkembang dan menguncupkan dakwah!

Kenapa tidak kita teroka bidang lain selain blog? Sebab itu dakwah kita tiada tawazun dan keseimbangan dimassa!

Apa pilihan masyarakat untuk berhibur sedangkan mereka amat dahagakan hiburan kerana itu adalah fitrah manusiawi!

Tak kanlah mereka hanya nak dengar bacaan quran sehari suntuk walaupun ianya berpahala!

Tak kan nak dengar nasyid Maher Zain saja … insyaalah insyaalah insyaalah sepanjang hari.

Atau dengar kuliyah Ustaz Kazim, Ustaz Don, Ustaz Azhar idrus sepanjang bulan?

Atau Melihat Utube utube badut badut politik dengan isu isu yang memualkan!

Itulah yang perlu kita fikirkan!

Orang dakwah kena banyak berfikir dan berkarya! Kerana kejayaan dakwah mutakhir ini bergantung sejauh mana kita mampu menguasai media massa disamping pengaruh tarbiyah pendidikan dan pergaulan!

Akhi,

Jadilah seorang perindu.

Selalu merindui ombak dakwah ini.

Kita sepatutnya menjadi setitis dari air laut dakwah ini yang harus teru  mengalir dengan idea idea! Andai setiap individu dari kita mengalir dan terus mengalir dengan penuh kreativiti dan mencari aliran baru dari sungai dakwah itu. Pastinya aliran kita itu akan menjadi riak riak. Dan riak itu, jika ditiup kuat oleh angin iman yang kuat, sudah pasti ianya akan menjadi kerinduan yang terus berombak dan melahirkan gelombang yang akan memercikkan kecintaan ummah kepada deen ini.

Tiuplah rindu kita kepada dakwah ini supaya senantiasa berombak. Biarkan dia berkeping keping keping dan bergulung gulung hingga boleh merubahkan pantai jahilliyah yang semakin mendahului kita.

Begitulah sepatutnya penampilan rindu seorang da’i dalam menghayati jalan dakwah ini. Tidak semu dan tidak mati.

Disinilah harus kita hitung sejauhmana kita mampu untuk bersaing dimassa dalam mempengaruhi manusia dengan fikrah kita.

Marilah akhi, kita bangun kembali untuk memantapkan dakwah kita mengikut realiti agar ianya akan terus segar dan berpadu dalam nafas illahi.

Akhi ….

memang jalan dakwah ini perlu kreatif dan susah payah. Kerana zaman dan minat manusia tidak sama. Sebab itu kita jangan hairan dengan terpaan permasaalahan didalam kehidupan dakwah ini. Paling penting kita harus terus berusaha.

Seandainya ombak rindu kita besar kepada Allah dan kepada dakwah ini,  jangan kita kaget dengan apa jua yang datang bersaing dengan kita, kerana jika kita tahu dan sedar, ada sasaran dan tujuan maha agung Allah sertakan kesusahan untuk kita menarik manusia ke jalanNya. Kerana Dia ingin menyempurnakan kerinduan kita kepadaNya diujung jalan ini.

Bagi yang setia dan sering hadir disini meski tiada entry terbaru ku, terus terang ku katakan bahawa rinduku sentiasa berombak kepada kamu ….

jumpa lagi

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa.

5 responses to “Ombak rindu @ merindui ombak

  1. Ariffah9 February 12, 2012 at 7:26 pm

    sungguh, minat juga hendak menjadi pengarah movie islamik🙂

    tapi saya masih bersekolah menengah, dan mungkin tak terlibat dalam course2 berkaitan movie di universiti nanti.

    tapi sekarang, dalam proses menulis novel. doakan..

  2. muharrikdaie January 13, 2012 at 8:12 am

    Ina – hanya hanya melontarkan idea dan tidak lebih dari itu. Memang saya juga telah mengusahakan yang terbaik dalam medan dakwah ini umpamanya menulis novel namun novel novel dakwah selalunya ditolak oleh penerbit. Bukan kerana kualitinya tapi adalah kerana komersil marketnya tidak menguntungkan penerbit. Itulah yg terjadi.
    Qalbun salim – insyaalah saya akan terus menulis jika berkesempatan.
    Irhafiz – jalan ceritanya ok gak … cumanya banyak dedah dedah dan cium mencium yang bukan mahram….memang tidak sesuai untuk tontonan.

    Terima kasih semua kerana masih setia.

  3. irhafiz January 13, 2012 at 5:13 am

    Tengok tajuk atas, ombak rindu atau rindu ombak, terus klik..
    Sebab, ingat ada input menarik.. ada teladan baik daripada filem tersebut untuk diutarakan, kerana ramai orang duduk sibuk nak tengok…

    Terfikir, apa salahnya search guna youtube, tengok iklan…
    Apa..!!
    Teruknya cerita… Pakaian, Pergaulan dll… (tapi tengok iklan je, kalau dah iklan pun teruk, apa lagi cerita)

    Bagi kaum wanita, khususnya… (sebab biasanya kaum wanita yang minat cerita macam ni), tak payah tengok lah… Dapat dosa je…

  4. qalbunsalimm January 9, 2012 at 3:40 am

    Insyaallah! mujahadah terus!

    lama tunggu entry baru ..alhamdulillah! terus menulis!

  5. ina January 8, 2012 at 1:47 am

    lama tak bertandang ke sini,
    sungguh kita perlu lebih kreatif dalam berdakwah dan menguasai media.

    perlu lebih serius, dan tidak boleh sekdar puas dengan kejayaan yang sedia ada.
    perlu lebih kreatif. perlu lebih inovatif!

    insyaAllah
    amin.

    mungkin muharikdaie boleh buat video pula barangkali?🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: