mujadalah bukan medan aku


Salam semua.

Lama aku mengambil masa untuk menulis. Bukan apa? Cumanya aku nak ‘cool down’ dulu setelah di serang dengan email dan dikomen saudara saudara aku dari jamaah itu. Bukan aku tak boleh jawab, tapi rasanya lebih baik aku berdiam kerana itu lebih baik kerana kalau aku jawab pun ianya tidak membuahkan amal malah akan menimbulkan mujadalah dan memutuskan ukuhuwah!

Tentu kamu tertanya apa yang aku maksudkan ini? Ianya adalah berkaitan dengan tulisan aku terdahulu dengan tajuk ‘ menuju asas yang betul’. Jika kamu mengambilnya secara positif. Maka psitiflah ia tetapi jika kamu mengambil pandangan aku itu atas dasar ketaksuban kamu kepada jamaah kamu maka akan ‘bermujadalah’ lah kita! Bagi aku, semua jamaah tidak maksum sebenarnya! Semua ada kekurangannya dan kita semua, amat, memerlukan antara satu sama lain. Cumanya terkadang bila kita lihat jamaah sahabat sahabat kita terlalu laju dan gopoh dalam sesuatu tindakan itu, kita perlu tegur. Perlu tarik dia walaupun nak tarik dia seolah olah nak tarik ekor kucing diatas tikar mengkuang! ( tikar yg diperbuat dari daun mengkuang, hanya orang kampung saja yang tahu :)

” Anta siapa syeikh, nak nak komen jamaah kami?” Begitu nada sombong seorang bekas sahabat aku waktu aku aktif dengan jamaah itu dulu!

” Anta kena tahu, jamaah kami bukan calang calang ulama’ yang berada didalamnya. Mereka ambik keputusan itu atas dasar syura’. Bukannya senang senang.” Dia menyambung hujahnya pada aku.”

Aku memang setuju pandangannya. Betul katanya dan memang aku tidak harus campur. Memang jamaah itu penuh dengan ulama’. Malah mereka hebat hebat semuanya ketimbang aku yang teramattttttttttttttttt …lah kerdil ini. Cumanya aku memberi pandangan dalam konteks umum. Dalam konteks penyatuan ummah. Bagi aku bukan semua boleh kita politik kan. Ada kalanya kita perlu bersatu atas dasar prinsip dan kepentingan ummah dan islam. Biarlah kita bijak berpolitik. Jangan sampai merugikan Islam. Jangan sampai kita terpecah pecah dan bermusuhan.

Ikhwan muslimin dan Albanna pun berpolitik kepartian juga dan menyertai PRU jugak. Tapi lihatlah kebijakan politik beliau! Menguntungkan ummah. Menyatukan ummah. Memberi kesedaran dan kefahaman tentang setakat mana boleh kita terlibat dalam politik demokrasi ini? Politik beliau politik kasih sayang dan bukan politik yang menghina, cerca dan menghukum orang lain yang tidak sejalan dengan kita. Politik parti ini bukan boleh dijadikan matlamat kerana ianya hanya bersifat sementara. Kita tidak boleh selamanya duduk dibawah demokrasi ciptaan penjajah ini. Kita harus ada jalan lain lagi. Bukan jalan alternatif tapi jalan asas. Asas dan akar yang telah ditanam ol eh Rasullulah. Bagi kefahaman aku, politik parti hanyalah alternatif. Dan terkadang amat merugikan Islam andai kita terlalu mengagungkannya!

Umat yang lemah

Lihatlah sekarang. Musuh diMalaysia ini. Segala galanya mereka tentang habis habisan. Sebut! apa saja isu. Hingga Isu ‘ korban Idul adha pun mereka persoalkan! Dan yang menjadikan mereka ‘besar kepala’ adalah kita juga.

Kita itu siapa? Orang politik lah! Politik mana? Jawablah sendiri. Isu murtad … orang kitalah yang membela mereka.

Kita sanggup bermusuhan sesama sendiri tetapi berlkasih sayang dengan orang kafir yang anti Islam. Sedangkan mereka, mahu pun dipihak kerajaan mahupun pembangkang, mereka bersatu dibelakang kita. Luar dalam mereka pressure kita semata mata untuk mengambil hak kita! Bukan saja hak bumiputra tapi hak islam pun ingin mereka ramapas! Tapi kita masih bercakaran … sanggup membaling serban dan songkok antara kita demi kerana kuasa dan meninggalkan islam dibelakang kita!

Inilah kita! Keadaan kita memang lemah jika dibandingkan dengan umat terdahulu. Dimasa sama kekuatan musuh semakin kuat. Memang! Islam berada pada realiti yang amat lemah dan musuh telah sampai kepringkat terlalu kuat.

Bukan mudah untuk kita menjadi kuat kembali dan ianya amat memakan masa yang terlalu panjang dan kekuatan akh! Tidak mungkin kita capai dalm masa yang singkat.

Bagi kita yang berada didalam jamaah D & T  ini. Tidak kira apa jenama kamu. Kitalah lilin itu. Untuk menerangkan jalan kematlamat yang dicita citakan. Meskipun kita memerlukan masa yang panjang. Kita perlu ‘istimrar’ ( berusaha dengan berterusan dan tidka putus putus ) dan thabat ( tetap dah kukuh). Jangan harus kita berhenti!!!!!

Kita harus ke hujung jalan

Jangan kita berhenti akhi! Jika kita berhenti dipertengahan jalan. Natijahnya akan ‘kosong’. Jika generasi kita ingin memulakannya semula, ianya kena bermula dengan kosong.

Oleh itu kita kena teruskan juga. Jangan putuskan kerana walau apa pun yang terjadi didalam perjuangan kita, generasi kita akan menyambungnya dan begitulah seterusnya!

I’dad Al-mas’ulin wa sinf Al-Qiyadiyin

Satu lagi ingin aku pesan pada kamu semua akh! Kita berjuang bukan diatas isu tapi diatas landasan alhaq! Dan kerana itu tanzim kita menjadikan proses tarbiyah sebagai sumbunya! dan seriuslah kamu didalam menghayati tarbiyah agar kamu semua dapat menjadi pelapis. Kerana I’dad barisan mas’ul merupakan satu keperluan kepada setiap jamaah!

Memang ditahap sekarang kita amat memerlukan I’dad Al-mas’ulin wa sinf Al-Qiyadiyin ( menyediakan mas’ul2  dan barisan kepimpinan )

Kita tidak boleh mengharapkan kejayaan begitu saja tanpa i’dad ini kerana natijah akan datang adalah dari proses awalan ini yang perlu dirancang oleh kepimpinan dan perlu di beri perhatian yang serius oleh para jundi!

Kita mahu antum semua serius didalam halaqah supaya proses tarbiyah dapat berjalan dengan licin dan dapat melahirkan keiltizaman pada semua ahli hingga kita dapat melahirkan adha adha yang benar benar ilitizam dan intizam dengan islam dan jamaah!

Kita mahu proses i’dad ini berlaku dengan teratur hingga sampai kepada peringkat patuh dan taat  hingga kamu semua mampu merasai masuliyah yang kemudian kamu mampu pula untuk menyediakan bahan dan membentuk mad’u baru meliputi thaqafah syara’ dan waqi’ hinggalah keperingkat paling sukar …………. iaitu untuk membentuk diri kamu sebagai pewaris (warasatul anbiya’)  Dan inilah proses yang ingin kita lahirkan buat diri kita yang telah lama berintima’ dengan D & T ini.

Peluang

Pedulikan orang politik itu. Kita sokong dan beri bantuan bagi mereka bila tiba saat dan masanya bagi yang benar benar kita rasa individu itu bermenfaat untuk deen ini! Jangan kita buang masa dengan isu yang seirng mereka ciptakan untuk melambatkan perjalanan kita. Kita tentang mereka jika isu itu melibatkan islam tetapi jika ianya hanya melibatkan siu remeh  yang memecahbelahkan ukuhuwah, tinggalkan mereka. ABiarlah mereka jawab dihadapan allah nanti.

Jangan kita bazirkan masa dan peluang yang ada ini untuk memmantapkan saff kita. Dalam suasana longgar dan tidak tertekan ini buat jamaah islam hendaklah teuskan kan  berdakwah.

Dalam menghadapi jahiliyah ini hendalah kita teruskan peperangan ini. Maksudku bukanlah peperangan senjata tetapi adalah Nasyrul fikri – menyebarkan fikrah yang tiada hudnah ( penangguhan ) ini dan ianya kena kita teruskan tanpa henti.

Cumanya akh, nasihat terakhir ku … bukan kita menyeru mereka kepada jamaah kita. Tidak juga kepada politik kita atau pada lambang bendera kita. Tapi dua perkara yang amat penting ….iaitu

Takwin wa’y Islam dan Ijad rakaiz Islamiyah.

Wallahuaklam.

muharrikdaie – menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

7 responses to “mujadalah bukan medan aku

  1. muharrikdaie December 8, 2011 at 4:10 am

    Ir hafiz, qalbun salim, sahabat hijau, my little pensil, ilmuseeker … banyak benda yang harus kita fikirkan ttg persoalan ini. Taadud jamaah, penyatuan dan sebgainya. Cumanya kalau ianya hanya melibatkan jamaah dkwah NGO’s rasanya tiada masaalah untuk berbincang tetapi kalau ianya melibatkan politik. Kuasa. Wang dan kemewahan kehidupan … inilah yang menyukarkan untuk kita bersatu! Wallahuaklam.

    • mylittlepencil December 8, 2011 at 4:48 am

      Jujurnya, ana sendiri tidak hairan dengan kepelbagaian jemaah atau NGO dakwah yang ada abad ini,

      Cuma, masalahnya adalah apabila ada sesetangah individu yang menggunakan isu ini untuk menidakkan keberadaan jemaah lain di sesebuah waqi’.

      Pelbagai hujah dan ilmu disalahgunakan ana kira.
      Pelbagai alasan digunakan.
      Pelbagai persoalan ditimbulkan.

      Lambat-laun, hasilnya ana lihat, kesucian dakwah itu diragut !
      Golongan2 tertentu ini memburuk-burukkan dan mencipta pelbagai fakta yang mengarut sedangkan kebenaran itu masih lagi tersembunyi !

      Impaknya besar,
      mad’u terkapai-kapai untuk memahami isu jemaah walahl mereka sepatutnya faham tentang dakwah dan tarbiyyah terlebih dahulu.

      aduhai,
      apakah hal ini akan memang berterusan sehingga ke puncak kemenangan islam ini ?
      atau lebih baik kita hanya merasakan isu ini hanya sekadar angin lalu dan kita teruskan kerja kita sebagai seorang daie……

      ana juga bukan ingin berdebat dengan manusia yang lain, cuma sudah lelah dengan isu yang sama !
      bagaimanapun, ana tetap yakin dengan perjuangan dan wadah yang ana gunakan.

      Wallahu a’lam.

  2. ilmuseeker November 23, 2011 at 7:20 pm

    Assalamu’alaikum wrb buat sahabat2 sekalian,
    Sungguh manusia itu berbeza, biarpun asal kita sama. Sains juga turut sama membuktikan kekuasaan Illahi kerana bila dikaji ternyata ‘genetic make-up’ setiap individu berbeza, Subhanallah!

    Itu baru dari sudut biologi yang sememanngya tidak dapat diubah oleh kita manusia. Kita membesar dengan pelbagai input sekeliling. Alhamdulillah, saya percaya semua sahabat2 kat sini dibesarkan, atau sekurang-kurangnya matang dalam suasana yang sentiasa mahu dekat dgn Allah Ta’ala.

    Suasana mencorakkan pemikiran dan akhlak kita. Bagi kita yang dianugerahkan fikrah Islami, sama2 bersyukur kpd Allah Ta’ala.

    Berbalik kpd isu yg dibincang, pada hemat saya, dalam keterbatasan waktu hayat kita di bumi, tidak perlu utk kita terlalu meneliti aib jemaah lain. Namun, ingin saya ingatkan diri saya dan sahabat2, itu tidak bermakna kita perlu berdiam diri apabila jemaah sahabat kita benar2 melakukan sesuatu yg melanggar syarak. Tegurlah demi Allah.

    Tapi, in certain things yang ada khilaf, berlapang dada-lah. MAsing-masing ada hujah utk setiap tindakan mereka demi menegakkan Islam. Kita tak boleh sama sekali mendabik dada, punya fikiran: “pendapat ni betul, pendapat ni salah”

    Ruang perbincangan dalam medan amal terbuka luas. MAsing2 ada tafsiran sendiri. Asalkan semuanya berpaksi AlQuran dan As Sunnah.

    Taadud jemaah. Isu yg sering saya dengar dari dulu sampai sekarang.

    Bagi saya, beginilah. Once kita dah berintima’ dgn sesuatu jemaah, selepas kita kaji jemaah tu dan kita yakin dgn jalan yg dibawa jemaah tu, ikutlah, selagi ia tak melanggar syarak. Tak perlu rasa, ‘jemaah aku lagi hebat dari mereka’ kerana in the end, kita tak tau pun amal kita ni diterima Allah atau tidak. Namun, berdoalah.

    “Allahumma arinal haqqan haqqa warzuqna-ttiba’ah, wa arina batilan batil warzuqna-jtinabah”
    [YA Allah, tunjukkanlah kepada kami yang hak sbg hak dan rezekikanlah kami utk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kami yang batil itu sbg batil dan jauhkanlah kami daripadanya]

    We never know. Mungkin satu hari nanti, kita masuk jemaah lain pulak. Ingat, jemaah tu hanya tools sbg medan kita beramal. Jgn sesakkan dada memikir hal-hal negative. Pasak dalam diri dan hati dgn fikiran positif. Tanya pada diri,
    “Apa yang saya boleh buat hari ni yang dapat menyumbang kpd Islam?”

    Walau sekadar senyuman buat sahabat, berakhlak baik.

    WAllahu a’lam Ta’ala.

    Asif, panjang celotehnya

    Maaf salah silap

    -Dari hamba yang sentiasa belajar-

  3. irhafiz November 23, 2011 at 12:24 am

    Tulisanmu ini mengingatkan kembali bagaimana aku ditentang sungguh-sungguh oleh mereka berpolitikkan itu dan ini. Walaupun ditentang hanya untuk beberapa isu sahaja.

    Timbul juga perasaan sedih dalam hati ini.

    Kata mereka, “Ini keputusan syura…”

    Jawabku mudah sahaja, kenapa mahu keluar dengan pimpinan seorang yang memang bersejarah menentang Islam di bumi tercinta ini.
    Biarpun ia keputusan himpunan ‘ulama’… Tiada sesiapa yang maksum melainkan Nabi dan Rasul. Jika kita boleh terima istilah khilaf pada buku-buku fiqah, mengapa tidak pada politik.

    Hati terasa hancur melihat bagaimana banyak Melayu kita berarak dibawah pimpinan seorang bukan Islam, harbi…

    Namun lain halnya pada isu murtad, Ketika adanya perhimpunan menentang Murtad, yang dipimpin oleh Muslim, mereka menolak… Hati siapa mahu dijaga ketika ini? Kenapa?

    Ayuh, mana lebih aula’ sekarang ini?

  4. mylittlepencil November 22, 2011 at 7:21 pm

    Bismillah.
    Entri yang menceritakan situasi kita yang sebenar.

    Berhimpunnya sekalian wasilah yang terlalu banyak adalah untuk mencapai tujuan yang sama.

    Destinasinya sama, namun jalan yang dilalui adalah ternyata amat berbeza !
    Setuju, tidak patut kita buang masa kita terlalu meneliti perbezaan yang ada sehingga terkadang membunuh ruhiyyahnya sebuah perjuangan.

    Seterusnya lupa terus pada penumpuan usaha kita membina manusia.
    Sedangkan tugar menghimpun tenaga manusia untuk memenangkan Islam teramat lah pentingnya.
    Jzkk atas pencerahan.
    Lebih faham akan medan yang sebenar dan kerenah ummah sekarang.

    Kerja kita membina manusia, bukan membina kerangka sebuah persatuan biasa.
    Kerja kita mencetak pendokong-pendokong dakwah, bukan penyokong semata !

    Cuma mahukan penjelasan tentang taadud jemaah.
    Bagaimana sewajarnya pendirian kita dalam hal ini ?

  5. sahabathijau21@gmail.com November 22, 2011 at 5:25 am

    sangat setuju.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: