mekar dan berbunga


Hari ini aku menulis lagi. Untuk berkongsi semangat. Mencari pahala dimaya ini disamping berkongsi dengan blogger lain dengan cerita cerita dakwah yang mereka lalui disepanjang perjalanan ini untuk aku belajar dan mengambil ibrah dari perjalanan hidup mereka supaya aku  dapat terus belajar dan belajar menyusuri lengguk lengguk jalan dakwah yang banyak cabang dan hambatannya ini.

Rupa rupanya selama aku menulis disini aku tidak tidak menyangka bahawa dimedan dakwah maya ini juga da’ie tidak dapat lari dari fitnah. Segalanya mengitari! Satu demi satu persoalan mendatangi aku. Dari hal hal peribadi sehinggalah konflik dari hal hal dakwah dan jamaah serta perjuangan yang tiada kesudahan ini. Hal ini membuatkan aku mengalami satu lagi proses pengalaman yang tidak pernah aku terbayangkan! Proses untuk mengenali manusia maya!

Dialam nyata mudah kita mengenali manusia dan karakter, melalui pergaulan dan berpanjangnya taaruf  kita tapi dimaya ini kita hanya bergantung pada rasa hati. Tidak lebih dari itu.

Memang menjadi hiburan bila membaca tulisan tulisan blog blog kamu semua. Hingga akhirnya dapat aku simpulkan bahawa kita semua dijalan dakwah ini rupanya berada dalam satu acuan yang sama meskipun  didalam warna jamaah yang berbeda! Disinilah wehdah aqidah menyatukan kita.

Banyak yang aku belajar dari kamu semua yang benar benar komited dalam menulis!

Bangga mendengar cerita kamu kamu student dipelusuk dunia bahawa semua kamu tidak tercicir dan terus terusan berada dalam tarbiyah dan dalam kerja dakwah sekali pun sibuk dengan pelajaran, assignment serta exam yang bertali arus!

Memang cukup membanggakan. Aku percaya bahawa dakwah jika telah berada dihati para pemuda, pastinya ianya akan terus hidup dan berkembang. Inilah yang dilakukan oleh Albanna didalam kerja dakwahnya dulu. Menumpukan sepenuh perhatiannya kepada student student! Kerana masa depan ditangan mereka. Insyaalah.

Memang sukar membahagikan waktu antara pelajaran dan dakwah kerana kita terpaksa begelumang dengan masa dan kehidupan yang terkadang seperti seekor salmon yang menongkah arus deras untuk menuju kehabitatnya!

Namun itulah yang dinamakan mujahadah yang memaniskan sirap hidup kita.

Aku dapat rasakan betapa hebatnya rentang hidup yang kamu lalui adik adik ku untuk menumbuhkan sesuatu yang mekar dan berbunga didalam hidup kamu yang penuh berarti ini! Tidak sia sia sang Ibu melahirkan kamu. Sang Ayah berjerih perih bertarung kudrat mencari rezeki untuk menyuap kamu yang akhirnya dapat melihat anak anaknya  bagai bumi yang memancar dalam bentuk bunga dan buah subur berkembang dibumi ini …

Kamu ..

adik adikku,

Jadilah seperti awan yang memercik hujan dan lautan yang menyembur ombak gelombang!

Bukan saja untuk memenuhi impian dan mimpi mimpi keluarga mu tapi penuhi lah juga mimpi mimpi duat sebelum kita yang telah meninggalkan warisan perjuang ini kepada kita. Yang ingin melihat kita berterusan dimedan dakwah menyambung dan terus menyambung pahala pahala mereka di barzah sana hingga kita bertemu untuk memenuhi ruang ruang syurga yang seluas langit dan bumi itu!

Adik adik dakwah ku …

Adakala hidup ini melolong kesakitan bila digapai ujian tetapi secepat kilat juga akan sembuh dari kesakitan itu berganti kesenangan jiwa bila hidup ini kamu gantungkan sepenuhnya kepada Allah. Kerana ujian itu ditimpakan pada kamu kerana Allah ingin membersihkan tauhidmu supaya kamu tidak angkuh dengan kehebatanmu sebagai hambaNya.

Begitu juga bila kita digapai maut. Kita juga akan terlolong kesakitan dan selepas itu diganti kesenangan selepas sakarat itu jika semua ‘masuliyah’ dakwah dan kehidupan ini kita jalankan mengikut acuannya.

Aku ingatkan kamu tentang maut kerana ramai duat yang lupa pada maut! Ramai yang merasakan bahwa maut itu adalah sesuatu yang menakutkan meskipun mereka tahu pasal syahid. Tidak ada beda keduanya kerana keduanya akan mengeluarkan ‘ ruh’ yang sama. namun yang membedakan kita adalah ‘rasa’ itu. rasa menghadapi sakarat itu.

“Rasa’ maut bagi yang mengundurkan diri dari gelanggang perjuangan adalah berbeda dengan ‘rasa’ maut yang dilalui oleh seseorang yang thabat sehingga menemui syahidnya! Tidak kira dimedan perang atau diatas katil berseorangan. Itulah ‘ rasa’ yang akan aku dan kamu rasakan. Aku tidak dapat membayangkannya, “bagaimana!” Cuma yang aku tahu kini maut senantiasa memunculkan wajah wajahnya setiap hari didepanku tanpa dapat aku melihat wajahnya!

Benar adikku

Sang maut terus bekerja dan berlari bergentayangan disana sini. Merenggut nyawa dan berlalu ….

Tidak usah takut dengan maut …

Amat kecil maut ini dibanding dengan nilai hidup dan kehidupan kita yang besar dengan tanggungjawab ini …

Dan kita hidup diatas kekuatan Allah yang maha hidup yang berkembang dan terus berkembang …

Sebab itu kita tidak boleh hidup untuk diri kita sendiri yang bermula dari alam baligh dan kemudian mati. Apalah makna hidup itu. Bujang, kawin berkeluarga dan mati!

Tapi kalau kita hidup diatas mata rantai dakwah ini dan bekerja diatasnya untuk menyambung kerja Rasul ini, nampaklah hidup itu berarti. Barulah kita dapat keuntungan yang berganda dari umur individu kita bila kita satukan didalam umur dakwah itu sendiri. Barulah dapat kita nilaikan hari hari kita yang bergerak ini satu gerakan yang penuh dengan kesedaran bahawa hidup ini bukanlah pada hidungan tahun tapi adalah pada hitungan kesedaran. Dari mula kita sedar tentang tanggungjawab ini hinggalah kita meninggalkan bumi ini!

Memang benarlah bahawa yang dinamakan hidup itu adalah kesedaran kita akan hidup!

Kita wajib bersyukur kepada Allah kerana telah mendewasakan kita untuk mencari pencerahan demi kebermaknaan hidup ini.

Semua orang tidak mengagak kemana arah dirinya sebelum ini. Malah aku sendiri tidak menyangka akan menjadi manusia baru dialam dunia yang lama untuk menyerap segala kehidupan ini kepada dakwah  yang memesona.

Dulu sewaktu aku hidup dijazirah gurun jahiliyah, pernah aku terfikir bahawa inilah kehidupan yang  diciptakan sebenarnya ! Mungkin pengalaman kamu pun begitu juga!

Tapi kini kita telah terpilih. Benih benih kejahatan kita dahulu telah menguap dan benih kebaikan kita sedang berbunga dan berbuah. Pohon hati kita juga semakin tangguh untuk menahan tiupan angin yang semakin kuat ini …

Berterusanlah dalam tarbiyah dan tahanlah ujian itu!

Disinilah kita dihidup. Dan sinilah kehidupan kita.

Suka. Duka. Sedih dan tawa serta hiburan semuanya terangkum dalam relung tarbiyah ini.

Marilah kita menjadi penghuni yang baik dirumah dakwah ini kerana disini banyak terlimpahnya ketenangan hati. Disini juga tempat kita menyuci jiwa.

Bukan kita ingin mengasing diri atau bersuluk tapi disni kita  bercakap dan bekerja untuk mengisi ruang ruang kosong dimedan sana kerana diluar sana ramai yang menanti kita membawa obor untuk menerangi mereka.

Inilah saja nikmat dunia kita. Kegembiraan kita.

Marilah kita jadi pedagang yang sentiasa mengintai dan merebut pasaran dakwah agar pasaran manusia yang kehausan diluar sana tidak dimanipulasi oleh pedagang pedagang yang mendagangkan sistem batil untuk kepentingan syahwat mereka!

Adik adik dakwah ku,

Berdakwah itulah arti buah dari ruhaniyah yang sebenarnya dan tidak ada sesuatu dalam hidup ini yang setara dengan kebahagiaan ruhani. Dan kebahagiaan ruhani itu hanya wujud bila kita dapat menanamkan kedalam jiwa manusia lain agar mereka tunduk dan patuh dan mengabdikan diri kepadaNya!

Itulah dakwah.

Dan ianya sekarang berada ditangan kita. Jangan robohkannya. Gunakanlah potensi dahsyat yang ada pada kita ini untuk kita laksanakan dakwah itu sehingga ujung nyawa kita ….

Rasakanlah getaran dakwah dan syurga itu menyatu dalam hatimu. Ia sukar, jauh dan penuh hambatannya tetapi ….

lama kelamaan bila jiwa kita telah meyatu. Ia akan memabukkan jiwa. Menyihir akal. Mengaburkan mata kerana dzauk berada didalam nya ibarat kamu meniupkan nafas cinta pada kuncup yang mekar jadi bunga …..

muharrikdaie- menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

2 responses to “mekar dan berbunga

  1. muharrikdaie November 18, 2011 at 4:36 pm

    Insyaalah muga2 ada menfaatnya.

  2. nuurhati October 26, 2011 at 10:11 pm

    Alhamdulillah wa jazakallah ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: