aku selalu memikirkan mu


Salam buat semua kamu yang masih sudi kesini.

Terima kasih kerana masih menganggap blog ini sebahagian dari tatapan matamu.

Aku berbahagia bersama kamu semua. Memang aku berbahgia, terutama pengunjung pengunjung ikhwah dan akhawat dari indonesia yang sering memenuhi ruang blog aku. Insyaalah. Sebab itu aku selalu memikirkan kamu. Memikirkan, bagaimana untuk terus menulis sebaik mungkin buat tatapan kamu supaya kamu semua mendapat menfaat dari tulisan aku. Aku tidak pernah pun untuk mencairkan hati kamu dengan tulisan aku supaya kamu suka aku dan sebagainya seperti yang disangka oleh sesetengah manusia yang negatif terhadap aku!

Memang menjadi satu kebahgiaan kepada aku menulis disini apabila menerima komen komen yang positif , justeru menjadikan blog aku sebagai pendorong untuk kamu membina semangat untuk beramal.

Memang dalam setiap kehidupan kita lebih lebih lagi dalam amalan dan dakwah kita, kita memerlukan pendorong. Kerana pendorong itulah yang akan menolak kita.

Bagi manusia manusia dunia mereka menjadikan harta, pangkat, pujian, glamour dan sebagainya pendorong untuk mereka mengapai matlamat kehidupan mereka. Tidak dinafikan terkadang ada juga petugas petugas islam mengambil faktor ini sebagai pendorong mereka untuk beramal dan berdakwah. Paling ketara pendorong bagi para duat yang muda muda adalah ‘ teman wanita dan lelaki ‘ yang mereka sukai. Yang akhirnya memfuturkan mereka dijalan dakwah ini.

Memang, itulah yang sebenarnya, jika manusia itu mengambil pendorong yang lemah, akan lemahlah amalnya. Jika kuat pendorongnya, akan kuatlah amalnya.

Ingatlah akh! Memang amal itu memerlukan pendorong dan pendorong itulah yang menguasai amal.

Sebenarnya kita tidak perlu tercari cari lagi pendorong untuk menolak kita untuk beramal kerana didalam tarbiyah kita, tanpa kita sedari bahawa pendorong yang bersifat benar hakiki dan abadi itu telah lama wujud dan hidup bersama kita! Cumanya kita saja tidak menghayatinya dengan keyakinan yang benar benar mantap meski pun sering kita sebut ianya bertalu talu. Kita sebut tanpa sedar hingga kita tidak merasainya. Sebab itulah kita masih tercari cari lagi unsur unsur lain dan akhirnya kita terus menerus berada dalam kelemahan.

Memang terkadang, kita muak bila sering mendengar ikhwah dan adik mutarabbi  kita sering menyebut perkataan ‘lemah’! ” Ana lemah lah akhi? Ana tak tahu kenap ana lemah.”

” Kenapa yer ana lemah?” Kenapa kenapa dan kenapa! Jawabannya adalah kita menjadikan faktor dunia dan manusia menjadi pendorong kita untuk beramal. Maka bila faktor yang  mendorong itu lemah, maka akan lemahlah kita.

Justeru itu murabbi aku sering mengingatkan aku bahawa dorongan IMAN lah yang menjadi pendorong sebenar!

Iman yang datang dari lubuk hati yang dalam dan yakin kepada Allah SWT lah yang akan mendorong menguat, mengagah, mengistiqamah dan menjamin keiltizaman kita dijalan dakwah dan jalan hidup yang penuh dengan ‘qadhaya’ ( problematika) ini. Ianya lebih suci dan nikmat jika benar benar dapat kita hayati kerana dialah yang mendorong orang mukmin melakukan perintah perintah Allah SWT.

Ada juga ikhwah yang sering kembali bertanya sedangkan perkara ini sepatutnya dan mendarah daging dalam hati mereka. ” Iman macammana ya akh? Iman ni luas.” Adoi! Iman ni adalah haqqul yakin kita kepada Allah lah! Tentang balasan Allah. Tentang amaran Allah. Tentang janji Allah. Tentang syurga Allah. janji Rasullulah. Semua itulah pendorong kita. Banyaklah lagi nak citer. Kan itu asas kefahaman kita tentang iman!

Cumanya kita hanya perlukan dua punca kekuatan untuk mendapatkan iman itu. Yakni hati dan akal. Dua yang amat berharga ini.. Tanpa hati kita tidak akan dapat kembali kepada Allah. Kerana hatilah puncak menuju iman. Sebab itu kena jaga hati. Kena ubat selalu. Ubatnya ialah kena buat kerja islam. Kena banyak ibadah. Kena banyak mujahadah. Dan biuskan dia dengan banyak berdoa. Barulah ianya terhalang dari gangguan dan halangan yang buat kita lemah! Boleh ke ni? Faham ke ni? Sebab itu hati ini kita kena sangkutkan kelangit bukan letakkannya dibumi! Bila hati dah mencintai bumi …. Bagaimana ianya nak memayungi iman kita? Maksud aku …. jangan cintakan dunia. Jangan tempekkan ianya pada dunia.

Begitu juga dengan akal. Berikan haknya dengan banyak membaca. Susun program program pengajian harian kita jika tidak ada usrah atau program jamaah. Menadahlah kitablah dengan tok tok guru setiap lepas maghrib dimasjid yang memang padat dengan pengajian. Jangan biarkan akal kita ruang untuk fikir selain untuk islam dan kerja islam serta masaalah dunia islam. Gunakannya sebaik mungkin dan beri kebebasan kepadanya untuk mencari kebenaran dan jangan sempitkannya dan pasti ianya menuju kebenaran kerana akal berfitrah dan sentiasa berpihak kepada kebenaran …

Tidak beruntung seorang lelaki dengan mendapat sesuatu pemberian sebagaimana beruntungnya mendapat nikmat akal yang membimbingnya kepada kebaikan dan menahan daripada kebinasaan – HR At Tarmizi

Cukup ke ni? Sebenarnya aku menulis ini untuk muhasabah diri kerana terlalu sibuk dengan  urusan kerja hingga beberapa hari terabai pengajian.

Bukan mudah nak jadi da’i akhi. Tapi kita tidak ada pilihan. harus selalu bertarung dengan masa dan dunia.

Begitu juga aku, menjadi murabbi kepada halaqah yang diamanahkan ini. Bukan mudah. Harus sentiasa kuat biarpun adakalanya aku juga seperti kamu lemah dan memerlu suntikan kekuatan. Dan suntikan kekuatan aku adalah ‘ amanah dan mas’uliyah’ ini yang sering buat aku takutkan Allah. Masuliyah dan amanah inilah ‘maiyatullah’ ( kebersamaan)  aku dengan Allah. Dan aku bersyukur aku masih mampu lagi untuk bertahan dan mencuba untuk memacu adik adik mutarabbi ku untuk mencapai muwasaffat tarbawiyah kerana kecapaian mereka pada muwasaffat tarbawiyah inilah nanti yang akan menjadi sebahagian dari penyelesaian segala qadhaya yang mereka hadapi …. yakni kelemahan! Dan inilah yang selalu aku fikirkan …..

jumpa lagi

muharrikdaie – menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

5 responses to “aku selalu memikirkan mu

  1. siti October 5, 2013 at 1:04 am

    as salam..menarik coretan ini..alhmdulillah teruskan usaha baik Naim…

  2. ila November 29, 2011 at 10:29 am

    salam…subhanallah..memang, Allah motivator terbaik! terima kasih…^^

  3. hambaAllah November 1, 2011 at 9:51 pm

    salam akhi..dtg la indunesia, ramai ikhwah akhwat sni yg dahagakan tarbiyah. indunesia yg masih setahun jagung tarbiyahnya.=D

  4. dr.mujahidah October 24, 2011 at 3:11 pm

    salam.. menarik.. pendorong yang lemah, akan buat kita lemah.. semoga terus menulis. ramai yang sukakan kandungan blog ini. insyaAllah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: